You are on page 1of 17

FAQS SISTEM

e-PELAPORAN
BERSEPADU
PROGRAM j-QAF
Unit Program j-QAF
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

1 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU
PROGRAM j-QAF

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN SISTEM ..................................... 2
KEPERLUAN SISTEM ........................................ 4
PROSEDUR KERJA ............................................ 5
PENGISIAN DATA ............................................. 6
MENYEMAK RALAT .......................................... 9
PENGHANTARAN DATA ................................. 10
RUJUKAN ....................................................... 11
SENARAI SEMAK AGIHAN TUGAS .................. 12
CARTA ALIR .................................................... 13
Perhatian: Untuk kemudahan sila klik pada perkara yang ingin diketahui di atas.


2 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
PENGENALAN SISTEM

Soalan: Apakah yang dimaksudkan Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?
Jawapan: Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF merupakan evolusi
penambahbaikan Sistem e-Pelaporan Program j-QAF yang telah digunakan untuk
menganalisa pencapaian model-model Program j-QAF sejak tahun 2007 hingga 2013.

Sistem yang baru ini mempunyai pelbagai fungsi yang disepadukan dalam satu sistem
seperti berikut:
i. Menganalisis pencapaian model-model Program j-QAF
ii. Pangkalan data Program j-QAF merangkumi data guru, murid, kelas dan sekolah.
iii. Pelaporan Pelaksanaan Pemantauan Program j-QAF peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.

Sistem ini dibangunkan oleh barisan Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF
menggunakan platform Microsoft Access 2007 dengan mengambil kira keperluan pengguna
di semua peringkat ; Sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Soalan: Apakah kelebihan sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?
Jawapan: Kelebihan sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF:-
i. Data murid diimport daripada Sistem Maklumat Murid (SMM). Guru hanya perlu
mengisi markah murid sahaja;
ii. Data guru diimport dari Data EMIS. Guru hanya membuat verifikasi dan sekiranya ada
ralat akan dibuat pembetulan bersama guru data di sekolah;
iii. Menggunakan hanya satu sistem berpusat untuk kegunaan di setiap peringkat
sekolah, PPD, JPN dan KPM berbanding sistem terdahulu yang menggunakan
sehingga tujuh sub sistem;
iv. Mengambil kira kemudahan kepada pengguna yang menggunakan komputer atau
laptop yang dilengkapi skrin sesentuh;
v. Kapasiti saiz sistem yang lebih kecil, kira-kira 20 Mb berbanding sebelumnya 60 Mb;
vi. Data dan sistem disimpan dalam ruang storan yang berasingan sebagai langkah
keselamatan;
vii. Sistem boleh berfungsi pada komputer yang berspesifikasi rendah;
viii. Proses eksport dan import data berlaku dengan lebih pantas;
ix. Saiz data yang telah diproses lebih kecil; dan
x. Laporan dan analisis dijana dengan lebih sistematik dan spesifik.

Soalan: Apakah perbezaan sistem e-Pelaporan dan Sistem e-Pelaporan Bersepadu
Program j-QAF?

Jawapan: Perbezaan antara kedua-dua sistem seperti berikut :-


3 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
Sistem e-Pelaporan Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF
Menggunakan Microsoft Office Excel Menggunakan Microsoft Office Access
Proses data mengambil masa yang lama Proses data mengambil masa yang cepat
Kurang mesra pengguna Lebih mesra pengguna
Memerlukan perkakasan komputer yang
berkeupayaan tinggi
Boleh menggunakan Perkakasan komputer yang
minima
Saiz data yang besar Saiz data yang kecil
Nama murid perlu ditaip atau copy paste
Nama murid dan guru diperolehi daripada data
HEM

Soalan: Kenapakah saya perlu mengisi Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?
Apakah kepentingannya?

