You are on page 1of 7

RUKUN - RUKUN SEMBAHYANG:-

1. Niat, iaitu tujuan yang dinyatakan dengan hati yang tulus.


2. Berdiri betul.
3. Takbiratul ihram.
4. Membaca Al-Fatihah.
5. Rukuk dengan cara membongkokkan badan, dan meletakkan kedua tangan
di atas lutut dengan posisi lurus dan tertib.
6. Berdiri kembali setelah rukuk, tegak lurus dan tertib.
7. Sujud: meletakkan dahi dan hidung ke lantai dengan kedua telapak tangan,
lutut dan hujung jari - jari kaki lurus dan tertib.
8. Duduk setelah sujud, tegak dan tertib.
9. Duduk tasyahud akhir(tahiyat akhir).
10. Membaca tasyahud akhir(tahiyat akhir).
11. Membaca selawat.
12. Mengucapkan salam: Assalamu'alaikum warahmatullah, sambil tetap duduk
setelah membaca tasyahud(tahiyat).
13. Tertib

TAKBIRATUL IHRAM

BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR

Melafazkan "Allahu Akhbar":-



Mengangkat takbiratul
ihram bagi perempuan



Mengangkat takbiratul
ihram sambil
melafazkan"Allahu Akbar"

Yang Bermaksud:-
Allah Maha Besar

BAGI PEREMPUAN



Angkat kedua-dua tangan ke
paras telinga selepas
melafazkan niat sembahyang
di dalam hati sambil itu
bertakbir sepertimana di
dalam gambarajah yang
ditunjukkan.




(DO'A IFTITAH)
TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT (PUSAT)






Bacaan di dalam bahasa rumi:-
Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau
waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw
wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi
rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-
banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada
yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan
bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya
pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya .
Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-
orang Muslim (Islam).


RUKUK
TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH




Bacaan dalam bahasa rumi:-
Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali mengulangi bacaan)

Maksudnya:-
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.



IK'TIDAL
IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)






Bacaan dalam bahasa rumi:-
Sami'allahu liman hamidah.

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya.





Bacaan dalam bahasa rumi:-
Rabbana lakalhamdu.

Maksudnya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.





SUJUD
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI
Bacaan bagi sujud


Bacaan di dalam bahasa rumi:-
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali mengulangi bacaan).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.



DUDUK ANTARA DUA SUJUD

DUDUK SEPERTI MELUTUT

Antara bacaan dan cara - cara duduk antara dua sujud:-



Bacaan dalam bahasa rumi:-
Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini
wa'afini wa'kfu 'anni.

Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku,
angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah
aku dan maafkanlah aku.




TAHIYAT AWAL
DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL

Bacaan tahiyat awal dan cara duduknya:-


Bacaan di dalam bahasa rumi:-
Attahiyatul mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah.
Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi
wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'ala ibadillahis salihin. Asy-
hadu alla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar
rasulullah. Allahumma salli 'ala Muhammad.
Maksudnya:-
Segala ucapan selamat yang berkat - berkat (berganda -
ganda) dan doa yang baik - baik semuanya untuk Allah.
Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan Rahmat Allah dan
keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga
hamba - hamba Allah yang baik - baik. Aku mengaku bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa
Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah
kesejahteraan atas Muhammad.


Cara duduk bagi lelaki dan
perempuan adalah sama seperti
gambarajah di atas


Cara mengangkat jari telunjuk:-







kedudukan jari dan tangan

Apabila bacan sampai
kepada"Asyhadualla ilaha
illallah" dan seterusnya,
hendaklah mengangkat jari
telunjuk sebelah kanan
TAHIYAT AKHIR
DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AKHIR


Bacaan tahiyat akhir dan cara duduknya:-



Bacaan di dalam bahasa rumi:-
Attahiyatul mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah.
Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh.
Assalamu'alaina wa'ala ibadillahis salihin. Asy-hadu alla ilaha
illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah. Allahumma
salli 'ala Muhammad. Wa'ala a-li Muhammad. Kama sollaita 'ala
Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala a-li
Muhammad. Kama barakta a'la Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim. Fil
'a-lamina innaka hamidummajid
Maksudnya:-
Segala ucapan selamat yang berkat - berkat (berganda - ganda)
dan doa yang baik - baik semuanya untuk Allah. Selamat
sejahtera atasmu wahai nabi dan Rahmat Allah dan
keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba
- hamba Allah yang baik - baik. Aku mengaku bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Muhammad
utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas
Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau
telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga
Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad.
Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.


Cara duduk bagi lelaki dan
perempuan adalah sama seperti
gambarajah di atas









DO'A QUNUT


Bacaan doa Qunut dan cara - caranya:-
Doa qunut di baca dalam rakaat akhir sembahyang Subuh di mana ia
dilakukan selepas rukuk dan sebelum sujud.


Bacaan dalam bahasa rumi:-
Allah humah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Maksudnya:
Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama
orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan
anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang
telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah
hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat
berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah
Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan
sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.

Cara - cara bagi lelaki dan perempuan semasa membaca doa qunut:-

bagi lelaki

mengangkat kedua - dua tangan seperti
gambarajah yang ditunjukkan

bagi perempuan

You might also like