You are on page 1of 2

LAPORAN SETIAUSAHA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA III

PROGRAM KHIDMAT BAKTI MASYARAKAT DENGAN KERJASAMA JKKK


KAMPUNG ALOR PISANG KUALA BESUT
Nama Program : Program Bina Insan Guru Fasa III (Khidmat Bakti
Masyarakat)

Tarikh : 31 Mac 2012

Tempat : Kampung Alor Pisang 22300 Kuala Besut, Besut,
Terengganu

Pensyarah Penasihat : 1. Encik Che Ku Mohd Rafee Bin Che Ku Ali


Perancangan Awal Program :-
1. Mesyuarat Pembentukan Ahli Jawatankuasa
Pembentukan Ahli Jawatankuasa Program bagi memulakan perancangan
dan perlaksanaan program diadakan pada 23 Februari 201.

2. Mesyuarat Perancangan Aktiviti
Mesyuarat perancangan aktiviti telah dilaksanakan beberapa kali bersama
semua guru pelatih yang terlibat bagi membincangkan tentang perkara-
perkara seperti berikut :-
I. Perancangan aktiviti
II. Kutipan daripada ahli

3. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk
Mesyuarat ini telah dilaksanakan beberapa kali bagi membincangkan
tindakan yang perlu di ambil bagi mengatasi beberapa masalah dan
perbincangan bersama sebelum mesyuarat bersama Pengerusi JKKK
Kampung Alor Pisang.

4. Mesyuarat Bersama Pengerusi JKKK Kampung Alor Pisang
Mesyuarat ini juga telah diadakan pada 13 Mac 2012 pukul 3.30 petang.
Mesyuarat diketuai oleh Encik Muhamad Sabri Bin Muhammad selaku
Pengerusi JKKK Kampung Alor Pisang. Antara agenda yang dibincangkan
ialah:-
I. Pembentangan kertas kerja Program Khidmat Masyarakat
II. Penyediaan tempat
III. Penyediaan makan dan minum
IV. Penglibatan masyarakat Kampung Alor Pisang
V. Aturcara perasmian dan penutup program

Peringkat Proses Perjalanan Program :-
I. Perjalanan program berjalan dengan lancar, mengikut tentatatif
program
II. Perlaksanaan program mendapat sambutan yang mengalakkan
daripada penduduk Kampung Alor Pisang.
III. Aktiviti yang dijalankan memberi pengalaman yang berguna, dan
sumbangan kemasyarakatan kepada penduduk Kampung Alor Pisang.
IV. Majlis perasmian penutup telah dilakukan oleh Yang Berhormat Dr. A.
Rahman Bin Mokhtar dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada
peserta yang terlibat dalam pertandingan mewarna.

Selepas Perlaksanaan Program :-
1. Mesyuarat Post-Mortem
Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 02 April 2012 di Bilik Kuliah
4 bagi mendengar laporan daripada setiap AJK yang terlibat. Mesyuarat
tersebut mengandungi komen, sumber saran, cadangan mengatasi
kelemahan semasa program dilaksanakan.

You might also like