Jawapan: Pencapaian murid dalam pelaksanaan Program j-QAF amat penting untuk
dilaporkan kerana :
i. Memastikan pencapaian semua murid yang terlibat dengan Program j-QAF seluruh
negara direkodkan secara terancang dan tersusun.
ii. Guru dapat mengenal pasti perkembangan setiap murid secara headcount bagi setiap
model dalam Program j-QAF.
iii. Guru boleh merancang dan mengambil tindakan susulan terhadap murid yang belum
menguasai kemahiran yang dicadangkan.
iv. Pencapaian dan pelaksanaan Program j-QAF dibuat secara Penilaian Kendalian
Sekolah Rendah (PKSR) bukannya Berasaskan Peperiksaan (Exam Oriented), oleh itu
pelaporan perlu dibuat secara terperinci dan berterusan supaya penghayatan guru
dan murid sentiasa dapat dinilai dan dikenalpasti.
v. Pelaksanaan Program j-QAF yang berperanan sebagai memperkasakan Pendidikan
Islam diambil kira dalam Pelaksanaan Teras ke 3 Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan ( PIPP ).

Soalan: Bilakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF ini perlu diisi dan dihantar
ke PPD?

Jawapan: Pengisian Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF perlu diisi pada minggu
awal Mei dan minggu awal Oktober dan dihantar ke PPD mengikut tarikh yang ditetapkan
oleh JPN masing-masing.

Kembali Ke Menu Utama

4 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
KEPERLUAN SISTEM

Soalan: Apakah keperluan minimum untuk menggunakan Sistem e-Pelaporan Bersepadu
Program j-QAF?

Jawapan: Keperluan minimum ialah:-
i. Sistem Pengoperasiaan (Operating System) berasaskan Microsoft Windows samada
windows VISTA, windows XP, windows 7 atau windows 8;
ii. Microsoft Access 2007 ke atas;
iii. Paparan skrin (cadangan) minima 12 inci dan ke atas; skrin resolusi minima 1024 x
768 piksel;
iv. Data Sistem Maklumat Murid (SMM) terkini; dan
v. Data EMIS.

Soalan: Adakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF boleh berfungsi dengan
semua Sistem Operasi Windows atau Microsoft Office?

Jawapan: Boleh, KECUALI komputer atau laptop yang mempunyai gabungan Sistem Operasi
Windows 8.1 Pro 64 bit dan Microsoft Office Access versi 2010 @ 2013 64 bit. Ini
berdasarkan ujilari yang dijalankan oleh pihak admin.

Soalan: Adakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF berfungsi dengan perisian
Microsoft Office Access 2003 atau lebih bawah?

Jawapan: Tidak boleh, kerana sistem ini dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Office
Access 2007 dan ia berfungsi kepada perisian Microsoft Office Access 2007 ke atas.

Soalan: Adakah sistem ini berfungsi dengan Sistem Operasi Macintosh @ Mac OS X?

Jawapan: Boleh, dengan syarat memenuhi keperluan berikut:-
i. Menggunakan perisian VMWare atau Parallel Desktop (dalam persekitaran Mac OS X;
ii. Menggunakan perisian Boot Camp untuk menjalankan Microsoft Windows (dalam
persekitaran Dual Boot).

Soalan: Adakah boleh mengisi data menggunakan komputer yang dilengkapi touchscreen?

Jawapan: Boleh.

Kembali Ke Menu Utama


5 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
PROSEDUR KERJA

Soalan: Bagaimanakah data ini dikumpulkan?
Jawapan: Peringkat penyebaran data adalah seperti berikut:

Soalan: Apakah tatacara pengagihan pengisian data yang praktikal untuk saya ikuti?
Jawapan: Tatatacara yang praktikal adalah seperti berikut:
i. Guru setiap bidang menyediakan data mentah bidang yang diajar.
ii. Data mentah yang lengkap dilaporkan di dalam mesyuarat panitia.
iii. Data mentah tadi diagihkan mengikut kelas. Contohnya:

Data Tahun 1 Dahlia (sekiranya guru mencukupi) diisi oleh seorang guru X,yang mana
guru X perlu mengisi semua data berkaitan Kem Bestari Solat, Ujian Jawi, Ujian Bahasa Arab
dan Al-Quran 6 Bulan/Khatam Al-Quran.

