You are on page 1of 14

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1


BAB 3: MEDIA PENGAJARAN


3.1 Konsep Media Pengajaran

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang
kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media
pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media
atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin
yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat
daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen,
radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media
pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan
daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan,
perhatian, minat serta perhatian murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

3.2 Fungsi Media Pengajaran

Kesan menggunakan media yang terdiri daripada pelbagai jenis itu didapati berbeza
antara satu dengan yang lain. Ada yang sesuai pada perkara yang mempunyai unsur
abstrak ikonik dan enaktif. Ini dapat dilihat kon pengalaman pembelajaran yang pernah
diketengahkan oleh Edgar Dale (Wah Wan Ali et al.2008) sebagaimana yang terdapat
dalam rajah.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2



Rajah 1: Kon Pengalaman Dale

Media terdiri daripada pelbagai jenis boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah:

a) Media menjadi sumber yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran berikut:
Memainkan peranan sebagai papan hitam.
Menjadi alat yang boleh mengawal disiplin murid semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Boleh mengurangkan kebosanan murid di mana menggunakan pelbagai
multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

b) Media dapat membantu guru menyakinkan diri dan mengurangkan darah
gemuruh (podium fright) semasa penyampaian pengajaran.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3



c) Media dapat membantu guru menyampaikan mesej dalam pengajaran, memberi
maklumat yang tepat dan jelas, motivasi murid dalam pembelajaran dan
memberi hiburan (entertainment).

d) Melalui media keterangan seribu perkataan dapat diperjelaskan dengan
sekeping gambar. Di samping itu juga media dapat:
mengurangkan masa penerangan.
murid dapat belajar lebih.
murid dapat mengekakalkan kefahaman.
murid dapat meyakinkan kemahiran dan prestasinya pada subjek yang
dipelajarinya.

e) Penggunaan alat bantu memudahkan kita mewujudkan pengalaman konkrit.
Menurut kajian, kadar ingatan murid berbeza-beza jika mereka membuat kerja
seperti berikut: Jika,

membaca mereka memperolehi 10% dari apa yang dibacanya
mendengar mereka memperolehi 20% dari apa yang didengar
mendengar dan melihat mereka
memperolehi

30% dari apa yang didengar
dan dilihat
memyebut mereka memperolehi 70% dari apa yang didengar,
dilihat dn disebut
membuat, menyebut mereka
memperolehi

90% dari apa yang didengar,
dilihat dan disebut







EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4


3.3 Jenis-Jenis dan Klasifikasi Media

Media pengajaran terbahagi kepada dua:
i. Media cetak
ii. Media bukan cetak

3.3.1 Media Cetak
Media cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas kertas. Ia
berbentuk buku teks, buku kerja,buku rujukan, majalah, risalah, surat khabar, nota-nota,
prosiding seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan sebagainya. Tujuan bahan-
bahan ini dicetak adalah untuk:
i. Memberikan panduan.
ii. Menyampaikan maklumat.
iii. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak.

3.3.1.1. Jenis Media Cetak
Secara umumnya media cetak boleh diklasifikasikan kepada empat fungsi
sebagaimana yang dinyatakan seperti berikut:

a. Alat bantu mengajar
b. Bahan untuk latihan
c. Bahan maklumat
d. Bahan untuk peningkatan ilmu









Rajah 2: Contoh Media Cetak


Surat khabar
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

5


Media Sebagai Alat Bantu Mengajar

Bahan cetak yang berperanan sebagai alat bantu belajar merupakan bahan-bahan
yang mempunyai instruksi atau panduan sumber belajar. Lazimnya instruksi yang
terdapat dalam bahan bantu mengajar itu dibentuk tahap demi tahap atau langkah demi
langkah untuk memudahkan murid mengguna dan memahamkan pelajaran dengan
mudah. Ia berbentuk guide sheet, jobs aids dan sebagai satu gambar bersiri.
Maklumat dalam guide sheet akan menampilkan kata-kata atau arahan secara
keseluruhan sedangkan jobs aids selain dari kata-kata atau arahan tadi terdapat juga
beberapa ilustrasi atau gambar bersama-sama arahan tadi, manakala picture series
merupakan maklumat yang disampaikan dalam gambar bersiri.

