You are on page 1of 100

SUKANEKA

SUKAN RAKYAT
1. Congkak
2. Batu Seremban
3. Pukul Berapa
Datuk
Harimau?
4. Ketingting
5. Dam Melayu
6. Cari Cucu
7. Jan-jan Jala Itik
8. Lompat Tali
9. Musang
Menangkap
Ayam
10.Gasing
11.Kompang
CINA
1. Chinese Yo-yo
2. Guli
3. Dam Cina
4. Tarian Singa
5. Tarian Naga
6. Dram 24
Musim
INDIA
1. Adu Puli Attam
(Harimau dan
Kambing)
2. Gundu Vilayattu
(Permainan Guli)
3. Kiri Bari
(Galah Panjang)
4. Thayam (Permainan
Petak)
LAIN-LAIN BANGSA
Permainan tradisional masyarakat Sabah, Sarawak dan Labuan
Kumpulan sasaran
Semua murid sekolah rendah dan
menengah berbilang kaum.
Syarat Permainan:
Satu pasukan 12 peserta (tiga kaum -4:4:4)
Satu perlawanan memerlukan 2 orang.
Satu perlawanan 3 pusingan
Papan congkak di tengah-tengah pemain
Buah diisikan tujuh biji pada setiap lubang
Pemain duduk secara berhadapan
Lubang besar (kiri & kanan) Rumah Ibu
Cara Bermain
Pusingan 1:
1. Permainan dijalankan serentak oleh kedua- dua pemain
(arah kanan ke kiri).
2. Setiap pemain hendaklah memasukkan buah ke dalam
lubang satu demi satu, termasuk Rumah Ibusendiri. Jika
buah termasuk Rumah Ibu pihak lawan tidak boleh ambil
kira.
3. Jika buah terakhir masuk ke Rumah
Ibu sendiri, permainan diteruskan
seperti biasa.
4. Jika buah terakhir mati di lubang
sendiri, pemain boleh mengambil
semua buah yang ada di lubang
yang bertentangan (di baris lawan).
5. Pihak lawan akan meneruskan
permainan.
6. Permainan diteruskan sehingga
buahnya tinggal satu.
7. Kedua-dua pihak akan berjalan
dengan menapakkan buah satu
persatu sehingga buah habis masuk
ke Rumah Ibu.
8. Pihak yang terakhir menapakkan buah
dikira menang.
Pusingan kedua
Pemenang pusingan pertama akan
memulakan perlawanan.
Semua pemain mesti memasukkan buah
yang dikumpulkan pada pusingan pertama
ke dalam lubang masing-masing.
Buah yang lebih dimasukkan ke Rumah
Ibu.
Pemain yang kalah pada pusingan
pertama akan ada lubang yang
kosong di bahagiannya.
Lubang kosong ini dianggap terbakar
dan tidak boleh digunakan dalam
pusingan tersebut.
Buah tidak boleh dimasukkan ke dalam
lubang terbakar. Jika masuk, buah itu
dikira kepunyaan pihak lawan.
Pusingan ketiga
Pemenang pusingan kedua akan
memulakan pusingan ini.
Buah diisi ke dalamlubang Rumah
Anak .
Cara permainan sama seperti
pusingan kedua.
JIKA 10 TAHUN DULU
CHINESE
YO - YO
Peralatan Chinese Yo-yo
Chinese Yo-yo (Chinese Diabolo)
Kumpulan Sasaran
- Semua murid sekolah rendah dan menengah
pelbagai kaum.
Syarat Permainan
1. Satu pasukan terdiri daripada 15 orang peserta.
2. Setiap pasukan menyediakan:
- peralatan Chinese Yo-yo
- pakaian
- muzik iringan
3. Setiap pasukan diberi masa 10 minit untuk
mempersembahkan aksi pasukan masing-masing.
4. Pertandingan dinilai berdasarkan gaya dan kreativiti,
pakaian, keseragaman dan kerjasama kumpulan.
5. Pasukan yang memperoleh markah tertinggi dianggap
pemenang permaina tersebut.
PERMAI NAN
TRADI SI ONAL
(Permainan Harimau dan Kambing)
SYARAT PERMAINAN:
Satu permainan terdiri daripada 2
orang peserta yang berperanan
sebagai kambing dan sebagai
harimau
Permainan akan ditamatkan jika
harimau disekat atau semua kambing
dimakan harimau
Harimau
CARA BERMAIN:
Permainan boleh dimulakan
dengan melambung duit syiling.
Pemenang menjadi kambing dan
memulakan permainan.
Pemain yang menjadi harimau akan
meletakkan tiga tanda bulatan di
atas papan untuk mewakili
harimau bagi memulakan
permainan.