Soalan : Siapakah yang patut mengisi Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?

Jawapan : Panitia Pendidikan Islam perlu melantik seorang Penyelaras Data j-QAF daripada
kalangan guru Pendidikan Islam atau guru j-QAF yang berkebolehan yang akan menyelaras
dan menyeragamkan agihan tugas kepada semua guru dalam panitia Pendidikan Islam.
Tugasan ini perlu dijalankan secara kerjasama berpasukan.

Soalan: Adakah senarai nama murid atau guru perlu ditaip ke dalam Sistem e-Pelaporan
Bersepadu Program j-QAF ?
Jawapan: Boleh. Namun senarai nama murid dan guru boleh dimuatkan pada sistem melalui
cara-cara seperti berikut:-
i. Melalui Data HEM/ SMM (Data Murid).
ii. Melalui Data APDM (Data Murid).
iii. Melalui Data EMIS (Data Guru)
(Untuk keterangan lanjut sila rujuk Manual Pengguna)

Kembali Ke Menu Utama

KELAS SEKOLAH
PEJABAT
PENDIDIKAN
DAERAH
JABATAN
PENDIDIKAN
NEGERI
BAHAGIAN
PENDIDIKAN
ISLAM KPM

6 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
PENGISIAN DATA

Soalan: Adakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF boleh beroperasi pada
selain folder C:\BPI seperti pada Thumbdrive atau External Harddisk?

Jawapan: Tidak boleh, Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF hanya boleh beroperasi
pada folder C:\BPI.

Soalan: Adakah kaedah pengisian Model Khatam Quran pada Sistem e-Pelaporan
Bersepadu Program j-QAF sama dengan Sistem e-Pelaporan yang lama?

Jawapan: Berbeza. Kaedah pengisian seperti berikut:-

i. Untuk Tahun 1, murid yang yang masih Iqra 1 hingga 6 tidak perlu memasukkan
muka surat pada ruangan MUKA SURAT (AQ) dan kekalkan sebagai 0. Jika murid
telah membaca Al-QURAN, sila masukkan Muka Surat Semasa murid berkenaan pada
ruangan MUKA SURAT. Jika murid telah Khatam, memadai hanya tandakan pada
KHATAM sahaja.

ii. Untuk Tahun 2 hingga Tahun 6, murid yang yang masih Iqra 1 hingga 6 perlu
memasukkan muka surat pada ruangan MUKA SURAT (AQ) berdasarkan ayat dibaca
di dalam kelas berdasarkan Buku Rekod Bacaan Khatam murid dan MARKAH KUALITI
berdasarkan markah yang disediakan. Jika murid telah membaca Al-QURAN, sila
masukkan Muka Surat Semasa murid berkenaan pada ruangan MUKA SURAT(AQ).
Jika murid telah Khatam, memadai hanya tandakan pada KHATAM sahaja dan
MARKAH KUALITI berdasarkan markah yang disediakan..

Soalan: Perlukah saya mengisi data Khatam Al-Quran mengikut kaedah Baca Ikut Guru
(BIG)?

Jawapan: Ya, guru perlu mengisi laporan mengikut Baca Ikut Guru (BIG) bagi pelajar yang
tidak mencapai sukatan khatam Quran (pelajar lemah).

Soalan: Apakah kesan sekiranya laporan khatam al-Quran diisi tidak mengikut sukatan?

Jawapan: Sekiranya laporan khatam al-Quran tidak diisi mengikut sukatan yang telah
ditetapkan peningkatan prestasi pelajar tidak akan berlaku dan akan memberi kesan kepada
objektif program j-QAF secara keseluruhan.

Soalan: Dari manakah sumber soalan untuk mengisi markah pelaporan Jawi dan Bahasa
Arab?

Jawapan: Soalan PKSR untuk Jawi dan Bahasa Arab akan disediakan oleh pihak Bahagian
Pendidikan Islam KPM.

