You are on page 1of 7

LAPORAN TUGAS AJK KECERIAAN PROGRAM KHIDMAT SISWA

DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI


KUALA NERANG, KEDAH.

AHLI JAWATANKUASA KECERIAAN

Ketua : Suzanawati Bt Sukiman
Ahli : Mohd Hadi B Khamidun

Pendahuluan
Program Khidmat Siswa ini merupakan satu program yang dirangka khas bagi
memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan
Khas Semester 6 bagi memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang mempunyai
ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek sesuai dengan
cabaran profesion perguruan masa kini.

Senarai tugas sebelum :
Dalam menjayakan program ini, saya diberi kepercayaan sebagai ahli
jawatankuasa keceriaan program. Saya dan rakan telah memulakan tugas dengan
menyenaraikan perlatan yang ingin dipinjam dan diperoleh dari stor IPG dan juga
barang yang hendak dibeli. Senarai peralatan yang diperlukan telah disenaraikan dan
diserahkan kepada ajk alatan. Antara alatan yang ingin digunakan oleh saya adalah
kertas warna, kertas A4, kad manila, pelaka, berus warna, cangkul,parang dan lain-lain.
Setelah menyenaraikan alatan keceriaan yang ingin digunakan, saya telah
mengambil alatan tersebut daripada rakan ajk alatan. Terdapat beberapa alatan yang
dipohon diperoleh seperti kertas warna, kertas A4 dan kad manila. Alatan seperti
cangkul, parang, pelaka, berus warna tidak diperoleh. Oleh itu, saya mengambil inisiatif
lain dengan mengutip dan mengumpul sejumlah duit daripada rakan-rakan sepasukan
untuk membeli alatan-alatan seperti pelaka, berus warna dan palate manakala cangkul,
parang, paku dipinjam daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kuala Nerang.
Tugas lain yang dilakukan oleh kami ialah pergi ke Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti Kuala Nerang. Tujuan kami membuat lawatan awal ke sana adalah bertujuan
untuk meninjau kawasan sekitar dan kawasan dalam PDK sama ada sesuai atau tidak
untuk kami jalankan aktiviti keceriaan di kawasan tersebut. Kawasan sekitar PDK Kuala
Nerang sangat luas dan mempunyai kawasan padang yang lapang. Di dalam bangunan
PDK pula terdapat lima sudut iaitu ruang akademik, dewan berhimpun, ruang
mesyuarat, dapur dan stor simpanan alatan.
Melalui tinjauan awal ini, kami telah menyenaraikan beberapa kawasan yang
dirasakan paling sesuai untuk kami menjalankan beberapa aktiviti keceriaan seperti di
kawasan sekitar PDK Kuala Nerang, di kawasan dewan perhimpunan dan kawasan
bahagian dalam bangunan PDK tersebut. Antara aktiviti keceriaan yang telah kami
rancangkan ialah melukis mural, sesi gotong-royong mengemaskan kawasan lapang
sekitar PDK dan kawasan dalam PDK serta berkebun dan menanam pokok hiasan
disekitar PDK. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh kami ini memakan masa selama
seminggu dan dilakukan mengikut tentatif program yang disusun oleh ajk aktiviti.
Selepas semua peralatan dan tempat aktiviti keceriaan telah dikenalpasti, saya
dan rakan Mohd Hadi B Khamidun telah mengadakan satu taklimat dan pembahagian
tugas kepada rakan-rakan yang lain. Sebelum saya membahagikan rakan-rakan
kepada kumpulan yang lebih kecil, saya telah memberi sedikit taklimat tentang aktiviti
yang akan dijalankan oleh mereka. Terdapat tiga aktiviti yang akan dijalankan oleh
mereka antaranya adalah gotong-royong, mural dan berkebun. Saya telah
membahagikan rakan-rakan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan 1, kumpulan 2 dan
kumpulan 3 seperti berikut :

