You are on page 1of 6

KSSR

- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
-KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi
cabaran abad ke-21.
- KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum
persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
- KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR.
- KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik,
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia
Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa
Arab.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang:
Komunikasi
Manusia dan alam sekeliling
Perkembang diri Individu
Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang:
Komunikasi
Kerohanian, sikap dan nilai
Kemanusiaan,
Perkembangan fizikal dan estetika
Sains dan teknologi
Ketrampilan diri
Bahan kurikulum:
Sukataan pelajaran
Bahan Kurikulum:
Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum:
Linear
Reka bentuk kurikulum:
Modular
Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
Mata pelajaran Teras, Wajib dan
Tambahan

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaran Teras, Wajib dan
Tambahan
Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
Modul Teras Asas, Modul Teras tema
dan modul Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaraan Teras dan Elektif
Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta
teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara
explicit.
Fokus:
3M (Membaca, menulis dan mengira)
Fokus:
4M (Membaca, menulis dan menaakul)

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. "

KPM: VISI - "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI- "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara"

JPNJ: VISI - "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"
MISI - "Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"

PPPM (2013-2025)
- Pelan telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri (yg juga Menteri Pendidikan Malaysia) pada 6 September
2013.
- Komitmen kerajaan melengkapkan murid dengan kemahiran baru bagi merebut peluang dan menangani cabaran
abad ke-21 bukan calang-calang usaha, sebaliknya diteraskan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.











WAWASAN 2020
- Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu,
yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya
menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-
bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga
melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian,
maruah bangsa, serta juga keyakinan.

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi
sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama
sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara.
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan
sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah.
Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua
potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3, Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk
demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh
kepada beberapa banyak negara membangun.
4, Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai
agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
5, Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan
adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada
satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan
berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun
sains dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat
lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di
sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan
pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat
dalam perkembangan ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

LINUS
1. Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua
murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun
2011.
2. LITERASI - Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
3. NUMERASI- Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah
serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Mengapa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan?

1. Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan.
2. memastikan kesinambungan sistem pendidikan negara yang lebih berkualiti dan dinamik.
3. menandingi standard pendidikan antarabangsa dalam tempoh berbaki tujuh tahun ke arah mencapai Wawasan
2020, menjadikan Malaysia negara maju.
4. memudahkan pentadbiran membabitkan bidang pendidikan negara.melalui penggabungan itu, kerajaan mampu
menjimatkan kos operasi dan memaksimumkan penggunaan sumber tenaga manusia dengan lebih efektif.

SPPBS

1. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi
dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
2. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
3. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4.Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.


NAMA-NAMA PEMIMPIN

1. Yang Dipertuan Agong ke-14: Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam
Shah Ibni Al-Marhum
2. Perdana Menteri: YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak
3. Timbalan Menteri & Pelajaran: YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Bin Mohd Yassin
4. Sultan Johor: Sultan Ibrahim Ismail (ke-25)
5. Menteri Pelajaran 1: YB. Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Timbalan Menteri Pelajaran: Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching
6. Pengarah Pelajaran JPNJ: (kosong), HAJI MOHD NOR BIN A. GHANI, Timbalan: Md Hasidin B Hi Zaini
7. Pengarah Pelajaran PPD Muar: Tn Hj Ahmad Bin Othman
8. Penyelia SJKC JPNJ: Teh Keng Hua Penyelia SJKC PPD: Teo Bin Chow


NKRA
1. Nama: Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS)
2. Diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan
pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10.
3. 6 bidang tumpuan NKRA ialah :

i. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Zaid Hamidi (Menteri Dalam Negeri)
ii. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
iii. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri
Pelajaran)
iv. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
v. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
vi. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Dato' Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan)

4. NKRA dalam Pendidikan:
1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir
tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah
pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas
literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi


3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan
sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua
bidang
3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan
dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia









1M1S
1. Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?
Jawapan :
i. Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
ii. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

2. Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan?
Jawapan :
i. Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam
sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
ii. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan
di sekolah; dan
iii. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

3. Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini?
Jawapan :
i. Meningkatkan kecergasan jasmani;
ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;
iii. Memupuk perpaduan di antara kaum;
iv. Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
v. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;
vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

MBMMBI
1. Apakah itu Dasar MBMMBI?
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

2. Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik
di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.
Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.

3. Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?
Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p
sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu
p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta
mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.

4. Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?
Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga
mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang
lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru
untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini
bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan,
sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan
terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik
dalam bahasa Malaysia.









GST
1. Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan
dengan GST.

2. Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

3. Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali
ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.
Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

4. Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

5. Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja,
Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

6. Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.

7. Apa yang dikenakan GST ?
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

8. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
- Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.
- Dalam ucapan Najib, beliau mengatakan bahawa barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung,
minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)
- Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:
I. Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
II. Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
III. Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
IV. Jual beli dan sewa rumah kediaman
V. Perkhidmatan kewangan terpilih

You might also like