7 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

Soalan: Bolehkah saya menggunakan soalan yang disediakan oleh pihak sekolah, Majlis
Guru Besar atau Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan penilaian pengisian pencapaian
pelajar j-QAF?

Jawapan: Tidak boleh. Guru perlu mengikut soalan atau instrumen yang disediakan oleh
pihak BPI KPM untuk tujuan pengisian data pelaporan. Tetapi, tidaklah menjadi kesalahan
bagi pihak sekolah untuk melaksanakan penilaian dalaman pencapaian semasa murid.

Soalan: Adakah perbezaan mengisi data pencapaian Bahasa Arab antara Tahun Satu
hingga Empat dengan Tahun 5 dan 6?

Jawapan: Data Pencapaian Bahasa Arab untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 berdasarkan Ujian
PKSR akan dilaporkan dalam pelaporan. Untuk Tahun 5 dan 6 boleh digunakan sebagai
soalan Ujian Pertengahan Tahun serta dilaporkan dalam Sistem Dalam Talian SAPS.

Soalan: Adakah data pencapaian Bahasa Arab murid non-muslim perlu untuk diisi?

Jawapan: Ya, sekiranya murid non-muslim mengambil kelas dan ujian Bahasa Arab. Ia perlu
diisi dan direkodkan mengikut lajur yang telah disediakan dalam format pelaporan.

Soalan: Adakah saya perlu memahami instrumen dalam ujian PKSR Bahasa Arab yang
disediakan sebelum mengisi data pelaporan?

Jawapan: Ya. Guru Bahasa Arab perlu memahami konsep dan instrumen yang disediakan
dalam ujian PKSR sebelum mengisi data pelaporan.

Soalan: Bagaimana kaedah pengisian Model-Model Kem Bestari Solat?

Jawapan: Pengisian untuk Model-Model Kem Bestari Solat (Model Wudhuk, Model Solat
Perlakuan, Solat Bacaan, Hafazan dan Solat Tambahan) adalah dengan menanda (tick) salah
satu pilihan samada Menguasai (M) atau Belum Menguasai (BM).

Soalan: Adakah Model Solat Tambahan wajib diisi kepada semua Murid.?

Jawapan: Model Solat Tambahan hanya diisi kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Ia tidak
akan memberi kesan kepada analisis e-Pelaporan j-QAF sekolah secara keseluruhan.



8 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
Soalan: Adakah saya perlu mengisi semula data pencapaian murid untuk bulan Oktober?

Jawapan: Data daripada bulan Jun akan dibawa ke pelaporan seterusnya. Guru hanya perlu
menyemak berdasarkan pencapaian semasa setiap murid. Bagaimanapun murid yang belum
menguasai sesuatu perkara atau item data tersebut perlu ditanda kembali.

Soalan: Adakah data disimpan secara automatik?

Jawapan: Ya, perisian Microsoft Office Access akan menyimpan data yang dimasukkan secara
automatik.

Soalan: Adakah data akan hilang sekiranya semasa proses memasukkan data berlaku
masalah terputus sambungan elektrik?

Jawapan: Tidak, perisian Microsoft Office Access akan menyimpan data yang dimasukkan
secara automatik.

Soalan: Bolehkah saya memberhentikan pengisian data sebelum melengkapi
keseluruhannya kemudian menyambung kembali tugasan tersebut?

Jawapan: Boleh. Guru boleh menyambung semula pengisian data.

Kembali Ke Menu Utama

9 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
MENYEMAK RALAT

Soalan: Setelah saya mengisi semua laporan di dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu
Program j-QAF, apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan : Anda perlu memastikan data setiap kelas selesai diisi kemudian di eksport dan
dihantar kepada Penyelaras Data j-QAF untuk diimport gabung. Kemudian Penyelaras Data
j-QAF akan menghantar data mentah di eksport ke PPD masing-masing.

Soalan: Bagaimanakah cara untuk memastikan terdapat kesalahan dalam pengisian Sistem
e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF sebelum menghantar EPPD kepada PPD ?

