You are on page 1of 15

JENIS KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:


Alat domestik
Alat permainan
Alat pertahanan diri
Perhiasan diri
Batik
Tekat
Ukiran
Tenunan
Anyaman
Tembikar
ALAT DOMESTIK
Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan
dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. Selain
mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan
kegunaan harian.
Contoh barangan domestik
Batu kisar
Tudung saji
Tudung rotan
Tudung saji mengkuang
Kukuran duduk dan kukuran silang
Dulang paha tembaga air mawar
ALAT PERMAINAN
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan
yang dilalui oleh nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali
sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak
dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita
sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak
sehingga hari ini.
Contoh permainan tradisional
Congkak
Wau
Batu seremban
Sepak raga
Gasing
CONGKAK
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan
sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia
menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan
kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
WAU
Permaian wau dikenali sebagai layang-layang dan ia digemari oleh
penduduk-penduduk di kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15.
Permainan wau dimainkan di kawasan negeri seperti Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis.
Cara permainan wau
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.
Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehingga wau tersebut tinggi di udara. Kilauan
cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Jenis-jenis wau
Wau bulan
Wau jala budi
Wau kucing
Wau kenyalang
Wau barat
Wau daun
Wau burung
Corak hiasan wau
Corak wau tradisional biasanya digubah halus dan padat dengan awan
larat yang motifkan tumbuh-tumbuhan.
Corak berulang pada birai (tepi) bingkai wau juga disusun rapat.
Bagi melahirkan corak yang jelas, keseluruhan corak diukir(Tebuk). Tidak
sekali-kali dilukis dengan mrenggunakan berus dan semburan warna.
Setelah diukir, barulah ditampal pada kertas warna.
Beberapa lapisan warna digunakan dalam wau.
Jenis-Jenis Motif
Bunga matahari
Daun ketumbit
Ketamguri.
Pucuk rebung
Itik pulang petang
Badak mudik
BATU SEREMBAN
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.
Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan
kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat
orang. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar digunakan
oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang
mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu
hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas
dinamakan buah tujuh.
SEPAK RAGA
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia
telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada
abad ke-15M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk
menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya
daripada jatuh ke tanah. Pada masa kini, sepak raga dimainkan apabila
ketiadaan jaring dan ia dimainkan dalam bulatan.
GASING
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya,
sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional
orang-orang Melayu sejak dahulu lagi dan ia biasanya dimainkan selepas
musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung.
Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu berbaru, kemuning, merbau, rambai, atau
kundang Kayu tersebut akan ditakik dan dikikis sehingga menjadi bentuk
gasing.
Tali gasing pula dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing
dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada
panjang tangan seseorang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan
pergerakan tali gasing.
Cara bermain gasing
Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran
memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
ALAT PERTAHANAN DIRI
Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri
sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga
adakalanya menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat
halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu.
Contoh alat pertahanan diri
Keris
Lembing
Perisai
Golok
ALAT PERHIASAN DIRI
Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita.
Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis
istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan
diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi
pada masa kini.
Jenis-jenis alat perhiasan diri
Dokoh - perhisan yang dipakai di leher mempunyai tiga atau lebih plat
yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Ianya sering
dipadankan dengan pemakaian baju kebaya.
Pending - ialah perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang. Lazimnya
diperbuat daripada logam.
Cucuk sanggul - Cucuk sanggul ialah hiasan yang dipakai untuk
menghiasi sanggul supaya tampak lebih menarik.
Anting-anting - Anting-anting ialah hiasan yang dipakai ditelinga. Ianya
dipakai oleh kaum wanita.
BATIK
Batik merupakan satu bidang kraf yang unggul di negara kita. Pada masa
dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat
pengecap tetapi kini batik telah diusahakann dengan menggunakan alat-alat
moden. Batik diperkenalkan di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.
Kebanyakan kilang perusahaan batik terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Jenis-jenis batik
i. BATIK LUKIS
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di
atas kain putih.
Setelah kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian
corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-
bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna
apabila proses mematikan warna dilakukan.
Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian berwarna putih sebagai
benteng.
ii. BATIK SKRIN
Batik skrin tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan
conteng.
Corak batik dibentuk atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang
berpengidang.
Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan
warna di atas corak tadi dengan menggunkan sekuji.
Cara ini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk
mendapatkan corak batik yang lengkap disebabkan satu skrin untuk satu
warna sahaja.
iii. BATIK PELANGI
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas
kain putih.
Proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, di mana bahagian yang terkena lilin tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna dilakukan.
Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian berwarna putih sebagai
benteng.
iv. BATIK BLOK
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok
corak.
Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam
Proses ini dilakukan secara berulangan dengan mengikut susunan yang
tertentu sehingga selesai.
Blok itu dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekap di
atas kain.
Jenis motif batik
Motif geometri
Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin
berganda, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung, kisi-
kiri dan swastika.
Fungsi motif unsur rupa geometri:
Untuk hiasan kaki kain (susunan garis-garis halus, motif parang
rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan.)
Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti
cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.
Untuk menghiasi batik panj motif kawung dalam susunan tempat
bentuk bujur sering digunakan.
Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa
bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis
berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia
merupakan campuran gaya organik dan geometri.
Motif flora
- Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:
Untuk menghiaskan kain batik ela. (Motif flora seperti bunga, kudup,
putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau
bertabur)
Untuk menghiasi badan batik sarung. (bunga, kuntum, putik, ranting
dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut)
Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif
pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan
secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri
Motif fauna
Unsur-unsur fauna adalah seperti motif rama-rama, kumbang, burung,
ayam, rusa, bangau, ikan, kijang, burung merak
Motif isen
Isen ialah motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional atau
sebagai latar belakang kepala sesuatu pola corak.
Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, pitu,
cecek sawut daun, galangan, grinsing, mata dara, penutup, poleng,
sisik
Motif benda buatan manusia
Fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini biasanya
digunakan untuk hiasan batik ela
Contoh motif unsur benda buatan manusia ialah abor, jaring ikan,
kampong, wau
Susunan Reka Corak Motif
berdiri
berjalur
catur/dam
melintang
menyeluruh
serong
ulang bersilang
ulang batu bata
TEKAT
Seni tekat dikenali dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja
menyulam benang emas ke atas kain dasar. Kerja-kerja menekat
memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai
acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.
Fungsi tekat
Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia juga digunakan
sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran,
berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja,
tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di
kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan
bahan mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan
hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.
Jenis-jenis tekat
1. Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak
motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak
motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

2. Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai
tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah
yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan
labuci dan manik-manik. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji,
tepak sirih, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, pakaian diraja
dan sebagainya.
TENUNAN
Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai
keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu
motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif.
Jenis tenunan seperti:
Tenunan Pahang
berasal dari Riau, Sulawesi
menggunakan benang kapas dan sutera
menggunakan bahan pewarna semulajadi iaitu daun terung( biru),
kunyit( kuning), dan air perahan belimbing untuk mematikan warna.
di Kelantan dikenali sebagai tenunan balas atau setuli benang.
Tenunan songket:
menggunakan benang emas dan perak
terdapat dua jenis songket iaitu tekat 3 dan tekat 5
Tenunan pua:
- menggunakan teknik nikat dan celup ke dalam warna
- digunakan untuk majlis kelahiran dan kematian serta popular di
Sarawak.
Motif tenunan
Tiga jenis motif dalam ragam hias songket:
Motif berasaskan flora
Pucuk Rebung
Bunga Tanjung
Bunga Cengkeh
Bunga Kunyit
Bunga Cina
Bunga Tampuk Manggis
Motif berasaskan fauna
Lawi Ayam
Kuda laut
Kupu-kupu
Ayam Jantan
Burung Merak
Motif berasaskan geometri
Bintang Pecah Lapan
Makhota
Struktur Ragam hias Songket
mempunyai tiga bahagian yang paling nyata, iaitu:
- Kepala kain - Biasanya menggunakan motif Pucuk Rebung dan Lawi
Ayam
- Badan kain - Motifnya bebas
- Kaki kain - Seperti juga kepala kain, bahagian ini dihiasi dengan motif
Pucuk Rebung dan Lawi Ayam, atau motif yang disusun secara
berbaris (melintang) serta diapit oleh tali air secara berlapis.
Susunan Letak Motif Songket
Tiga jenis susunan letak motif songket:
Susunan Bunga Penuh
Susunan Bunga Tabur
Susunan bercorak
Corak tenunan
Corak tapak catur
Corak mendatar
Corak siku keluang
Corak ulangan batu-bata
Corak serong
Corak menegak

