You are on page 1of 3

FADHILAT RAMADHAN AL-MUBARAK

Setiap muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada janji-janji Allah dan Rasulnya pasti bergembira menyambut
kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada setiap tahun. Begitu juga dengan tahun 1421H ini di mana kita sekali lagi diberi
kesempatan oleh Allah Subhanahua ta ala menyambut dan meraikan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan pahala,
dengan kegembiraan serta iman taqwa yang teguh. Hanya mereka yang lemah iman sahaja yang merasa cemas dan risau dengan
kunjungan Ramadhan. Begitu juga dengan mereka yang tidak mengenali fadhilat atau keberkatannya. Tetapi bagi orang yang dapat
memahami fadhilatnya akan menunggu dengan jiwa kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui
hadisnya yang bererti "Sekiranya umatku mengetahui kemulian dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan
kedatangan Ramadhan itu di sepanjang tahun".
Keistimewaan Ramadhan akan lebih ketara lagi jika ia dibandingkan dengan sebelas bulan yang lain. Walaupun semua bulan
mempunyai kelebihan, namun kelebihan Ramadhan tetap tidak dapat ditandingi. Hal ini ditegaskan oleh nabi kita Muhammad S.A.W
dengan sabdanya yang bererti "Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain".,
Terdapat banyak hadis yang menerangkan keagungan Ramadhan Al-Mubarak, diantaranya sabda Rasullullah S.A.W,
Ertinya "Apabila menjelang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu neraka dan dibelenggu segala
iblis dan syaitan".
Hadis di atas ini memberi pengertian bahawa bulan Ramadhan adalah bulan keemasan untuk umat Islam meningkatkan amal
ibadah serta memantapkan iman dan membersihkan diri dari kerja-kerja maksiat yang didorong oleh hawa nafsu atau godaan syaitan.
Di dalam bulan yang suci inilah sepatutnya mereka melakukan hisab atau muhasabah diri di atas kerja-kerja yang telah dilalui dan akan
dihadapi samada yang bermanfaat atau sebaliknya.
Para ulama menjelaskan, Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat
amal soleh samada di awal, pertengahan ataupun di akhirnya. Sebaliknya mereka yang malas dan yang terus melakukan perbuatan-
perbuatan maksiat dan dosa, atau memandang bulan Ramadhan itu sama seperti bulan-bulan yang lain, bukan sahaja mereka tidak
dapat pahala yang dijanjikan malahan akan menerima azab akibat dari kejahatan yang boleh menjatuhkan kesucian Ramadhan dan
keluhuran akhlak umat Islam seluruhnya.,
Ramadhan adalah semulia-mulia bulan, berbagai-bagai kejadian atau peristiwa berlaku di dalamnya, yang menjadikan
tarafnya lebih agong dan lebih berkat, di antaranya :
Pertama, perintah Allah Subhanahua ta ala ke atas kaum muslimin untuk mengerjakan puasa, firman Allah di dalam Surah
Al-Baqarah Ayat 183 yang bermaksud : "Wahai mereka yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti yang diwajibkan ke
atas mereka yang sebelum dari kamu, mudah-mudahan dengan berpuasa itu kamu akan terpelihara dan bertaqwa".
Tidak syak lagi, perintah mengerjakan puasa yang menjadi rukun Islam ketiga dalam bulan yang mulia ini menjadikan ia lebih agong dari
yang lain.
Kedua, mula turunnya kitab suci Al-Quran dari ayat pertama hingga kelima dari surah Al-Alak iaitu tanggal 17 haribulan.
Firman Allah Subhanahua ta ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud :"Didalam bulan Ramadhan ini diturunkan di
dalamnya kitab Al-Quran yang menjadi hadiah kepada umat manusia dan membezakan antara yang hak dan bathil".
Ketiga, dalam bulan Ramadhan ini juga umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah atau zakat badan serta zakat harta
benda ke atas mereka yang mencukupi syaratnya. Kefardhuan zakat fitrah di bulan Ramadhan ini menggambarkan betapa eratnya
hubungan puasa dengan zakat. Kedua-duanya wajib dikerjakan dengan sempurna. Maka tidak sempurna agama seseorang itu jika
hanya melakukan salah satu daripadanya. Hal ini dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya, yang bermaksud "Pahala
puasa Ramadhan tergantung-gantung di antara langit dengan bumi, ia tidak terangkat ke langit kecuali dengan zakat fitrah".
Keempat, di sepanjang bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, Allah Subhanahua ta ala menghadiahkan kepada umat
Islam satu malam yang pahala atau keberkatannya seribu bulan, yang dinamakan Lailatulqadar. Kerana itu, maka menjadi kewajipan ke
atas setiap muslim dan muslimat berusaha untuk mendapatkan keagongannya. Iaitu memperbanyakkan zikrullah, bertakbir, bertahlil,
berdoa dan lain-lain ibadah yang dituntut dalam Al-Quran dan sunah Rasul. Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya beribadah
pada malam tersebut dengan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahua ta ala melalui majlis Qiamullail, beristighfar dan
bertadarrus Al-Quran di sepanjang malam pengampunan dosa ini. Janganlah ada orang Islam yang memandang kelebihan malam
LailatulQadar sama seperti malam-malam yang lain.
,
Dipandang dari sudut mana sekalipun, ibadat puasa perlu dilakukan oleh manusia. Agama Islam yang , mengutamakan
