You are on page 1of 4

1

ARNAB BELAJAR MEMANJAT


Di dalam sebuah hutan yang indah
menghijau, tinggal seekor arnab dan seekor
anak beruang. Si arnab dan si anak beruang
berkawan baik. Mereka selalu bermain
bersama-sama.

Suatu hari, dua sahabat baik itu masuk ke
dalam hutan dan ternampak beberapa ekor
monyet memanjat pokok. Monyet-monyet itu
memetik buah dan bergayut dari pokok ke
pokok dengan bebas.

Si arnab kagum melihat monyet-monyet
itu. Alangkah seronoknya kalau saya boleh
memanjat seperti monyet-monyet itu, kata si
arnab kepada si anak beruang.

Si anak beruang tidak bersetuju dengan
cadangan si arnab. Tolong jangan paksa diri
kamu membuat sesuatu perkara yang susah.
Kamu hanya boleh melompat, arnab, kata si
anak beruang.
2



Kamu langsung tidak memberi galakkan
dan semangat kepada saya, kata si arnab
dengan marah kepada si anak beruang.
Saya akan tunjukkan kepada kamu yang
saya juga boleh memanjat dengan baik.

Mereka berdua terus berjalan jauh
kedalam hutan. Akhirnya, mereka menemui
sebatang pokok yang tinggi dan besar. Si
arnab berdiri dibawah pokok itu dan berkata
pada si anak beruang, Pokok ini cukup kuat
untuk saya panjat. Sekarang saya akan
tunjukkan kepada kamu!

Si arnab segera memanjat pokok itu.
Cukuplah tu. Lagi tinggi kamu naik, lagi teruk
kalau jatuh nanti, kata si anak beruang.

Jangan bimbang. Saya akan buktikan
kepada kamu yang saya juga boleh
memanjat seperti monyet-monyet itu, kata si
arnab.
3



Apabila si arnab tiba di puncak pokok itu,
ia memandang ke bawah. Ia mula berasa
takut apabila melihat ketinggian itu.

Tolong! Tolong! Saya tidak mahu tinggal
di atas pokok ini, kata si arnab sambil
menangis. Tolonglah turunkan saya dari
pokok ini.

Kamu mesti bertenang, arnab. Jangan
pandang ke bawah. Kamu boleh turun ke
bawah perlahan-lahan, kata si anak
beruang.

Si arnab turun ke bawah perlahan-lahan.
Tubuhnya menggeletar kerana terlalu takut.

Ketika si arnab sudah hampir tiba di
bawah, ia memandang ke tanah. Si arnab
berasa sangat takut. Tangannya terlepas dari
pokok dan ia terjatuh ke tanah.
4


Bukankah saya sudah beritahu kamu
supaya tidak memaksa diri membuat sesuatu
yang di luar kemampuan kamu, kata si anak
beruang.
Aduh sakitnya! Maafkan saya kawanku.
Saya tidak akan berdegil lagi, kata si arnab
dengan kesal.
Kawan-kawan, nilai pengajaran yang kita
peroleh daripada cerita ini adalah jangan
bersikap degil. Kita tidak boleh memaksa diri
kita membuat sesuatu yang kita tidak
mampu.
Sekian, terima kasih.

You might also like