You are on page 1of 8

REFLEKSI BINA INSAN GURU (B.I.

G)

Tarikh : 3-5 Jun 2014
Tempat : Tapak Perkhemahan IPG Kampus Kent
Opsyen : DPLI - KDC Jqaf Ambilan Januari 2013


Bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan rahmat-Nya dapat saya menyiapkan tugasan BIG
yang telah ditetapkan untuk DPLI-KDC JQAF Ambilan Januari 2013. Program Bina Insan
Guru (BIG) mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan
Perguruan Pra perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekankan unsur-unsur
hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru.
Model konseptual Pendidikan Guru yang mengandungi elemen-elemen intelek, jasmani,
rohani dan emosi diberi penekanan dalam program ini.

Program Bina Insan Guru juga merupakan satu program yang memberi banyak impak,
pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala input yang
diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada
untuk diaplikasi kepada pelajar sebagai model bina insan yang bermakna. Tujuan utama
Program Bina Insan Guru (BIG) diadakan adalah untuk menunjukkan ciri ciri insan yang
berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Meningkatkan semangat berpasukan dan
mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
Disamping itu dapat meningkatkan katahanan fizikal dan mental. Para guru pelatih juga dapat
meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan
masyarakat dan meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan
berkesan . Akhirnya, dapat meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak
mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

Program BIG ini juga memberi peluang kepada peserta untuk memperbaiki nilai,
harga diri dan melihat kelemahan diri sendiri. Selain itu dapat membentuk sikap kerjasama,
toleransi, hormat-menghormati dan semangat setiakawan antara rakan. BIG juga telah
menjadi satu titik permulaan dalam membentuk, membina sifat ketaqwaan dan keimanan
kepada Allah Yang Maha Esa. Di samping itu ,ianya juga telah memberi keinsafkan akan
kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang mengurniakan pancaindera yang sempurna untuk
peserta menikmati keindahan alam semula jadi, flora dan fauna ciptaanNya.

Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui aktiviti darat semasa Program Bina
Insan Guru, saya tidak merasa begitu risau kerana sebelum ini saya pernah melalui
pengalaman yang serupa. Namun, setiap aktiviti yang sama pasti memberi pengalaman yang
berbeza. Kita tidak boleh menilai sesuatu tanpa melaluinya terlebih dahulu. Sebelum
menjalankan aktiviti darat ini, kami diberikan taklimat tentang apa yang patut kami lakukan
sepanjang aktiviti ini dan peralatan yang patut kami bawa sebagai peralatan ketika
menjalankan aktiviti di tengah hutan.

Setelah tamat menerima taklimat, kami menyiapkan segala peralatan yang perlu kami
bawa seperti bekalan air bersih yang mencukupi, peralatan serta bahan untuk memasak
seperti yang telah ditetapkan.

Kami meneruskan perjalanan kami masuk kedalam hutan, untuk sampai di satu
kawasan berdekatan dengan sebuah rumah usang dan memasak bekalan makanan yang kami
bawa disana. Setibanya kami disana, kami memasak bekalan yang kami bawa dengan
peralatan yang ada dan dengan keperluan yang amat terhad. Selesai memasak, makan tengah
hari dan membersihkan peralatan yang kami telah gunakan itu, kami membersihkan kawasan
sekitar dan meneruskan perjalanan kami untuk sampai ke penghujung. Saya berasa sangat
bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan sekumpulan yang sangat baik. Kami saling
tolong menolong untuk mengangkat barang-barang. Dalam keadaan dunia sekarang, kita akan
mula mementingkan diri dalam dua keadaan iaitu terlalu gembira dan kesusahan. Hasil
kerjasama dan interaksi baik yang telah diberikan oleh semua peserta, akhirnya kami telah
berjaya menamatkan jungle trekking kami dan sampai semula ke pusat perkhemahan pada
jam 5.00 petang.

Bagi aktiviti keyakinan dan keselamatan di air dijalankan pada hari kedua
perkhemahan. Setelah selesai senaman pagi dan bersarapan, kami diminta untuk mengangkat
kayak daripada tempat simpanan untuk aktiviti kami pada hari tersebut. Pertama kali sampai
ke pantai untuk aktiviti air, saya terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan yang terbentang
luas dihadapan saya. Bunyi ombak yang kuat amat mengasyikkan. Ombak yang tinggi, besar
dan kuat menyedarkan saya betapa kerdilnya diri saya dalam dunia ini. Saya tidak pandai
berenang, ini menambahkan lagi kegerunan saya untuk berhadapan dengan aktiviti ini.
Adalakah saya mampu untuk mengatasinya. Semasa melakukan aktiviti meningkatkan
keyakinan dalam air, kami telah dibawa berjalan hingga ke tengah lautan dengan paras air
mencapai dada. Setibanya di satu kawasan, jurulatih meminta kami mengapungkan diri dan
memusingkan badan di dalam air.