KUMPULAN/
MURAL
GOTONG-
ROYONG
BERKEBUN

NAMA

Suzana
Jannah
Sham

azeana
haniff
fairus
tajul


hadi
huda
muizzuddin
syafiq


Senarai tugas semasa :
1) Ahad 3/10/2010
Pada hari pertama, kami telah memulakan aktiviti keceriaan dengan aktiviti
bergotong-royong pada hari Ahad iaitu bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir
pada 4.30 petang. Seramai 4 orang telah terlibat semasa aktiviti gotong royong ini iaitu
Azeana, Haniff, Fairus dan Tajul dengan dipantau oleh saya dan saudara Hadi. Saya
telah membahagikan kawasan gotong royong ini kepada dua kawasan iaitu bahagian
luar PDK dan bahagian dalam PDK. Tugas gotong-royong di kawasan luar telah
dilakukan oleh Haniff dan Tajul manakala tugas dibahagian dalam PDK dilakukan oleh
Azeana dan Fairus. Saya juga turut membantu mengendalikan gotong-royong di
kawasan bahagian dalam PDK manakala Hadi mengetuai di kawasan bahagian luar
PDK. Antara aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh kami ialah :

BAHAGIAN LUAR PDK

BAHAGIAN DALAM PDK
menyapu sampah mop lantai
menebas lalang
memotong rumput
mambakar sampah
menyusun pasu bunga
menyiram pokok bunga
membuang sampah-sarap
bersihkan bahagian dapur
cuci tandas
susun alat bantu mengajar
sapu dan buang sampah
kemas dan susun peralatan
di dalam stor
kemas sudut fisioterapi

Sesi gotong-royong ini berjalan dengan lancar di mana kumpulan ini sangat komited
dalam melakukan gotong-royong ini walaupun dalam cuaca yang agak panas..
Peralatan yang digunakan adalah peralatan daripada PDK itu sendiri seperti cangkul,
parang, penyodok, mop lantai, plastic hitam dan lain-lain. Aktiviti gotong-royong ini
selesai pada tepat pukul 4.30 petang.

2) Isnin 4/10/2010
Pada hari kedua iaitu hari Selasa, aktiviti keceriaan turut dijalankan. Pada hari ini
terdapat pembahagian tugas di mana aktiviti berkebun dan melukis mural dijalankan
serentak pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Aktiviti ini dijalankan serentak
berikutan pada hari Rabu akan dijalankan majlis penutup Program Bakti Siswa. Oleh
itu, lukisan mural dan kawasan pekebunan hendaklah disiapkan terlebih dahulu.
Kumpulan mural iaitu saya, Jannah dan Syam manakala kumpulan berkebun iaitu
Hadi, Huda, Muiz dan Syafiq bekerja pada waktu yang sama. Bagi aktiviti melukis
mural, kami telah meminta kebenaran daripada penyelaras PDK Kuala Nerang iaitu
Cik Siti Maryam Bt Mohammad untuk melukis mural. Beliau meminta kami melukis
mural hanya di kawasan ruang dewan perhimpunana sahaja. Kami telah memulakan
aktiviti melukis mural dengan menekap huruf-huruf yang diperlukan untuk membentuk
perkatan Selamat Datang Ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kuala Nerang,
Kedah. Penekapan huruf ini memkaan masa yang agak lama memandangkan tempat
untuk kami melukis mural adalah tinggi. Oleh itu, kami menggunakantangga dan juga
meja semasa menekap huru-huruf di dinding tersebut. Untuk aktiviti seterusnya iaitu
mengecat huruf-huruf tersebut akan disambung pada hari esok.
Bagi aktiviti berkebun pula, rakan saya iaitu Hadi telah menyatakan beberapa
jenis tanaman yang akan ditanam antaranya ialah sayuran pokok cili, sawi dan bayam
manakala tanaman hiasan adalah pokok bunga hati, pokok puding dan bunga hiasan.
Aktiviti ini dimulakan dengan membuat batas untuk menanam sawi dan bayam. Batas
yang dilakukan adalah sebanyak 3 batas. Peralatan yang digunakan semuanya
daripada PDK ini sendiri. Batas ini telah mengambil masa selama setengah jam
memandangkan kawasan di sekitar PDK itu luas dan cuaca yang tidak berapa
mengizinkan untuk kami berkebun. Setelah siap batas di bina.biji benih untuk tanaman
sawi dan bayam diletakkan. Walaupun cuaca yang tidak mengaizinkan, didapati
semua ahli sangat seronok dan bekerjasama dalam melakukan aktiviti berkebun ini.
Aktiviti untuk tanaman pokok bunga akan diteruskan pada esok hari memandangkan
cuaca pada hari tersebut yang kurang mengizinkan.

