You are on page 1of 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : NG CHU RUI


PROGRAM : PISMP BC/PJ/KH AMB JAN 2010
NAMA SEKOLAH : SJK (C) CHAN WA SEREMBAN
NAMA PROJEK / AKTIVITI : KECERIAAN SEKOLAH
TEMPOH PELAKSANAAN : 1 JULAI 2013 HINGGA 22 JULAI 2013
TEMPAT PELAKSANAAN : PAPAN KENYATAAN DAN DINDING
TEMPAT DUDUK AUDITORIUM
GELANGGANG BOLA KERANJANG

OBJEKTIF :
Melalui projek yang dikendalikan, guru pelatih dapat menunjukkan
komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan intergriti dalam
melaksanakan tugas seperti berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti
sekolah.
Guru pelatih dapat membimbing dan melatih para murid berinteraksi
sesama sendiri dan berkongsi pengalaman semasa menyediakan dan
mengendalikan mural dinding. Melalui lukisan mural di dinding, guru dapat
memupuk sifat suka bersenam pada masa lapang dalam kalangan murid-murid.
Projek ini juga dapat memberi latihan dan menyediakan pengalaman bagi guru
pelatih dalam aspek pengurusan dalam penghasilan mural.
Selain itu, cabaran guru masa kini telah meletakkan profesion keguruan
sebagai salah satu profesion utama dan penting dalam bidang pekerjaan di
negara ini. Oleh itu, guru pelatih merancang dan melaksanakan projek keceriaan
sekolah ini yang dipersetujui oleh pihak sekolah untuk menunjukkan usaha
menangani pelbagai cabaran bagi memenuhi kehendak program pendidikan
semasa.
Di samping itu, guru pelatih memantapkan usaha dan inisiatif ke arah
pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti melalui melukis mural dan penghiasan
papan kenyataan dengan menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai
sumbangan terhadap sekolah.
Tambahan pula, sekolah merupakan institusi formal pertama di mana
murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat
pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya
memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Oleh itu, guru
pelatih mengendalikan projek keceriaan sekolah adalah untuk menunjukkan
sikap prihatin terhadap kebersihan dan keceriaan sekeliling sekolah bagi
mewujudkan keadaan sekitar sekolah yang bersih dan selesa.