Kemudian, saya dan beberapa orang rakan diminta menganggalkan jaket keselamatan
yang saya pakai sebelum berusaha mengapungkan diri secara manual. Saya masih lagi boleh
bertahan dan biasa dengan keadaan ini. Saya amat bersyukur kerana dikurniakan sikap yang
tabah dan dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan, tidak seperti segelintir rakan saya yang
takut-takut untuk mencuba dan menjalankan aktiviti yang diarahkan biarpun air dan ombak
ketika itu agak tenang. Beginilah keadaan dalam kehidupan seharian dan senario seorang
guru iaitu, perlunya kita bersikap tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan kerenah
orang disekeliling kita. walau sebesar atau sesukar manapun masalah yang datang dalam
kehidupan kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut. Kita mesti menghadapinya
dengan tabah sepertimana menghadapi ombak di lautan. Semasa kami mula berkayak, saya
berasa sangat teruja untuk mencuba.

Jurulatih meminta kami mencari pasangan masing-masing untuk berkayak dan saya
telah memilih sahabat saya, Noor Fadhilah. Saya amat berharap, saya dapat mengharungi
aktiviti ini. Saya telah menjadi pengemudi iaitu orang yang duduka di belakang kayak.
Alhamdulillah, saya dapat meneruskan kayak saya biarpun ombak pada saat itu sudah mulai
bergelora. Rakan saya juga mulai mengadu sakit tangan memegang pandle dan mengawal
kayak. Namun bagi saya, selagi saya mampu saya cuba sehabis baik dan membantu rakan
saya untuk sampai ke tempat yang dituju dan tidak hanyut di bawa ombak. Saya dapat
melihat beberapa orang kayak yang hanyut ke tengah lautan dan terpaksa dipandu oleh
jurulatih ke laluan yang sebenar. Disinilah saya dapat merasai perasaan bagi orang yang
menjadikan lautan sebagai sumber pencarian rezeki dimana mereka terpaksa berhadapan
cabaran gelora setiap hari.

Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman berjaya melepasi
ombak-ombak. Pada masa itu, saya berasa sangat teruja dan gembira. Berkat usaha dan penat
lelah, akhirnya berjaya juga. Dalam kehidupan ini, kita juga harus tabah dan sentiasa
berusaha. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang kental. Walaupun, kadang-
kadang kita karam seperti menaiki kayak tadi, namun kita harus bangun dan bermula semula.
Jika kita tersilap mengemudikan kayak, jangan jadikan kesilapan itu kekalahan kita,
sebaliknya jadikan ia sebagai satu pengajaran untuk mengubah cara kita mengemudikan
kayak kita pada percubaan yang kan datang. Begitu juga dalam hidup ini, sekiranya kita gagal
kerana kita tersilap langkah, maka jadikanlah kesilapan itu sebagai panduan agar kita tidak
mengulang kembali kesilapan tersebut pada masa yang akan datang.

Walaupun terasa amat letih namun pengalaman yang saya dapat daripada aktiviti
berkayak ini amat berguna. Keseronokan dan kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan
kata-kata lagi. Selain mempelajari banyak nilai-nilai murni, saya juga turut belajar cara-cara
untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang melibatkan air. Pengalaman ini
amatlah berguna bagi diri saya, anak-anak murid serta orang-orang di sekeliling saya apabila
menghadapi kecemasan dalam air pada masa yang akan datang.

Saya berpendapat, aktiviti yang dijalankan sepanjang program BIG ini adalah sangat
sesuai dan menyeluruh kerana saya dapati, ia dapat membina kemantapan jasmani, kekuatan
rohani dan juga ketahanan mental dan sosial. Maka, dengan kemahiran-kemahiran yang
diterapkan, tentunya dapat melahirkan seorang bakal guru yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator
dan jurulatih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang bermanfaat sepanjang
saya berada di prasekolah ini. Saya berjanji akan mempraktikkan segala ilmu yang
dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Semoga tuhan mencucuri
rahmat ke atas kalian.

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT
(SENAM AEROBIK & EXPLORACE KENT)



Tarikh : 6 Jun 2014
Tempat : IPG Kampus Kent
Opsyen : DPLI - KDC Jqaf Ambilan Januari 2013

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program khidmat
masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di
IPG KAMPUS KENT, TUARAN pada 6 Jun 2014 yang lepas. Sebenarnya saya sentiasa
menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang semester ini kerana saya percaya bahawa
ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Saya berasa
begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini.
Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada
aktiviti ini.

