You are on page 1of 10

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER MEI / 2014





OUMH1103



LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS



NO. MATRIKULASI : 840929055417002
NO. KAD PENGNEALAN : 840929055417
NO. TELEFON : 013-6363657
E-MEL : yusmahairi@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN N.SEMBILAN







ISI KANDUNGAN

PANDUAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3


2. KEMAHIRAN BELAJAR 6


3. KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT 9


4. ANALISIS PERANAN PENGURUS YANG KEDUA 12


5. ANALISIS PERANAN PENGURUS YANG KETIGA 15


6. RUMUSAN 20

7. RUJUKAN















PENGENALAN
Hari ini pendidikan tidak lagi hanya berkisar kepada pendidikan yang dikendalikan
secara konvensional di mana proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses bersemuka
antara guru dengan pelajar. Pada zaman kepesatan teknologi maklumat ketika ini, ada juga
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan secara terbuka ataupun istilah yang
sering diguna pakai ialah pendidikan jarak jauh (PJJ). Apa pun gelaran dan istilah yang diguna
pakai ianya merupakan satu kaedah pembelajaran secara separuh masa (bagi individu yang
sedang bekerja), kemasukan yang terbuka, pembelajaran secara jarak jauh yang memberi
peluang kepada individu melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan untuk mendapatkan atau
meningkatkan sesuatu kelayakan akademik dengan melakukan pembelajaran secara bebas atau
bersendiri. Sistem ini satu sistem pendidikan yang memberi peluang pembelajaran kepada
semua, dari segi kelayakan asas, umur, tempat, masa (bila untuk mendaftar dan bila untuk
menamatkan pelajaran) dan kelajuan pembelajaran. Jika ingin dilihat dari segi definisi, terdapat
begitu banyak definisi PJJ yang telah diguna pakai oleh orang awam, institusi pendidikan tinggi,
dan sebagainya. Pada dasarnya, PJJ merupakan satu kaedah pendidikan yang ditawarkan kepada
pelajar tanpa memerlukan pelajar berada secara fizikal di tempat kursus pengajian tersebut
ditawarkan.
Lazimnya PJJ merupakan satu kaedah pembelajaran yang sering menjadi pilihan
golongan berkerjaya untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka yang sedia ada.
Bukan sesuatu yang mudah bagi golongan berkerjaya untuk kembali belajar semula. Sudah
tentunya terdapat pelbagai bentuk kekangan dan cabaran yang perlu ditempuhi golongan ini.
Contohnya kekangan masa, kekurangan sumber rujukan, masalah kewangan dan lain-lain lagi.
Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Rumusannya mudah, jika ingin belajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh hingga mencapai
kejayaan. Namun demikian, untuk bergelar graduan PJJ yang cemerlang, ada dua perkara
penting yang tidak mungkin boleh dipandang remeh iaitu kemahiran belajar dan kemahiran
penggunaan ICT. Jikalau dua perkara ini tidak dapat diaplikasikan dan diterapkan dalam diri
setiap pelajar PJJ, sudah tentu amat sukar bagi setiap pelajar PJJ ini untuk mencapai
kecemerlangan dalam pengajian.




KEMAHIRAN BELAJAR
Menurut Mohd Yunus (1990), kemahiran belajar ialah keupayaan melaksanakan kegiatan
pembelajaran dengan berkesan. Beliau telah memperincikan kemahiran belajar kepada beberapa
pecahan iaitu keupayaan mendisiplinkan diri, keupayaan membaca, keupayaan mendengar,
keupayaan mencatat nota dan keupayaan mengingat.

1. Disiplin diri
Memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin diri adalah aspek sangat penting dalam
pembelajaran. Dalam mendisiplinkan diri terdapat pelbagai langkah yang perlu diambil,
antaranya ialah memulakan tugas dengan cepat, menentukan tugas yang hendak dilakukan,
menyediakan tempoh untuk melengkapkan tugas, belajar dalam masa yang telah ditetapkan,
membahagi-bahagikan masa belajar dan menyediakan jadual belajar (Mohd Yunus,1990).
Sehubungan dengan itu, disiplin diri boleh dianggap sebagai kesungguhan individu mematuhi
peraturan pembelajaran.

