You are on page 1of 6

REFLEKSI

Pertama sekali, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dengan berkatnya,
saya berjaya menyempurnakan program Bina Insan Guru dengan jayanya. Selain itu,
saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ucapkan kepada
fasilitator kumpulan satu iaitu KUMPULAN SHARK iaitu Puan Zulelawati Binti Bujang,
rakan-rakan sekumpulan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung kerana sanggup meluangkan masa dan tenaga dalam membantu saya
mengharungi program ini. Secara keseluruhannya, saya telah menimba banyak
pengetahuan serta berjaya untuk menyesuaikan diri saya dalam suatu keadaan atau
persekitaran yang baru bagi saya sepanjang pelaksanaan program ini.
Sebelum

Sebelum program Bina Insan Guru (BIG), saya berasa amat gementar dan
gembira kerana saya berpeluang untuk mengikuti program lasak sebegitu di mana saya
tidak akan mempunyai peluang sebegitu jikalau saya tidak belajar di IPG.
Bagi saya, program ini memberi satu kelainan kerana saya seorang sahaja
pelatih dari opsyen Pengajian Sosial yang diletakkan di kumpulan tersebut. Hal ini
bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan kerana ianya memerlukan tahap
komunikasi dan teknik bersosial yang tinggi memandangkan saya perlu mengenali dan
memahami ahli-ahli kumpulan saya dan berusaha untuk memupuk kerjasama dan
keserasian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu cabaran.
Di samping itu, saya juga berasa agak cemas sebab saya tidak mempunyai apa-
apa pengalaman dalam aktiviti lasak seperti berkayak dan kembara hutan. Saya takut
saya tidak dapat menyesuaikan dan menadaptasikan diri dalam persekitaran baru.
Selain itu, saya juga takut saya tidak dapat menyumbangkan apa-apa tenaga dalam
aktiviti berkumpulan sebab saya tidak pernah memasak. Saya juga takut sifat pendiam
saya akan membantutkan proses komunikasi dan interaksi dalam kumpulan sebab saya
tidak suka speak louder than action kerana bagi saya, tindakan itu tidak akan
membawa saya ke mana-mana sebab ketiadaan sikap rendah diri. Di samping itu, saya
juga berasa gembira kerana dapat melibatkan diri dalam persembahan pentomin di
mana saya tidak pernah terlibat dalam persembahan sebegitu. Kumpulan saya telah
berlatih untuk persembahan pentomin untuk beberapa kali dan proses latihan berjalan
dengan lancar.
Semasa

