You are on page 1of 3

KEBERSIHAN DIRI KANAK- KANAK

Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap
kanak-kanak dalam memastikan kesejahteraan hidup mereka. Kebersihan diri juga
bermaksud membersihkan segala anggota badan daripada segala kekotoran.
Kanak-kanak seharusnya diberikan pendedahan tentang aspek penjagaan
kebersihan diri supaya diri mereka sentiasa cergas dan dalam keadaan bersih.
Komponen kebersihan diri dan tubuh badan adalah berkait rapat dengan kebersihan
mulut, kesihatan gigi, penjagaan kulit, penjagaan kuku dan penjagaan rambut.

Kanak-kanak haruslah sentiasa menjaga kebersihan badan. Badan yang
bersih penting untuk mengelakkan masalah kesihatan dan mencegah penyakit
berjangkit. Penyakit Tangan Kaki dan Mulut ialah penyakit berjangkit yang boleh
meragut nyawa kanak-kanak. Mencuci tangan adalah salah satu langkah
pencegahan yang amat penting dalam pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan
Mulut (HFMD).

Penyakit ini boleh berjangkit melalui sentuhan. Tangan kita sentiasa terdedah
dengan virus dan kuman. Kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan tangan akan
membawa virus dan kuman ini masuk ke dalam kerongkong semasa makan. Nanti
mulalah rasa demam, sakit kepala, selsema, mata merah, tumbuh ulser di tekak
dan mulut dan hilang selera makan. Itu ialah tanda-tanda Penyakit Tangan Kaki dan
Mulut.

Asma/Asthma
Asma/lelah atau asma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud berbafas kuat
merupakan satu istilah yang menerangkan satu keadaan seperti semput, penat, termengah-
mengah dan mengeluarkan bunyi wheezing ketika bernafas . Bunyi ini adalah diakibatkan
oleh penyempitan saluran bronkial yang menghalang aliran udara keluar dan masuk ke
paru-paru. Individu terpaksa membongkokkan badan untuk mendapatkan lebih banyak
udara ke ruang dalam paru-parunya (Asiah 2012). Serangan asma boleh disebabkan oleh:
cuaca atau udara yang sejuk, aktiviti fizikal yang berlebihan, jangkitan di bahagian organ
pernafasan, alahan, serangan virus, habuk atau debu, bulu kucing, dan sebagainya.
Kanak-kanak yang berpenyakit asma mungkin kelihatan gementar, sensitive, dan mudah
terganggu. Muka mereka kelihatan biru (disebabkan oleh kurang oksigen), dan mereka perlu
diberi pertolongan dan rawatan yang segera untuk pulih.
Cara mengatasi masalah
Keperluan Kanak-Kanak Asma di Sekolah: Kanak-kanak ini memerlukan persekitaran yang
bersih dan pengurusan dalam jangka panjang. Mereka sering tidak hadir ke sekolah
terutama ketika diserang penyakit tersebut. Guru perlu bekerjasama dengan dengan
ibu bapa dengan menyimpan satu salinan action plan bagi membantu murid yang
mengidap asma. Mereka perlu mengetahui cara merawat asma termasuk jenis ubat
yang perlu diambil, tindakan yang harus diambil sekiranya serangan berlaku, jenis
situasi yang perlu dielakkan (Contoh: aktiviti luar yang terdedah kepada debunga),
menyimpan ubat untuk kanak-kanak, atau memastikan ubat atau inhaler mudah
dicapai ketika serangan asma berlaku di dalam kelas atau kawasan Pra sekolah.
Batuk
Batuk merupakan tindakbalas kerongkong/tekak terhadap simulus pada salur
pernafasan dan paru paru. Fungsi sebenar batuk ialah untuk mengeluarkan bahan
merbahaya yang terperangkap dalam salur pernafasan. Pada mulanya, udara
ditahan oleh glottis daripada keluar kemudian, udara yang ditahan tersebut secara
serta merta dilepaskan menyebabkan getaran kuat pada glotis yang kemudiannya
menghasilkan bunyi. Pada kebiasaannya, batuk adalah disebabkan oleh jangkitan
kuman pada salur pernafasan dan paru paru. Demam selesema adalah punca
utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Sebab-sebab lain yang
menyebabkan ialah jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong,
alahan dan asma.

You might also like