Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
54Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pentaksiran Portfolio Sfmy Bba Aho

Pentaksiran Portfolio Sfmy Bba Aho

Ratings: (0)|Views: 1,408 |Likes:
Pentaksiran E-Portfolio Untuk Pengembangan Kreativiti Pelajar Melalui Projek Pembangunan Produk Multimedia Kreatif Siti Fatimah Mohd Yassin (sfmy@ukm.my) Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Baharuddin Aris (bba@utm.my) Abdul Hafidz Omar (aho@utm.my) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abstrak Pentaksiran adalah sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta proses kreatif yang dilaksanakan secara formatif dan sumatif. Pentaksiran porfolio merupakan salah
Pentaksiran E-Portfolio Untuk Pengembangan Kreativiti Pelajar Melalui Projek Pembangunan Produk Multimedia Kreatif Siti Fatimah Mohd Yassin (sfmy@ukm.my) Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Baharuddin Aris (bba@utm.my) Abdul Hafidz Omar (aho@utm.my) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abstrak Pentaksiran adalah sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta proses kreatif yang dilaksanakan secara formatif dan sumatif. Pentaksiran porfolio merupakan salah

More info:

Published by: Siti Fatimah Mohd Yassin on Nov 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/07/2014

pdf

text

original

 
Pentaksiran E-Portfolio Untuk Pengembangan Kreativiti PelajarMelalui Projek Pembangunan Produk Multimedia Kreatif 
Siti Fatimah Mohd Yassin (sfmy@ukm.my)Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.Baharuddin Aris (bba@utm.my)Abdul Hafidz Omar (aho@utm.my)Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Abstrak
Pentaksiran adalah sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)serta proses kreatif yang dilaksanakan secara formatif dan sumatif.Pentaksiran porfolio merupakan salah satu pentaksiran alternatif yangmenggunakan pendekatan kualitatif. Dalam kajian pengembangan kreativitipelajar melalui projek pembangunan produk multimedia kreatif (PMK) dikelas literasi komputer, pentaksiran portfolio elektronik telah digunakanuntuk mentaksir proses dan produk kreatif. Kajian kualitatif inimenggunakan teknik-teknik triangulasi pelbagai teori, kaedah dan data(sumber dan teknik) bagi mengukuhkan kebolehpercayaan dan kesahankajian. Dengan pemudahcaraan pengkaji yang bertindak sebagai gurukomputer dan pereka bentuk pengajaran, 103 pelajar tingkatan satu dan duadi sebuah sekolah luar bandar membangunkan PMK secara individu danberpasukan menggunakan perisian
PowerPoint, PaintBrush
dan
 AnimationShop
. Satu instrumen pentaksiran PMK telah dibina berdasar data kajianyang dijanakan secara induktif selaras dengan pendekatan
Grounded Theory
 dan metodologi pembangunan rubrik. Instrumen ini menggunakanpendekatan rubrik penskoran analitik yang mengandungi pelbagai kriteriamengikut matriks ciri-ciri produk kreatif bagi setiap objek teks, grafik,animasi dan audio kreatif yang dikembang, dipantau dan ditaksir semasaproses pembangunan PMK. Instrumen ini masih boleh diubah suaimengikut konteks prasarana multimedia sesebuah sekolah. Kajian lanjutanke arah mengukuh kebolehpercayaan dan kesahan instrumen perludilaksanakan.
Pengenalan
Definisi kreativiti atau kreatif adalah pelbagai. Namun dalam kajian ini,ia dikajiberdasar gabungan dan interaksi empat aspek iaitu proses, produk, personaliti danpersekitaran Rhodes (1961). Model-model proses kreatif pula bergantung kepadadomain (Lubart, 2000-2001). Kreativiti juga adalah mengikut konteks budaya (Ng, 2001).Justeru, kajian ini memfokuskan kepada proses, produk dan personaliti kreatif dalamdalam persekitaran kreatif di kelas literasi komputer (LK) mengikut konteks sebuah
 
 
sekolah luar bandar. Kreativiti pelajar sekolah dikembangkan semasa merekamembangunkan PMK dengan memanipulasikan perisian pengarangan multimedia
PowerPoint 
,
PaintBrush
dan
 Animation Shop.
 
