You are on page 1of 5

DEFINISI DIDIK HIBUR DAN CONTOHNYA

( a) Didik hibur

Didik hibur merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan pelbagai teknik dan kaedah yang melibatkan mendengar ,bertutur dan menulis.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana
yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti
penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.

Objektif Didik Hibur ialah semoga di akhir pengajaran dan pembelajaran nanti murid-
murid akan dapat memahami kepentingan hiburan dalam hidup kanak-kanak .Penggunaan
beberapa kaedah kreatif dalam seni dan penggunaannya dalam meneroka jiwa murid-murid.
Mengetahui percambahan kreatif dalam seni dan kepentingannya sebagai kaedah intervensi
dalam proses pendidikan. Memahami penggunaan kreativiti dalam seni dan penggunaannya
sebagai suatu kaedah rawatan dalam proses kaunseling.
Situasi pengajaran dan pembelajaran dalam didik hibur mempunyai:-
1. Ada unsur kelakar,estetik,dan permainan muzik.
2. Mengurangkan tahap kebimbangan murid
3. Menantikan pengajaran yang seterusnya.
4. Pembelajaran menarik
5. Penglibatan menyeluruh
6. Kepelbagaian deria

Pelaksanaannya boleh dijalankan seperti berikut:

b(i) Proses gabungjalin dan penyerapan

Contohnya:
1. Pelbagai bidang ilmu serta tema
2. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni
3. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
4. Kemahiran bernilai tambah

b (ii) Melalui lirik lagu


Contoh lagu kanak-kanak yang bertajuk "Rama-Rama"

Dari Ulat Jadi Kepompong,
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong,
Cukup Masa Kelongsong Pecah,
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah,
Rama-Rama Terbang Merata,
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama,
Begitulah Hidup Manusia,
Pada Allah Kita Berdoa,
Agar Jadi Insan Mulia,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama.


b (iii) Bahasa indah
Contohnya:

Bentuk lakonan,bercerita

Skrip drama Berbuat baik berpada-pada,berbuat jahat jangan sekali

Babak 1

Set dan arahan : Set menunjukkan kawasan sebuah hutan. Di atas pentas kelihatan tiga ekor
anak Kambing sedang makan pucuk daun pokok-pokok renek. Kelihatan juga beberapa ekor
semut sedang memunggah makanan di celah-celah daun. Sebentar kemudian kelihatan ibu
Kambing berlari pantas ke arah anak kambing dalam keadaan cemas.

Ibu k Kambing :Lari, lari, hutan terbakar. Mari anak-anakku, kita mesti
menyelamatkan diri.

Semut dan keluarga ketakutan mendengar berita tersebut. Mereka segera mendapatkan Ibu
kambing.

Semut :Hai, sahabatku Ibu Kambing, tolonglah bawa saya dan keluarga saya bersama. Badan
dan kaki kami kecil ,tentu tidak dapat berlari pantas.

Kambing :Baiklah, sekarang cepatlah naik ke bahagian belakang badan saya. Kamu semua mesti
memegang badan saya dengan kuat.

Ibu Kambing merendahkan badannya. Semut dan keluarganya memanjat badan Ibu Kambing.
Setelah yakin semut memegang badannya dengan kuat, Ibu Kambing terus bergerak keluar
hutan dan diikuti oleh anak-anaknya.

b (iv) Bahasa pantun- memahami pantun

Contoh-contoh pantun:

Buah jambu masak,
masak tengah malam;
Apa kamu nampak,
nampak tabung ayam.

Buah jambu jatuh,
jatuh dalam paya;
Apa kamu taruh,
taruh duit raya.

Buah jambu hilang,
hilang dalam semak;
Apa kamu bilang,
bilang duit banyak.

b (iv) Bahasa badan.

Bahasa badan merupakan sebahagian daripada proses komunikasi yang

menunjukkan reaksi- positif/negatif .Ianya meningkatkan keberkesanan penyampaian dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran .

Perwatakan guru mestilah menarik dan penggunaan bahasa yang sesuai.Guru hendaklah
mempelbagaikan intonasi suara dan dapat memberi arahan yang jelas dan tepat.Guru mestilah
seorang yg tajam daya pemerhatian dan fleksibel.

Pelaksanaan yang dirancang hendaklah:

1. Sesuai dengan tahap murid
2. Pelaksanaan dan peruntukan masa yang sesuai
3. Aktiviti yang dipilih tidak mendatangkan permusuhan
4. Peraturan yang jelas,senang dan mudah difahami
5. Penglibatan yang menyeluruh
6. Memberikan nilai dan didikan yang berkesan.



idik hibur adalah satu kaedah alternatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
Pengisian Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam pelajaran Bahasa
Melayu melalui kemahiran bahasa, aspek didik hibur dan aspek tatabahasa.

DEFINISI DIDIK HIBUR

1. Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur
2. Kamus Dewan: Didik sebagai pelihara, jaga, hati-hati dan ajar,
3. Hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan

Rumusan:
Pengajaran bersifat santai, berhibur komponen jasmani dan rohani

CIRI-CIRI DIDIK HIBUR

Pembelajaran yang seronok dan ceria.
Meningkatkan keyakinan, motivasi dan kesediaan belajar murid
Murid boleh berkomunikasi secara verbal dan non verbal.
Menunjukkan tahap perubahan tingkah laku (tahu, faham, hayati)
Semangat kerjasama, berpasukan dan toleransi.

Objektif Didik Hibur

Tiga objektif didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan sekolah
menegah

1. mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur
2. Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan
dan bercerita.
3. Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.

ASPEK DIDIK HIBUR
1. Nyanyian 2. Bercerita 3. Berlakon 4. Berpuisi

You might also like