Pemain yang menjadi kambing akan mengambil
lima belas tanda bagi
mewakili kambing.
Pemain yang mewakili kambing akan meletakkan
tanda di atas mana-mana tempat kosong pada
papan apabila tiba gilirannya sehingga 15 tanda
mengikut kesesuaian untuk mengepung harimau.
Kambing boleh bergerak ke tanda yang
lain untuk mengepung harimau sehingga salah satu
pihak dapat dikalahkan.
Selepas meletakkan semua tanda, permainan itu
masih boleh diteruskan dengan menghalang
harimau.
Harimau boleh bergerak dari satu tanda
ke satu tanda yang lain (ke hadapan
ke belakang ke tepi).
Jika harimau berada di tepi kambing, harimau boleh
membunuh/makan
kambing untuk pergi ke tanda kosong
(di sebelah kambing) seperti permainan
dam.
Kambing yang dibunuh dikeluarkan daripada papan
permainan.
Jika dua atau lebih tanda, kambing tersebut akan
diletakkan dalam satu
baris yang sama di kelilingnya, maka pergerakan
harimau itu akan dapat
disekat atau dikepung.
TARIANNAGA
TARIAN
SINGA
DRUM 24 MUSIM
KETINTING
KEPELBAGAIAN
PETAK KETINTING
BATU SEREMBAN
BATU SEREMBAN
DAM AJI
DAM AJI
1. Sepak Raga
Bulatan
2. Lari dalam Guni
3. Kabadi
(Tahan Nafas)
4. Zhu Gan Wu
(Tarian antara
Dua Batang
Galah)
5. Terompah Gergasi
6. Jalan Atas Batu
Bata
7. Tarik Upih
8. Merebut Kerusi
(Musical Chair)
9. Pecah Belon
10. Jalan Atas
Tempurung
11. Tiup Belon
12. Isi Air dalam
Botol
13.Pancing Ikan
dalam Botol
14.Tiup Tepung
Cari Benda
15.Menyepit Kacang
dengan Penyepit
(Chopsticks)
16. Uri Adithal
(Pecahkan
Periuk)
17.Valukku Maram
Eruthal
(Panjat Tiang
Licin)
18.Ti Jian Zi (Sepak
Bulu Ayam)
18.Permainan Robot
(Robotic Game)
20.Futsal
Kumpulan Sasaran
Semua murid sekolah rendah dan
menengah berbilang kaum.
Cara Bermain
1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang
peserta.
2. Peserta perlu berlari dalam guni sejauh
20 meter dan berpatah balik ke tempat
permulaan.
Syarat Permainan
Satu pasukan terdiri daripada 12 orang:
- 7 pemain utama & 5 pemain simpanan
- pemain terdiri daripada 3 kaum(4:4:4)
Masa permainan 20 minit:
- pusingan pertama : 10 minit
- waktu rehat : 5 minit
- pusingan kedua : 10 minit
Setiap pasukan berhak keluar gelanggang (time
out) sebanyak 2 kali
Pasukan boleh membuat penggantian pemain
semasa time out sahaja
Permainan dikendalikan oleh :
- seorang pengadil (referi)
- 2 orang penjaga garisan
- seorang pencatat (scorer)
- 2 orang pembantu pencatat (assistant
scorer)
Giliran permulaan perlawanan ditentukan
melalui lambungan duit syiling.
Pemenang boleh menentukan pilihan
sama ada untuk menyerang (raid) atau
pertahanan (court).
Pemain pertahanan (court) mesti berdiri di
belakang garisan bonus gelanggang
sebelum penyerang (raider) masuk ke
dalam kawasan gelanggang.
CARA BERMAIN
Permainan akan bermula dengan penyerang
(raider) masuk ke petak gelanggang lawan
dengan laungan kabadi.kabadi!
- dengan satu nafas (one breath)
Sekiranya penyerang mengambil nafas semasa
berada di gelanggang lawan dianggap
melanggar peraturan permainan. Penyerang itu
akan dikeluarkan.
Pemain pertahanan akan cuba menghalang
penyerang dari kembali ke gelanggangnya.
Penyerang harus melintasi sepenuhnya
garisan kedua pihak lawan untuk
mengekalkan dia berada di gelanggang dan
meneruskan permainan.
Sekiranya penyerang melintasi garisan
bonus akan memperoleh satu mata bonus.
Penyerang yang masuk ke gelanggang lawan,
perlu menyentuh seberapa banyak pemain
pasukan lawan.
J ika penyerang kembali ke gelanggangnya
tanpa sebarang pelanggaran peraturan,
penyerang akan memperoleh mata untuk
bilangan pemain yang telah disentuh (put out).