Produk Multimedia Kreatif dan Pentaksirannya
Produk kreatif pula adalah hasilan proses kreatif (Rhodes, 1961). Kajian ini melibatkanproduk kreatif yang khusus untuk domain multimedia iaitu PMK. PMK dibangunkanoleh pelajar secara projek individu untuk meneroka kreativiti semula jadi dan projek berpasukan untuk kreativiti yang dipelajari dan dikembangkan. Proses dan produk kreatif ditaksir secara formatif dan sumatif.Berkenaan dengan pentaksiran kreativiti, banyak set ujian psikometrik dikemukakan oleh para penyelidik. Ujian-ujian kreativiti mengukur kelancaranmengeluarkan seberapa banyak idea; keanjalan mengeluarkan idea dari pelbagaipandangan dan berfikir dalam pelbagai cara yang berbeza; keaslian (keunikan,menggabungkan idea-idea atau objek-objek dalam bentuk baru yang lain, baru dan unik);dan menghurai, memperinci dan mengembang kepada objek-objek tersebut (Booth, 1996;Abedi, 2002). Menurut Plucker dan Runco (1998), kebanyakan ujian kreativiti berdasarujian pemikiran mencapah, sedangkan ramai pakar mempertikaikan kesahan ujian iniuntuk mengukur kreativiti. Ramai pakar psikometrik juga mempertikaikan kesahan dankebolehpercayaan ujian-ujian kreativiti (Baer, 1994a, 1994b; Plucker dan Runco, 1998;Sternberg, 2003). Selain itu, Baer juga menyatakan bahawa pengukuran kreativitiadalah spesifik kepada kandungan sesuatu domain. Namun, Plucker dan Runcomenyatakan pengukuran kandungan secara umum juga diperlukan. Jika kreativitiindividu dinilai mengikut sesuatu konteks, maka ia akan membantu untuk memahamibagaimana konteks tersebut berinteraksi dengan bagaimana individu itu dinilai(Sternberg, 2003). Jadi, dalam kajian ini, berdasarkan konteks sebuah sekolah luarbandar, instrumen pentaksiran PMK dibina sendiri oleh pengkaji yang juga gurukomputer secara evolusi mulai fasa kajian rintis. Seterusnya, instrumen ini digunakan dandimantapkan semasa kajian lapangan dan pembentuk teori-teori dasar serta model kajian.Set-set ujian kreativiti dan instrumen pentaksiran produk kreatif sedia ada tidak digunakan kerana ia adalah umum dan tidak berkaitan dengan multimedia, serta tidak mengikut konteks persekitaran kreatif di kelas literasi komputer yang mempunyaiprasarana multimedia yang terhad di sekolah luar bandar.Berkenaan dengan siapa yang patut menjadi pentaksir produk kreatif, wujudpercanggahan pendapat di kalangan pakar kreativiti. Menurut Baer (1994a, 1994b),pentaksiran oleh pakar produk kreatif adalah penting untuk mengukur kreativiti supayawujud kebolehpercayaan yang tinggi. Tambah Baer lagi, kebanyakan pentaksiranberdasarkan persetujuan ramai pakar dalam bidang berkenaan. Ford (1996) menyatakankreativiti merupakan satu pertimbangan yang subjektif berdasarkan penglihatan, sentuhanatau pendengaran dan mengikut konteks yang spesifik untuk menentukan sesuatu produk itu baru dan bernilai. Plucker dan Runco (1998) juga menyatakan pakar-pakar sesuatubidang mentaksir berdasarkan definisi dan kepercayaan mereka tentang kreativiti secara2
 