Media Sebagai Bahan Untuk Latihan

Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk latihan lazimnya ia berbentuk intruksi. Di
sini pembaca akan disugukkan dengan pelbagai maklumat atau petunjuk yang
berkaitan dengan pelajaran yang diajar. Bahan untuk latihan ini adalah berbentuk
manual , handout dan ada yang berbentuk Panduan Pembelajaran(study guides).

Manual
Manual adalah petunjuk yang praktikal bagi sesuatu kerja yang perlu dilaksanakan.
Biasanya pelatih-pelatih akan menggunakan manual ini untuk melaksanakan sesuatu
kerja atau projek mengikut langkah-langkah yang instruktornya telah rancang dan
catatkan di manual yang diedarkan itu.









Rajah 3: Contoh handout

Handout
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

6


Nota atau catatan yang dibuat oleh guru atau tenaga pengajar yang diedarkan kepada
murid. Lazimnya catatan itu berkaitan dengan isi pelajaran. Maklumat yang terdapat
dalam bahan edaran itu antara lainya adalah jadual pelajaran, sinopsis pelajaran dan
objektif yang ingin dicapai, tugas-tugas yang perlu disempurnakan, sumber-sumber
bahan untuk rujukan.

Panduan Pembelajaran (Study Guides)
Secara kasarnya study guides ini mempunyai ciri seakan-akan serupa dengan
handout dari aspek penggunaannya. Kedua-dua bahan ini bertujuan untuk murid dan
poeserta membuat latihan. Perbezaan yang nyata terhadap handout dengan study
guides adalah dari aspek penjelasan isi bagi sesuatu topik pengajaran. Pada handout
penjelasan yang dapat kita lihat adalah ringkas terhadap sesuatu topik manakala study
guides maklumat yang diterangkan itu didapati terperinci.

Media Sebagai Bahan Maklumat
Media cetak berperanan sebagai bahan maklumat foreka dengan tujuan untuk memberi
mahlumat dan mitibasi. Ia dapat menarik perhatian seseorang dengan menampilkan
sesuatu yang dimiliki oleh sesebuah organisasi; Lazimnya, ia berbentuk risalah
(brochure) surat khabar, laporan tahunan dan sebagainya.

Media Sebagai bahan Peningkatan Ilmu
Media cetak berbentuk buku boleh berperanan sebagai alat yang dapat meningkatkan
ilmu seseorang dengan lebih mendalam. Jenis bahan berbentuk buku dan bukan buku
ini boleh diklasifikasikan pada bahan rujukan, fiksyen dan bukan fiksyen yang Dewey
klasifikasikan kepada 10 kod yang bermula dari kod 000 hingga ke kod 999 dan
Library Congress menggunakan notasi bercampur seperti berikut:
Sistem Perpuluhan Dewey (DDC) iaitu kod ringkasan pertama

000 Karya Am
100 Falsafah
200 Agama
300 Sains Sosial
400 Bahasa
500 Sains Tulin
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

7


600 Teknologi/Sains Gunaan
700 Kesenian
800 Kesusasteraan
900 Geografi, Biografi dan Sejarah

Kod Library Congress pula menggunakan kod pengklasannya seperti berikut untuk
mengkelaskan bahan pendidikan di pusat pendidikan terutama di institut pengajian
tinggi di Malaysia. Simbol-simbol pada kod Library Congress adalah:

A, AS, AG, Ae, AY Karya Am
B, BH, BJ BF Falsafah
Bl, BX, BP, BZ Agama
H, HA, HJ HM, HX Sains Sosial
L, LH, LA, LC, LD, LG, LJ,LB Pendidikan
P, PE, PN, PR, PZ Bahasa
Q, Qa, QB, QC, QD, QE,QH Sains Tulin
TA, TE, TG, TH, TK, TP,TT,TE,
TX
Teknologi
K Undang-Undang
G,C, F Geografi Am dan Biografi