Sekiranya penyerang ditahan (ditangkap) oleh
pihak lawan, pasukan yang bertahan akan
memperoleh satu mata.
Pemain yang telah keluar boleh kembali ke
gelanggangnya semula apabila pasukannya dapat
mengeluarkan pihak lawan
- cth: J ika 2 pemain pihak lawan keluar
2 pemain boleh masuk
Pemain yang akan masuk mestilah masuk mengikut
urutan giliran mereka keluar
- cth: pemain yang keluar gelanggang
dahulu akan masuk gelanggang terlebih
dahulu
Pasukan yang mengutip markah yang tertinggi
dianggap sebagai pemenang.
Garisan tengah
Garisan bonus
Garisan kedua
8 meter
12.5
meter
Pemain pasukan
pertahanan
Pemain pasukan
penyerang
BACK
Kumpulan Sasaran
Semua murid sekolah rendah
dan menengah berbilang
kaum.
Syarat Permainan
1. Satu pasukan terdiri daripada 9 orang
peserta berbilang kaum dengan nisbah
3:3:3.
2. Dicadangkan 6 pasukan mengambil
bahagian dalam permainan ini.
3. Sebelum permainan dimulakan,
ditempatkan seorang pemegang galah di
kiri dan seorang lagi di kanan untuk
membolehkan peserta lain
mempersembahkan aksi.
4. Permainan dimulakan dengan peserta pertama
melompat masuk antara dua batang galah,
kemudian kedua-dua orang pemegang galah
akan melaga-lagakan galah dengan rentak yang
sama.
5. Lompatan keluar masuk diteruskan sehingga
peserta menyentuh salah satu batang galah
atau kakinya disepit oleh galah, maka tamatlah
gilirannya lalu digantikan dengan ahli pasukan
yang lain.
6. Masa dicatatkan sebaik-baik sahaja
kesembilan-sembilan orang peserta
habis gilirannya.
7. Pasukan yang mendapat catatan
masa yang panjang sekali dianggap
pemenang.
8. Peserta-peserta digalakkan menyelit
aksi gaya tarian, ayunan tangan dan
sebagainya semasa membuat
lompatan.
BACK
PANCING KETUPAT
PANCING KETUPAT
Definisi/Pengenalan Permainan sukaneka yang
hampir sama dengan pancing ikan/botol.
Permainan ini boleh dijadikan aktiviti semasa
RIMUP - perayaan hari raya.
Syarat permainan
1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta dan
boleh melibatkan sehingga 6 pasukan.
2. Terdiri daripada peserta yang pelbagai kaum dengan
nisbah 4:3:3.
3. Peralatan yang disediakan adalah pancing yang boleh
diperbuat daripada kayu, benang, penyangkut besi dan
ketupat riben/daun kelapa.
4. Permainan dimulakan dengan peserta berlari ke arah
tempat memancing dan cuba memancing ketupat
sehingga berjaya.
5. Setelah berjaya, peserta akan menyerahkan pancing
kepada peserta yang kedua dan aktiviti ini berulang
sehingga semua peserta selesai mengambil bahagian.
6. Pasukan yang mendapat jumlah ketupat yang paling
banyak dalam jangkamasa yang telah ditetapkan dikira
sebagai pemenang.
SEPAK RAGA
TEROMPAH GERGASI
PECAH BELON
MUSICAL CHAIR
MENCARI HARTA KARUN
Definisi : Permainan mencari harta karun
adalah permainan yang dimainkan oleh
satu kelompok peserta yang besar.
Peserta dalam permainan ini dikehendaki
mencari benda-benda atau jawapan atau
mencantumkan gambar/peta/bendera/
perkataan yang tersembunyi berdasarkan
soalan berbentuk pembayang (klu) yang
diberi kepada setiap kumpulan.
Mencari Benda
Tersembunyi
Mencantum
Gambar/Peta/
Bendera/Perkataan
Penyelesaian
Tugasan
Cai Deng Mi
(Teka-teki)
Mencari Harta Karun 1
Mencari benda yang tersembunyi
Objektif :
1. Peserta dapat menyelesaikan tugasan/arahan melalui
perbincangan kumpulan.
2. Peserta dapat membaca dan mentafsir soalan yang
berbentuk pembayang yang diberi dengan tepat untuk
menyelesaikan tugasan/arahan.
3. Peserta dapat memupuk semangat muhibah dan
perpaduan kaum, kerjasama dan hormat menghormati
sepanjang aktiviti dijalankan.
Kumpulan sasaran : Semua murid sekolah rendah dan
menengah berbilang kaum.
