You are on page 1of 5

BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)

BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)


Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik
pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa GURU . Pelajar perlu belajar cara belajar
supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran
sama ada di dalam kelas atau luar kelas dan seterusnya berusaha untuk mencari jalan
untuk mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada untuk
memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran.
Penguasaan kemahiran BCB amat penting bagi pelajar lantaran masa pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah amat terhad. Hal ini menyebabkan ilmu
pengetahuan YANG diterima oleh pelajar juga terhad. Oleh itu, pelajar harus belajar cara
untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan penguasaan mereka dalam
mempelajari sesuatu. Dalam erti kata lain, BCB akan membantu pelajar supaya mampu dan
berupaya untuk belajar sendiri tanpa guru.Dengan menguasai kemahiran BCB, pelajar juga
mampu menilai tahap pembelajarannya sendiri dan seterusnya membuat sesuatu untuk
meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.
Kemahiran belajar meliputi keseluruhan kemahiran yang biasanya cuba diterapkan oleh
guru Bahasa Melayu ( sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah)
dalam P&P mereka (terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu) iaitu meliputi
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan
mencatat NOTA dan kemahiran menghafal
1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara
yang didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis
dan kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam perbualan
harian atau situasi FORMAL . Kemahiran mendengar dan bertutur sememangnya saling
berkaitan.
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran utama YANG perlu dikuasai
oleh pelajar. Malangnya, pelajar sering mengabaikan penguasaan kemahiran ini kerana
menganggap kemahiran mendengar kurang relevan dalam meningkatkan penguasaan
dalam pelajar. Begitu juga pelajar kurang melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan
di dalam atau di luar bilik darjah. Sangkaan tersebut ternyata meleset.
Sebenarnya, mendengar dan bertutur merupakan elemen penting dalam proses komunikasi
yang berkesan antara manusia. Dalam komunikasi yang efektif, pelajar perlu menjadi
pendengar yang baik. Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan memberi perhatian
terhadap perkara yang disampaikan. Selepas itu, pelajar juga harus mampu mengeluarkan
pendapat atau pandangan terhadap sesuatu ISI pelajaran yang dipelajari
Tujuan kita mendengar sesuatu adalah untuk mendapat maklumat, fakta atau pengetahuan
daripada perkara yang didengar. Tidak KIRA siapapun penyampainya, yang pentingnya
ialah orang tersebut mampu memberikan maklumat, memberi penjelasan tentang sesuatu
yang bermakna kepada kita supaya kita lebih memahami hal terebut..
Begitu juga halnya dalam P&P di bilik darjah. Pelajar perlu memberikan perhatian yang
sepenuhnya terhadap perkara yang disampaikan oleh GURU . Caranya, pelajar perlu
mendengar dan memandang ke arah guru serta memberi fokus terhadap perkara yang
diajarkan oleh guru. Amat perlu untuk pelajar mendengar penjelasan guru tentang sesuatu
perkara yang dipelajari supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran.
Sekiranya ditanya oleh guru, pelajar harus berkemampuan untuk memberi jawapan. Begitu
juga halnya ketika pelajar tidak jelas atau memahami sesuatu isi pelajaran. Dalam hal ini
pelajar berupaya mengaju soalan kepada guru atau rakan-rakan bagi memperoleh
maklumat yang dikehendaki.
2. Kemahiran Membaca
Pelajar perlu menguasai kemahiran membaca untuk memperoleh infomasi , ilmu
pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara. Membaca juga merupakan satu
bentuk komunikasi iaitu komunikasi ANTARA pembaca dan penulis.
Terdapat 4 tahap kemahiran membaca iaitu:
a. Skimming
Skimming merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapat gambaran
keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan . Misalnya, apabila kita
membaca surat khabar, tentunya kita tidak akan membaca perkataan DEMI perkataan,
sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat dalam surat
khabar tersebut.
Skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih cepat daripada pembacaan NORMAL . Kebanyakan
orang melakukan pembacaan secara skimming apabila mereka mempunyai banyak bahan
yang perlu dibaca dalam masa yang terhad. Kemahiran skimming wajar dikuasai pelajar
supaya pelajar dapat menjimatkan masa ketika mencari maklumat atau informasi tertentu
melalui pembacaan artikel di internet atau bacaan buku rujukan. Skimming amat berguna
kepada pelajar terutamanya ketika pelajar ingin mencari informasi melalui internet. Pelajar
perlu membuat pembacaan secara skimming untuk melihat sama ada sesuatu bahan
tersebut memenuhi keperluan pelajar atau berkaitan dnegan maklumat yang ingin diperoleh
oleh pelajar.

