You are on page 1of 7

M

u
k
a

S
u
r
a
t

2
9

PENGGUNAAN MY CAR METHOD DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB
NOMBOR DUA DIGIT DENGAN DUA DIGIT DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
Oleh:
Mohd Fidaiy Bin Hasan
9
& Nik Mohamad Bin Nik J usoh
10

Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato Razali Ismail


ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan mengkaji penggunaan My Car Method dalam meningkatkan kemahiran
murid mendarab sebarang nombor dua digit dengan dua digit. Tinjauan awal telah dilakukan melalui
hasil kerja murid, pemerhatian, dan temubual. Seramai 10 orang murid dari kelas 4 Arif di Sekolah
Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu telah dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan hasil
tinjauan yang dijalankan mendapati murid-murid tersebut tidak dapat menguasai kemahiran
mendarab nombor dua digit dengan dua digit. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah
ujian pra dan pos serta temubual. Dapatan kajian menunjukkan min markah ujian pra 20.5 %
manakala ujian pos 76.1 %. J usteru berlakunya peningkatann min markah sebanyak 55.6 %. Hasil
temubual mendapati murid mempunyai pandangan positif terhadap penggunaan My Car Method
dalam menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit dengan dua digit.
(Kata kunci : pendaraban, nombor dua digit)

PENGENALAN

Pengkaji telah menjalankan praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala
Terengganu dan bertanggungjawab mengajar kelas 4 Arif bagi mata pelajaran matematik. Sepanjang
menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan topik pendaraban, didapati murid kelas 4 Arif
menghadapi masalah pendaraban nombor dua digit dengan dua digit. Kesemua mereka
menggunakan bentuk lazim untuk menjawab soalan yang diberikan. Terdapat banyak kesalahan dan
kesilapan yang dapat dikesan antaranya yang paling ketara adalah kesalahan konsep dan fakta asas
mendarab, kesilapan proses pengumpulan semula dan penyusunan hasil darab. Mereka juga
kelihatan pasif dan kurang berminat untuk menjawab soalan pendaraban selain kurang memberikan
respon yang baik didalam kelas seperti kelihatan takut-takut ketika dipanggil secara rawak
kehadapan bagi menjawab soalan pendaraban. Hal ini jelas menunjukkan mereka tidak dapat
menguasai proses mendarab dengan baik. Selain itu, analisis terhadap buku latihan dan lembaran
kerja turut dilakukan. Setelah membuat analisis, didapati hampir keseluruhan murid gagal untuk
menjawab soalan pendaraban tersebut. Terdapat juga murid yang tidak dapat menyiapkan soalan itu
sepenuhnya. Walaupun telah beberapa kali diajar menggunakan kaedah bentuk lazim, namun
mereka masih melakukan kesilapan yang sama sebagaimana yang ditunjukkan pada jadual dibawah.
Contoh-contoh kesalahan murid















9
Pelajar PISMP Matematik Pendidikan Rendah
10
Pensyarah Jabatan Matematik

M
u
k
a

S
u
r
a
t

3
0


METODOLOGI

Reka bentuk kajian yang djalankan adalah berasaskan kepada reka bentuk kajian tindakan yang
menggunakan gabungan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Seramai sepuluh orang sampel
murid tahun 4 Arif telah dipilih berdasarkan pemerhatian, dokumen dan temubual. Kajian ini turut
melibatkan dua instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra, ujian pos dan temubual.

Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran
mendarab nombor dua digit dengan dua digit menggunakan My Car Method. Disamping itu,
mengetahui pandangan murid terhadap penggunaan My Car Method dalam menyelesaikan soalan
pendaraban nombor dua digit dengan dua digit. Sebagai pelaksanaan tindakan bagi menghadapi
masalah yang dihadapi oleh murid kelas 4 Arif, pengkaji telah melaksanakan sesi-sesi rawatan.
Terdapat empat sesi rawatan yang telah dijalankan meliputi peringkat-peringkat pemahaman
terhadap My Car Method. My Car Method merupakan satu kaedah yang berbentuk sebuah kereta
yang diadaptasi daripada kaedah Partial Product serta menggabungkan unsur seni dan kreativiti
dalam matematik.












Sesi Rawatan

















Gambarajah Partial Product,
Cathcart et al. (2006)
Gambarajah My Car Method
2. Menyatakan nilai
tempat pada
gambarajah.
3. Mencerakinkan
nombor mengikut nilai
tempat
4. Mendarab secara singkat
nombor yang melibatkan
gandaan sepuluh.

