You are on page 1of 6

Daun layu di tengah gurun,

Nampak jalur pohon cemara,


Tradisi melayu turun temurun,
Pantun d tutur pembuka bicara.

Mengumumkan dan Mempersilakan yg di raikan Puan Hajah Fatimah binti Muda diiringi oleh
Guru-guru Penolong Kanan, Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Yang
diPertua dan Timbalan Yang diPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek, untuk naik
dan duduk d singgahsana yg telah d khaskan d atas pentas ini. Dipersilakan.

Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.


BISMILLAHIRRAHMNIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Yang Dihormati
En. Mohd Jaafar bin Taib
Pegawai LINUS, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu

En. Ngah bin Said
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En. Hasmadi bin Jusoh
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Ahmad Sabri bin Othman
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum

Tn. Hj. Zamri bin Awang Hitam
Yang Dipertua PIBG
Tn. Hj. Hanafiah bin Ismail
Naib Yang Dipertua PIBG

Yang Diraikan
Pn. Hajah Fatimah binti Muda

Seterusnya
Guru-guru Sek Keb Gong Tok Nasek

Dan
Murid-murid yang dikasihi sekalian.





Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz
Mohd Azhar bin Sulong. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Bacaan Doa -

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Azhar
diatas bacaan doa itu tadi.


Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Majlis kita pada pagi ini dimulai dengan ucapan daripada wakil murid, iaitu Muhammad Faiz
Iqmal bin Zamri, Ketua Pengawas Sek Keb Gong Tok Nasek. Dipersilakan.

- Ucapan Wakil Murid -

Terima kasih diucapkan kepada Muhammad Faiz Iqmal diatas ucapan itu tadi.


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada En. Ngah bin Said, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran mewakili En. Che Endut bin Ngah, Guru Besar Sek Keb Gong Tok Nasek.
Dengan hormatnya, dipersilakan.

- Ucapan Wakil GB -

Terima kasih diucapkan kepada En. Ngah bin Said diatas ucapan sebentar tadi.


Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Khidmatmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dicurahkan oleh Yang Diraikan
Puan Hajah Fatimah binti Muda atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mah Muda sepanjang
perkhidmatan beliau di Sek Keb Gong Tok Nasek.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan tidak berbicara

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan
Hajah Fatimah binti Muda. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Ucapan Yang Diraikan -

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan
Hajah Fatimah binti Muda diatas ucapan itu tadi.



Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis kita diteruskan dengan upacara memotong kek hari lahir sebagai tanda kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Puan Hajah Fatimah binti Muda.

- Acara memotong kek hari lahir



Malam hari berlagu unggas,
Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun terpisah tempat dan tugas,
Budimu puan dalam ingatan.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dari murid-murid Sek Keb Gong Tok Nasek, kita
perdengarkan dan saksikan persembahan daripada murid Pra Sekolah. Dengan itu majlis
mempersilakan.


- Persembahan Pra Sekolah -


Tanam lengguna tumbuh kelapa, terbit bunga pucuk mati,
Budi puan kami tak lupa,
Sudah terpaku d dalam hati.

Hadirin sekalian, tiap pertemuan ada perpisahan, itu adat lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk di telan,tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi
khidmat diperlukan.


Dengan itu marilah kita mendengar sedikit biografi mengenai yang diraikan Puan Hajah Fatimah
binti Muda yang akan dibaca oleh Puan Hajah Fatimah binti Ismail. Dipersilakan.

- Bacaan biografi -


Seterusnya, Majlis dengan rendah hati menjemput Puan Hajah Fatimah binti Muda untuk
menerima cenderamata yang tidak seberapa tanda penghargaan daripada Majlis Kelab Guru
Sek Keb Gong Tok Nasek dan seluruh warga sekolah. Dipersilakan,


Kita mulai dengan
- Pengerusi MGS
- Wakil murid Tahun 6 Arif, 6 Bestari, 6 Cendekia dan 6 Dikara
- Wakil murid Tahun 5 Arif, 5 Bestari, 5 Cendekia dan 5 Dikara
- Wakil murid Tahun 4 Arif, 4 Bestari, 4 Cendekia
- Wakil murid Tahun 3 Arif, 3 Bestari, 3 Cendekia
- Wakil murid Tahun 2 Arif, 2 Bestari, 2 Cendekia
- Wakil murid Tahun 1 Arif, 1 Bestari, 1 Cendekia
- Wakil murid Pra Permata

Dipersilakan mana-mana guru/murid/individu yang ingin menyampaian hadiah kepada Puan
Hajah Fatimah binti Muda. Dipersilakan.


- Acara penyampaian cenderahati


Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan.



Acara kita diteruskan lagi dengan 2 persembahan daripada murid-murid SKGTN. Kita mulai
dengan persembahan nyanyian daripada murid Tahun 6 Arif dengan lagu yang bertajuk
____________________ dan diikuti dengan persembahan Tarian Tradisional untuk kenang-
kenangan Puan Hajah Fatimah binti Muda.

Dipersilakan.

- Persembahan murid -

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi


Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi
Penuh kepuk hasil tampian
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Seterusnya dipersilakan Puan Rohana binti Hamzah untuk menjemput dan mengiringi Puan
Hajah Fatimah binti Muda untuk menandatangani buku rekod pulang kali terakhir. Dipersilakan.

- Menandatangani buku rekod pulang -


Majlis dengan ini mendoakan Puan Hajah Fatimah binti Muda, akan sentiasa sihat sejahtera
dan gembira bersama keluarga tercinta. Jika ada kelapangan hubungilah kami di sini selalu.
Kami mohon ribuan kemaafan d atas segala kekurangan dan kesilapan jikamana kami terlanjur
bicara, terlanjur kata,

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.


Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Sebelum bersurai, semua guru dan murid diminta berbaris untuk acara bersalam-salaman dan
bermaaf-maafan,
















TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PERSARAAN

PUAN HAJAH FATIMAH BINTI MUDA

19 JUN 2014

You might also like