Professional Documents
Culture Documents
.
.
.
KAUM MUSLIMIM DAN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA,
Selepas dari menunaikan sembahyang sunat Aidul Adha dan tiga hari
berikutnya, kita dituntut untuk melakukan sembelihan korban.
Firman Allah s.w.t. :
..
Yang bermaksud : " daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda, bahawa tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari
( hari raya haji ) yang paling disukai Allah selain daripada
menyembelih korban. Ternakkan yang dikorbankan itu akan datang
kepada Mereka yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan
asalnya iaitu, lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah
korban itu lebih dahulu jatuh kesuatu tempat yang disediakan Allah
sebelum dia jatuh kebumi ( yakni pahalanya disegerakan Allah ). Maka
dengan sebab itu hedaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati
melaksanakannya untuk keuntungan diri sendiri " .
( Hadis Riwayat Tirmizi )
Ibadah korban juga adalah tanda ketakwaan kita kepada Allah . Firman
Allah s.w.t. :
2
.
Ya Allah ! pada hari dan bulan yang penuh makna ini kami memohan
kepadamu agar diberkati kemerdekaan negara kami Malaysia yang
tercinta. Kekalkanlah kemakmuran, keselamatan dan kedamaian bumi
tumpah darah kami ini, hindarilah negara kami dari segala malapetaka
dan bencana, kami memohan kepadamu ya Allah supaya diberikan
petunjuk agar kami sentiasa hidup dalam keadaan bersatu padu dan
tidak mementingkan diri sendiri, hindarilah kami dari perasaan buruk
sangka, dengki dan khianat sesama saudara kami, suburkanlah
perasaan muhibbah dan semangat toleransi dengan pelbagai rumpun
bangsa di tanah air kami, berikanlah kami kekuatan agar dapat
mengawal nafsu dari berkata seseuatu yang bakal memecah belahkan
kami dan menimbulkan keadaan yang tidak selesa di kalangan rakyat
Malaysia amnya dan ummat Islam khasnya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kami kekuatan jihad untuk rajin
berusaha membangunkan agama bangsa dan negara, jadikanlah kami
ummat yang cemerlang dimata dunia dengan kekuatan ekonomi,
akhlak dan teknologi, agar kami dapat memperkukuhkan
pembangunan negara dan mempertahankan maruah kemerdekaan
yang engku anugerahkan kepada kami .
Akhirnya Ya Allah kami memohan agar dikekalkan kemerdekaannegara
ini. Janganlah diulangi lagi sejarah penjajahan yang akan
memenjarakan seluruh jiwa raga kami di bawah telunjuk para penjajah
4