You are on page 1of 6

1 | P r o g r a m S u k a n U n t u k S e m u a 2 0 1 4

KERTAS CADANGAN
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 5
PROGRAM SUKAN UNTUK SEMUA





Tarikh : 06 September 2014
Hari : Sabtu
Masa : 09.00 pagi 3.00 petang
Tempat : Ampang Superbowl, Ampang Shopping Centre


1. Pengenalan

Dikenali juga sebagai sukan 'massa.Ianya bertujuan untuk mengekalkan tahap kesihatan semua
lapisan masyarakat. Di samping itu ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan semua anggota masyarakat.
Selain mengekalkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat ianya juga akan menggalakkan penyertaan
yang meluas dalam kalangan masyarakat. Aktikviti yang dijalankan bukan berunsur pertandingan pada
peringkat kebangsaan atau antarabangsa semata-mata. Ianya merupakan aktiviti-aktiviti rekreasi yang
berbentuk fizikal dan sukan spontan yang diuruskan untuk tujuan menggalakkan penyertaan meluas.

Oleh yang demikian, Latihan Dalam Perkhidmatan Ke-5 ini memilih untuk mengadakan aktiviti di luar
kawasan sekolah. Aktiviti ini adalah dibawah kelolaan Kelab Warga Sekolah Sesi 2014 dan ianya
adalah wajib kepada semua guru. Aktiviti ini dirancang bagi mengeratkan hubungan antara guru-guru .
Selain itu, dengan adanya aktiviti sebegini, guru-guru akan didedahkan dengan pengalaman yang
pastinya akan meningkatkan keyakinan diri dan penerapan nilai semangat berpasukan yang tinggi
kepada mereka. Program luar sebegini juga akan memberi pendedahan kepada guru-guru untuk
melepaskan tekanan secara ceria sekaligus memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada guru-
guru.

2. Objektif:

2.1 Memberi pendedahan kepada semua guru mengenai komponen pengelolaan sukan.

2.2 Meningkatkan koordinasi motor halus, motor kasar dan konsentrasi guru-guru.

2.3 Menyemai sikap semangat berpasukan dalam diri guru-guru.

2.4 Memupuk semangat berdaya saing antara guru-guru yang merupakan elemen penting dalam
dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Memupuk rasa tanggungjawab, penyayang, bertimbang rasa, motivasi, kerjasama dan
berwawasan dalam diri guru-guru.


3. Tarikh program

3.1 Tarikh : 06 September ( Sabtu )
3.2 Masa : 09.00 pagi hingga 2.00 petang

2 | P r o g r a m S u k a n U n t u k S e m u a 2 0 1 4



4. Tempat

5.1 AMPANG SUPERBOWL,
Lot 3.01, Tingkat 3,
Ampang Shopping Centre,
Jalan Memanda 3,
68000 Ampang, Selangor

5. Penyertaan

5.1 Penyertaan :

Penyertaan adalah WAJIB kepada semua guru SMK (L) Methodist Sentul, Jalan Sentul,
Kuala Lumpur.


Anggaran Perbelanjaan


Bayaran Permainan Bowling


40 orang (3 Permainan)
x 120 permainan x RM
5.50

RM 660.00

Kos Makanan & Minuman

40 orang x RM 5.00 RM 200.00

Hadiah ( Utama )
1. Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki
2. Jatuhan Pin Terbanyak Perempuan
3. Jatuhan Pin Terbanyak Kumpulan
a. Johan
b. Naib Johan
c. Ketiga

Hadiah ( Sampingan )
1. Turkey
2. Double Strike
3. Lucky Pin x 10
4. Pemain Paling Ceria x 3
5. Kumpulan Paling Meriah
6. Pemain Sasar Longkang x 2
7. Pemain Paling Bergaya x 2




6 hamper x RM 30.00







Air Botol x 48










RM 180.00







RM 100.00









Jumlah keseluruhan


RM 1140.00



3 | P r o g r a m S u k a n U n t u k S e m u a 2 0 1 4





AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA


Pengerusi : Pn Chew Cheah Yee Choo
Pengetua SMK (L) Methodist Sentul, Kuala Lumpur

