You are on page 1of 9

IKLAN JAWATAN KOSONG

DI LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan
kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi
kekosongan jawatan secara Kontrak/Tetap di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
(KEDA) seperti berikut:-

A. Penolong Akauntan

1. a) Jawatan : Penolong Akauntan

b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

c) Klasifikasi : Perkhidmatan Kewangan

d) Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap

2. Jadual Gaji : Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Gred W 27 : Minimum 1,367.00 Maksimum 5,098.00

3. Syarat Lantikan:

3.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;

c) (i) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan,
perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred W27: RM 1,667.08);atau

(ii) Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and
Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang
diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred W27: RM 1,892.68); dan

1

d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang di
iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


B. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi

1. a) Jawatan : Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi

b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

c) Klasifikasi : Perkhidmatan Ekonomi

d) Taraf Jawatan : Kontrak

2. Jadual Gaji : Jadual Gaji Matriks

Gred E 27 : Minimum 1,362.00 Maksimum 5,092.00

3. Syarat Lantikan:

3.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;

c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang di
iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred E27:RM 1,661.95); atau

(iii) Diploma ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E27:RM 1,737.15); dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang di
iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai latarbelakang
pendidikan dalam bidang pertanian, perniagaan dan ekonomi.)

2

C. Pembantu Ehwal Ekonomi

1. a) Jawatan : Pembantu Ehwal Ekonomi

b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

c) Klasifikasi : Perkhidmatan Ekonomi

d) Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap

2. Jadual Gaji : Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Gred E 17 : Minimum 929.00 Maksimum 3,377.00

3. Syarat Lantikan:

3.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;

c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E17:RM 1,323.52); dan

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


D. Pembantu Tadbir (P/O)

1. a) Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O)

b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

c) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan
Sokongan

d) Taraf Jawatan : Kontrak



3


2. Jadual Gaji : Jadual Gaji Matriks

Gred N 17 : Minimum 928.00 Maksimum 3,375.00

3. Syarat Lantikan:

3.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
komputer dan/atau mengambil trengkas).

E. Pembantu Tadbir (Kewangan)

1. a) Jawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan)

b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

c) Klasifikasi : Perkhidmatan Kewangan

d) Taraf Jawatan : Kontrak

2. Jadual Gaji : Jadual Gaji Matriks

Gred W17 : Minimum 929.00 Maksimum 3,377.00

3. Syarat Lantikan

3.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan.

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setara
dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek
Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

4
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia
peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:RM 985.13); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia
peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:RM 1,154.33); atau

(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan
kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-
politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: RM 1,379.92); dan

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai latarbelakang
pendidikan dalam bidang simpan kira-kira dan perakaunan).

F. Pemandu Kenderaan

1. a) Jawatan : Pemandu Kenderaan

b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

c) Klasifikasi : Perkhidmatan Kemahiran

d) Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap

2. Jadual Gaji : Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Gred H11 : Minimum 837.00 Maksimum 2,619.00

3. Syarat Lantikan

3.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan.

5



c) i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan;

ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I
berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) (kecuali lesen memandu dalam tempoh
percubaan (P));

iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara
kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim
perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas
Lesen Memandu:

- Lesen D RM896.15
- Lesen E/E1/E2 RM942.30
- Lesen F/H RM988.45
- Lesen G/I RM1,034.60

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam Subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


G. Pembantu Awam

1. a) Jawatan : Pekerja Awam

b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

c) Klasifikasi : Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak
Mahir

d) Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap

2. Jadual Gaji : Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Gred H11 : Minimum 837.00 Maksimum 2,619.00

3. Syarat Lantikan

3.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan.


6

c) i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM850.00); atau

(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki
Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi
tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki
perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut
Malaysia); dan

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

H. Pembantu Operasi

1. a) Jawatan : Pembantu Operasi

b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

c) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

d) Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap


2. Jadual Gaji : Jadual Gaji Minimum - Maksimum

Gred N 11 : Minimum 802.00 Maksimum 2,663.00

3. Syarat Lantikan:

3.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;

c) i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM847.99); atau

(ii) PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali
lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) ).

(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM894.14); dan
7
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Penaklukan : Calon yang berjaya memasuki salah satu perkhidmatan
Di bawah Syarat- jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat
Syarat Skim skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat
Perkhidmatan kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya
dari semasa ke semasa.

Cara memohon:

1) Semua permohonan hendaklah menggunakan borang KEDA AM 1/2011 yang
boleh didapati melalui laman web www.keda.gov.my. Permohonan daripada
kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua
Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan
yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir.

2) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:

a) Salinan sijil atau keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang
disyaratkan;
b) Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil-sijil persekolahan.

3) Permohonan berikut akan ditolak:

a) Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;
b) Tidak lengkap atau tidak terang;
c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
d) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang
berkhidmat;
e) Tidak ditandatangani; dan
f) Diterima selepas tarikh tutup permohonan.

4. Permohonan hendaklah di hantar kepada:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim
Peti Surat 195
05720 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN

Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN
yang dimohon.

5. Tarikh tutup permohonan: 20 Julai 2014



8

6. Catatan Am:

a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
untuk temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari
tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
c) Permohonan yang lewat dan sebarang tuntutan perjalanan menghadiri
temuduga jawatan ini tidak akan dilayan.






































9

You might also like