You are on page 1of 14

Arahan Am

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B, C dan D. Antaranya,
ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang
mempunyai hurufyang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.
Soalan 1 hingga Soalan 18
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Seseorang yang_____________berusaha pasti akan memperoleh kejayaan.
A. malas B. berat C. rajin D. baru

2. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga _________ mengikuti lawatan ke
Taman Negara.
A. pemah B. sudah C. telah D. akan

3 Pelajaran Aishah tenganggu____________ibu dan ayahnya berpisah.
A. sejak
B. walaupun
C. demi
D. lalu

4. "___________ adik-adikku, dengarlah kata ibu bapa kitaI" kata Dang Anum.
A. Aduh
B. Aduhai
C. Oh
D. Wahai


Soalan 5 berdasarkan Gambar 1






5. Kedua- dua hulubalang itu _____________ bermain senjata.
A. deras B. gopoh C. kuat D. cekap

6. _________akan melaksanakan perintah Tuanku," kata Hang Tuah kepada Sultan
Melaka.
A. Patik B. Beta C. Pancar D. Hamba

7. Puan Kamsiah menyapu_________yang gugur dari pokok di halaman rumahnya.
A. bebawang B. dedaun C. rerumput D. rerambut

8. __________ langkah-langkah yang harus diambil bagi mengatasi masalah
pencemaran air?
A. Apakah B. Bagaimanakah C. Siapakah D. Mengapakah




Soalan 9 berdasarkan Gambar 2






9. Ada bertimbun-timbun sekam padi______________di tepi kilang itu.
A. longgokan B. melonggok C. dilonggokkan D. terlonggok

10. Saerah tidak menyedari kedatangan neneknya kerana dia terlalu membaca buku
cerita yang ditulis oleh penulis kegemarannya.
A. ghairah B. asyik C. khusuk D. tekun

11. _________ indah ____________pemandangan di kawasan itu.
A. Sungguhsekali
B. Paling.benar
C. Begitu..agak
D. Amat.sangat

12. _____________ orang anaknya belajar di menara gading.
A. Ketiga B. Bertiga C. Ketiga-tiga D. Bertiga-tiga


Soalan 13 berdasarkan Gambar 3






13. Bendahara Tun Perak_____________ketika menghadap Sultan Melaka.
A . mengangkat tabik
B. mengangkat sumpah
C. mengangkat sembah
D. mengangkat tangan

14. "Apa boleh buat, dia memang__________dan sebab itulah dia menerima
hukuman." Kata Laksamana Hang Kasturi.
A. bersalah B. disalahkan C. tersalah D. menyalahkan

15. Puteri Gunung Ledang menjadi rebutan sultan kerana sangat cantik
Seperti __________________ "
A. bidadari
B. puteri
C. bulan purnama
D. bintang

16. Puncak bukit itu____________ kabus tebal.
A. dikelilingi
B. diselubungi
C. ditimbusi
D. dibaluti
17. Keluarga Maria menjaga___________nya itu seperti anaknya sendiri.
A. anak emas B. anak angkat C. anak kandung D. anak gaharu

18. Puan Lela_________ibu tiri Bawang Merah dan Bawang Putiih.
A. pun B. ada C. ialah D. adalah

Soalan 19 berdasarkan Gambar 3






19. Para pekerja sedang mencantas reranting pokok di sepanjang jalan itu.
Perkataan seerti bagi perkataan bergaris ialah
A. mengerat B. memotong C. memangkas D. mencencang



20. Rumah saya terletak di suatu kawasan yang berbukit.
Perkataan berlawan bagi berbukit iaiah
A. berpaya
B. rata
C. berlekuk-lekak
D. berteres
21. __________ kawasan itu mengalami banjir kilat.
A. Setiap B. Seluruh C. Segala D. Sebilangan

Soalan 22
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah
22. Saya suka berjoging kerana dapat menyihatkan badan.
A. Bilakah masa yang sesuai bagi kamu berjoging ?
B. Adakah kamu suka berjoging ?
C. Mengapakah kamu suka berjoging ?
D. Adakah berjoging itu penting?








