Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Apa Yang Telah Dilalui Dan Dilaksanakan Sepanjang Praktikum Minggu 1 2 Ifti

Apa Yang Telah Dilalui Dan Dilaksanakan Sepanjang Praktikum Minggu 1 2 Ifti

Ratings: (0)|Views: 2 |Likes:
Published by Muhammad Iftitah
WEREWRW
WEREWRW

More info:

Published by: Muhammad Iftitah on Jul 16, 2014
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/16/2014

pdf

text

original

 
b) APA YANG TELAH DILALUI DAN DILAKSANAKAN SEPANJANG PRAKTIKUM MINGGU 1: 31 MAC 2014
 –
 4 APRIL 2014
Sepanjang minggu pertama, saya dapati telah banyak ilmu yang telah saya perolehi dan saya pelajari. Antara perkara yang tekandung dalam minggu pertama praktikum ialah pengenalan diri, penyesuaian diri, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan tidak dilupa juga terdapat beberapa aktiviti luar yang dijalankan oleh guru-guru. Semasa sesi pengenalan diri, saya dan rakan-rakan telah diperkenalkan dengan sistem pengurusan Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan di mana terajunya merupakan seorang guru wanita. Kami juga turut berkenalan dengan sistem pentadbiran di bawahnya antaranya penolong kanan, guru-guru dan staff sokongan yang terlibat. Saya juga turut mengenali dengan lebih dekat lagi guru pembimbing yang akan membimbing saya sepanjang saya menjalani praktikum iatu Puan Norhashimah. Sepanjang minggu pertama juga, saya turut melakukan proses penyesuaian diri dengan keadaan dan suasana di prasekolah. Sepertimana yang telah sedia maklum, Sk Tanjong Rambutan mempunyai tiga buah prasekolah. Saya dan juga rakan telah ditempatkan di prasekolah Ixora iatu dibawah tadbir guru pembimbing kami. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan bermula pada hari selasa. Bagi pengkhususan kami iatu Prasekolah, kami di arahkan untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dua hari penuh iatu bersamaan dengan lapan waktu seminggu bagi setiap individu. Perbincangan telah dilakukan bersama dengan rakan, dan kata putus telah dibuat telah dibuat bahawa saya yang akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu. Hari selasa bersamaan dengan 1 April 2014 adalah merupakan hari pertama di mana cabaran sebenar bermula. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa dimulai dengan rutin dan juga perbualan pagi bersama dengan kanak-kanak. Sesi memperkenalkan diri telah saya lakukan semasa sesi
 
perbualan pagi tersebut. Kanak-kanak kelihatan teruja tatkala melihat kelibat saya memasuki perkarangan kelas. Debaran untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran kian terasa terutama semasa melihat bilangan kanak-kanak yang ramai. Namun, semua berjalan dengan lancar ekoran perancangan yang rapi telah dibuat sebelum memasuki kelas. Rancangan aktiviti harian dan juga rancangan pengajaran slot telah saya sediakan terlebih dahulu bagi memastikan kelangsungan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya dan juga rakan amat beruntung kerana mendapat Puan Norhashima sebagai guru pembimbing. Terdapat banyak input yang telah diberikan terutamanya dari sudut perancangan aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Beliau juga turut memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan segala peralatan yang ada di dalam kelas sebagai bahan untuk mengajar. Penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan juga penampilan yang kemas ternyata dapat menggamit perhatian kanak-kanak ke arah proses pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan aktiviti membancuh milo ternyata dapat menarik minat kanak-kanak ini untuk belajar dengan gigih di samping memupuk semangat berdikari dalam diri mereka. Walaubagaimanapun, masih lagi terdapat kekangan dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah ekoran terdapat beberapa murid yang menunjukkan permasalahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dari sudut penerimaan isi pengajaran. Hari berikutnya iatu hari rabu disusuli dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh rakan praktikum saya yakni saudara Nur Arif Shah Bin Ramli. Masa yang ada digunakan untuk membuat rancangan pengajaran harian bagi hari yang berkutnya.
 
MINGGU 2: 7 APRIL 2014
 –
 11 APRIL 2014
Minggu kedua bermula dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru pada hari pertama iatu hari isnin bersamaan dengan 7  April 2014. Masa yang ada digunakan untuk merancang aktiviti yang bakal dijalankan pada keesokan harinya memandangkan pensyarah pembimbing kami iatu Encik Jalalulail Abd Manab ingin melakukan penilaian pertama bagi praktikum fasa 1 ini. Proses pembikinan portfolio turut dijalankan bagi memastikan segala butiran senantiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Kami juga turut melakukan tinjauan terhadap kawasan sekolah dan cuba mencari isu-isu yang berkaitan untuk proses penulisan jurnal. Untuk makluman, jurnal ini memerlukan kami untuk mengupas sesuatu isu yang membawa permasalahan terhadap kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, masalah kehadiran lewat murid ke sekolah. Hal ini sedikit sebanyak menggangu sidang atau sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah. Penilaian pertama berlangsung pada hari selasa bersamaan dengan 8 April 2014. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang permasalahan. Meskipun terdapat serba serbi kekurangan terhadap sesi pengajaran yang dianjurkan namun saya tetap berasa bangga dengan pencapaian diri ekoran berjaya mengharungi penilaian pertama ini dengan jayanya. Banyak nasihat dan juga tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing kami. Salah satu daripada isu yang dibicarakan adalah dari sudut pengurusan masa. Pengurusan masa dalam P&P adalah merupakan aspek yang paling penting dalam proses memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bagi memastikan segala apa yang diajar dapat disampaikan dalam suatu  jangka masa yang telah ditetapkan semasa proses merancang. Minggu kedua ini adalah merupakan minggu yang paling seronok dirasakan ekoran kami ditugaskan untuk menjadi jurulatih pasukan futsal prasekolah. Sesungguhnya kami berasa sangat gembira atas tanggungjawab yang diberikan.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->