You are on page 1of 3

Laporan Kursus Kepimpinan Pengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah

Dicatat oleh P.E.S di 8:36 PTG . Rabu, 10 Februari 2010


Unit Hal Ehwal Murid SKPK
Princess Elizabeth dengan kerjasama badan displin sekolah telah melaksanakan
satu program iaitu Kursus Kepimpinan yang melibatkan semua
pengawas,pustakawan dan ketua darjah. Kursus ini diadakan bagi memberi
pendedahan kepada bakal-bakal pemimpin di sekolah ini agar mereka akan lebih
berkeyakinan, mempunyai semangat jati diri yang kental,bekerjasama,mempunyai
kekuatan mental dan ketahanan emosi dalam mengharungi kehidupan seharian
dan cabaran hidup semasa menjalankan tugas. Kursus Kepimpinan ini dijalankan
pada 3 hingga 5 Februari 2010. Sepanjang perjalanan Kursus ini, semua peserta
kursus melibatkan diri dalam 5 Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan
oleh beberapa fasilitator dalaman dan jemputan.
Pada 3 Februari 2010, Kursus Kepimpinan di mulakan dengann taklimat yang
disampaikan oleh Puan Hasiah dan Encik Azmi. Seterusnya, kursus dimulakan
dengan Latihan nyanyian bagi memperbaiki mutu nyanyian lagu-lagu wajib semasa
perhimpunan rasmi. Fasilitator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan
slot ini adalah Cik Roslili dan Cik Rosmawati. Pada hari yang sama juga,peserta
kursus diberi latihan dalam menghafal bacaan ikrar dengan suara yang lantang dan
jelas.
Pada hari kedua kursus 4 Februari 2010, Kursus diteruskan lagi dengan Bimbingan
Kerohanian dan bacaan doa. Slot ini dekendalikan oleh Ustaz Ibrahim dan Ustazah
Suzana. Dalam slot ini murid diberi bimbingan bagi menghafal bacaan doa dengan
betul. Dalam slot ini murid dibimbing secara individu bagi memperbetulkan bacaan
masing-masing.
Hari terakhir kursus, 5 Februari 2010 peserta kursus telah diberi peluang
mengikuti Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh fasilitator jemputan iaitu Puan
Hjh Norsanah binti Hj Anuar. Sepanjang sesi ceramah diadakan peserta diberi
pendedahan tentang amalan amalan zikir yang boleh digunakan semasa
menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin.
Slot penutup bagi Kursus Kepimpinan telah diadakan pada hari Isnin 08 Februari
2010 dengan mengadakan majlis watikah perlantikan yang dirasmikan oleh
Timbalan Pegawai Polis Daerah Johor Bahru. Dalam majlis ini peserta yang berjaya
dilantik menjadi pemimpin sebagai Pengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah diberi
penghormatan dengan memakai vest yang disarungkan oleh Supt. Inspektor Saadon
Bin Safii.



Barisan peserta kursus yang
berjaya dilantik menjadi pengawas, pustakawan dan Ketua Darjah.




Timbalan Ketua Pegawai Polis Daerah Johor Bahru memberikan ucapan dan merasmikan majlis.

Penyerahan Sijil Watikah
Perlantikan Pengawas/Pustakawan/Ketua Darjah
Barisan Guru,Tetamu
JemputanPengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah.

You might also like