Ada terdapat beberapa strategi YANG boleh dilakukan ketika skimming. Pelajar boleh
membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah atau carta. Pelajar boleh membaca
perenggan pendahuluan dan penutup seuatu teks. Selain itu, baca juga hanya ayat pertama
setiap perenggan. Biasanya ayat pertama ini memberi idea utama yang ingin disampaikan
oleh penulis.
Cara bacaan ini adalah lebih sesuai sekiranya pelajar ingin mencari maklumat tertentu
bukannya untuk pemahaman teks. Paling sesuai sekiranya pelajar ingin mengetahui tentang
sesuatu tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat yang spesifik seperti DATA atau
fakta ringkas. Malah skimming boleh digunakan untuk melihat graf, jadual atau carta.

b. SCANNING

SCANNING atau imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi yang
lebih terperinci daripada bacaan skimming. Biasanya, melalui kemahiran membaca secara
scanning pelajar mampu mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul dalam
sesuatu topik pelajaran. Dalam erti kata lain, dalam kebanyakan situasi, pelajar tahu
perkara yang ingin dicari. Lantaran itu, fokus pembacaan ialah mencari kata-kata kunci
yang tertentu dalam mencari jawapan tersebut. Membaca secara imbasan melibatkan
tindakan menggerakkan anak mata dengan cepat untuk mencari perkataan khusus atau
frasa-frasa tertentu.

Sebenarnya, pembacaan secara SCANNING atau imbasan ini merupakan satu kaedah
cepat untuk mendapatkan fakta tertentu dalam buku teks atau buku rujukan. Scanning juga
merupakan satu langkah awal bacaan kerana melalui cara ini, pelajar boleh mengetahui
istilah-istilah baru dan seterusnya mencari maknanya dalam kamus atau glossari dan
menjimatkan masa ketika membuat pembacaan sebenar atau bacaan berat untuk
pemahaman.

Menguasai kemahiran membaca secara scanning melibatkan masaYANG tidak lebih
daripada beberapa minit. Hal ini membantu pelajar menjimatkan masa dan dalam masa
yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan. Hanya selepas
itu, pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan tahap kepentingan sesuatu istilah,
konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupun buku rujukan yang memerlukan
perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kaji atau membaca untuk belajar

c. Baca Laju

Kemahiran bacaan laju merupakan kemahiran membaca secara cepat tetapi dalam masa
yang sama memahami bahan yang dibaca. Dalam bacaan laju, tumpuan utama kepda idea
utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan bacaan. Penguasaan kemahiran bacaan laju
banyak membantu pelajar menggunakan masa yang terhad secara OPTIMUM . Hal ini
disebabkan oleh pemerolehan maklumat atau fakta yang diperlukan oleh pelajar dapat
dilakukan dalam masa yang singkat dan dengan kadar yang cepat.

d. Bacaan berat atau bacaan intensif

Bacaan berat atau bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan
informasi secara terperinci. Bacaan intensif memerlukan fokus yang mendalam dan
penelitian terhadap bahan atau teks yang dibaca. Dalam menguasai kemahiran membaca
intensif ini , pelajar perlu memiliki ketekunan dalam pembacaan yang tinggi. Pelajar juga
perlu memperuntukan masa yang panjang untuk melakukan bacaan berat kerana bacaan
berat melibatkan masa yang lebih lama supaya pelajar boleh mendapat maklumat dan
memahami teks atau bahan bacaan secara jitu dan mantap.