Syarat permainan :
1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan terdiri daripada 12 orang peserta
daripada 3 kaum dengan nisbah 4:4:4.
2. Guru memberikan taklimat tentang peraturan
permainan dan mengedarkan kad arahan kepada
ketua kumpulan.
3. Kumpulan peserta akan membaca dan mentafsir kad
arahan yang diberikan secara serentak untuk mencari
benda-benda yang tersembunyi.
4. Kumpulan pertama yang dapat mencari
semua/lebih sekali benda-benda yang
tersembunyi akan dianggap sebagai
pemenang.
5. Sekiranya ada kumpulan yang berjaya
mendapatkan benda-benda tersembunyi
dengan catatan masa yang sama, maka
pemenang akan ditentukan oleh budi bicara
hakim. Contohnya melambung duit syling atau
kedua-dua kumpulan tersebut dianggap
sebagai pemenang bersama.
Mencari Harta Karun 2
Mencantumkan
gambar/peta/bendera/perkataan
Objektif :
1. Peserta dapat mencantumkan gambar/peta/
bendera/perkataan yang telah dipotong dengan betul.
2. Peserta dapat membaca dan mentafsir soalan yang
berbentuk pembayang dengan tepat untuk
menyelesaikan masalah/arahan permainan.
3. Peserta dapat memupuk semangat muhibah dan
perpaduan kaum, kerjasama dan hormat menghormati
sepanjang aktiviti dijalankan.
Kumpulan sasaran : Semua murid sekolah rendah dan
menengah berbilang kaum.
Syarat permainan :
1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan terdiri daripada 12 orang peserta
daripada 3 kaum dengan nisbah 4:4:4.
2. Guru memberikan taklimat tentang peraturan
permainan dan mengedarkan kad arahan kepada
ketua kumpulan.
3. Peserta-peserta membaca dan mentafsir klu dalam
kad arahan yang diberi. Seterusnya peserta-peserta
akan bergerak untuk mencari keratan gambar/peta/
bendera/perkataan untuk dicantumkan.
4. Kumpulan pertama yang dapat mencantumkan
gambar/peta/bendera/perkataan yang
tersembunyi akan dianggap sebagai
pemenang.
5. Sekiranya ada kumpulan yang berjaya
mencantumkan kesemua keratan
gambar/peta/bendera/perkataan dengan
catatan masa yang sama, maka pemenang
akan ditentukan oleh budi bicara hakim.
Contohnya dengan cara melambung duit
syling atau melihat kekemasan benda yang
dicantum atau kedua-dua kumpulan tersebut
dianggap sebagai pemenang bersama.
KEMBALI
Mencari Harta Karun 3
Penyelesaian Tugasan
Objektif :
1. Peserta dapat membaca dan mentafsir
kandungan kad arahan untuk menylesaikan
tugasan dengan tepat.
2. Peserta dapat melakukan tugasan dengan
baik dan menepati kehendak soalan/arahan.
3. Peserta dapat memupuk semangat muhibah
dan perpaduan kaum, kerjasama dan hormat
menghormati sepanjang aktiviti dijalankan.
Kumpulan sasaran : Semua murid sekolah rendah dan
menengah berbilang kaum.
Syarat permainan :
1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan terdiri daripada 12 orang peserta
daripada 3 kaum dengan nisbah 4:4:4.
2. Guru memberikan taklimat tentang peraturan
permainan dan mengedarkan kad arahan kepada
ketua kumpulan.
3. Peserta-peserta membaca dan mentafsir kad arahan
yang diberi secara serentak untuk menyelesaikan
tugasan yang diberikan. Contohnya :
Tahniah! Seterusnya kumpulan anda dikehendaki
menyanyikan lagu Negaraku dengan nada dan intonasi yang
betul di hadapan cikgu.
4. Ketua kumpulan dikehendaki
mendapatkan tandatangan daripada
hakim/guru berkenaan setelah
menyelesaikan setiap tugasan dalam
borang pengesahan tugasan(lihat
lampiran).
5. Kumpulan pertama yang dapat
menyelesaikan tugasan dan
mendapatkan ke semua tandatangan
hakim dianggap sebagai pemenang.
LAMPIRAN A
CONTOH BORANG PENGESAHAN TUGASAN
KUMPULAN : 1
KAD TUGASAN/
ARAHAN
AKTIVITI TANDATANGAN
HAKIM
1 Nyanyian
2 Sketsa
3 Melafazkan Rukun Negara
4 Tarian tradisional
5 Permainan kumpulan
Disahkan :
-------------------------
(Ketua hakim )
KEMBALI

You might also like