Soalan 23.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
23. Siapakah yang telah menvelamatkan rumah di kampunq itu daripada dijilat api
semalam?
A. Pihak bomba memadamkan kebakaran di kampung itu semalam.
B. Pihak bomba telah menjilat api kebakaran semalam di kampung kami.
C. Pihak bomba telah menyelamatkan rumah kampung kami dari semalam.
D. Pihak bomba menyelamatkan orang kampung daripada dijilat api.
Soalan 24
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
24. Semua penduduk menvambut baik program menanam savur-savuran secara
hidroponik.
A. Sambutan menanam sayur-sayuran secara hidroponik disambut baik oleh
semua penduduk.
B. Semua penduduk yang menanam sayur-sayuran menyambut baik program
hidroponik.
C. Program menanam sayur-sayuran secara hidroponik disambut baik oleh
semua penduduk.
D. Penduduk menyambut baik sayur-sayuran yang ditanam secara program
hidroponik.




Soalan 25
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul
25. I. Beliau merupakan bekas guru Kajian Tempatan saya.
II. Hubungan Kak Lina dengan bekas suaminya masih baik.
III. Ibu memasukkan biskut-biskut itu ke dalam bekas plastik.
IV. Parut-parut lama itu masih bekas di lengan kirinya.
A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
26. I. Durian yang gugur itu dimasukkan ke dalam bakul
II. Pahlawan itu augur di medan perang
III. Budak itu qugur dari pokok
IV. Rambutnya banyak yang gugur
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II, dan IV sahaja
D. II, III, dan IV sahaja






Soalan 27 dan Soalan 28.
Pilih ayat yang betul.
27 . A. Datuk ada memelihara beberapa ekor ayam.
B. Yasmin mengelek piala yang dimenanginya.
C. Naina menanamkan bunga ros di halaman rumahnya.
D. Abang menunggang kereta yang baru dibelinya.

28 A. Sultan Melaka menjatuhi hukuman penjara kepada penjenayah itu.
B. Hadri dan Hazman senyum kepada kami.
C. Pihak polis akan meneruskan siasatan berhubung dengan kes pembunuhan
itu esok.
D. Nasrul mendapat berita itu dengan tenang.

Soalan 29 dan Soalan 30.
Pilih ayat-ayat yang betul.
29. I. Ayah telah menebas di belakang rumah rumput.
II. Bidang teknologi maklumat semakin berkembang pesat di negara kita.
III. Tarikh bermulanya cuti semester persekolahan bilakah?
IV. Ikmal berbaring lalu tertidur di Sofa.
A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

30. I. Kami berjoging di setiap petang di Taman Tasik Taiping.
II. Semua rumah musnah di kampung itu dipukul ribut.
III. Gulai itu tidak termakan oleh Yusman kerana terlalu pedas.
IV. Syafik menebas di belakang rumahnya semak samun.
A. III sahaja.
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Sang Kancil sedang berehat di tepi sungai. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dengung di
atas kepalanya. Apabila Sang Kancil mendongak, dia terlihat akan seekor agas.
Sang Kancil : Benda apakah yang berbunyi itu, Sang Agas?
Sang Agas : Perut hambalah yang berbunyi, Sang Kancil.
Sang Kancil : Eh, bagaimana pula perut tuan hamba dapat berbunyi?
Sang Agas : Pagi tadi badan hamba tergesel pada badan Sang Kerbau.
Kebetulan ada duri yang melekat pada badan Sang Kerbau itu.
Sebagai akibatnya, duri tersebut tertikam pada perut hamba dan
menyebabkan perut hamba berbunyi.
Sang Kancil : Oh, kasihan ! Tentu sakit perut tuan hamba.
Sang Agas : Sudah tentu. Tambahan pula, duri yang tertikam dalam badan
hamba ini sejari besamya.



Sang Kancil : (Mengejek) Janganlah tuan hamba mencuba membohongi hamba.
Mana mungkin duri sebesar jari dapat masuk ke dalam badan tuan
hamba itu.
Sang Agas : Mengapa tuan hamba berkata demikian?
Sang Kancil : Bukankah badan tuan hamba hanya sebesar jarum? Jadi, tentulah
mustahil duri yang besar dapat masuk ke dalam badan tuan hamba
itu.
Sang Agas : Hai, Sang Kancil ! Yang hamba maksudkan sejari itu ialah ukuran
jari hamba sendiri, bukannya ukuran jari tuan hamba (sambil
tertawa). Tampaknya badan tuan hamba saja yang besar, tetapi
akal tuan hamba lebih kecil daripada badan hamba ini.
Sang Kancil terdiam. Dia berasa malu sendiri. Dalam hatinya, Sang Kancil mengakui
kebijaksanaan Sang Agas.
31. Apakah yang mengganggu Sang Kancil ketika dia sedang berehat ?
A. Teguran Sang Agas
B. Bunyi dengung di atas kepalanya
C. Jeritan Sang Agas
D. Cerita Sang Agas tentang perutnya
32 Apakah punca bunyi tersebut?
A. Duri di perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi.
B. Perut Sang Agas berbunyi kerana tergesel pada badan Sang Kerbau.
C. Tusukan jarum pada perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi.
D. Perut Sang Agas lapar.


