You are on page 1of 9

5.

3 : KEMAHIRAN
MENGINTERPRETASI (Verbal)
5.3.1 - Kemahiran
Membuat
Interpretasi


Definisi
salah satu cara untuk kaunselor membuat
maklumbalas atau feedback kepada klien
mereka.
Kaunselor akan menjelaskan makna dan
maksud tersirat dalam mesej klien dari
perspektif yang baru yakni dari perspektif
kaunselor.
menjelaskan kenyataan yang dibuat oleh
klien selepas dapat memahami maksud atau
perasaan yang tersembunyi di mana klien
sendiri mungkin tidak menyedarinya baik
secara sengaja atau pun tidak sengaja.
Celik akal klien akan muncul apabila
kaunselor memberi tafsirannya kepada klien.
TUJUAN
untuk membantu klien mentafsir peristiwa
yang pernah berlaku kepada mereka.
klien pula akan dapat melihat perkara yang
tidak dapat dilihatnya dengan mudah,
tersorok atau tidak disedarinya.

Membuat interpretasi ..
a) Kaunselor menawarkan satu bentuk ruang
rujukan (perspektif) yang baru. Masalah
adalah sama, yang diubah adalah persepsi
iaitu dengan memberi alternatif atau
wawasan kepada perkara yang
diperkatakan.
b) Mengenalpasti perhubungan-perhubungan
antara mesej-mesej dan tingkahlaku klien
yang berterus-terang dan yang berbentuk
kiasan.
c) Membantu klien untuk lebih memahami
perkara-perkara yang tidak dapat dilihat
(tersirat) dengan mudah.
d) Menokok tambah pemahaman diri klien
atau memberi wawasan (celik akal) supaya
klien dapat mencapai perubahan yang
diingini.
CONTOH
Jadi, saya simpulkan bahawa perbuatan
awak itu bertujuan menunjukkan rasa tak
puas hati awak tetapi mungkin awak tidak
menyedari yang perbuatan awak itu akan
merosakkan hubungan dengan keluarga
awak.
KELEMAHAN
kaunselor cenderung untuk membuat tafsiran
yang salah jika tidak begitu mahir dan
seterusnya akan mengakibatkan matlamat
asal sesi kaunseling itu tidak dapat dicapai.
RUMUSAN
Seorang kaunselor yang bijak dan baik sepatutnya
menguasai kesemua kemahiran yang ada untuk
membantu klien.
Namun demikian, jika kemahiran ini tidak dikuasai
sepenuhnya ia akan mendatangkan kesan kepada
sesi kaunseling dan seterusnya matlamat asal yang
ditetapkan pada permulaan sesi tidak akan dapat
dicapai.
Kegagalan untuk membantu klien akan
menyebabkan keadaan klien bertambah sukar.

You might also like