You are on page 1of 1

Gimnastik : Sejarah dan Pengenalan

Pengenalan

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-
ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran
kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Sukan ini juga dianggap
sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang
berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi
risiko kecederaan yang teruk.

Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk
memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid
sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola
pendaratan, pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola
ayunan. Menurut Borhanudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan
yang memerlukan fleksibiliti , imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot
yang baik.

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih
banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor.
Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.
Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan,
ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa
pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran
gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai
persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.

Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:
1. Pendaratan
2. Statik
3. Gerak edar
4. Putaran
5. Hamburan
6. Ayunan

You might also like