You are on page 1of 4

REFLEKSI

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT kerana Program Pendidikan Luar
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini telah Berjaya dilaksanakan. Terima kasih tak
terhingga kepada abah iaitu Encik Ishak bin Ismail yang sangat banyak memberikan
ilmu dan tunjuk ajar mengenai apa yang sangat diperlukan dalam kehidupan dan terima
kasih juga kepada ayah iaitu Encik Khairuddin bin Mat Hassan yang banyak
memberikan sokongan ketika diperlukan mahupun tidak. Saya mendapati program
pendidikan luar ini telah menjadikan saya sebagai seorang yang sangat cekal dan yang
paling penting hingus saya dan rakan-rakan yang lain telah selamat dibuang.
Dari permulaan lagi sebelum program ini dilaksanakan, saya dan rakan-rakan
melakukan segala persediaan bersama. Dan ketika ini sudah mula nampak beberapa
perangai masing-masing yang tidak pernah ditunjukkan selama ini. Namun pada hari
terakhir persiapan, alhamdulillah semua turun untuk bersama-sama loading barang ke
dalam bas.
Pada hari pertama iaitu 3/5/2014, tepat jam 0715 pagi, kami bergerak
menggunakan kayak ke Pulau Perhentian. Air tenang pada pagi itu dan ia membuatkan
saya sendiri tenang untuk berkayak. Sepanjang perjalanan kayak, saya mula merasa
mabuk laut dan loya membuatkan saya berasa tidak selesa dan hampir putus asa.
Tambahan pula dengan kayak yang saya dan partner, Amir Ikhmal naik bocor serta
membuatkan kayak sukar dikawal. Air yang mula berombak di pertengahan lautan
membuatkan kayak kami tersasar jauh dari yang lain. Kami hanya nampak Teha dan
Arip dan menjadikan mereka sebagai panduan kami. Saya bersyukur kerana mendapat
partner yang banyak memberikan sokongan ketika berkayak dan memberikan motivasi
ketika saya rasa sangat down dan loya yang amat teruk.



Ketika sampai di destinasi Lata Air Berani, Pulau Perhentian, masyaAllah
cantiknya keindahan alam dengan pemandangan yang sangat cantik dan air di lata
tersebut yang sangat sejuk dan menyegarkan. Saya amat berbangga dengan diri saya
sendiri kerana mampu berkayak selama 5 jam ke pulau tersebut dan sampai dengan
selamatnya. Kumpulan Oscar yang membawa barangan padaa masa itu masih lagi
tidak sampai dan sesudah mereka sampai kami membuat segala persiapan khemah,
memasak, menyusun perlatan dan sebagainya bersama. Banyak perkara dilakukan
bersama seperti semayang berjemaah, memasak dan segala aktiviti yang dijalankan
membuatkan perhubungan sesama kami semakin erat dan saya sangat sayangkan
mereka.
Aktiviti pemasangan dan membetulkan khemah serta pemasangan gajet
dilakukan pada hari kedua. Kami tidak membaca buku yang abah berikan dan
disebabkan itu, banyak perkara yang kami lakukan sangat tidak bagus dan tidak disukai
oleh abah. Maafkan kami abah kerana selalu mengambil mudah tentang apa yang abah
suruh dan banyak menyinggung perasaan abah. Ikatan tali yang kami buat di gajet bak
kata abah seperti ikatan beruk, memang patut di buang. Saya sedikit pun tidak terasa
dengan kata-kata abah dan mula membetulkan semula segala kekurangan pada diri ini.
Bagi aktiviti snorkeling, jujur saya rasakan saya terasa lain dengan diri sendiri.
Saya menjadi seorang yang takut kepada air yang sangat dalam dan tidak yakin
walaupun memakai BA. Hanif yang banyak membantu dengan membawa saya kelilng
laut untuk melihat kehidupan dalam air. Saya sangat terpukau dengan keindahan alam
yang telah Allah ciptakan ini. Mengenai aktiviti asas kayak yang dikendalikan oleh Encik
Yakcob bin Mamat, banyak ilmu telah dikongsi kerana beliau telah mengajar tentang
cara-cara menyelamatkan kayak yang terbalik dan orang terbalik bersama-sama
dengan kayak.



