You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

BEG BERKUNCI NO.27, KM 36 JALAN BALUNG


91009, TAWAU, SABAH




KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP
SEMESTER 8






PROJ EK Taman Herba Prasekolah


DIKEMUKAKAN OLEH
GURU PELATIH
IPG KAMPUS TAWAU

ANJURAN BERSAMA
PISMP PRASEKOLAH
AMBILAN JANUARI 2011



21 JULAI 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI IMAM
TAWAU
1.0 Pendahuluan

Pendidikan prasekolah di negara kita secara amnya menyasarkan
tujuan untuk memperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas
dari segala aspek. . Menyedari bahawa Sains adalah sebuah ilmu yang
sentiasa berkembang dan memerlukan penerokaan secara aktif untuk
menguasainya, maka guru pelatih PISMP SAINS Ambilan Januari
2011 telah menganjurkan sebuah projek Science Fairyang membuka
ruang kepada murid dari sekolah-sekolah terpilih untuk membina
pengetahuan dan mengukuhkan kefahaman Sains berdasarkan aktiviti-
aktiviti berbentuk hands-on yang disediakan penganjur projek.

2.0 Rasional
Projek ini selaras dengan keperluan pelaksanaan Internship yang
diwajibkan kepada semua guru pelatih yang berada pada tahun
akhir pengajian di IPG Kampus Tawau. Projek Internship
dilaksanakan secara individu serta berkumpulan yang membawa
jumlah keseluruhan sebanyak tiga buah projek, yang mana
pelaksanaan ketiga-tiga projek ini merupakan syarat wajib lulus bagi
Internship yang dijalani oleh guru pelatih. Sehubungan itu, guru
pelatih opsyen Sains di SK Sungai Imam bersama guru pelatih
PISMP Sains Ambilan Januari 2011 IPG Kampus Tawau
mengemukakan kertas kerja penganjuran Projek Sience Fair.
Dengan adanya program sebegini, proses peningkatan kualiti diri
sama ada dari segi akademik, kepimpinan dan nilai murni dapat
dilakukan secara berterusan dalam kalangan guru pelatih di
samping memberi manfaat kepada peserta program.


3.0 Objektif
Projek ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

i. Mendedahkan guru pelatih terhadapaspek-aspek penting dalam
menggelola sesebuah program secara sistematik serta
berorganisasi.
ii. Menjadi medium kepada guru pelatih untuk mengukuhkan
akauntabiliti, integriti, dan komitmen dalam menjalankan tugas.
iii. Memberi pengalaman langsungdalam pengendalianaktiviti
melibatkan kumpulan sasar yang ramai.
iv. Meningkatkan keupayaan dan kemahiran guru pelatih dalam
merintis usaha-sama dengan pelbagai pihak untuk mencapai
objektif aktiviti.
v. Melahirkan ciri-ciri kepimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab
yang diberikan dalam kalanagn organisasi pelaksana.
vi. Membina hubungan dan kerjasama sesama rakan guru pelatih
untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.
vii. Mencetuskan refleksi dan penilaian ke atas potensi pasukan yang
seterusnya dijadikan asas penambahbaikan berterusan.
viii. Menerapkan nilai saintifik dan apresiasi sains dalam kalangan
peserta program.
ix. Memberi peluang kepada peserta program untuk mempelajari
Sains secara langsung menerusi inkuiri dan aktiviti hands-on.



4.0 Tempat Program
SK Sungai Imam, Tawau, Sabah.


5.0 Tarikh& Masa Program
21 Julai 2014 , 8.00 am 12.00 pm



8.0 Kewangan: Sumber dan Perbelanjaan
Rujuk Lampiran A.





10.0 Penutup
Melalui pelaksanaan projekScience Fair ini diharap semua guru pelatih
dapat menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan dan mengukuhkan
kemahiran sebagai usaha untuk memantapkan perkembangan potensi
diri ke arah kemenjadian insan guru. Besarlah harapan penganjur agar
program ini dapat dilaksanakan dan memberi impak positif kepada
semua pihak.













Disediakan oleh,





____________________
(MUHAMMAD TURMUZI BIN ZAKARIA)
Guru Pelatih,
PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2011,
IPG Kampus Tawau, Sabah.








Disahkan dan diluluskan oleh,




___________________________
(MOHD. FAZIL YEE ABDULLAH)
Guru Besar,
Sk Sungai Imam
Tawau

Tarikh :


LAMPIRAN A
Anggaran Belanjawan

1) Peralatan
Bil. Alat diperlukan Kuantiti Harga per unit
(RM)
Jumlah
(RM)
01 Penyembur Cat 3 tin Rm 7.00 Rm 21.00


Jumlah
keseluruhan

Rm 21.00

You might also like