5. Proses penambahan hasil
darab setiap bahagian.

6. Aktiviti menghias My
Car Method secara
kreatif.
1. Membina
gambarajah My Car
Method.

M
u
k
a

S
u
r
a
t

3
1


DAPATAN

Persoalan kajian yang pertama, adakah terdapat peningkatan tahap penguasaan murid dalam
kemahiran mendarab nombor dua digit dengan dua digit dengan menggunakan My Car Method. .
Bagi mengetahui terdapatnya peningkatan atau sebaliknya, pengkaji menggunakan instrumen ujian
pra dan pos. Peningkatan daripada segi min peratus murid menjadi signifikan dalam menentukan
tahap penguasaan murid. J adual dibawah menunjukkan data peratusan bagi ujian pra dan pos.
J adual perbandingan antara peratusan markah untuk ujian pra dan pos
No. Nama Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

1

Murid 01

33

97
2 Murid 02 13 70
3 Murid 03 13 87
4 Murid 04 23 77
5 Murid 05 20 67
6 Murid 06 20 75
7 Murid 07 13 60
8 Murid 08 20 60
9 Murid 09 27 91
10 Murid 10 23 77



Rajah perbandingan min markah ujian pra dan pos.


J adual perbandingan min markah ujian pra dan pos


Ujian Min (%) Peningkatan Min (%)
Pra 20.5
76.1
Pos 76.1

20.5
76.1
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Ujian Pra Ujian Pra
Min

M
u
k
a

S
u
r
a
t

3
2

J adual dan rajah di atas menunjukkan perbandingan min markah untuk ujian pra dan pos. Min
markah untuk ujian pra adalah 20.5 % manakala min markah untuk ujian pos adalah 76.1 %. Ini
menunjukkan peningkatan min markah sebanyak 55.6 %. Berdasarkan kepada peningkatan nilai min
ini, maka terjawablah persoalan pertama kajian iaitu My Car Method dapat peningkatan tahap
penguasaan murid dalam kemahiran mendarab nombor dua digit dengan dua digit.
Persoalan kedua kajian, apakah pandangan murid terhadap penggunaan My Car Method
dalam menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit dengan dua digit. Untuk menjawab
persoalan ini, pengkaji telah menggunakan instrumen temubual terdiri daripada 5 orang responden
yang dipilih secara rawak.
Terdapat dua sesi temubual yang dijalankan iaitu temubual pra dan temubual pos. Berikut
merupakan pandangan murid terhadap penggunaan My Car Method dalam menyelesaikan soalan
pendaraban nombor dua digit dengan dua digit.
J adual penentuan kod temubual pra

Kod

Item-item

Kekerapan

1

Pandangan positif
- Berminat dengan darab

1



2 Pandangan negatif
- Menganggap pendaraban itu sukar
- Tidak faham untuk mendarab
- Tidak berminat
- Merasa bosan
- Keliru dengan penggunaan bentuk lazim

15


J adual penentuan kod temubual akhir

Kod

Item-item

Kekerapan

1

Pandangan positif
- Menganggap pendaraban itu mudah
- Lebih faham untuk mendarab
- Berminat
- Tertarik dengan aktiviti melukis dan
mewarna dalam matematik
- Memahami penggunaan My Car Method

17
2 Pandangan negatif
-
0





M
u
k
a

S
u
r
a
t

3
3

Berdasarkan jadual penentuan kod temubual, pengkaji mendapati murid memberikan pandangan
yang positif terhadap penggunaan My Car Method berdasarkan nilai kekerapan item pandangan
positif iaitu sebanyak 17 berbanding tiada kekerapan pada pandangan negatif. Pandangan positif itu
merangkumi menganggap pendaraban itu mudah, berminat dan seronok untuk belajar, lebih faham
serta tertarik dengan aktiviti melukis dan mewarna dalam matematik.
J usteru, terjawablah persoalan kedua kajian iaitu murid-murid telah memberikan pandangan positif
terhadap penggunaan My Car Method dalam menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit
dengan dua digi
Hasil Kerja Murid

Pra


Pos











































M
u
k
a

S
u
r
a
t

3
4














PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Peningkatan nilai min bagi ujian pra dan pos iaitu sebanyak 55.7 % membuktikan bahawa
penggunaan My Car Method yang menggunakan pendekatan mendarab secara Partial Product
adalah berkesan. Dapatan ini dibuktikan dengan pernyataan oleh Cathcart et al. (2006) yang
mengatakan bahawa dalam membina algoritma pendaraban, gambaran penyusunan kumpulan nilai
tempat yang sama dan teratur amatlah penting dan membantu murid untuk memahami proses
mendarab.