STRATEGI PELAKSANAAN :
Pada hari pertama 1 Julai 2013, guru pelatih telah berjumpa dan
berbincang dengan Guru Besar dengan guru pembimbing berkaitan dengan
projek yang boleh dilaksanakan. Selepas itu, guru pelatih diberi tugas oleh Guru
Besar untuk mengemaskinikan dan menghiaskan papan kenyataan yang
terdapat di sekitar kawasan sekolah dan melukis mural di dinding bangku
auditorium gelanggang bola keranjang. Ini disebabkan pihak sekolah ingin
menceriakan kawasan sekolah agar dapat mewujudkan suasana yang gembira
di sekitar kawasan sekolah.
Seterusnya, guru pelatih telah merangka kertas kerja dan menghasilkan
kertas kerja sebelum memulakan projek. Setelah berbincang dengan Guru
Besar, guru pelatih telah menunjukkan kertas kerja kepada guru pembimbing
iaitu Puan Goh Ah Liang untuk disemak.
Setelah kertas kerja dihasilkan, pada mulanya, guru pelatih membuat
pemerhatian di sekitar sekolah serta memilih kawasan yang sesuai untuk
melukis mural. Semasa membuat pemerhatian di sekitar sekolah, guru pelatih
juga menangkap gambar-gambar setiap papan kenyataan untuk mendapat idea-
idea menghiaskan papan kenyataan tersebut. Selepas itu, guru pelatih mencari
sumber idea atau ilham yang berkaitan dengan tempat mural dan papan
kenyataan yang akan dihasilkan melalui internet.
Lepas mencari sumber dan menentukan tema yang ingin buat, guru
pelatih pun pergi ke kedai buku membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk
menghiaskan papan kenyataan sebelum memulakan projek keceriaan sekolah
ini. Untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja guru pelatih, kedua-dua guru
pelatih berganding bahu melukis, mewarna dan mengunting gambar-gambar
yang sesuai menghiaskan papan kenyataan dahulu.
Kemudian, guru pelatih barulah memulakan kerja menghiaskan papan
kenyataan. Pertama, guru pelatih telah melekatkan beberapa kertas dinding
yang berkilat pada papan kenyataan dengan menggunakan stapler gun dan
juga pita. Di samping itu, guru pelatih meletak beberapa hiasan yang berbagai-
bagai serta berwarna-warni di papan kenyataan agar kelihatan lebih cantik. Pada
setiap bahagian papan kenyataan, guru pelatih telah menampalkan beberapa
nota dan fakta berdasarkan mata pelajaran tersebut dengan menggunakan
stapler gun. Akhirnya, guru pelatih memastikan agar papan kenyataan
kelihatan cantik dan penuh dengan fakta-fakta mata pelajaran yang lengkap.
Projek mengemaskinikan dan menghiaskan papan kenyataan ini
mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan. Walaubagaimanapun, guru
pelatih juga tidak lupa untuk mengambil gambar papan kenyataan yang sudah
dihiasi sebagai bukti projek kami.
Setelah selesai mengemaskinikan dan menghiaskan papan kenyataan,
guru pelatih barulah memulakan tugas yang baru- melukis mural. Guru pelatih
telah berbincang dengan rakan Internship Ng Chu Rui untuk mencari tema yang
sesuai untuk dibuat mural. Pada minggu kedua, guru pelatih telah mencari tema
yang menarik dari buku-buku dan juga internet seperti gambar-gambar tema
laut, tema Di Zi Gui, tema 12 Zodiac dan tema Bola Keranjang untuk
mendapatkan idea.
Pada minggu ketiga, guru pelatih telah berbincang dengan guru
pembimbing dan Guru Besar mengenai tema draf mural yang sesuai untuk
dilukis di atas dinding auditorium gelanggang bola keranjang. Selepas disahkan
oleh Guru Besar, guru pelatih pun terus memulakan langkah pertama iaitu
membuat beberapa lakaran mural yang berlainan tema di atas kertas terlebih
dahulu untuk mendapatkan kebenaran Guru Besar bagi melukiskan mural di
dinding.
Setelah Guru Besar mengizinkan guru pelatih melukiskan mural yang
bertemakan sukan Bola Keranjang, guru pelatih sudah mengetahui tema yang
dikehendaki, maka pun bermula menjalankan aktiviti melakar mural di atas
dinding supaya aktiviti mewarna akan jadi lebih kemas dan lancar.
Selepas mural dilakar, proses mewarna pula mengambil tempat.
Pewarnaan tidak bertumpu kepada sesuatu objek atau subjek sahaja tetapi ia
dimulakan dengan mencalitkan warna-warna asas terlebih dahulu. Setelah itu,
mural tersebut dikemaskan lagi dengan adunan warna bagi memberikan nyawa
pada imej, subjek dan mesejnya.
Semasa tugas melukis dan mewarnakan mural serta pembersihan
dijalankan, guru pelatih telah meminta bantuan daripada rakan saya Ng Chu Rui
untuk menangkap beberapa gambar sebagai bahan bukti untuk laporan projek.
Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi
pendapatan yang ada. Jumlah perbelanjaan adalah RM91. Akhirnya, guru
pelatih serta rakan saya Ng telah menyelesaikan semua tugas dengan sempurna
pada hari 22 Julai 2013 sebelum waktu terakhir Internship tamat. Guru pelatih
telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid
kerana sudi bekerjasama dalam projek tersebut.