Jawapan : Terdapat dua situasi penting untuk mengesan data yang tidak lengkap iaitu
berdasarkan:
i. Guru perlu menyemak data yang tidak lengkap melalui ANALISIS STATUS KEMASKINI
DATA yang terdapat pada paparan setiap Model. Sekiranya pada ruangan STATUS
DATA menunjukkan Tidak Lengkap, ia menunjukkan data tidak lengkap.

ii. Penyelaras Data j-QAF serta para pentadbir sekolah boleh mengesan data Tidak
Lengkap melalui Lampiran Pengesahan Data Pelaporan yang perlu disahkan oleh
pihak pentadbir sekolah masing-masing.

Tindakan :
(a) Penyelaras Data j-QAF perlu menyerahkan data kembali kepada guru pengisi data untuk
pembetulan.

Soalan: Sekiranya berlaku masalah atau kesalahan di dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu
Program j-QAF, apakah yang perlu saya lakukan?

Jawapan : Penyelaras Data j-QAF perlu memastikan kesalahan dan meminta guru yang
mengisi data untuk membetulkan kesalahan yang dikesan tadi. Guru perlu mengimport dan
eksport kembali kesalahan yang dibetulkan ke dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu
Program j-QAF.


Kembali Ke Menu Utama

10 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
PENGHANTARAN DATA

Soalan: Apakah yang perlu dihantar kepada PPD bersama data?

Jawapan: Data Eksport Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF bersama surat
pengesahan yang ditandatangani oleh guru besar atau pentadbir sekolah .

Soalan: Apakah kesan sekiranya saya menghantar laporan yang salah atau tidak lengkap
kepada PPD ?

Jawapan : Sekiranya laporan yang tidak lengkap atau salah dihantar ke PPD akan
menyebabkan pihak PPD tidak dapat dapat mengumpul data daerah tersebut dengan
sempurna. Laporan PPD kepada Jabatan Pelajaran Negeri tidak berfungsi dan gagal.
Kesilapan dari satu sekolah menyebabkan keseluruhan laporan JPN akan gagal (sila ambil
perhatian serius).

Soalan: Apakah kesan sekiranya saya tidak jujur di dalam mengisi data Sistem e-Pelaporan
Bersepadu Program j-QAF?

Jawapan: Semua guru perlu memahami faktor kejayaan program j-QAF adalah berdasarkan
data pencapaian yang dilaporkan dalam format pelaporan program j-QAF. Sekiranya berlaku
kesilapan atau ketidakseimbangan pelaporan disebabkan kecuaian guru dalam mengisi data,
ini akan memberi kesan kepada kayu ukur kejayaan program j-QAF yang dilaksanakan untuk
memperkasakan Pendidikan Islam.

Soalan: Perlukah saya menyimpan data bulan Jun sehingga mengisi data bulan Oktober?

Jawapan: Ya, perlu.

Soalan: Adakah saya perlu memastikan prestasi pencapaian murid sentiasa meningkat dari
laporan JUN ke OKTOBER , dan laporan dari tahun semasa ke tahun berikutnya?

Jawapan: Ya. Guru perlu memastikan prestasi pencapaian murid dalam program j-QAF
sentiasa meningkat dan cemerlang. Oleh itu, kesilapan mengisi data akan menjejaskan
pelaporan prestasi pencapaian murid. Guru perlu peka dalam mengisi pelaporan ini kerana ia
memberi kesan kepada prestasi laporan peringkat daerah dan negeri.

Kembali Ke Menu Utama


11 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
RUJUKAN

Soalan: Dimanakah sumber yang boleh kami rujuk untuk sebarang maklumat berkenaan
sistem?

Jawapan: Sila rujuk ke Laman Sesawang, http://jqafbpi.blogspot.com/

Soalan: Pihak manakah yang perlu dirujuk sekiranya terdapat sebarang masalah atau
kemusykilan?

