You are on page 1of 26

TR 4.3.

1 1
BAB 4
KONSEP JIHAD DALAM
ISLAM
TR 4.3.4 2
Pengertian Jihad

Dari segi bahasa:
Akar kata jihad ialah jahada bererti keberatan dan kesusahan; ia
bererti berusaha keras atau berjuang bersungguh-sungguh untuk
mencapai sesuatu matlamat.

Dari segi istilah:
Iaitu segala usaha dan kesungguhan sama ada dalam bentuk
perkataan atau perbuatan dengan niat yang ikhlas serta perjuangan
dan pengorbanan untuk menegakkan kalimah Allah SWT



TR 4.3.1 3
Dalil Jihad
a. Al-Quran


6 w L 4 + 1 V + e ^
C } _ [ +

Firman Allah bermaksud:
Perangilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah)
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun
dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab)
dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu pada jalan Allah (untuk
membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagimu juka kamu
mengetahui (al-Taubah: 41)
TR 4.3.1 4
b. Hadith

Hadith Rasulullah s.a.w, bermaksud:
Daripada `Aisyah RA ia berkata : Saya bertanya : Ya Rasululullah !
Adakah kewajipan jihad atas wanita? Sabdanya : Ada, jihad yang
tidak ada berperang padanya, iaitu Haji dan Umrah
(Riwayat Ibn Majah & al-Bukhari)

Hadith Rasulullah s.a.w, bermaksud :
Daripada Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda : Hendaklah
kamu berjihad terhadap musyrikin dengan harta kamu dan diri kamu
dan lidah kamu
(Riwayat Ahmad, al-NasaI & al-Hakim)
JENIS-JENIS JIHAD

a) Jihad melawan hawa nafsu (jihad agung/al-Jihad al-Akbar)
Iaitu berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki peribadi
dengan nilai-nilai terpuji serta menghindarkan nilai-nilai terkeji.

Caranya :
i. Berjihad dalam mencari petunjuk dan jalan yang benar. Firman
Allah, bermaksud :

- ^ u ' ;

Katakanlah adakah sama orang-orang yang berilmu
dengan orang-orang yang tidak berilmu
(surah az-Zumar, ayat 9)
TR 4.3.1 6
ii. Berjihad dalam beramal dan berpegang teguh dengan apa
yang dipelajari.

Firman Allah, bermaksud :

= ^ 4 + * * + - E
/ =

Maka datanglah sesudah mereka (pengganti yang jelek) yang
mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsu mereka,
maka mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang
yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu
akan masuk syurga dan tidak dianiayai (dirugikan) sedikit pun
(surah Maryam, ayat 59 60)


TR 4.3.10 7
iii. Berjihad dalam menyebarkan ilmu dan petunjuk melalui dakwah.


Firman Allah, bermaksud :
Dan serulah kepada (agama) Tuhanmu, sesungguhnya kamu
benar-benar berada pada jalan yang lurus
(surah al-Hajj, ayat 67)

iv. Berjihad menanggung segala kesulitan ketika berdakwah
kerana dakwah di jalan Allah akan mendapat tentangan dari
syaitan dan bala tenteranya daripada kalangan manusia.
O O 1 C
O
TR 4.3.1 8
Faktor jihad nafsu dipandang besar :

1. Keluasan medan perjuangan yang tidak terbatas
2. Keluasan masa perjuangan yang tidak terhad
3. Kedudukan musuh yang tidak dapat dilihat dan
dirasa oleh pancaindera
4. Kesukaran perjuangan kerana manusia berjuang
dengan diri sendiri
5. Jihad ini adalah asas kepada jihad-jihad yang lain.
6. Menuntut pembersihan jiwa dan hati serta
keikhlasan
7. Memerlukan imu, pemahaman dan latihan yang
berterusan.
TR 4.3.11 9
b) Jihad melawan syaitan

Iaitu usaha bersungguh untuk menghapuskan hasutan
syaitan yang mendorong manusia melakukan perkara
yang melampau batas syariat yang ditetapkan oleh
Allah. Niat jahat syaitan dinyatakan oleh Allah:

= E E + 4 4 O O E
=

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagimu, maka
jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru
golongannya supaya menjadi penduduk Neraka
(surah Fathir, ayat 6)
TR 4.3.1 10
Cara menentangnya :
i. Berazam untuk melakukan perubahan diri. Firman Allah,
bermaksud :
E ^ [ / = = ^ 4 + * *

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum
sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri
mereka sendiri
(surah ar-Ra`du, ayat 11)

ii. Sentiasa mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT melalui
ibadat dan zikir. Firman Allah, bermaksud :

O O O O O O O O O O 1
G
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka
ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka
ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka
(surah al-A`raf, ayat 201)

TR 4.3.1 11
iii. Memahami ajaran Islam secara betul dan tepat
sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Firman Allah, bermaksud :

E O g ) _
O O

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang
Maha Pemurah (al-Quran), Kami adakan baginya syaitan
(yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi
teman yang selalu menyertainya
(surah al-Zukhruf, ayat 36)


TR 4.3.1 12
iv. Sentiasa berpegang teguh dengan kebenaran dan
berusaha menentang kebatilan. Firman Allah,
bermaksud :

= E E + 4 4 O
C C C C C D " " =
C

Orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang
yang kafir pula berperang pada jalan Taghut. Oleh sebab itu,
perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana
sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah (surah al-
Nisa, ayat 76)

TR 4.3.1 13
v. Menggabungkan diri dalam jamaah muslimin.
Firman Allah yang bermaksud :






Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang
yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan
mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kamu palingkan
wajahmu dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan
kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang
yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami,
serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu
melewati batas
(surah al-Kahfi, ayat 28)
w L 4 + 1 V + e ^
] - ] p C } _ [ + 6
E O g ) _
O
TR 4.3.1 14
vi. Menjadikan seluruh kehidupan berdasarkan nilaian Allah. Firman
Allah, bermaksud :

1 C C C C C C
O O O O O O

Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-
orang kafir bergerak dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan
sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah neraka
jahannam, dan neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat
kembali
(surah Ali `Imran, ayat 196 197)


TR 4.3.1 15
c) Jihad melawan musuh Islam (golongan kafir)

Iaitu perjuangan menentang golongan yang kufur kepada Allah dan
sentiasa menghalang perkembangan Islam serta memusuhi
umatnya. Firman Allah, bermaksud :

4 + 1 V + e ^

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu
hingga kamu mengikut agama mereka
(surah al-Baqarah, ayat 120)
TR 4.3.1 16
Caranya :
i. Waktu umat Islam tiada kekuatan : jihad secara lisan dan hujah serta
berusaha menambah kekuatan. Firman Allah, bermaksud :

* E ^ [ /

Dan berjihadlah terhadap mereka dengan al-Quran dengan jihad yang
besar (surah al-Furqan, ayat 52)

ii. Waktu umat Islam punyai kekuatan : jihad dengan mengangkat senjata,
sekiranya diserang oleh orang kafir

Firman Allah yang bermaksud :

1 C C C C C C D " "
Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula)
kepada Hari Akhirat dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah
diharamkan oleh Allah... (surah al-Tawbah, ayat 29)

TR 4.3.20 17
Katogeri Kuffar :
a) Kafir Harbi iaitu memerangi umat Islam - harus
diperangi
b) Kafir Zimmi iaitu bernaung di bawah kerajaan
Islam - haram diperangi
TR 4.3.21 18
d) Berjihad menentang golongan munafik :
Munafik ialah golongan yang berpura-pura beriman sebaliknya amat
membenci agama Islam. Firman Allah,




Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-
orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan
(sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah
seburuk-buruk tempat kembali.
(surah al-Tawbah, ayat 73)
Caranya :
Kenali sifat-sifat munafik
Beri nasihat supaya bertaubat
Berhati-hati dengan tipu helah mereka
Diperangi jika ancam keselamatan agama dan negara.