Dalam ekspedisi kayak, sekali lagi kayak yang kami gunakan bocor dan Amir
banyak memberikan sokongan kepada saya kerana saya muntah di atas kayak.
Dengan keadaan air yang sangat bergelora menjadikan saya tidak bersemangat untuk
berkayak. Sesudah sampai, semua ahli Foxtrot seperti pengsan dan tidur untuk waktu
yang lama. Saya rasakan ekspedisi kayak ini lebih mencabar dari berkayak dari Bukit
Keluang ke Pulau Perhentian. Kami mencari kayu api untuk membakar ikan yang
dibekalkan dan masak serta makan bersama-sama. Bagi aktiviti orienteering, ayah iaitu
Encik Khairuddin bin Mat Hassan banyak memberikan tunjuk ajar mengenai acra
menggunakan kompas. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama dan ia membantu untuk
membuatkan saya lebih memahami dalam cara menggunakan bearing dengan betul.
Aktiviti yang memberikan cabaran dalam diri saya untuk menunjukkan saya ini
kuat fizikal, mental atau tidak ialah aktiviti survival. Saya berkumpulan dengan Idris dan
Lisa. Apa yang dapat saya katakana ialah mereka adalah rakan-rakan yang banyak
memberikan pertolongan dan saya lebih kenal mereka yang kini daripada yang dulu.
Kayu api kami cari bersama-sama, ikan cari bersama walaupun tidak dapat seekor ikan
langsung. Pada malam kedua survival kami makan ubi keledek yang dibekalkan dan
berjimat cermat dengan membahagikan sebiji ubi keledek kepada 3 potongan. Saya
dapat merasakan bagaimana kesusahan hidup di dalam hutan dan mengajar diri agar
tidak membazir. Ayah ada datang untuk memberikan seekor ikan yu kepada kami
namun ketika kami membakar pada malam itu, banyak tikus hutan datang. Saya mula
berasa takut dan tidak dapat tidur lena. Banyak kali juga melihat jam untuk menunggu
keesokan harinya. Pagi tersebut apabila melihat bot Pak Cik Li datang untuk mengambil
kami, saya gembira tidak terhingga kerana saya berjaya untuk hidup di hutan dengan
jayanya.




Kepulangan kami disambut oleh abah dan pensyarah-pensyarah lain. Perkara
yang paling sebak adalah ketika abah memeluk dan bersalam dengan kami semua dan
memasak untuk kami. Saya berasa amat tersentuh dengan kasih sayang yang telah
abah berikan kepada kami selama ini. Oleh kerana terlalu lapar, ramai antara kami
yang makan sehingga menambah-nambah dan sedap hingga menjilat jari. Aktiviti
kembara dilakukan selepas kami rehat untuk beberapa jam. Kami masak dan bergerak
bersama dan saling menjaga keselamatan antara satu sama lain. Pada malamnya,
BBQ dilakukan dan aktiviti malam kebudayaan dilaksanakan. Saya mula berasa sedih
untuk meninggalkan tempat tersebut kerana ukhwah yang telah dibina dalam adik
beradik pj, ukhwah antara abah dan anak-anak pj dan segala kenangan yang
diciptakan.
Pada keesokan paginya, kumpulan Oscar telah berlepas untuk berkayak pulang
ke Bukit Keluang dan kumpulan yang masih tinggal mengemas barangan-barang untuk
pulang. Kami pulang dengan menaiki bot dan menunggu bas di jeti untuk waktu yang
agak lama. Apa yang berlaku di sana mengenai bas ialah pak cik bas iaitu Pak Cik Mat
yang membawa bas tidak mahu mendekatkan bas tersebut berdekatan dengan jeti
dengan alasan kamu bawakla bas sendiri. Saya beranggapan itu sangat kurang ajar
dan dia sedikitpun tidak membantu untuk mengangkat barang-barang kami. Namun
pakcik-pakcik yang berada di jeti tersebut telah membantu kami untuk mengangkat
barang-barang dan sangat berterima kasih kepada mereka.
Segala perkara yang dilakukan bersama seperti tidur bersama, makan bersama,
melakukan aktiviti bersama, solat bersama segalanya bersama telah merapatkan kami
dan menjadikan adik beradik ini tidak akan berenggang dan program ini banyak
membantu dalam menjadikan kami sebagai PJ THUNDER!


-NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN-

You might also like