1.1 Kemahiran Mengurus Masa
Pelajar perlu mahir mengurus masa belajar dengan baik. Menurut Salihan Siais (1991),
untuk mengurus masa dengan baik, berkesan dan sempurna, pelajar perlu membuat
jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, pelajar akan sentiasa menghargai masa dan
mempunyai cara hidup yang tersusun rapi dan berdisiplin. Selain itu, pelajar juga akan
dapat memberikan tumpuan dengan memberikan keutamaan kepada mana-mana mata
pelajaran atau kemahiran yang didapati oleh mereka masih lemah atau belum dikuasai
dengan baik.

2. Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar adalah salah satu kemahiran belajar paling asas dan paling penting
diamalkan secara berterusan. Pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar untuk mendapatkan
maklumat, fakta, data, pengetahuan dan sebagainya daripada tutor semasa proses tutorial (Abdul
Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri, 2007). Mohamad Daud (1994) menjelaskan bahawa
mendengar tanpa penanggapan adalah tidak bermakna. Penanggapan pula memerlukan
pentafsiran maklumat yang dirakam setelah didengar. Mohd Yunus (1990) berpendapat,
mendengar bukanlah semata-mata menerima dan mengenali bunyi di sekeliling kita. Mendengar
adalah salah satu proses yang aktif yang memerlukan pemikiran, penilaian dan percantuman.
Tanpa tumpuan khusus, pelajar akan ketinggalan perkara-perkara penting dalam pembelajaran.
Lanjutan daripada mendengar dengan teliti barulah pelajar boleh mencatat isi-isi penting dan
membuat nota. Justeru itu, kemahiran mendengar merupakan satu elemen yang penting ketika
proses pembelajaran berlaku di dalam kelas. Penumpuan ketika pembelajaran khususnya
mendengar secara teliti dan menyimpan maklumat dalam ingatan akan memudahkan maklumat
diingati ketika diperlukan.

3. Kemahiran Membaca
Proses membaca yang berkesan memerlukan kemahiran tertentu kerana membaca ialah
satu proses berfikir yang kompleks. Pelajar mesti tahu membaca secara imbasan
(scanning), bacaan luncuran (skimming), bacaan intensif dan bacaan laju. Pelajar juga
boleh menggunakan teknik seperti Survey-Question-Read-Recite-Review (SQ3R) dan 24
Know-Want-Learned-How (KWLH) (Baharin Abu, 2003). Ada juga cara membaca
secara menyoal tentang isi teks, membuat kesimpulan daripada pembacaan,
menerangkan maklumat daripada teks dan menjangkakan soalan yang boleh ditanya
daripada maklumat yang telah dibaca. Mengikut Anderson (dlm Abd. Ghani, 1996: 25),
kecekapan membaca bergantung kepada kecepatan bacaan dan kefahaman. Beliau menyatakan
terdapat tiga penentuan yang perlu dibuat untuk memanfaatkan pembacaan iaitu menentukan
tujuan sebelum membaca, menilai bahan bacaan, dan menentukan teknik apakah yang
bersesuaian dengan bahan bacaan untuk mencapai objektif bacaan. Beliau juga mencadangkan
beberapa teknik bacaan iaitu :
a) Membaca dengan menyebut perkataan terutamanya pada peringkat permulaan membaca
dan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah.
b) Membaca dalam hati seperti menyebut perkataan tetapi perkataan tersebut tak terjelma
dalam bentuk suara.
c) Memberi tumpuan kepada satu-satu perkataan
d) Membaca berulang kali.
Walaupun kaedah-kaedah yang dicadangkan boleh membawa kepada pembacaan berkesan tetapi
semuanya bergantung kepada kebolehan individu. Sekiranya individu itu pintar, cara sebegini
mungkin kurang sesuai dan Kamarudin dan Siti Hajar (1996) mencadangkan bahawa bacaan
sebegini sesuai untuk pelajar-pelajar kategori sederhana.