Jawapan : Sebarang masalah atau kemusykilan boleh dirujuk kepada:-

i. Jurulatih Utama Daerah atau Negeri masing-masing;
ii. Manual Pengguna @ FAQ ini.
iii. Pembangun Sistem. Email: ejqafbpi@gmail.com.

Kembali Ke Menu Utama


12 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
SENARAI SEMAK AGIHAN TUGAS

* Tandakan ( ) pada kotak yang disediakan
Bil Perkara ( )
1. Melantik Penyelaras Data j-QAF
2. Memasang Sistem e-Pelaporan Program j-QAF
3. Penetapan Sistem Operasi (Setting Access 2007 Ke Atas)
4.
Mendapatkan Data SMM Daripada Guru Data Sekolah

5.
Masuk Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF

6.
Convert Data Asas Daripada SMM Ke Dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu
Program j-QAF

7.
Kemaskini Maklumat Asas Sekolah, Guru Serta Penetapan Bulan Kutipan

8.
Eksport Data Mengikut Agihan Kelas

9. Memberi taklimat kepada guru-guru penyelaras kelas
10.
Pengagihan Data Kelas Untuk Pengisian

11. Pengumpulan Data daripada guru penyelaras kelas
12.
Import Data Daripada Kelas Dan Buat Semakan

13.
Eksport Data Sekolah Dan Cetak Lampiran Pengesahan

14.
Membentang Laporan Kepada Guru Besar atau Pentadbir serta mendapatkan
Tandatangan Pengesahan

15.
Serah Data Dan Lampiran Pengesahan Kepada Jurulatih Utama PPD


Disediakan oleh Disahkan oleh

........................................ ........................................


13 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
CARTA ALIR
BAHAGIAN PENDIDIKAN
ISLAM KPM
JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI
PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH
SEKOLAH

14 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
KELAS
SEKOLAH
PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH
JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI
BAHAGIAN PENDIDIKAN
ISLAM KPM
DATA TIDAK
LENGKAP
DATA TIDAK
LENGKAP

15 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
MULA
PENETAPAN SISTEM OPERASI (SETTING ACCESS 2007 KE ATAS)
INSTALL SISTEM e- PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
MENDAPATKAN DATA SMM DARIPADA GURU DATA SEKOLAH
MASUK SISTEM e- PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
CONVERT DATA ASAS DARIPADA SMM KE DALAM SISTEM e- PELAPORAN
BERSEPADU PROGRAM j-QAF
KEMASKINI MAKLUMAT ASAS SEKOLAH, GURU SERTA PENETAPAN BULAN
KUTIPAN
EKSPORT DATA MENGIKUT AGIHAN KELAS
PENGAGIHAN DATA KELAS UNTUK PENGISIAN
PENGUMPULAN DATA
IMPORT DATA DARIPADA KELAS DAN BUAT SEMAKAN
EKSPORT DATA SEKOLAH DAN CETAK LAMPIRAN PENGESAHAN
MEMBENTANG LAPORAN KEPADA GB/PENTADBIR DAN MENDAPATKAN
TANDATANGAN PENGESAHAN
SERAH DATA DAN LAMPIRAN PENGESAHAN KEPADA JURULATIH UTAMA PPD
TAMAT

16 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
Kembali Ke Menu Utama
MULA
PENETAPAN SISTEM OPERASI (SETTING ACCESS 2007 KE ATAS)
INSTALL SISTEM e- PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
MENDAPATKAN DATA KELAS DARIPADA PENYELARAS DATA j-QAF
MASUK SISTEM e- PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF
IMPORT DATA KELAS KE DALAM SISTEM e- PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM
j-QAF
KEMASKINI MAKLUMAT DATA INDIVIDU MURID (STATUS MURID DAN PROGRAM
BAHASA)
ISI KESELURUHAN DATA j-QAF DENGAN LENGKAP
EKSPORT DATA KELAS KE DALAM FOLDER KELAS
SERAH DATA KELAS KEPADA PENYELARAS DATA SEKOLAH
TAMAT

You might also like