3.3.1.2. Kebaikan Media Bercetak

Media cetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika dibandingkan dengan media
lain, ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:

i. Bentuk media cetak didapati mudah dibawa dan mudah juga digunakan di mana
sahaja.
ii. Media cetak didapati lebih ekonomi, mudah disebar, mudah dipindah-pindahkan
dari seorang pengguna kepada pengguna yang lain.
iii. Pembaca boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi maklumat yang
terkandung di dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut keperluan pengguna.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8


iv. Media cetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten dan tepat dan dapat
menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan juga untuk
sedekad yang akan datang.
v. Bahan cetak digunakan begitu meluas kerana terdapat beberapa ciri yang positif
seperti berikut:

a. Digunakan begitu meluas.
b. Mudah disedia dan diterbitkan.
c. Digunakan sebagai alat pengajaran utama.
d. Tidak menggunakan alat lain semasa menggunakannya.
e. Mudah dikemas kini.
f. Murid dapat mengawal masa, tempat dan tempoh pembelajaran mereka.
g. Bahan bercetak mempunyai latihan di akhir modulnya, mempunyai
pengajaran yang sudah dirancang dengan penerangannya dilengkapkan
dengan gambar, carta, jadual dan gambar-gambar kartun.

3.3.1.3 Kelemahan Media Cetak

Media cetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti audio, video terdapat
beberapa kelemahan seperti berikut:

i. Media cetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan bersuara yang
dapat memberikan pengalaman murid bersifat konkrit.
ii. Keberkesanan media cetak banyak bergantung pada kebolehan individu
menguasai bacaan. Jika kebolehan membaca lemah maka pembaca akan
menghadapi masalah untuk memahami isi maklumat.
iii. Maklum balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali menggunakan
kemudahan telefon atau internet.






EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

9


3.3.2 Media Bukan Bercetak

Kumpulan bahan pengajaran yang kedua adalah bahan yang berbentuk bukan bercetak
yang boleh diklasifikasikan pada jenis perkakasan (hardware) dan jenis perisian
(software) dan bahan kos rendah dan papan peragaan.

3.3.2.1 Bahan Jenis Perkakasan (Hardware)
Kamera filem 35mm
Kamera video
Perakam audio
Radio
Televisyen
Projektor filem
Projektor OHP
Projektor slaid
Projektor LCD
Projektor legap

Rajah 4: Projektor slaid

Bahan Jenis Perisian (software)
Filem
Transparensi
Kaset audio
Slaid
Perisian komputer
Mikro filem

Rajah 5: Mikro filem

Kesemua media yang berbentuk perkakasan dan perisian tersebut pada umumnya
boleh diklasifikasikan juga mengikut fungsinya seperti berikut:


Projektor slaid

Mikro filem







Projektor slaid
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

10


3.3.2.2 Media Tayang

Bahan yang memerlukan projektor untuk menayangkan imej, gambar, fakta dan teks
untuk ditonton. Projektor bagi bahan seperti berikut berbeza antara satu dengan yang
lain. Ada yang memerlukan OHP, filem ptojektor, LCD, slaid projektor dan mikro filem.
Slaid
Filem
Transparensi
Multimedia
Video
Produk komputer
Mikro filem
Rajah 6: Multimedia

3.3.2.3 Bahan Kos Rendah

Bahan kos rendah boleh dikategorikan kepada bahan 2 dimensi (2D) dan bahan 3
dimensi (3D). Bahan 2D terdiri daripada bahan seperti carta, bahan bercetak,graf,
lukisan, fotograf, poster, kartun,brosur dan akhbaryang guru boleh gunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahan 3D adalah bahan sebenar (realia) ataupun bahan buatan manusia yang
menyerupai bahan sebenar. Bahan 3D boleh dikategorikan kepada kategori berikut:
i. Bahan berbentuk model
ii. Bahan realia
iii. Bahan berbentuk diorama
iv. Bahan berbentuk panel animasi dan si mulasi
v. Boneka-Boneka sarung tangan, boneka lidi, boneka wayang kulit dan boneka
bertali.
vi. Bahan mudahalih (mobile)






Multimedia



Projektor slaid
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

11


3.4 Pemilihan Media Pengajaran

Media boleh digunakan dalam pelbagai cara dan bentuk dengan tujuan untuk
membantu seseorang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
pengalaman yang lepas penggunaan media dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dilakukan dengan berhemah untuk pemilihan kesesuaian media
dengan pengajaran.

