You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Agung ke-42

Mesyuarat Agung PIBG SK. Lembaga Endau dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohammad Ali
1. Ucapan Yang Dipertua PIBG
1.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis. Ucapan alu-aluan terima kasih kepada
perasmi, guru besar dan lain-lain.
1.2 Peranan ibu bapa perlu beri perhatian yang lebih kepada anak-anak semasa di rumah.
1.3 YDP juga memaklumkan enrolmen murid pada tahun ini iaitu seramai 142 orang dan
memaklumkan generasi pertama Felda Endau kini hanya tinggal 17 orang.
1.4 Ibu bapa juga perlu memberi sokongan kepada guru terutamanya dalam menjayakan tuisyen
yang dijalankan.
1.5 Ibu bapa perlu memastikankan anak-anak mereka pergi ke sekolah kerana terdapat murid yang
kerap tidak hadir.
1.6 YDP memaklumkan telah membuat lawatan ke rumah bagi murid-murid yang tidak hadir ke
sekolah.
1.7 UPSR 2014 seramai 30 orang calon dan ibu bapa perlu terlibat secara langsung dengan aktiviti
dan mengambil tahu soal pembelajaran murid.
1.8 KSIB YDP mencalonkan beberapa nama untuk menyertai KSIB.
1.9 Di akhir ucapan YDP memohon peruntukan alatan sumber sebanyak RM30 ribu. YDP menutup
ucapan dengan ucapan ribuan terima kasih.

2. Ucapan Perasmi YB Datuk Haji Abdul Latif bin Haji Bandi
2.1 Yang Berhormat memulakan ucapan dengan mengucapkan terima kasih kepada pengerusi
majlis.
2.3 Yang Berhormat menyatakan Felda Endau merupakan satu-satunya Felda di Endau dan beliau
dapat melihat perkembangan Felda Endau sangat baik kerana dulunya Felda Endau dikelilingi
getah tetapi kini telah bertukar kepada tanaman sawit.
2.4 Generasi kedua dan ketiga berubah maju dengan pesat.
2.5 Beliau juga menekankan bahawa sumbangan kerajaan terlalu besar kepada penduduk Felda dan
seharusnya rakyat perlu bersyukur dan meningkatkan modal insan.
2.6 Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Wanita.
2.7 Beliau berharap ibu bapa memastikan anak-anak mendapat kehidupan yang selesa dan perlu
muhasabah diri.
2.8 Beliau mengucapkan tahniah kepada PIBG bagi memastikan kejayaan sekolah dan murid.
2.9 Pembangunan yang ada tidak perlu dirosakkan dengan suasana politik yang tidak tenteram.
Peranan ibu bapa menerapkan kejayaan kepada anak dan mengharapkan pencapaian
cemerlang. Nilai Islam perlu diterapkan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu melatih mengikut
minat anak-anak supaya lebih cemerlang. Di akhir ucapan Yang berhormat akan berusaha untuk
meluluskan peruntukan yang telah dimohon seterusnya merasmikan mesyuarat agung PIBG kali
ke 42.

3. Agenda Mesyuarat
3.1 Pesanan Pengerusi
YDP mengucapkan terima kasih kepada semu ahli PIBG yang sudi hadir menjayakan Mesyuarat
Agung kalike 42.

4. Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke 40
Pengerusi membentangkan minit mesyuarat. Wan Salina bt Wan Mahmud mencadangkan minit
mesyuarat agung kali ke 41 disahkan dan Chik Bt Derus menyokong.

5. Hal berbangkit
PIBG telah menyatakan yuran sekolah perlu dibayar oleh murid bukan warganegara.

6. Penyata kewangan
Pn. Alhanim bt Hamzah membentangkan penyata kewangan, Pn. Khatijah bt Ahmad
mencadangkan penyata kewangan disahkan dan Pn. Hayati bt Yusof menyokong penyata
kewangan disahkan.

7. Usul
Tiada

8. Pembubaran AJK
YDP membubarkan AJK 2013/2014. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli
mesyuarat dan pihak sekolah kerana telah memberikan kerjasama yang baik. Pn. Azlina
Sulaiman mencadangkan En. Shamsuddin Atan sebagai pengerusi sementara untuk mesyuarat
pemilihan.

9. Ucapan penangguhan.
YDP yang baharu mengucapkan jutaan terima kasih untuk pelantikan beliau bagi sesi 2014/2015
dan akan berusaha membawa PIBG lebih maju dan cemerlang.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42 telah ditangguhkan pada pukul 12.00 Tengahari dengan tasbih kifarah
dan Surah Al- Asr.

Disediakan oleh,
....
(MUHAMMAD WIDAD BIN ISHAK)
Setiausaha PIBG SK. Lembaga Endau

You might also like