You are on page 1of 56

1.

DEFINISI & KONSEP


2. CIRI-CIRI PENYELIDIKKAN TINDAKAN
3. KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
4. MODEL KAJIAN TINDAKAN

SEJARAH AWAL

Diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946

Mendapat perhatian rakan-rakan sekerja seperti Stephen
Corey, Kenneth Benne dan Hilda Taba (Teachers College,
University of Columbia)bagimenjalankan penyelidikan
pendidikan mengenai penggubalan kurikulum dan
peningkatan profesionalisme perPensyarahan.

Idea ini berkembang luas sehingga akhir tahun 1950an.

Pada tahun-tahun 1970an, penyelidikan tindakan mula
mendapat perhatian antarabangsa


Di UK, idea penyelidikan tindakan timbul semula
melalui usaha Lawrence Stenhouse (1975) yang
memperkenalkan konsep Pensyarah sebagai
penyelidik dan melihat penyelidikan tindakan
sebagai satu elemen penting dalam
perkembangan kurikulum.

Menurut Stenhouse, penglibatan aktif Pensyarah
dalam proses penyelidikan adalah suatu faktor
penting yang boleh membawa kepada
pembaharuan kurikulum.


Contoh PT: Ford Teaching Project (John Elliott, 1974-76),
menyiasat penggunaan kaedah pengajaran pembelajaran
inkuiri.

Elliott seterusnya mengasaskan Classroom Research Network
(CARN) untuk menyokong Pensyarah-Pensyarah yang terlibat
dalam Ford Teaching Project.

Konsep PT kemudian mula meresap ke dalam sistem
pendidikan Malaysia.

Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisme
perPensyarahan ialah dengan menjalankan penyelidikan
tindakan terhadap amalan-amalan pengajaran pembelajaran

DEFINISI & KONSEP
Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang
berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik
sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam
bidang tugas mereka.

Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan
melibatkan penyelidik-penyelidik seperti pensyarah, guru-
guru,pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi
sebagai penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk
memperbaiki;
Amalan sosial dan pendidikan kendiri;
Kefahaman terhadap amalan kendiri;
Situasi di mana amalan tersebut dijalankan

Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.

Research is systematic self-critical inquiry atau
penyelidikan adalah suatu inkuiri kendiri yang
kritis yang sistematik (British Journal of
Educational Studies, 29(2) Jun 1981.

PT pula adalah inkuiri berbentuk renungan kendiri
yang dilakukan dalam situasi sosial, bertujuan
untuk memperbaiki amalan-amalan dalam
konteks sosial dan pendiidkan.

DEFINISI LAIN
Action Research is a three-step spiral process of
(1) planning which involves reconnaissance; (2)
taking actions; and (3) fact-finding about the
result of a action.
Kurt Lewin (1947)

Action Research is the process by which
practitioners attempt to study their problems
scientifically in order to guide, correct, and
evaluate their decisions and actions.
Stephen Corey (1953)

Action Research in education is study conducted
by colleagues in a school setting of the results of
their activities to improve instruction.
Carl Glickman (1992)

Action Research is a fancy way of saying lets
study whats happening at our school and decide
how to make it a better place.
Emily Calhoun (1994)

Mengikut Blum, penyelidikan tindakan
mempunyai dua peringkat- iaitu peringkat
diagnostik di mana permasalahan dikaji dan
membentuk hipotesis, dan peringkat terapeutik
untuk menguji hipotesis

Stenhouse (1975) berkata penyelidikan tindakan
bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran
dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan
dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-
guru lain


KONSEP PENYELIDIKAN TINDAKAN

-Satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara
kolektif;
-Dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi
sosial
-Tujuan:
i. meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan
kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri
ii.meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan
itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan
Mctaggart, 1988)
-Penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang
berterusan melibatkan empat peringkat
(tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi)
McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan
sebagai
-satu pendekatan untuk memperbaiki atau
meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan
dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar
tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis
terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia
untuk mengubahnya.
-Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan
oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara
bersama.
Somekh (1989) menyatakan penyelidikan
tindakan sebagai
-Satu kajian terhadap situasi sosial yang
melibatkan peserta dalam situasi sosial itu
sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk
memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN

