You are on page 1of 8

HARI RABU

L:
Sekarang, perarakan masuk penerima-penerima hadiah Hari
Kecemerlangan SMK Dato' Jaafar Hassan kali ke-21, diiringi
dengan paluan kompang.
(penerima hadiah masuk)

L:
Hadirin sekalian,
Bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara, marilah
sama-sama kita berdiri dan bersedia bagi menyanyikan lagu
negaraku, lagu negeri perlis dan lagu sekolah. Diharapkan warga
dewan menyanyikannya dengan penuh semangat.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
P:
Bismillah hirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha En. Aminuddin bin Mustafa, Pengetua SMK Dato'
Jaafar Hassan.

Yang Berusaha En. Mohamad bin Zainol
Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Yang Berusaha Tuan Haji Kapli bin Saad
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang Berusaha En. Mohsin bin Ibrahim,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Berusaha Pn. Jamilaton Rabaiee binti Haris,
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6.

Yang dihormati guru-guru penolong kanan matapelajaran, guru
cemerlang, guru-guru, barisan kepimpinan pengawas seterusnya
rakan-rakan pelajar yang saya hormati sekalian.

Sebelum lidah petah berbicara, sebelum majlis rancak bermula,
moleklah sekiranya kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke
hadrat ilahi kerana dengan izinnya, dapatlah kita hadir dan
berkumpul pada hari yang berbahagia ini bagi menjayakan majlis
sambutan hari kecemerlangan SMK Dato' Jaafar Hassan kali ke-21.





L:
Warga dewan sekalian
Bunga mawar cantik tersemat,
dipetik gadis di tepi titi,
doa dibaca memohon rahmat,
moga majlis kita diberkati.

Oleh itu, bagi memberkati majlis kita pada hari yang berbahagia ini,
majlis dengan segala homatnya mempersilakan Al-fadzil Ustaz
Alias bin Khalid / Mohd Saipudin bin Hassan. Dipersilakan ustaz.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
P:
Amin, amin yarabbal 'alamin. Semoga sepanjang majlis ini, kita
beroleh keberkatan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Al-fadzil Ustaz Alias bin Khalid / Mohd Saipudin bin
Hassan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang Berusaha En. Aminuddin bin Mustafa,
Pengetua SMK Dato' Jaafar Hassan untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(UCAPAN)
L:
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih atas ucapan yang
disampaikan oleh Yang Berusaha En. Aminuddin bin Mustaffa,
Pengetua SMK Dato' Jaafar Hassan sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,
Sebelum diteruskan majlis, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada pelajar-pelajar SMK Dato' Jaafar Hassan.
sama-sama kita saksikan.
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
P:
Untuk makluman para hadirin, persembahan itu tadi dijayakan oleh
pelajar-pelajar asrama SMK Dato' Jaafar Hassan.

Hadirin yang dimuliakan,
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian anugerah
kecemerlangan bagi pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran.
Dengan itu, majlis menjemput Yang Berusaha Tn. Haji Kapli bin
Saad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Dato' Jaafar Hassan
untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian
anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(penyampaian hadiah bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 3)


L:
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Kapli bin Saad,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Dato' Jaafar Hassan, atas
kesudian beliau menyampaikan anugerah itu sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,
Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
saksikan persembahan Tarian Canggung daripada pelajar-pelajar
Tingkatan 4. Sama-sama kita saksikan.

P:
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 4 atas persembahan yang dijayakan sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha En.
Mohamad Naseer bin Zainol, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
untuk naik ke pentas bagi meneruskan majlis penyampaian
anugerah. dipersilakan.
(hadiah bagi pelajar terbaik dalam tingkatan 4 hingga 6)



P:
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian Yang
Berusaha En. Mohamad Naseer bin Zainol, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SMK Dato' Jaafar Hassan, atas kesudiam beliau
menyampaikan anugerah itu sebentar tadi.
L:
Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan yang
akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar SMK Dato' jaafar hassan.
Sama-sama kita saksikan.

Untuk makluman semua, persembahan itu tadi telah dijayakan oleh
pelajar berketurunan thai dari SMK Dato' Jaafar Hassan. Tahniah
diucapkan.
P:
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha En.
Aminuddin bin Mustafa, Pengetua SMK Dato' Jaafar Hassan untuk
naik ke pentas bagi meneruskan majlis penyampaian hadiah kepada
para pelajar. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(penerimaan hadiah bagi penghargaan)




L:
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima
kasih kepada Yang Berusaha En. Aminuddin bin Mustafa, Pengetua
SMK Dato' Jaafar Hassan atas kesudian beliau menyempurnakan
majlis penyampaian hadiah kepada para pelajar pada hari ini.
P:
Bagi mengakhiri majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan Nasyid daripada kumpulan Taffakuh Fiddin.
Sama-sama kita saksikan.
L:
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada kumpulan Taffakuh
Fiddin dari SMK Dato' Jaafar Hassan atas persembahan yang
mantap itu sebentar tadi.

Warga dewan yang dihormati,
Kehidupan kita umpama belayar,
yang telah sampai ke pelabuhan,
umpama berkayuh telah sampai ke muara,
umpama berjalan telah sampai ke destinasi.




P:
Para hadirin sekalian,
Agenda kita kini kian sampai ke penghujungnya. Saya bagi pihak
majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan
dan puan-puan yang sabar menunggu dan setia menanti dalam
majlis sehingga ke akhir ini. Terima kasih juga diucapkan kepada
semua pihak yang menyumbang untuk menjayakan majlis ini.
Andai kata ada tersalah bicara, terlanjur kata, ampun dipohon maaf
dipinta.

Akhir kata,
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian sahaja, salam hormat. Wassalamu'alaikum wbt.

You might also like