UKIRAN KAYU
Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi
satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir
akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti
ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan
kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis
motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan
pisau wali.
Bentuk-bentuk ukiran
a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang
ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji supaya tembus bentuk-bentuk
bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak
silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu
bahagian dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah
awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Manakala bagi ukiran tebuk silat,
bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian
yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan.
Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan
tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk
ini ialah awan larat, silang dan simetri.
b. Ukiran Bunga Timbul
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak
silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat
daripada kayu, ulu serta sampir senjata.
c. Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat,
kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti
ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.
d. Ukiran Larik
Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-
gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot,
tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.
e. Ukiran Kayu Hanyut
Ukiran ini di anggap masih baru dan diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf
tangan Malaysia. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu
dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya.
Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran
Berikut adalah motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora, seni khat,
fauna, awan larat, kosmos dan geometri.
Flora
Daun: bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya,
ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku,
piya, pulut, setulang, selit, ringgit
Bunga: cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit, kemunting,
kedup. Ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung,
matahari, cengkih
Seni Khat
ayat-ayat Al-Quran
Fauna
itik pulang petang
Awan Larat
awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angina
sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.
Kosmos
- Matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan lain-lain.
Geometri
- Corak berupa corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam rupa
bentuk geometri. Huruf-huruf Arab dan tulisan jawi juga digunakan.

ANYAMAN
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan
digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak
zaman dahulu lagi. Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa
menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas
pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha
tradisi sejak berabad-abad lalu.
Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-
satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam
keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah
dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang
melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah pada waktu lapang.
Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan
kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang
"berbentuk" sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa
memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa
kelarai disebut sebagai "gadas".
TEMBIKAR
Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah
liat, dibentuk dan dibakar. Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu
tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua
Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Bentuk tembikar mempunyai persamaan
dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah,
dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi
Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang
membanggakan.
Teknik Pembuatan Tembikar:
(a) Teknik picitan
(b) Teknik lengkaran
(c) Teknik kepingan
(d) Teknik Lempar Alin
Jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong):
1) Labu Gondol atau Labu Air
2) Labu Kepayang atau Labu Pucung
3) Labu Gelugur
4) Labu Tanah
5) Labu Panai
6) Labu Kepap
7) Labu Tela
8) Labu Leper atau Labu Bocong
Reka Bentuk Tembikar Tradisional
Teknik pembentukan dan penciptaan orang Melayu tetap pada tahap
teknologi primitif. Dengan teknik yang serba sederhana, tembikar dibakar
dalam suhu biasa tanpa ukuran tertentu. Tukang Melayu dapat melahirkan
ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang
mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri.
Dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di
Muzium Negara dan Muzium Taiping telah dapat dikesan tentang kepandaian
orang Melayu membentuk dan mencipta. Walaupun rupa bentuk tembikar
yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan nilai-nilai estetika.
Motif Ragam Hias
aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri
daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan
organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik
dan bentuk-bentuk yang berunsur garis
Contohnya, susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan
tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain
Selalunya dijadikan motif tembikar.

Motif Geometri
Garisan bersilang- seli.
susun kisi-kisi
Titik tahi alat
Garis berkotak.
Garis tulang ikan
Pucuk rebung
Bentuk segi tiga
Bentuk bujur
Motif Gayaan Organik
Bunga cengkih
Bunga pecah lapan
Bunga tanjung
Bunga lawang
Tampuk manggis


Bibliografi
http://ppgusm.blogspot.com/2013/01/mengenal-alat-bahan-dan-teknik-seni.html

http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/mengenal-kraf-tradisional.html

http://sfera-seni.blogspot.com/p/bidang-mengenal-kraf-tradisional.html

You might also like