Naib Pengerusi I : Pn Amalina@Julizawana Binti Abdul Razak
Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi II : En Mohd Lani Bin Sobi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi III : Pn Khoo Liang Pin
Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Pn. Chong Wai Lin
Guru Kanan Sains Dan Matematik

AJK :

Pn Jauriah Binti Mat
Guru Kanan Bahasa

Pn Suzaini Binti Abdul Majid
Guru Kanan Kemanusiaan

YM Tengku Norli Binti Tengku Ramli
Guru Kanan Vokasional dan Teknik

Pn. Rosliza Binti Saad
Pn Maria Binti Ab Lah
Guru Kaunselor

Pn. Ng Aik Huey
Setiausaha Ko-Kurikulum

En Choo Chee Seng
Pengerusi Kelab Warga Sekolah 2014












4 | P r o g r a m S u k a n U n t u k S e m u a 2 0 1 4




Jawatankuasa Kerja Program Sukan Untuk Semua

Penyelaras Program : En Ahmad Syahril Bin Ayob (K)
En Choo Chee Seng

Pendaftaran dan : En Ahmad Sami Bin Abdullah (K)
Sambutan Pn Roziana Bt Ngali
Pn Nazalina Binti Nawawi@Navi

Hadiah : Pn Puvaneswari A/P Apavoo@Sundram (K)
Pn Whoma A/P Balakrishnan
Pn Nurernie Zazalind Binti Mohamad Yusop

Makanan & Minuman : Cik Khairunisahasinah Bt Zulkifli (K)
Pn Tengku Norli Bt Tengku Ramli
Pn Rubiah Bt Jusoh

Tempahan / : En Mohd Asman Bin Md Daud (K)
Penyediaan Tempat Cik Siti Aisyah Bt Menan
Pn Rubihah Bt Wahab


Pengacara Majlis : Pn Noor Ashikin Bt Dahalan ( Perasmian )
Pn Intan Azira Bt Aziz ( Penutup )


Buku Program / : Pn Rosliza Binti Saad (K)
Dokumentasi / Pn Zulaikha Binti Khazali
Fotografi Pn Jayaletchumy A/P V.Ramalingam

Aturcara Program

09.00 pagi : Berkumpul di Ampang Superbowl, Ampang Shopping Centre
09.30 pagi : Ucapan Perasmian oleh :-
Pn Chew Cheah Yee Choo Pengetua SMK (L) Methodist Sentul, Kuala
Lumpur
09.45 pagi : Taklimat Sukan Untuk Semua
- En Ahmad Syahril Bin Ayob
10.45 pagi : Kudapan
11.15 pagi : Permainan Bowling Antara Kumpulan
1.00 tengahari : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
2.00 petang : Bersurai

Penutup

Harapan kami agar guru-guru dapat menikmati program yang dirancang dengan penuh berfaedah dan
memperolehi pengalaman yang bermakna di dalam kehidupan mereka.Semoga mereka akan terus ceria
dan dapat meningkatkan motivasi diri untuk kembali meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Keyakinan yang dibentuk melalui semangat berpasukan seperti inilah yang
akan membentuk satu keakraban dan kasih sayang sesama guru dan boleh dipanjangkan kepada
pelajar-pelajar di sekolah.
5 | P r o g r a m S u k a n U n t u k S e m u a 2 0 1 4









Disediakan oleh:


( En Ahmad Syahril Bin Ayob )
Penyelaras Program Sukan Untuk Semua 2014
Kelab Warga Sekolah,
SMK (L) Methodist Sentul,
Kuala Lumpur


Disemak oleh:

..
( Pn Chong Wai Lin )
Setiausaha,
Jawatankuasa Pengelola,
Latihan Dalam Perkhidmatan 2014
SMK (L) Methodist Sentul,
Kuala Lumpur


Disahkan oleh:


( Pn Chew Cheah Yee Choo )
Pengetua,
SMK (L) Methodist Sentul,
Kuala Lumpur


















6 | P r o g r a m S u k a n U n t u k S e m u a 2 0 1 4

You might also like