3. Kemahiran Menulis dan Mencatat NOTA

BCB tidak sahaja memerlukan pelajar itu menguasai kemahiran bertutur, mendengar dan
membaca tetapi YANG lebih penting ialah menguasai kemahiran menulis terutama
kemahiran menulis nota dan menulis cepat.

Kemahiran mencatat nota melibatkan aktiviti merekodkan DATA , maklumat, informasi,
fakta atau isi-isi penting daripada sesuatu bahan sama ada bahan yang dibaca, didengar
atau dilihat. Cataran nota akan membantu pelajar untuk lebih memahami isi pelajaran.
Selain itu, nota tersebut berguna sebagai bahan rujukan dalam mengulang kaji pelajaran
pada masa-masa mendatang.

Kemahiran menulis cepat ialah kemahiran menulis dengan kadar yang laju dan cepat dalam
tempoh masa yang terhad. Walau bagaimnapun, tulisannya mestilah boleh dibaca dan
difahami. Penguasaan kemahiran menulis cepat akan membantu pelajar menulis sebanyak
mungkin maklumat dalam jangka masa yang terhad dan hal ini membantu peljar
menjimatkan masa. Selain itu, seseorang yang menguasai kemahiran ini akan mampu
memberikan jawapan yang mengandungi banyak ISI ketika menjawab soalan peperiksaan.

4. Kemahiran Mengingat atau Menghafal

Mengingat dan menghafal merupakan satu bentuk kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pelajar jika ingin berjaya dalam pelajaran. Kemahiran mengingat atau menghafal
merupakan kemahiran mengingati semula isi-isi pelajaran dan fakta-fakta yang telah
dipelajari sebelum ini.
Faktor penting yang membantu proses mengingat atau menghafal ialah kefahaman tentang
sesuatu bahan yang dibaca dan dipelajari. Kemahiran mengingat atau menghafal banyak
dibantu oleh deria pendengaran dan penglihatan yang baik. Dalam hal ini, maklumat atau
informasi diterima daripada deria dan disimpan dalam otak. Kemahiran mengingat dan
menghafal membantu informasi yang diterima disimpan dalam ingatan kekal dan mampu
digunakan semula pada masa yang diperlukan.

5. Kemahiran Mengumpul Maklumat

Kemahiran maklumat merupakan satu aspek kemahiran BCB YANG paling utama. Dalam
hal ini, pelajar bukan sahaja mampu mengenal pasti maklumat yang perlu dicari, tetapi
juga mampu mengumpul, mengurus dan mengolah maklumat supaya maklumat tersebut
dapat digunakan bagi memenuhi keperluan dalam pembelajaran.

Kemahiran ini perlu dikuasai pelajar supaya pelajar mampu memperoleh maklumat
tambahan dalam pelajaran. Hal ini disebabkan pelajar tidak boleh semata-mata bergantung
kepada maklumat yang diberikan oleh GURU -guru. Apabila pelajar menguasai kemahiran
maklumat, bermakna pelajar berupaya mengenal pasti sumber pembelajaran, kaedah atau
teknik mendapatkan maklumat sama ada melalui rujukan buku, rujukan kamus atau
rujukan melalui sumber internet.

Tuntasnya, dengan menguasai kemahiran cara belajar sama ada dengan atau tanpa
kehadiran guru, pelajar dapat memaksimumkan usaha dan mengoptimumkan pemerolehan
ilmu pengetahuan . Dalam masa yang sama, penguasaan kemahiran cara belajar mampu
membantu pelajar menggunakan masa secara berkesan. Bukan sahaja pelajar dapat
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran pelajar sendiri serta
cuba untuk mengatasinya namun yang lebih penting pelajar mampu membuat
pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran
sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.

You might also like