merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun barudalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dandinamakan sempena nama haiwan. (LihatTarikh perayaandi bawah.)Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumahakan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingihutang sepanjang tahun yang baru.Mercundibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasidengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan
dankuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi sepertidaging itik ,daging salai,sosej,kuih pulut, danlimaumandarin.Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wangang paudalamsampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluargakepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakantarian nagaatausingaakan diadakan,dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun BaruCina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaanChap Goh Mei.Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakanoleh bangsaKorea,Vietnam,MongoldanMiao(Hmong China) yang dipengaruhi olehChinadari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.
Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalamkalendar Gregory) adalahdisenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalamzodiak Cinadan lambangdahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut
SebelumDinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Adakemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketikaDinasti Xia, bulan 12 ketikaDinasti Shang, dan bulan 11 ketikaDinasti Zhoudi China. Namun, adalah diketahui bahawa"bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasaditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masihwujud) dan Zhou (menurutSima Qian
). Maharaja pertama ChinaQin Shi Huangmenukar danmenetapkan awal tahun pada bulan 10 pada221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada104 SM, Maharaja Wu yangmemerintah sewaktuDinasti Hanmenetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekalsampai masa ini.
) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Niansukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bungaapidan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung.
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dansahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan.Ang paudiberi kepada orang muda dankanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.