You are on page 1of 1

Pengenalan

Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada


pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana
hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini
termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus
diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam
yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang
sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan
tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa
lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali
sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi
tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah baling
tin, guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.
Baling tin adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di luar rumah di
kawasan yang lapang. Permainan ini dikenali baling tin kerana bahan asas permainan ini
adalah tin. Oleh itu permainan ini dikenali sebagai baling tin. Di sesetengah kawasan dikenali
sebagai baling pot atau lecut pot. Permainan baling tin memerlukan kemahiran, ketangkasan
dan kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu permainan tersebut. Selain itu permainan ini juga
memerlukan kerjasama yang erat antara pemain dalam sesuatu pasukan.
Alat permainan baling tin ialah tin dan alat yang digunakan untuk membaling. Tin yang
biasanya digunakan ialah tin susu kosong manakala alat balingan biasanya ialah bola kertas
atau selipar. Biasanya 15 tin susu kosong diperlukan untuk permainan ini. Tin disusun mengikut
urutan 5,4,3,2, dan yang paling atas 1. Dua kumpulan yang bermain tin yang disusun hendaklah
membaling dengan mengunakan selipar untuk diruntuhkan, setelah tin diruntuhkan pihak lawan
perlu membaling selipar untuk menghalang pihak lawan dari menyusun semula tin. Jika tin
berjaya disusun, permainan adalah dikira menang.

You might also like