33. Mengapakah Sang Kancil menuduh Sang Agas berbohong?
A. Sang Agas memang suka berbohong.
B. Sang Kancil tidak nampak apa-apa yang mencucuk badan Sang Agas.
C. Badan Sang Agas lebih kecil daripada badan Sang Kerbau.
D. Mustahil duri sebesar jari Sang Kancil dapat masuk ke dalam badan Sang
Agas.
34. Penyataan yang berikut adalah benar tentang dialog tadi, kecuali
A. perut Sang Agas tertikam duri semasa bergesel dengan Sang Kerbau.
B. badan Sang Agas hanyalah sebesar jarum.
C. duri yang melekat pada Sang Kerbau mengeluarkan bunyi.
D. Sang Kancil tidak menduga bahawa Sang Agas binatang yang bijak.
35. Sang Kancil tidak menduga bahawa Sang Agas binatang yang bijak__________.
A. seperti katak di bawah tempurung.
B. seperti harimau menyembunyikan kukunya.
C. seperti tikus membaiki labu.
D. seperti mengajar itik berenang.








Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Kualiti udara di sekeliling kita dikatakan sudah tidak bensih lagi. Kebanyakan
negara membangun dan negara maju di dunia berhadapan dengan masalah yang
sama. Hal ini disebabkan oleh peningkatan jumlah kenderaan, pembukaan lebih
banyak kawasan pertanian, perumahan, dan perindustrian yang mendadak.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, proses
industri atau penghasilan bahan pencemaran oleh kilang, pembakaran, tempat
pelupusan sampah, pembakaran terbuka khususnya di kawasan bandar dan
pembakaran hutan yang tidak terkawal. Habuk, asap, kabus dan wap atau bahan-
bahan lain yang dapat menghalang penglihatan merupakan pelbagai bentuk
pencemaran udara.
Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan habuk seperti pembakaran
sisa kayu atau sekam padi. Selain itu, aktiviti masyarakat dapat menyumbang ke
arah peningkatan indeks kualiti udara. Antaranya; membakar sampah, memasak
dengan menggunakan dapur arang atau dapur kayu.dan tabiat merokok.
Bahan yang terampai di udara ini akan memberi kesan negatif kepada semua
hidupan. Sebagai contoh, bahan-bahan ini akan masuk ke dalam tubuh manusia
melalui sistem pemafasan hingga berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam
salur darah. Hal ini dapat menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit
kekejangan, barah, asma dan anemia.
Di samping itu, jarak penglihatan yang terhad sebagai akibat jerebu dapat
menyebabkan beriakunya kemalangan. Persekitaran menjadi kotor akibat habuk
juga. Kesimpulannya, aktiviti harian akan terganggu sebagai akibat pencemaran
udara.
36. Semua yang berikut adalah faktor-faktor pencemaran udara, kecuali
A. negara yang kian membangun.
B. pelepasan asap kenderaan.
C. proses industri dari kilang.
D. pembakaran terbuka.

37. Kata mendadak sama maksudnya dengan kata _____
A. menaik B. serta-merta C. luar biasa D. tanpa sedar
38. Apakah penyakit yang tidak disebabkan oleh pencemaran udara?
A. Barah B. Asma C. Batuk D. Sengal otot
39. Mengapakah jerebu dapat menyebabkan kemalangan jalan raya?
A. Kerana pemandu hilang sabar ketika memandu
B. Kerana jarak penglihatan pemandu kian terhad
C. Kerana jerebu menyebabkan kereta rosak
D. Kerana persekitaran menjadi kotor sebagai akibat habuk
40. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang harus dilakukan kepada pihak
industri yang melakukan pencemaran?
A. Menghalang produk keluaran itu diijual di pasaran.
B. Mengenakan tindakan hukuman penjara kepada pekerja kilang
C. Mengenakan denda yang tinggi atau menutup kilang terbabit
D. Membuang pekerja-pekerja kilang yang masih beroperasi

Disediakan oleh, Disemak oleh,
_________________ ____________________
(ZALINA RAZALI ) (HASNIYAH BTM MAT )

You might also like