You are on page 1of 6

Etika membawa maksud :

1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa
& Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.


Etika dapat membentuk keperibadian guru melalui:
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod etika perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
Kod etika dalam bentuk dokumen usaha untuk menyemak semula kodini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi-membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan
dan negara.


KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA
Tanggungjawab Terhadap Pelajar:
- Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal
lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-
pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial
dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di
bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya
guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan
mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik
dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas
harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian
perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang
serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

Akauntabliti guru dam melahirkan modal insan kelas pertama:
1) Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh
guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang
boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak
menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan
perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru
akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap
proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media
massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap
profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah
di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

Guru yang tidak berintegriti akan mencemarkan profesion perguruan.
Hari ini sudah 7 bulan melangkah ke tahun baru 2014. Terasa pantasnya masa berlalu.
Mungkin perasaan itu timbul sama ada kerana kita terlalu banyak kerja atau berbagai program
yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu kita terasa akan hambatan sedemikian.
Apapun sepanjang itu terdapat pelbagai peristiwa dan tragedi yang menodai maruah dan
integriti kita kaum guru jika integrity diketepikan dan diendahkan dalam profesion perguruan ini.
Contohnya menjelang akhir tahun lepas kita digemparkan dengan seorang Guru Penolong
Kanan perempuan di Melaka telah merakam video lucah dengan pendatang asing. Kemudiaan
pada Januari lalu kita dipaparkan dengan seorang Guru Besar dan seorang guru
perempuannya berusia dua puluhan di Pasir Mas, Kelantan didakwa kerana melakukan
kesalahan mukadimah zina. Kita juga ditunjukan oleh blog berita seorang guru perempuan
berusia tiga puluhan juga di Kelantan didakwa atas kesalahan yang sama dengan seorang
pengimpal. Kemudian kita digemparkan dengan seorang guru SJKC di Perak mendenda
pelajarnya dengan menggantung loceng lembu dan diarah makan rumput. Bahkan banyak lagi
"tingkah laku dan tatatkelakuan guru selaku pegawai awam" menjatuhkan maruah dan integriti
pegawai awam yang tidak tertulis berlaku diinstitusi pekerjaan kita. Renung-renungkan.

Kesantunan guru
Kesantunan bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.
Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu
kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang
disepakati oleh perilaku sosial. Guru juga perlu menguasai sifat-sifat kesantunan dalam
membina rappo yang baik dalam kalangan murid contohnya:-
Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid
kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.
Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-
murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh
muridnya.
Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal
perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-
muridnya.
Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru
mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha
mejalankan tugasnya dengan sempurna.



Keprihatinan guru dalam kertas kerja ini bermaksud guru melakukan pengamatan dan
pemerhatian sosial, menzahirkan empati dan simpati terhadap kepelbagaian latar belakang
pelajar. Pengamatan berlaku dalam aspek sosial seperti tingkahlaku pelajar, komunikasi inter-
personal, bentuk dan cara tulisan pelajar. Seterusnya ialah emosi iaitu wajah , air muka , gerak
badan ( bahasa badan ) , hasil kerja pelajar kita dan yang terakhir ialah fizikal yang bermakna
pakaian, kekemasan , kebersihan pelajar tersebut. Guru juga boleh mengamalkan P&P mesra
pelajar iaitu mengambil kira aspek emosi, hubungan mesra dan rasa bertanggungjawab yang
tinggi untuk memahamkan pelajar. Seterusnya iaitu P&P realistik yang bermaksud pengajaran
yang menampilkan contoh sebenar yang wujud di sekeliling kehidupan pelajar pengajaran
kontekstual, konstruktif. Guru juga boleh mewujudkan iklim hubungan guru-murid yang
meransang pembinaan konsep kendiri serta minat pembelajaran.

Penampilan guru
Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk personaliti seseorang guru. Guru
perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan
diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang
tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman
yang melampau mencerminkan keperibadian guru tersebut. Cara duduk guru turut dalam
pemerhatian pelajar di sekolah. Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika
proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru berada dalam posisi duduk,pastikan tidak
terlalu menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke
hadapan bagi menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru
digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi ini akan membolehkan guru
melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh guru itu.





Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat Guru boleh berniaga di sekolah
asalkan tidak mengganggu tugas rutin seorang guru
Menurut pendapat saya, saya tidak bersetuju kerana Core- business guru di sekolah ialah
mengajar. Guru mengajar, murid belajar. Jika guru sibuk menjual beli barang di bilik guru,
mungkin kelas pun tertinggal. Atau terlewat masuk kelas. Terkadang sedang mengajar di dalam
kelas, masih lagi menjawab telefon berhubungan dengan pelanggan. Atau rakan berbincang
tentang produk. Ataukah tidak sempat buat persediaan mengajar? Sehingga apabila masuk ke
kelas, akan bertanya murid; kita nak belajar apa hari ini? Belajar bebas? Malah guru besar pun
kadang-kadang merestui aktiviti guru berniaga di sekolah. Beliau mungkin bertindak sebagai
pelanggan. Mungkin juga sebagai penjual. Misalnya guru besar sebagai agen menjual kek lapis
Sarawak. Sebenarnya kek itu dibuat oleh isterinya. Berniaga di sekolah sememangnya tidak
selaras dengan Kod Etika Keguruan Malaysia. Lihat kod ini dalam buku rekod mengajar guru.
Dalam buku rekod juga ada pekeliling menyatakan bagaimana guru menggunakan waktu tidak
megajar (free period).

Jelaskan konsep kerja sambilan dan sejauh manakah guru boleh melibatkan diri dalam
kerja sambilan.
- Kerja sambilan ialah merupakan kerja hanyalah sementara dan ianya dalam jangka
amsa yang pendek dan bersifat sementara. Kerja sambilan ini juga telah sinonim
dengan para remaja. Kesimpulannya kerja sampingan boleh dilakukan oleh guru tetapi
mampu meninggalkan kesan dan menjejaskan tugas hakiki guru di sekolah. Guru juga
perlu sedar bahawa sifat tanggungjawab mereka terhadap kerja sebenar lebih penting
berbanding kerja sampingan kerana Guru tidak boleh sama sekali jadikan tugas hakiki di
sekolah sebagai kerja sampingan.





Berdasarkan pemerhatian anda sebagai guru pelatih yang pernah menjalani praktikum.
Hasil satu pengurusan masa guru yang dapat dijadikan panduan untuk pelatih lain. Jika
perlu anda hendaklah kemukakan bukti dan sokongan







Jadual 1
Jadual di atas menunjukkan pengagihan contoh perkara-perkara yang perlu didahulukan
serta perkara-perkara yang boleh dilakukan kemudian. Seseorang guru perlulah
mengaplikasikan penggunaan jadual ini dalam kehidupan seharian mereka, supaya mereka
dapat mengimbangi masa 24 jamnya dengan baik serta memberikan sumbangan yang baik
dalam bidang ini. Kedua-dua bidang ini memerlukan pengorbanan masa oleh seseorang guru.
Contohnya, dalam jadual ini guru telah menganalisis perkara-perkara yang perlu dilaksanakan
olehnya dalam kadar segera serta tidak segera. Selain itu, jadual ini mempunyai dua bahagian
iaitu untuk mencatatkan perkara-perkara penting serta tidak penting. Maka, warga pendidik ini
bolehlah melakukan perkara-perkara yang penting dan perkara yang perlu dilaksanakan
dengan kadar segera terlebih dahulu. Senario ini menyebabkan guru dapat mengurus serta
mengunakan masanya dengan efektif serta berkesan.
SEGERA TIDAK SEGERA
PENTING Solat
Laporan Panitia
(Hantar esok)

Laporan Minit Mesyuarat.
Sediakan set ulangkaji.
Berjumpa dengan rakan.
TIDAK
PENTING
Urusan lawatan
Perancangan Jangka Panjang
Menonton Televisyen
Memancing

You might also like