Terdapat enam panduan yang boleh dilakukan untuk kita membuat pilihan media untuk
kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

i. Sebelum membuat pemilihan media, pastikan perkara berikut sudah diketahui,

a. Ciri murid yang akan menggunakan media dan kaedah pembelajaran yang telah
dialaminya.
b. Bilangan murid dan tempat atau suasana yang kita akan gunakan media
tersebut.
c. Matlamat dan objektif pengajaran tersebut.
d. Tajuk dan kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
e. Pastikan bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.
f. Alat kawalan media yang akan digunakan.
g. Strategi penyampaian guru (cara, mana satu yang akan didahulukan).

ii. Tentukan jenis media seperti bahan-bahan cetak, slaid, OHP, pita video, pita audio,
mikrokomputer dan kemudahan virtual yang hendak digunakan itu ada dan boleh
digunakan.

iii. Tentukan sumber sokongan yang boleh digunakan, terutamanya kakitangan
sokongan, kemudahan yang berkaitan dengan media, masa persiapan juga kemahiran
teknikal tentang penggunaan media pengajaran tersebut semasa pengajaran.

iv. Kenal pasti media dan kelengkapan yang murid boleh gunakan. Hal ini perlu
diketahui kerana sebahagian murid kita sudah melihat, mengalami dan menggunakan
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

12


beberapa alat di rumah dan di persekitaran hidup kita. Dari kemahiran yang murid miliki
ini, guru boleh bekerjasama dan melibatkan murid yang mahir dalam pengajarannya.

v. Tentukan cara penyampaian yang hendah digunakan, sama ada komunikasi sehala
atau dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu nanti.

vi. Pastikan tempat dan suasana fizikal yang guru hendak gunakan media itu sesuai
dan boleh memberi kesan yang baik dan objektifnya tercapai.


RUMUSAN

Media pengajaran yang baru boleh digunakan terdiri dari pelbagai bentuk. Ada yang
berbentuk tayang dan ada yang berbentuk bukan tayang. Setiap bahan dan alat ini
berperanan sebagai alat yang boleh membantu guru dan murid memahami sesuatu
ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fungsi setiap alat dan bahan ini
berbeza mengikut keperluan pengguna. Dengan ini amat wajar bagi setiap guru perlu
membuat pemilihan terlebih dahulu sebelum digunakannya di bilik darjah.


EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

13


Latihan 3

Jawab semua soalan berikut:

1. Tujuan media cetak digunakan adalah untuk
A. meningkatkan kemampuan pembaca
B. memotivasikan tingkat pemerhatian dan perilaku seseorang
C. menjelaskan kembali kepada orang lain mengenai maklumat yang ada
D. menyamakan persepsi pembaca

2. Study Guides merupakan salah satu bentuk media untuk menyampaikan maklumat,
dan digunakan sebagai
A. instruksi
B. bimbingan
C. latihan
D. praktik

3. Antara yang berikut, yang manakah media cetak yang berperanan sebagai sebaran
maklumat
A. handout
B. manual
C. study guides
D. brochure

4. Huraikan empat kelebihan menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran dan
pembelajaran.

5. Senaraikan empat contoh bahan bukan bercetak.

6. Apakah perbezaan antara media cetak dengan media bukan cetak?

7. Bagaimana media mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah?

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

14


BIBLIOGRAFI

Mohd Jizat Abdol, Abdul Razak Idris & Jessnor Elmy (2006). Teknologi pengajaran dan
pembelajaran. UTM.

Ngui Kuan Sang.(1989).Teknologi pendidikan: penggunaannya dalam pengajaran
Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain.(2009).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan
Multimedia.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah
Alam: Oxford Fajar.

Prcival, H.T., Ellington, H.I. dan Race,P., (1993). Handbook of Educational Technology.
edisi ke-3. London: Kogan Page.

Smaldino, S.E., Russell, J., Heinnich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional technology
and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice Hall.

Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur:
OUM.

You might also like