4. Kemahiran Mencatat Nota
Pelajar selepas mendengar, mereka perlu mencatat nota bagi mengelakkan lupa. Kajian
menunjukkan pelajar akan ingat 90-100% apa yang didengar apabila mencatat nota
semasa atau sejam selepas pembelajaran (Pauk, 1984). Kemahiran mencatat nota ialah
aktiviti merekod fakta, maklumat, isi penting daripada bahan bacaan, bahan yang
didengar atau dilihat. Menulis ialah proses merakam dan menghasilkan bahan yang berbentuk
idea, pendapat, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan bertujuan untuk
berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Mc Crimmon (dlm Kamarudin dan Siti Hajar,
1996: 105) menyatakan bahawa sesuatu kegiatan penulisan itu tidak berlaku dalam ruang kosong
sebaliknya dalam satu situasi. Sebuah penulisan selalunya bertujuan untuk menyampaikan atau
menghubungkan sesuatu mesej, rayuan, maklumat atau idea kepada seseorang.
Kamarudin dan Siti Hajar (1996) memberikan satu definisi umum tentang penulisan kerana
beliau berpendapat bahawa penulisan sebagai satu alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan
melalui lambang-lambang bunyi. Dalam proses membuat nota, beberapa kemahiran belajar lain
perlu bergabung seperti kemahiran mendengar dan membaca. Mencatat nota adalah aktiviti
merekod iaitu menulis di atas kertas. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar semasa
kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, mencatat nota merupakan elemen penting yang dapat membantu pelajar belajar
dengan lebih baik dan memperoleh maklumat yang berguna ketika pembelajaran. Justeru itu,
elemen-elemen mencatat nota seperti menggunakan singkatan perkataan serta lambang-lambang
tertentu akan memudahkan proses pembelajaran seterusnya memudahkan pemahaman maklumat.

5. Kemahiran mengingati
Ingatan merupakan proses intelek yang menyimpan maklumat dan pengalaman secara mental
dan dapat dikeluarkan kembali untuk menyelesaikan masalah atau digunakan untuk
pembelajaran selanjutnya. Menurut Amir (1986), cara menguatkan ingatan adalah melalui cara
pemusatan ingatan dan apabila pelajar dihadapkan dengan sesuatu rangsangan, mereka akan
mempunyai kecenderungan untuk menumpukan dan memusatkan fikiran kepada perkara tertentu
sahaja. Lee (1997), menjelaskan bahawa ingatan terbahagi kepada tiga sistem iaitu ingatan deria,
ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ingatan yang paling sesuai bermula dengan
kegiatan rakaman deria atau ingatan sensor. Ingatan ini hanya berlaku dalam masa yang singkat
iaitu kurang daripada satu saat contohnya ingatan ketika menaip. Apabila sesuatu maklumat itu
diproses dan dikenali sebagai bermakna atau relevan, ia akan dipindahkan ke ingatan jangka
pendek. Ingatan ini akan dapat disimpan dalam beberapa saat, contohnya menguji nombor
telefon untuk mendail. Ingatan jangka panjang pula boleh menyimpan maklumat dan
pengalaman yang diperoleh dalam bentuk yang kekal dan tersusun. Beliau turut mencadangkan
kaedah memupuk kemahiran mengingat seperti :
a) Menegaskan isi untuk diingat.
b) Pembelajaran bermakna yang ada kaitan dengan kehidupan seharian.
c) Pengelolaan pembelajaran berdasarkan idea dan maklumat dikelompokkan dalam
susunan untuk memudahkan ingatan.
e) Latih tubi dengan mengingati fakta dan konsep secara berulang kali.
f) Singkatan maklumat melalui pengekodan dan perlambangan.
Justeru itu kemahiran mengingat merupakan perkara yang terpenting dalam pembelajaran.
Setakat mana dapat dipertingkatkan bergantung kepada kemampuan dan prestasi pelajar. Hal ini
boleh dipelajari dan ditingkatkan melalui latihan yang berterusan. Pengukuhan pembelajaran
dengan menggunakan teknik latih tubi mampu mengukuhkan daya ingatan pelajar ketika
pembelajaran berlaku.





















KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
Proses pendidikan melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian merupakan satu pendekatan
baru dari segi pembelajaran dan pengajaran. Ia merupakan suatu pendekatan pendidikan yang
bersifat inovatif yang berupaya untuk menangani cabaran serta peluang di alaf baru ini.
Kelebihan yang ditawarkan oleh PJJ dalam talian ini dikatakan dapat menggalakkan penjanaan
dan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat global. Menurut Dixon (1996), hampir 75 peratus
daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Amerika Syarikat menawarkan sekurang-kurangnya
satu program PJJ dalam talian. Di samping itu, terdapat pengusaha persendirian dan konsortium
yang membina serta menawarkan pelbagai kursus secara dalam talian. Persaingan ini menurut
Ludlow (1994), mempunyai kesan positif kerana ia menurunkan kos PJJ dalam talian dan
mempelbagaikan kursus yang ditawarkan. PJJ dalam talian juga menyediakan banyak pilihan dan
peluang kepada pelajar untuk memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Oleh
yang demikian, mahu tidak mahu semua pelajar PJJ harus menguasai kemahiran literasi
maklumat untuk mencapai kejayaan dalam pengajian jarak jauh ini. Terdapat beberapa
kemahiran literasi yang utama iaitu kemahiran maklumat, kemahiran membaca, kemahiran
belajar, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran ICT dan kemahiran komunikasi. Di sini
kita sentuh beberapa kemahiran literasi maklumat yang berkaitan ICT.