REFLEKSI :
1. KEKUATAN PROJEK
Idea ini tercetus atas cadangan Guru Besar sebagai salah satu usaha
untuk mengindahkan kawasan sekolah. Mural yang dilukis ini menyumbangkan
satu hasil karya di dinding tempat duduk auditorium gelanggang bola keranjang.
Aktiviti melukis mural ini bukan sahaja boleh memurnikan kawasan sekolah
malah boleh membimbing murid lebih mencintai harta sekolah serta mencungkil
bakat melukis murid-murid. Usaha murni ini sudah tentu akan dimanfaatkan dan
dihayati oleh semua warga SJK (C) Chan Wa Seremban.
Semasa projek ini dijalankan, beberapa perjumpaan telah diadakan oleh
guru pelatih dengan Guru Besar untuk menyelaraskan projek ini. Ini dapat
menunjukkan sikap bekerjasama dan interaksi yang positif antara guru pelatih
dengan pihak pentadbir sekolah. Sebagai salah satu aktiviti yang dikendalikan,
guru pelatih berasa bersyukur dan bangga kerana melalui aktiviti ini dapat
mencurahkan bakti guru pelatih dalam usaha mengindahkan kawasan sekolah
yang tercinta bagi mewujudkan tempat mengajar yang selesa dan ceria serta
bersih.
Selain itu, projek keceriaan sekolah ini dapat memupukan semangat
kerjasama dan berpasukan antara guru pelatih dengan semua pihak di sekolah.
Projek ini tidak mungkin boleh dibuat jika perseorangan. Guru pelatih
bekerjasama dan menjadikan kerja berat menjadi ringan. Semangat kerja
berpasukan dan kerjasama antara ahli merupakan punca utama kejayaan projek
ini. Tidak lupa juga sokongan padu dan sepenuhnya daripada pihak sekolah
terutamanya Guru Besar dan guru pembimbing yang banyak membantu guru
pelatih dalam perancangan projek dan mendorong guru pelatih lebih yakin untuk
merealisasikan projek ini.
Atas bantuan semua pihak yang diberikan kepada guru pelatih dapat
mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Guru pembimbing, staf
sekolah serta pekerja-pekerja turut membantu dalam proses melengkapkan
projek guru pelatih ini. Guru pembimbing guru pelatih, Pn Goh juga telah banyak
membantu guru pelatih semasa melaksanakan tugas. Ini menyenangkan guru
pelatih sentiasa merujuk beliau jika menghadapi sebarang masalah. Walaupun
beliau sangat sibuk kerana tugasnya sebagai guru disiplin, tetapi beliau tetap
memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas
guru pelatih. Guru pelatih berasa sangat bangga dan bersyukur mendapat
seorang guru pembimbing yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap guru
pelatih.
Tambahan pula, guru pelatih bekerjasama sepenuhnya dan
menggunakan kekuatan dan kelebihan masing-masing untuk menyiapkan
tugasan ini dalam tempoh 3 minggu. Setelah siap lukisan mural, guru pelatih
mendapati bahawa keadaan sekolah adalah lebih menarik dan juga ceria.
Maklumat dapat disampaikan melalui lukisan mural iaitu memberi fikiran yang
positif kepada murid-murid belajar iaitu beraksi seperti bola keranjang, jangan
berputus asa sehingga mencapai kejayaan.
Akhirnya, diharapkan mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya
dalam membentuk sahsiah murid-murid supaya menjadi insan yang berbadan
cergas dengan menyertai sukan.

