You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

PRAKTIKUM FASA 1
30 MAC 24 APRIL 2014

Bagi sesi pertama praktikum fasa satu, saya Andi Nur Khuzaimah Binti Dolar
bersama rakan Nur Haziqah telah ditempatkan di SK Jeniang, Jeniang Gurun,
Kedah menjalani praktikum selama sebulan bermula pada 30 Mac sehingga 24 April
2014. SK Jeniang berada 75 Km daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Darul
Aman dan mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk sampai ke sekolah.
Sungguhpun begitu jarak bukanlah penghalang bagi diri saya untuk menimbah ilmu
pengetahuan dan pengalaman baru sepanjang berada di Sk Jeniang. Malah ianya
memberi semangat yang kental bagi saya untuk menghadapi cabaran yang baru
dalam melihat era profesionalisme perguruan ini. sepanjang tempoh sebulan berada
di Sk Jeniang, saya berharap ianya akan menjadi lembaran baru bagi diri saya
sebagai platform yang berkesan bagi melatih diri saya menjadi seorang guru yang
berdedikasi, berinovasi, bersemagat dan berjiwa kental dalam mendidik murid-murid
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Lantaran itu, saya akan berusaha mencari semaksimum mungkin pengalaman dan
ilmu baru sepanjang menjalani praktikum selama 4 minggu di Sk Jeniang. Saya
berharap dapat :
1) Praktikum fasa satu dapat memberikan pengalaman baru kepada diri saya
mengenai persekitaran dan budaya sekolah yang meliputi pengurusan
pentadbiran sekolah, kegiatan ko kurikulum dan kurikulum sekolah dan
pengurusan dan pentadbiran sekolah intergrasi pendidikan khas Sk Jeniang.
2) Menimba ilmu mengenai kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai bagi
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran serta mengendalikan tingkah
laku murid dalam dan luar bilik darjah bersama guru-guru Sk Jeniang.
3) Mengaplikasikan segala teori pembelajaran dan ilmu pengetahuan yang
dipelajari sepanjang berada di Institut dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan luar bilik darjah dengan sebaik mungkin.
4) Menjadi lebih kreatif dan lebih kritis dalam merancang dan melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid dapat belajar dalam suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan dengan mencapai objektif
pembelajaran secara optimum.
5) Mendidik murid dengan tingkah laku yang baik dan menjadi contoh teladan
kepada mereka. Saya akan berusaha mendidik mereka dengan menunjukkan
tingkah laku yang baik agar dapat menjadi contoh dan ikutan kepada mereka
dalam kehidupan seharian. Oleh demikian, saya haruslah menunjukkan
perwatakan dan keterampilan yang baik sebagai seorang guru kepada anak
murid.
6) Bijak dalam mengawal kelas dan tingkah laku murid dengan sebaiknya. Saya
akan berusaha memahami perilaku dan perwatakan mereka terlebih dahulu
bagi mengenal tingkah laku mereka agar memudahkan pengawalan kelas
semasa pengajaran berlangsung.
7) Menjadi guru penyayang berlaku adil kepada semua murid.
8) Mematuhi segala peraturan sekolah dan kod etika perguruan
9) Saya ingin membina hubungan baik dan bergaul mesra dengan guru-guru
dan staf-staf sokongan sekolah dan ibu bapa serta penjaga murid-murid
sekiranya berkesempatan agar kehadiran saya dihargai dan memberi
manfaat kepada warga Sk Jeniang
10) Komited terhadap sekolah dan berusaha mengikuti semua program yang
dijalankan di sekolah
Akhir kata, saya berharap agar dapat menjalani sesi praktikum fasa satu ini dengan
sebaiknya dan berjalan dengan lancar. Saya juga berharap agar setiap cabaran
yang dihadapi akan saya jadikan sebagai motivasi kepada diri saya untuk maju
kehadapan dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dengan sebaiknya serta
berusaha sedaya upaya agar dapat menjadi guru yang cemerlang kelak.
Yang benar ,


(ANDI NUR KHUZAIMAH BINTI DOLAR)

You might also like