J usteru, My Car Method yang merupakan satu kaedah baru yang boleh digunakan oleh guru
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik. Seseorang guru itu tidak hanya tertakluk
kepada penggunaan satu kaedah tradisional tertentu sahaja kerana menurut Nik Azis (2008)
kebolehan murid untuk memahami matematik banyak bergantung kepada guru.

Berpandukan analisis temubual yang dijalankan, didapati murid menyatakan pandangan positif
terhadap penggunaan My Car Method dalam menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit
dengan dua digit. Antara pandangan positif yang dinyatakan adalah mengganggap pendaraban
semakin mudah untuk difahami menerusi gambaran gambarajah yang mana murid dalam melihat
matematik dari aspek visualisasi. Dapatan ini disokong oleh Noor Shah (2002) yang menyataan
bahawa penggunaan gambarajah dalam matematik dapat memberikan gambaran keseluruhan
masalah, membimbing murid berfikir ke arah menyelesaikan masalah, membuat generalasasi
masalah dan memberi arah menentukan penyelesaian.
Murid juga tertarik dengan aktiviti yang berunsurkan seni dan kreativiti dalam sesi
pembelajaran matematik seperti menghasilkan lukisan kereta mereka dan mewarnakannya sekreatif
yang mungkin. Dengan adanya aktiviti sebegini ianya dapat memperkayakan daya visual murid
terhadap matematik yang dapat meransang pemikiran mereka sebagaimana dapatan oleh Kent
(2005). J usteru, My Car Method merupakan satu kaedah yang berkesan dalam meningkatkan
kemahiran mendarab nombor dua digit dengan dua digit dalam kalangan murid tahun 4.
Setelah menjalankan kajian ini, terdapat beberapa cadangan untuk kajian seterusnya seperti
menghasilkan My Car Method menjadi bahan manipulatif dengan mereka model kereta tersebut.
Selain itu, kaedah My Car Method juga turut boleh diintegrasikan dengan penggunaan ICT.
Dengan adanya software tertentu ianya dapat memudahkan lagi penggunaan kaedah ini disamping
dapat mevariasikan gaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan bermakna.
Contoh contoh hasil kerja murid

M
u
k
a

S
u
r
a
t

3
5


SENARAI RUJUKAN

W. George Cathcart, et al. (2006) Learning Mathematics in Elementary and Middle Schools : A
learner-centered approach. New J ersey: Pearson Prentice Hall.
Albert B. Bennet, J R. L. Ted Nelson (2004). Mathematics For Elementary Teachers: An activity
approach. New York: McGraw Hill.
Reys, et al. (2004). Helping Learning Mathematics. United States of America : J ohn Wiley
J oanne Mulligan (1992). Children solutions to multiplication and division word problem: A longitunal
study. Mathematics Education Research Journal, Vol.4, No.1, 32-37.
K. Elayn Martin-Gay (2000). Basic Math. Review, Reference and Practice. United States of America:
Prentice-Hall
Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
Patrick Barmby et al. (2008). The array representation and primary childrens undersatnding and
reasoning in multiplication. Education Study Mathematics Journal, 70:217-241
Frank J . Swetz & Liew Su Tim (1988). Pengajaran Matematik KBSR. Petaling J aya: Penerbit Fajar
Bakti
Philip Kent & J ohn Sharp (2005). Bridges Between Mathematica and Art. ProQuest Education
Journal, pg. 23, 193.
Kate Tucker (2005). Mathematics Through Play in the Early Years: Activities and Ideas. Great Britain:
Paul Chapman Publishing
Victor Lowenfeld & W. Lambert Brittain (1990). Creative and Mental Growth. United State of America:
Macmillan Publishing.
Rosamund Sutherland (2007). Teaching For Learning Mathematics. England: McGraw-Hill.
Kate Stephens (1999). Learning through art and artefacts. London: Scotprint Ltd.
Nik Azis Nik Pa (2008). Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Noor Shah Saad (2002). Teori & Perkaedahan Pendidikan Matematik. Petaling J aya: Prentice Hall.
Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim et al. (2009). Perkembangan Seni dan Kanak-Kanak. Selangor:
Penerbit Open University Malaysia.

You might also like