KELEMAHAN PROJEK:
Apabila projek habis dibuat, guru pelatih mendapati sepanjang projek
keceriaan sekolah dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang telah guru
pelatih hadapi. Yang pertama, kerja guru pelatih selalu diganggu kerana
perancangan yang tidak rapi. Sebagai contohnya, bahan-bahan menghiaskan
papan kenyataan guru pelatih tidak mencukupi mengakibatkan tugas guru pelatih
perlu ditangguh.
Selain itu, banyak bahan-bahan yang perlu ditampal di papan kenyataan
perlu mencari dari internet, mentafsir bahan, memilih bahan, menyusun bahan
terlebih dahulu sebelum mencetak. Oleh itu, guru pelatih menghadapi
kesuntukan masa untuk belajar membuat origami dan menghasilkan banyak
origami yang cantik untuk melekat pada papan kenyataan.
Amat kesali, guru pelatih diberitahu oleh guru sekolah bahawa papan
kenyataan yang dihiaskan tidak cukup menarik. Guru pelatih ingin meminta maaf
dan mengakui ada kelemahan terhadap perhiasan papan kenyatan kerana guru
pelatih perlu menyediakan beberapa tema bagi melukis mural untuk berbincang
dengan Guru Besar atas ketiadaan Guru Besar di sekolah sepanjang beberapa
hari juga adalah satu sebab menyebabkan guru pelatih tidak mempunyai
kelebihan masa untuk melukis tema laut dan pantai di atas kertas lukisan
sebelum menampal di papan kenyataan.
Kelemahan yang terakhirnya adalah lukisan mural. Disebabkan guru
pelatih kurang bakat dalam persenian, maka guru pelatih cuma boleh mencuba
sedaya upaya untuk melukis dan mewarnakan mural dengan keupayaan guru
pelatih sendiri. Guru pelatih juga mendapati dinding yang dipilih untuk melukis
mural kotor (hitam) dan permukaan tidak rata menyebabkan kerja guru pelatih
untuk mewarnakannya bertambah beban. Harap pihak sekolah dapat menerima
karya guru pelatih.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Terhadap kelemahan yang guru pelatih menghadapi, guru pelatih harus
membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik supaya
projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang
ditetapkan. Guru pelatih juga boleh menghabiskan kerja pada waktu petang iaitu
selepas waktu persekolahan untuk menghabiskan projek dengan cepat.
Di samping itu, pihak sekolah perlu menegaskan disiplin supaya murid-
murid menjaga kebersihan sekolah. Langkah terbaik yang boleh pihak sekolah
ambil ialah mengajar murid-murid mengenai tabiat menjaga kebersihan sejak
kecil agar tabiat ini diamalkan di sekolah. Apabila kanak-kanak diajar tabiat yang
baik di sekolah, mereka akan menjadi wira kecil yang menyebarkan amalan ini
kepada kawan-kawan, adik-beradik dan ibu bapa mereka.
Tambahan pula, guru pelatih ingin mencadangkan supaya pada masa
akan datang sekolah mengadakan kempen-kempen gotong-royong sempena
program keceriaan sekolah diadakan. Gotong-royong dapat menceriakan
kawasan dan menjadikan kawasan sekolah bersih dan selesa. Diharap aktiviti
gotong-royong akan terus subur di kalangan warga sekolah, jiran tetangga dan
juga masyarakat amnya.

KESIMPULAN :
Melalui projek menceriakan kawasan sekolah ini, guru pelatih berasa
bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang
baru. Guru pelatih telah mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara
mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik.
Yang penting sekali, guru pelatih dapat memahami betapa pentingnya
semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain
untuk menyiapkan sesuatu projek.
Dengan selesainya projek ini, murid-murid dapat menimba ilmu di papan
kenyataan sepanjang koridor. Memang terdapat banyak murid-murid yang
tertarik pada hiasan papan keyataan ini. Asalkan mereka memberi perhatian
pada papan kenyataan, mereka juga akan membaca kandungan yang terdapat
pada papan kenyataan ini.
Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak, namun guru pelatih juga
berjaya menyiapkan projek ini dengan lancar atas kerjasama serta semangat
berpasukan yang diberi oleh semua warga SJK (C) Chan Wa dan rakan guru
pelatih. Setelah mengendalikan projek keceriaan, guru pelatih akan
menggunakan dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang
dipelajari ini pada masa yang akan datang.
Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan
hasil aktiviti melukis mural di dinding auditorium gelanggang bola keranjang.
Daripada pemerhatian guru pelatih, suasana gelanggang bertambah ceria
dengan mural-mural yang menarik ini.
Akhir kata, guru pelatih ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Guru Besar, guru pembimbing dan guru-guru yang
lain kerana memberi sokongan untuk menjayakan projek ini.


Disediakan Oleh : Disemak Oleh :


.................................................. .......................................
(NG CHU RUI) (PUAN GOH AH LIANG)
Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar Guru Mentor Internship



Disahkan Oleh :


..................................................
(PUAN KAN SIOW KUAN)
Guru Besar,
SJK (C) Chan Wa Seremban,
Jalan Tan Sri Manickavasagam,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

You might also like