Kemahiran ICT
Kemahiran ini antara kemahiran yang penting di dalam persekitaran pengajian jarak jauh. Dalam
era globalisasi ini,sukar untuk kita menafikan kepentingan penggunaan komputer ataupun
komputer riba. Setiap pelajar PJJ wajib menguasai kemahiran menggunakan alatan ini untuk
tujuan akses dan aktiviti PJJ. Selain kemahiran penggunaan komputer, pelajar juga perlu mahir
untuk menggunakan perisian Microsoft Word bagi tujuan menyiapkan tugasan. Jika setiap
pelajar dapat menguasai kemahiran ini dengan baik, sudah tentu proses pembelajaran kendiri dan
proses melengkapkan setiap tugasan yang diberikan akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

Internet
Sepertimana yang kita ketahui, bahawa proses pembelajaran PJJ banyak menggunakan
kemudahan literasi maklumat dan ICT. Namun tanpa rangkaian jalur lebar ataupun apa yang kita
kenali sebagai internet, maka tiadalah proses PJJ pada hari ini. Dengan adanya internet, pelbagai
maklumat boleh kita perolehi dengan mudah. Tambahan pada masa kini, rangkaian internet ini
boleh diakses di mana-mana sahaja sama ada secara berbayar ataupun percuma. Mahu tidak
mahu, penguasaan pelajar PJJ dalam menggunakan internet akan banyak memberi manfaat bagi
mereka yang bergelar pelajar separuh masa atau PJJ. Sebagai contoh pelajar perlu menyelesaikan
tugasan dan mencari bahan atau artikel berkaitan tugasan yang diberikan. Cuba bayangkan jika
tiada internet, sudah tentu pelajar terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk mencari
maklumat di perpustakaan. Kebanyakkan institusi pengajian pada hari ini menyediakan
perkhidmatan perpustakaan atas talian untuk memudahkan para pelajar mencari maklumat secara
maya. Secara tidak langsung ini akan memudahkan pelajar mencari maklumat dan bahan belajar
selain menjimatkan masa untuk pergi ke perpustakaan sebenar. Selain untuk tujuan pencarian
maklumat, kemahiran menggunakan internet juga perlu untuk pelajar PJJ berkomunikasi dengan
tutor dan rakan sekuliah jika timbul sebarang persoalan berkaitan pembelajaran mereka.

E - Portal











Jika anda pernah bergelar sebagai pelajar PJJ, sudah tentu anda tahu tentang portal yang
disediakan oleh pihak IPT untuk diakses para pelajar mereka. Sepertimana yang anda boleh lihat,
terdapat banyak maklumat yang terdapat di dalam portal untuk dimanfaatkan pelajar PJJ. Tanpa
kemahiran ICT yang baik,mana mungkin pelajar PJJ dapat menggunakan kemudahan seperti
forum untuk tujuan perbincangan, kemudahan mendapatkan modul pembelajaran, melihat
markah tugasan, yuran pengajian dan sebagainya.










1. http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/GARIS%20PANDUAN/GPPJJ.pdf
2. http://eprints.uitm.edu.my/1660/1/LP_KHAIRUL_ANWAR_RASMANI_NORAZNISH
AHARI_95_24.pdf
3. http://nursarinar.blogspot.com/2009/04/kemahiran-belajar.html
4. http://www.cais.unimas.my/media/media/pkma/CAIS%20Publication/Bull2/8.pdf
5. http://eprints.oum.edu.my/347/1/prof_mansor_peranan.pdf
6. www.slideshare.net/GendraSerra/pendedahan-teknik-belajar-f6
7. http://maziahrashid.blogspot.com/p/kemahiran-maklumat.html
8. http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=ujxggoggzbxe1rkpdxoel
49pyfjwhvko20110713175946453
9. http://www.jtpm-meta.com/resources/JTPMV1N1Mac2011/JTPM%20V1N1%20-
%202001%20-%20Rosnaini%20-%201.pdf

You might also like