6 w L 4 + 1 V + e ^
+
TR 4.3.1 19
e) Jihad menentang kemungkaran dan kezaliman

Iaitu menentang pemerintah yang zalim dan enggan
melaksanakan perintah atau hukum Allah. Hukumnya
adalah wajib sama ada melalui perbuatan, perkataan atau
hati .
TR 4.3.1 20
PERINGKAT-PERINGKAT JIHAD

a) Jihad dengan hati
yakin bahawa kesesatan dan kemungkaran merupakan musuh Islam
dan wajib diperangi tetapi tidak mampu mencegahnya dengan
tangan dan lisan - peringkat jihad paling rendah.

b) Jihad dengan lisan dan kalam
melaksanakan amar maruf dan nahi mungkar yang merangkumi
segala kegiatan dakwah (ceramah, bimbingan, pengajaran, dsb).

c) Jihad dengan tangan (kekuasaan)
kekuatan fizikal - pertahankan kebenaran Islam


TR 4.3.1 21
d) Jihad dengan harta dan wang
berkorban wang dan harta untuk menyokong usaha jihad di medan
perang

+ 6 w L 4 + 1 V + e ^
C } _ [

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang
sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang
kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka
sesungguhnya Allah mengetahuinya.(ali-Imran: 92)

e) Jihad dengan fikiran dan ilmu
sumbangan buah fikiran dan idea (memberi ilmu dan ajaran Islam
yang benar).

f) Jihad Qital (berperang)
kemuncak jihad di jalan Allah - mereka yang gugur - syahid.

TR 4.3.1 22
UNSUR-UNSUR JIHAD

a) Hijrah
Ianya adalah kemuncak perjuangan dakwah Rasulullah
s.a.w di Mekah di mana umat Islam terpaksa berjihad dari
aspek:

Aspek spiritual : korbankan perasaan kasih dan cinta
kepada tanahair serta kaum keluarga yang masih kufur.
Aspek fizikal : tinggalkan segala harta dan menempuh
perjalanan yang sukar kerana terpaksa berhadapan
dengan ancaman kaum musyrikin Quraisy.
TR 4.3.1 23
b) Perjuangan dan pengorbanan
Inti kepada ajaran Islam di mana semua perkara
yang diperintahkan menuntut kepada pengorbanan
nafsu, kepentingan diri, dll.

c) Syahid
Setiap yang menjadi saksi atas kebenaran Allah
SWT dan agamanya yang disampaikan oleh Rasul-
Nya serta bersedia membuktikan kepada manusia
dan dunia atas kebenaran tersebut sama ada
secara lisan, perbuatan atau kekuatan (kekuasaan)
dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk
mempertahankan kebenaran tersebut.
TR 4.3.27 24
Firman Allah, bermaksud :

* E ^ [ / = = ^ 4 + *
O O C C
Sesungguhnya orang-orang yang sebenarnya beriman
hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan
Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak
ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda
dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-
orang yang benar (pengakuan imannya)
(surah al-Hujurat, ayat 15)

TR 4.3.28 25
KEPENTINGAN DAN KEUTAMAAN JIHAD

a) Menggambarkan nilai iman dalam diri seseorang
b) Lambang kekuatan dan keutuhan umat Islam sebagai Khayru
Ummah
c) Perniagaan yang menjanjikan ganjaran syurga.
d) Alat untuk menyebarkan seruan Islam dan meningkatkan syiar
serta kedaulatan Islam yang dilakukan melalui tiga pendekatan:
Menyeru penduduk setempat memeluk Islam
Mempelawa non-muslim menjadi rakyat negara
Islam dengan membayar jizyah serta mematuhi undang-
undang dan kepimpinan negara Islam.
Berjihad menentang golongan yang menghalang kelancaran
gerakan dakwah.

e) Menjaga kepentingan agama dalam semua perkara.

TR 4.3.30 26
PENUTUP
Jihad adalah satu perjuangan dan usaha yang
bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan
Allah. Ia terbahagi kepada dua bahagian ; jihad
melawan hawa nafsu (Jihad al-Akbar) dan jihad yang
lain-lain (Jihad al-Ashghar). Jihad dengan harta
merupakan pelengkap kepada semua bentuk jihad
kecil yang lain. Manakala jihad qital (berperang di
medan menentang orang-orang kafir yang
menentang Islam) merupakan kemuncak jihad fi
sabilillah yang menyediakan balasan syahid (masuk
syurga tanpa hisab)

You might also like