Grundy dan Kemmis (1981)
Tiga pra syarat:

membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat
sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki

mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada
urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan
merefleks

dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas
setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan
subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke atas proses
penyelidikan

Henry dan Henry (1982) menyenaraikan ciri-ciri ini

Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan guru,
guru dengan pelajar atau guru dengan ibubapa

Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak,
memantau dan mereflek serta menjana pusingan
yang berikutnya (lebih daripada satu pusingan -
Elliot(1991) berkata sekurang-kurangnya 3
pusingan atau satu tahun pengkajian

Menyumbang ke atas memajukan proses
pengajaran pembelajaran

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN

Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri
Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan
Menyebarkan dan mengongsi pengalaman kepada
peserta dan mereka yang berminat
Penglibatan dalam pengumpulan data dan
empowerment
Kolaborasi dengan mengwujudkan suatu komuniti
berfikiran kritis -dilakukan oleh guru dlm konteks
harian
Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk
meningkatkan kefahaman praktis utk memperbaiki
amalan pendidikan
Pembelajaran progresif secara berterusan dalam
suatu lingkaran
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

mendapat sumber maklumat penting untuk
memahami amalan pengajaran guru, amalan
pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam
bilik darjah dan sebagainya;

dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan
lebih berkesan;

dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran memudahkan pencapaian objektif
mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan
memperbaiki amalan sendiri;
meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk
jalinan kerja yang aktif dan efektif;

dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang
kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima
perubahan dan berupaya membuat penilaian
terhadap kurikulum dan kokurikulum;

membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas
dalam membuat sebarang perancangan untuk
tindakan ; dan

merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang
terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

Model Stephen Kemmis
Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan
guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendak
ditangani.
Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang
sesuai untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya.
Seterusnya guru melaksanakan pelan yang
dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya
guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan
yang dijalankan itu.


Keseluruhan pelaksanaan ini disifatkan sebagai Gelungan
Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi,
maka guru bolehlah memulakan proses semula ke
Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu
diselesaikan.
Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat
adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.


Merancang
Pelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta
berbanding perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang
perasaan ingin tahu dalam diri pelajar?

Bertindak
Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Memerhati
Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci. Catat
jangkaan.

Merefleksi
Persoalan guru diganggu oleh keperluan guru tersebut untuk mengawal
jangkaan pelajar.



Lingkaran pertama
(cycle 1)


Mengubah rancangan
Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar untuk
mencari jawapan sendiri. Matlamat yang sama masih diteruskan,
tetapi mengurangkan bilangan kawalan penyataan.

Bertindak
Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran.

Memerhati
Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan
daripada tingkahlaku pelajar.

Merefleksi
Perasaan ingin tahu pelajar berkembang, tetapi tingkah laku mereka
semakin tidak dapat dikawal. Apa yang perlu guru lakukan?


Lingkaran kedua
(cycle 2)

Model Dave Ebbutt


Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk
menerangkan proses kajian tindakan adalah
menggunakan satu siri pusingan berturut-
turut iaitu dengan menyediakan kemungkinan
menggabungkan maklum balas di dalam dan
antara pusingan bagi tindakan.
Model Kurt Lewin

- Antara reka bentuk atau model yang perlu dilihat dalam Kajian
Tindakan adalah yang reka bentuk kajian oleh pelopor Action
Research itu sendiri iaitu Kurt Lewin.
- Terma "Action Research" telah dikreditkan kepada Kurt Lewin
seorang ahli teori sosial yang mempelopori kajian tindakan.
- Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun
1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral
yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam
pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji.

1) Mengenal pasti idea
2) Pencarian fakta
3) Perancangan pelan
tindakan
4). Pelaksanaan tindakan
5). Penilaian tindakan yang diambil
6). Ulang pelan tindakan berdasarkan apa yang
dipelajari dari langkah 5
7). Mengambil langkah tindakan seterusnya dan begitu
berikutnya melalui beberapa kitaran.