3) Selasa 5/10/2010
Pada hari ketiga ini, kami telah meneruskan aktiviti keceriaan ini dengan aktiviti
semalam iaitu lukisan mural dan berkebun. Untuk aktiviti melukis mural, kami
menyambung membuat mural dengan mewarnakan huruf yang telah ditekapkan
semalam. Proses mewarnakan huruf ini memakan masa yang agak lama kerana ia
memerlukan ketelitian dan kesungguhan yang lebih untuk melakukannya. Jika kita
tercuai sedikit, maka lukisan mural yang dihasilkan akan jadii comot dan tidak kemas.
Kami telah memilih warna merah, biru dan hitam sebagai warna asas untuk
diwarnakan pada huru-huruf di dinding tersebut. Warna-warna yang di pilih adalah
warna berdasarkan persetujuan semua ahli kumpulan kami. Setelas selesai
mewarnakan huruf didinding bahagian dewan perhimpunan, kami melakukan mural di
sudut akademik pula. Pada sudut ini, kami hanya melukis dan mewarnakan mural
berbentuk akademik sahaja iaitu huruf A,B, C dan seterusnya serta nombor 1,2,3 dan
seterusnya. Lukisan mural pada sudut akademik ini hanya mengambil masa yang
sedikit memandangkan sudut ini berada di bawah dan ianya memudahkan pergerakan
kami untuk melakukan aktiviti melukis mural.
Bagi aktiviti berkebun pula, kami meneruskan perkebunan dengan menanam
pokok-pokok bunga seperti pokok bunga hati dan pokok bunga puding. Tanaman
pokok ini ditanam di kawasan hadapan pagar sebagai tanda kenangan kami berada di
sini. Setelah selesai menanam pokok ini, kami menanam pula beberapa batang pokok
cili yang telah dibeli oleh kami dikedai pokok. Pemilihan pokok cili ini adalah kerana
hasilnya mudah diperoleh dan tidak perlu jagaan yang rapi terhadap pokok ini.
Kemudian, kami menghias dan menyusun pasu-pasu bunga agar kelihatan cantik dan
menarik untuk majlis pada esoh hari. Aktiviti berkebun ini tamat pada pukul 4.30
petang.
Selain itu, ajk kami telah ditugaskan untuk menceriakan dewan perhimpunan
semepena dengan majlis Perasmian Penutup Program Bakti Siswa kami ini. Oleh itu,
saya dan rakan-rakan yang lain telah menggunakan beberapa helai reben untuk
dianyam menjadi ketupat. Anyaman-anyaman ketupat yang telah siap ini akan dihias
dibahagian utama dewan perhimpunan. Kami juga telah menghias meja makanan VIP
dan meja cenderamata untuk kanak-kanak, pensyarah, tetamu jemputan dan juga PDK
Kuala Nerang.

Senarai tugas selepas :
Setelah selesai program ini, saya dan rakan Mohd Hadi B Khamidun telah
membuat refleksi dan laporan berkenaan tugas yang dijalankan oleh kami sepanjang
program ini berlangsung. Refleksi yang dihasilkan oleh saya mempunyai kekuatan,
kelemahan dan juga cara penambahbaikan tentang aktiviti ajk serta program ini.
Di samping itu, saya juga telah mengemas kini laporan ahli jawatankuasa.
Laporan ahli jawatankuasa ini perlu dikemaskini dengan dengan segera kerana ianya
akan dihantar dan menjadi tempat rujukan pensyarah-pensyarah jika terdapat sebarang
kemusykilan berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

You might also like