Pada hari tersebut kami dikehendaki untuk berkumpul di perkarangan astaka padang
IPG Kampus Kent. Tuaran seawal pukul 7 pagi. Oleh itu saya telah bergegas ke situ tanpa
memakan sarapan pagi. Namun, apa yang saya berasa terharu ialah pihak pengurusan
program khidmat masyarakat ini begitu prihatin dan peka akan keadaan kami dengan
menyediakan sarapan pagi untuk kami. Sememangnya penyediaan sarapan pagi tersebut
memberikan satu iktibar kepada saya bahawa sebagai seorang guru, kita harus sentiasa
memikirkan keperluan-keperluan fisiologi murid, termasuklah makanan dan minuman.
Daripada insiden ini, ia memberikan iktibar kepada saya bahawa apabila saya menjadi
seorang guru kelak, saya harus mengambil berat keperluan fisiologi murid saya agar mereka
dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Penyediaan makanan sarapan pada
pagi tersebut diibaratkan suntikan semangat yang kental bagi saya untuk melakukan yang
terbaik pada hari tersebut.

Selain itu, saya juga mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang dedikasi dan sanggup
berkorban untuk murid, kita haruslah melakukan apa-apa sahaja yang diamanahkan untuk
memastikan kejayaan dan masa depan murid-murid kita. Hal ini demikian kerana apabila
kami sampai ke tempat berkumpul, iaitu di astaka padang IPG Kampus Kent, Tuaran, kami
telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setelah itu program yang pertama dijalankan iaitu
senam aerobik. Saya berasa sangat terharu apabila semua peserta termasuk saya sangat
seronok melakukan senam erobik bersama-sama. Selain untuk mengeluarkan peluh, ia juga
memberikan satu keseronokan kepada semua pelajar.

Memandangkan kami ditugaskan untuk merumput dan membunga serta melakukan
kerja-kerja khas sekitar makmal sains sekolah tersebut, maka kami telah membahagikan kami
kepada beberapa kumpulan kecil untuk menjalankan tugas kami. Daripada peristiwa ini, saya
mempelajari bahawa pengurusan masa dan sumber tenaga adalah amat penting bagi
memastikan semua kerja yang diamanahkan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan
pada kadar yang efektif dan optimum. Kami juga tidak memberikan apa-apa bantahan
mengenai posisi pembahagian tugas kerana kami bersepakat bahawa kita harus melakukan
apa-apa sahaja dengan sedaya upaya dalam apa jua bidang kerja. Selepas kami
membahagikan kerja kami, maka kami pun mula menjalankan tugas kami seperti yang telah
diamanahkan.

Setelah melakukan senam aerobic dalam 1 jam, kami semua berehat sebentar untuk
menghilangkan penat. Setelah itu semua pelajar dikehendaki untuk duduk dalam kumpulan
masing-masing untuk program seterusnya iaitu Explorace Kent. Dalam program ini,
kesemua pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Penerangan di berikan oleh ketua
program. Setelah itu setiap kumpulan di berikan satu sampul yang terkandung petunjuk untuk
permulaan. Semua pelajar dilepaskan serentak dan acara pun bermula.

Dalam program ini, terdapat pelbagai tugasan-tugasan yang perlu pelajar dari setiap
kumpulan untuk selesaikan sebelum mendapat petunjuk baru dari penjaga setiap check point.
Antara tugasannya ialah, menyanyikan lagu guru Malaysia, menyusun nama pengetua IPG
Kent dengan urutan yang betul, melabelkan bangunan yang terdapat dalam IPG Kent,
membuat formasi, membilang bilik asrama dan meneka bahan-bahan makanan. Semua
tugasan yang dilakaukan memberikan cabaran kepada pelajar dalam menyelesaikannya.

Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar
dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini
merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang berakhlak mulia,
mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan,
dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang
seimbang. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar
sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan
kelak.

Walaupun aktiviti ini terpaksa ditukarkan kepada saat-saat akhir namun ianya tetap
memberikan sedikit sebanyak pengalaman yang berharga kepada semua pelajar. Bukan itu
sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar
mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa
seronok dan bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini. Diharapkan
agar aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun.
















TAJUK :
REFLEKSI BINA INSAN GURU DAN PROGRAM KHIDMAT
MASYARAKAT

NAMA PELAJAR :
MOHAMMAD SHAZNI BIN ALI
861106-56-6497

NAMA PENSYARAH:
EN. ARUN BIN DAUD

OPSYEN:
PENDIDIKAN ISLAM, PENDIDIKAN KHAS

KUMPULAN:
DPLI KDC JQAF AMBILAN JANUARI 2013

You might also like