Langkah
model Kurt
Lewin
MODEL
KAJIAN
TINDAKAN
JACK WHITEHEAD
LATAR BELAKANG
Jack Whitehead
Dari University Bath, U.K

TEORI
Guru memainkan peranan utama.

Guru melaksanakan kajian ke atas kualiti P&P.

Menekankan penilaian kendiri secara menyoal
diri sendiri sahaja tentang masalah pendidikan
guru itu sendiri.

Pendapat Jack Whitehead terhadap
Teori Kemmis & Elliot:
Teori Kemmis & Elliot tidak memberi gambaran
situasi pendidikan yang praktikal
Ini kerana, teori mereka merupakan satu kajian
penyelidikan yang deskriptif biasa / laporan
perkembangan pendidikan sahaja
** Whitehead (1989) merumuskan kitaran refleksi
tindakan menggunakan pernyataan-pernyataan
seperti:
Skema Penyelidikan Tindakan
Jack Whitehead
1) Amalan apakah yang perlu saya berikan
perhatian/apakah yang ingin saya perbaiki?

- Pendekatan P&P yang saya gunakan tidak
mendapat respon yang menggalakkan


2) Apakah yang akan saya lakukan
mengenainya?

- Saya membuat refleksi untuk mengatasi masalah
tersebut. Mungkin saya boleh gunakan pendekatan
yang lebih bersesuaian seperti pembelajaran koperatif
atau soal jawab.

- Saya sediakan bahan yang mampu ransang murid
dan bahan-bahan tersebut bersesuaian dengan
pendekatan yang ingin diguna.

3) Data apakah yang saya perlukan untuk
membolehkan saya membuat justifikasi ke
atas keberkesanan amalan?


4) Bertindak dan mengumpul data

5) Penilaian keberkesanan

- Saya membuat penilaian terhadap respon murid-
murid melalui pendekatan yang saya gunakan sama
ada mendatangkan hasil positif/negatif




6) Modifikasi amalan yang diberikan perhatian,
idea dan tindakan

- Saya sediakan perancangan baru dengan
mengambil kira masalah yang timbul

7) Menyerahkan penerangan dan penjelasan
tentang Bagaimana saya perbaiki amalan
saya yang dibuat kepada sekumpulan
manusia yang akan mengesahkannya
KELEBIHAN, KEKURANGAN & ASPEK YANG MENARIK: MODEL
PENYELIDIKAN OLEH JACK WHITEHEAD
KELEBIHAN KEKURANGAN ASPEK YANG MENARIK
Guru sendiri harus
memainkan
peranan utama
dalam kajian tindakan

Tidak mendapat komen
dan pandangan dari pihak
luar

Menyediakan skema
jawapan berbentuk
ungkapan

Fokus kepada rasa ingin
tahu berbentuk penyoalan
seperti How do I
improve? What I am
doing? untuk
memperoleh banyak
maklumat berguna
tentang masalah
pendidikan yang
dihadapi diri sendiri

Mengambil masa yang
agak panjang kerana
percuban demi percubaan
perlu dilakukan.
Dapat mempertingkatkan
taraf sosial pendidikan
dalam kehidupan manusia
akan datang
sambungan
KELEBIHAN KEKURANGAN ASPEK YANG MENARIK
Membantu guru lebih
memahami diri sendiri dan
perkembangan profesional
dirinya

Terlalu bergantung kepada
tahap komitmen guru

Masalah diselesaikan
menggunakan proses
penilaian kendiri
Menghasilkan guru yang
lebih berintegriti dan
berkualiti.

Guru harus peka kepada
setiap tingkah laku dan
peristiwa yang berlaku
kepada murid untuk
mendapatkan maklumat.

Langkah yang mudah iaitu
tidak menggunakan banyak
langkah - langkah yang
rumit.

Menghasilkan suasana PNP
yang lebih menarik dan
bermakna.

Guru dan murid akan saling
berinteraksi dan
berhubung komunikasi 2
hala

MODEL KAJIAN TINDAKAN
JOHN ELLIOTT
John Elliott (1991) memberi definisi kajian
tindakan sebagai satu kajian sosial untuk
meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang
akan diambil terhadap sesutu keadaan.

Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang
dibuat tidak bergantung kepada kajian secara
saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada
keberkesanan kajian tersebut dalam
membantu manusia untuk mempunyai
pelbagai kemahiran dan dapat bertindak
secara bijak.

Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan
pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan
pengertian abstrak itu adalah penting dalam
melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157).

Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah
satu usaha susila yang mencari dan memahami
nilai-nilai dalam pendidikan.

Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam
pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian
tindakan yang baru di mana para guru akan
menjadi penyumbang utama.
John Elliott setuju dengan konsep lingkaran refleksi
tindakan Kemmis tetapi John Elliot menyatakan
terdapat lebih banyak aliran tindakan dalam
peringkat pelaksanaan untuk mendapat lebih banyak
sokongan dan maklumat sebelum berpindah kepada
lingkaran kedua.

Oleh itu, Elliot telah memperkembangkan model
Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar
berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam
proses kajian tindakan.

Ia bertujuan untuk menghasilkan model yang lebih
lengkap. Contoh model ini ialah:



Format penulisan kajian tindakan John Elliott
Tujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/ Model.
Biasa digunakan oleh doktor perubatan.

1. Tajuk kajian
2. Latar belakang kajian
3. Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori
4. Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan
5. Perancangan Tindakan
Tindakan 1
Tindakan 2
Tindakan 3
Tindakan 4
6. Refleksi : Huraian kejayaan

MODEL KAJIAN TINDAKAN
JEAN MCNIFF
Konsep Kajian Tindakan
Kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri
(sifat ingin tahu) yang mana melalui kajian
tindakan, seseorang (atau sekumpulan orang)
itu akan menyelidik serta menilai kerja/kajian
mereka.

Konsep Kajian Tindakan
Suatu langkah untuk memperbaiki dan
meningkatkan kualiti pendidikan melalui
pembaharuan dan penambahbaikkan dengan
menggalakkan guru-guru melakukan refleksi
kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada
pada diri sendiri, iaitu pada diri pengkaji itu
sendiri.
Konsep tindakan-refleksi
(action-reflection)
Pengkaji mengambil tindakan (bertindak atau
implementasi rancangannya)



Merefleksi daripada apa yang diperhatikan
berlaku terhadap perkara kajian (hasil
tindakan).

Jenis-
Jenis
Kajian
Tindakan
1. Secara
Individu
2. Secara
kolaboratif
3. Kajian
Dalam
Sekolah
4. Secara
Institusi
MENGAPA GURU PERLU
MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
Untuk melihat kelemahan diri sendiri dan
mengubah kelemahan tersebut.
Penemuan baru yang diperoleh akan
menghasilkan ilmu baru yang tidak pernah
diketahui sebelumnya.
Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-
amalan rutin (tradisional)

Mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan
penambahbaikan.
Mengetahui masalah dan kelemahan diri dan
perlu berubah.
Tindakan yang dilakukan untuk tujuan
penambahbaikan.
BILA KAJIAN TINDAKAN PERLU
DILAKUKAN?
Ketika menghadapi situasi atau masalah yang
perlu diatasi
Untuk membuat penambahbaikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
Untuk melihat amalan atau menambah
amalan yang perlu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENGHASILKAN KAJIAN TINDAKAN
I. Mengenal pasti perkara yang ingin dilakukan
penambahbaikan.
II. Memikirkan penyelesaian bagi masalah
tersebut.
III. Melaksanakan penyelesaian
IV. Menilai penyelesaian yang telah dibuat
V. Mengubahsuai pendapat dan amalan untuk
mendapat penyelesaian yang baik.

Reka Bentuk Kajian Tindakan
Melibatkan kitaran proses seperti 'memerhati
- mereflek - bertindak - menilai
mengubahsuai. Proses ini berlaku secara
berterusan. Namun begitu, walaupun kita
mencapai satu tahap di mana kita berasa apa
yang lakukan itu satu kepuasan, tahap itu akan
membentuk satu masalah atau persoalan lain
pula, dan seterusnya kitaran tersebut akan
bermula lagi.
TIME KASIH EKK

You might also like