 
peribadi tanpa merujuk kepada teori-teori kreativiti. Menurut Plucker dan Runco lagi,semasa pentaksiran produk kreatif, tidak semestinya ramai pakar bidang yang mentaksir.Dalam kajian ini, instrumen pentaksiran PMK digunakan untuk pentaksiran portfolioelektronik secara formatif dan sumatif untuk tujuan pengembangan kreativiti pelajar,bukan sahaja untuk mengukur PMK semata-mata. Pentaksiran formatif dilakukan olehindividu pelajar, pasukan pelajar, rakan sebaya dan guru komputer semasa projek berpasukan supaya kreativiti pelajar dikembangkan ke tahap yang tinggi. Pentaksiransumatif pula dilakukan oleh guru komputer kerana keaslian sesuatu objek multimediakreatif hanya diketahui semasa pentaksiran formatif dan pemantauan.
Pentaksiran Portfolio
Pentaksiran adalah sebahagian dari P&P dan ia adalah sesuatu yang kompleks danbanyak pandangan tentangnya (Klenowski, 2000; Moursund, 2003). Kajian inimelibatkan penyebatian kemahiran berfikir kreatif dalam P&P projek pembangunanPMK di kelas LK. Jadi, pentaksiran dihadkan kepada aspek kreativiti iaitu proses danproduk kreatif.Dalam pendidikan, pentaksiran didefinisikan sebagai proses mengumpul,mensintesis dan mentafsir maklumat bagi membantu guru membuat keputusan (Airasian,2000). Ketidakpuasan terhadap sistem berasaskan norma menggunakan pengukuransecara kuantitatif seperti ujian dan peperiksaan piawai ke atas proses pembelajaranpelajar telah menyebabkan pentaksiran alternatif perlu dilaksanakan (Ronis, 2000;Klenowski, 2002). Namun, menurut Klenowski lagi, pelbagai isu timbul dalampentaksiran alternatif ini terutamanya dari segi kesahan dan kebolehpercayaan.Pentaksiran portfolio adalah salah satu daripada pentaksiran alternatif yangdilaksanakan secara pendekatan kualitatif (Ronis, 2000; Klenowski, 2002; Moursund,2003). Pentaksiran ini bermaksud pentaksiran yang dilakukan ke atas portfolio yangmengandungi segala bahan dari pelbagai sumber yang dikumpulkan secara sistematik oleh pelajar dan guru termasuk pentaksiran kendiri dan pendokumentasian proses yangdilalui dalam menghasilkan sesuatu produk atau artifak bagi menyokong proses P&P(Airasian, 2000; Ronis, 2000; Klenowski, 2002). Menurut Airasian, portfolio bukanlahsekadar menyimpan kerja-kerja pelajar dalam fail, tetapi terdiri daripada pelbagai media(video, audio, gambar, program komputer); refleksi pelajar (perancangan, jurnal,penilaian kendiri); kerja individu; kerja berpasukan (projek, pembelajaran kooperatif,prestasi kumpulan); proses (draf awal dan akhir, tahap-tahap penghasilan produk).Tambah Ronis lagi, pentaksiran portfolio sesuai untuk mentaksir proses dan produk sertaaspek-aspek perkembangan, kemajuan, kreativiti dan kaji diri (
introspection
) pelajaryang mana ia tidak ditekan dalam pentaksiran tradisional atau piawai.Dalam kajian ini, portfolio elektronik (e-portfolio) digunakan dan dibataskankepada pentaksiran kreativiti ke atas proses dan produk. Ia terdiri daripada koleksikronologi PMK yang dibangunkan oleh pelajar secara individu dan berpasukan yangdisimpan dalam cakera keras komputer pelajar. Rakaman video digital juga dilakukan3

Activity (54)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
rainyandrainbow liked this
Nora Qie liked this
HT Hong liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->