kesejahteraan umatnya dari segi rohani dan jasmani, tidak menyuruh mereka melakukan ibadat agong ini sekiranya ia tidak
mendatangkan manfaat kepada mereka. Maka di antara sebab ibadah ini diwajibkan ialah : Pertama, meningkatkan taqwa dan iman
manusia dengan melaksanakan suruhan Al-Khaliq secara ikhlas sebagai melahirkan kesyukuran terhadapnya ; Kedua, melahirkan sifat
mulia dan jiwa murni dan bersimpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh fakir miskin dan yang menderita ; Ketiga, menguji
kesabaran dalam menghadapi kelazatan makan dan minum, keinginan nafsu jantina atau godaan yang ditegah oleh syarak ; Keempat,
melatih diri untuk terus berjihad bagi meninggikan syiar Islam disamping menjaga maruah dan keselamatan diri serta membersihkan
jiwa dari sifat-sifat tamak, gelojoh dan sifat-sifat mazmumah yang lain.
Mengambil sempena keagongan Ramadhan, marilah kita meletakkan azam untuk menaikkan maruah dan sahsiah dengan
menambah iman taqwa kepada Allah, sekurang-kurangnya dengan berpuasa pada siang hari dan bersalawat tarawih pada malam
harinya. Orang yang menghormati tuntutan Ramadhan bererti memuliakan dirinya dan mencemari Ramadhan bererti ia menjatuhkan
harga dirinya sendiri.
NUZUL AL QURAN ( 24 RAMADHAN )
.
Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 17 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai
malam yang diberkati (lailatin mubarakah).
Firman Allah SWT.:
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat. (Surah al-Dukhan ayat 3).
2. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. (Surah al-Qadr, ayat 1).
3. Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malam yang berkat yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya
dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu
untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah
buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.
.
.
MAKNA NUZUL AL QURAN
.
Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau
lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, Dia yang telah..menurunkan hujan. (al-Baqarah:22),
dan Dialah.yang menurunkan Taurat Dan Injil. (Ali Imran:3).
.
Nuzul bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. Al-Quran pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana
al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat,
munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.
.
Kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman
Allah:


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka
umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan
kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-Anam:38)
.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-
Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.














Lailatul Qadar
.
'Lailatul Qadar (Bahasa Arab: ) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini
disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu
pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanagn jumhur ulama' dan umat Islam. Malah ada sebahagian kecil ulama yang
menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada
malam ke 27. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang
terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan
sambil beribadah sepanjang malam. Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan.
Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan
beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun,
berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari
kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.
1. Sejarah ringkas Malam al-Qadar: Apabila sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000 bulan, dengan
beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu Allah Azza wa Jalla menurunkan surah al-Qadar yang menyatakan malam al-Qadar baik daripada 1,000
bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah Taala kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w.
BILAKAH LAILATUL QADAR?
1. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang
terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar.
Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan,
Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.
2. Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29, jika hari Isnin
maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan jika hari Jumaat dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka Lailatul Qadar malam ke 25, jika hari Sabtu
maka Lailatul Qadar malam ke 23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungki n juga tidak, mungkin juga ia
berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi
carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.
SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR?
1. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur
dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang sholat Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh
malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam. (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu
tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.
.

You might also like