Bagi saya, sesi kerohanian dan moral telah banyak menimbulkan kesedaran
saya untuk menerima sifat-sifat positif dan negatif yang terdapat pada diri saya selama
ini. Walau bagaimanapun, saya harus memperkukuh lagi sifat-sifat positif yang dapat
membimbing saya ke arah kebenaran dan cuba untuk memperbaiki kelemahan-
kelemahan yang terdapat dalam diri saya supaya saya tidak tersisih oleh rakan-rakan
lain. Saya juga mengetahui yang saya kena sentiasa menyediakan diri untuk
berhadapan dengan pelbagai jenis persekitaran yang saya tidak pernah harungi dulu
dan cuba untuk mendekatkan diri dengan alam sekitar kerana saya bakal mengajar di
persekitaran yang baru selepas menghabiskan kursus di IPG ini.
Sewaktu taklimat panduan ketika kecemasan dan asas bantu mula yang
dikendalikan oleh Encik Khambali, saya mendapat banyak pengetahuan tentang fungsi
serta ubat dan peralatan yang terdapat dalam First Aid Kit (peti kecemasan) dan saya
berkeyakinan yang saya berupaya menjaga ahli kumpulan saya yang cedera sepanjang
pelaksanaan program BIG. Oleh itu, saya berasa gembira dan bangga kerana saya
dapat memberi sumbangan saya dalam kumpulan saya.
Aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK) juga banyak memberi kesedaran kepada
saya tentang betapa perlunya saya mengawal setiap tindakan dan emosi saya agar
dapat menonjolkan imej seorang guru yang baik dan berdedikasi. Ujian pengendalian
konflik sememangnya telah jelas menunjukkan personaliti saya yang tidak suka terlibat
dalam konflik. Namun, saya juga menyedari bahawa ada kalanya saya cuma melarikan
diri daripada konflik tetapi tidak cuba untuk menanganinya dengan cara yang
berkesan.Oleh itu, saya rasa ada perlunya untuk saya cuba memberanikan diri untuk
berhadapan dengan konflik dalam kehidupan seharian dan cuba untuk
menyelesaikannya.
Ujian personaliti dan mengembangkan potensi diri juga membuatkan saya
memahami diri saya dengan lebih lanjut lagi. Saya menyedari yang saya memang
berbakat dalm bidang konvensional sebab saya menekankan professionalism sewaktu
membuat tugasan. Walaupun Puan Roha mengatakan bahawa individu yang
mempunyai personaliti tersebut suka bekerja seperti mesin (robot), namun saya berasa
bahawa itu adalah pemangkin kepada sifat statik di mana saya tidak mudah
dipengaruhi oleh orang lain dan juga tidak mudah ditewaskan oleh anasir-anasir luar
yang cuba untuk menjatuhkan saya. Di samping itu, saya juga berasa semakin
berkeyakinan selepas melalui ujian self-confident. Saya tidak berasa hairan saya
mendapat markah tinggi dalam ujian sedemikian kerana saya mempunyai pendirian dan
ketekadan yang kuat selama ini. Walaupun saya jenis yang senang diarah dan diajak
untuk membuat sesuatu perkara, saya sebenarnya mempunyai kesedaran yang amat
kuat dan saya tidak menolak sebab ajakan tersebut tidak akan membinasakan saya.
Kesimpulannya, aktiviti LDK ini telah banyak membantu saya untuk lebih berani
melontarkan idea-idea saya dan bersedia untuk mendengar kritikan atau pandangan
dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih peka
dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea atau sedang berhujah. Semua ini
penting bagi saya kerana latihan seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh
seorang guru untuk memantapkan proses komunikasi. Proses menyampaikan idea
serta mesej dalam kelas amat penting supaya saya mampu mengendalikan proses P&P
dengan berkesan.
Saya juga telah banyak mempelajari teknik-teknik asas sewaktu menjejakkan
kaki ke persekitaran baru iaitu di Kem Alapong. Sewaktu sesi pengurusan diri iaitu
aktiviti memasak, saya telah mempelajari teknik untuk menghidupkan dan mengawal
api dengan menggunakan cebisan surat khabar. Ini merupakan perkara dan
pengalaman baru bagi saya sebab saya tidak pernah mempunyai pengalaman
sebegitu. Namun, semasa aktiviti kembara hutan pada hari kedua program ini,
kumpulan saya tidak berjaya menyalakan api dan ini telah menyebabkan kami tidak
dapat memasak. Keadaan ini telah menyebabkan kami berasa tertekan dan tidak
selesa sebab kelaparan. Namun, kami berjaya mengawal emosi dan ketidakselesaan
kami dengan menceritakan pengalaman dan perasaan kami sewaktu meneroka hutan.
Selain itu, aktiviti di laut juga sangat mencabar kerana ombak pada hari tersebut
amat kuat dan saya tidak pandai berenang. Secara jujurnya, saya sudah berasa cemas
sewaktu aktiviti water confidence. Waktu kayak saya tenggelam pada kali pertama,
saya memang berasa cemas dan takut. Di sini, saya ingin bersyukur kepada Tuhan dan
rakan saya, saudari Maysarah kerana telah menggunakan banyak tenaga untuk
menarik saya sehingga ke atas pantai. Dari saat itu, saya memang menggagumi
keberanian dan kemampuan Maysarah dalam menangani konflik sedemikian dan tidak
teragak-agak untuk menyelamatkan saya. Selepas itu, kami berdua diarah oleh Encik
Abusenie untuk memulakan perjalanan sekali lagi. Waktu itu, saya memang sudah
bertekad dalam hati saya yang saya tidak mahu tenggelam dan menyusahkan
Maysarah sekali lagi, jadi saya berusaha untuk berkayak dengan sebaik mungkin. Di
tengah-tengah laut, saya memang agak keletihan dan dalam keadaan tersebut, saya
yelah muntah sebenyak 8 kali dan saya dapat merasakan yang saya sudah
memuntahkan sarapan pagi saya pada waktu itu. Namun, disebabkan saya tidak ingin
tenggelam sekali lagi, saya masih teruskan untuk berkayak. Walau bagaimanapun,
Tuhan yang maha mulia telah memberikan cabaran kepada kami berdua sekali lagi
apabila kayak tersebut tenggelam disebabkan tidak dapat menampung kapasiti air laut
tambahan lagi dengan berat kami berdua. Ketika itu, saya memang cuba bergelut untuk
menyelamatkan diri sendiri tanpa pertolongan Maysarah dan bersyukur kepada Tuhan,
saya dan Maysarah berjaya berpaut pada kayak tersebut dan menunggu pertolongan
dari pihak penyelamat. Walaupun penghujung aktiviti ini amat melelahkan dan kasut
saya telah ditelan laut tanpa disedari, namun saya menyedari bahawa seseorang
individu dapat mengembangkan potensi diri dan berusaha untuk mencabar had-had
fizikal dan emosi serta berupaya untuk mengatasi ketakutan diri apabila terdapatnya
azam ketekadan yang kuat, yang sememangnya tidak dapat dijelaskan ataupun
diterangkan dalam sains.
Dalam melaksanakan program ini, saya juga menyedari bahawa manusia tidak
dapat lari daripada konflik. Saya juga sedar bahawa kegagalan seseorang individu
dalam menangani konflik boleh membawa kepada perpecahan sesama ahli kumpulan
kerana sesebuah kumpulan itu hanya dapat maju dan bergerak ke masa depan yang
gemilang jika ahli-ahli kumpulannya bersatu padu dan merendah diri. Di samping itu,
saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk membina kejatian diri dan
memperkukuh sifat rendah diri saya sepanjang pelaksanaan program ini. Saya juga
menyedari kepentingan dan manfaat untuk bersabar dan mengawal emosi dengan
berkesan serta mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang sedia ada untuk
menghindari sifat-sifat yang negatif dan sentiasa menyediakan diri untuk menghadapi
pelbagai cabaran di dunia luar.

Selepas

Selepas menjalani program BIG ini, saya juga merasakan saya sebagai seorang
bakal guru seharusnya sentiasa mengemaskinikan maklumat dan pengetahuan semasa
serta mengendalikan emosi diri dengan sebaik mungkin agar tidak ketinggalan. Ini juga
selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia yang ingin melahirkan rakyat yang cemerlang,
gemilang dan terbilang untuk menerajui pembangunan negara pada masa
hadapan.Namun begitu, semua ini tidak akan berjaya sekiranya saya tidak serius dalam
membaiki diri saya.
Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah
mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi
yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.

You might also like