You are on page 1of 2

Ujian Diagnostik

A Garisi jawapan yang betul.


1 Zamri (ialah /adalah) pengakap yang cekap.
2 Dia (tidak / bukan) pandai menari.
3 Orang itu berasal (dari / daripada) keturunan India.
4 Jurueletkrik itu memasangkan kipas elektrik (di / pada) siling bilik ayah.
5 Dengan berpandu (pada / kepada) lakaran itu, kami berjaya mencari rumah Hashim.
6 Pihak sekolah akan mengambil tindakan (tentang / terhadap) perosak harta benda sekolah.
7 (Dari / Daripada) manakah kamu mendapat maklumat ini?
8 Pelajar itu menelaah pelajaran (dari / daripada) pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.
9 Harga sepiring mi goreng naik (dari / daripada) dua ringgit setengah kepada tiga ringgit.
10 Bangunan ini (ialah / adalah) yang paling tinggi di Malaysia.
11 Angin kencang bertiup (dari / daripada) barat ke timur.
12 Pekebun itu mengandar dua bakul berisi buah betik (dari / daripada) bandar ke bandar untuk
dijual.
13 Lebih (dari / daripada) sepuluh orang cedera dalam nahas jalan raya itu.
14 Hadiah ini (tidak / bukan) untuk saudara.
15 (Dari / Daripada) pemerhatian saya, orang itu bersifat jujur.
16 Meja ini diperbuat (dari / daripada) kayu.
17 Pelajar itu (tidak / bukan) menyiapkan kerja rumahnya.
18 Abangku (tidak / bukan) jurutera.
19 (Dari / Daripada) makan gaji lebih baik bekerja sendiri.
20 Pasukan bola sepak kami terdiri (dari / daripada) 14 orang pemain.

B Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan kata berimbuhan yang sesuai.
1 Dia sudah _______________(beritahu) saya hal itu.
2 Adikku amat _______________(minat) permainan badminton.
3 Abang _______________(hadiah) adik sebatang pen.
4 Kami _______________(beri) makanan kepada pengemis itu.
5 Sultan itu _______________(anugerah) pemimpin itu pingat P.J.K.
6 Mereka tidak berani _______________(jalan) lorong yang gelap itu.
7 Ayah _______________(kirim) abang yang belajar di Kuala Lumpur wang saku setiap bulan.
8 Ali _______________(lempar) anjing itu dengan seketul batu untuk menghalaunya.
9 Muthu _______________(nama) anaknya Ramasamy a/l Muthu.
10 Dia _______________(pinjam) sebuah buku cerita kepada anak jirannya.
11 Jangan _______________(bazir) semasa menggunakan air.
12 Adik suka _______________(bazir) air semasa mandi.
13 Jangan _______________(bazir) air dan elektrik.
14 Kami sudah _______________(adu) kejadian itu kepada pihak polis.
15 Orang kaya itu sering _______________(derma) apabila peluang berbuat demikian.
16 Adik _______________(koyak) buku itu lalu dimarahi oleh abang.
17 Apabila air sudah _______________(didih), kakak pun membancuh air teh dengannya.
18 Dia membuang kertas yang _______________(koyak) ke dalam tong sampah.
19 Ibu _______________(didih) air kerana hendak menyediakan minuman panas.
20 Api lilin yang _______________(nyala) itu padam apabila ditiup angin.

C Isikan kata ganti nama diri yang sesuai ke dalam tempat-tempat kosong di bawah ini.
1 Marilah ____________ masuk ke dalam perpustakaan itu.
2 ____________ akan berangkat ke London esok.
3 ____________ ialah Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
4 ____________ pergi ke rumahmu kelmarin tetapi engkau tiada di rumah, kata Abu dan
Bakar kepada Chandran.
5 Zamri dan Zaki berkawan baik. ____________ pergi ke sekolah bersama-sama.
6 ____________ tidak boleh menonton televisyen selagi belum habis membuat kerja
rumahmu, kata ibu kepada adik.
7 Segala perintah tuanku sudah ____________laksanakan, sembah Hang Tuah kepada Sultan
Mansur Shah.
8 ____________ mesti menjadi semua soalan ialah arahan pada permulaan kertas soalan tiu.
9 Tolonglah ____________, oh Tuhan, seru orang itu dalam doanya.
10 ____________ hendak bercuti di mana? tanya Zulkifli kepada sahabat karibnya.

D Tandakan bagi ayat yang betul dan tandakan bagi ayat yang salah.
1 Mereka ialah pelajar-pelajar sekolah ini. ( )
2 Majalah ini amat popular di kalangan pelajar sekolah menengah. ( )
3 Antara Hassan dan Osman, siapakah yang lebih pandai? ( )
4 Lina masih berada di dalam perpustakaan. ( )
5 Sekolah kami masih kekurangan guru-guru Sains. ( )
6 Selain daripada itu, dia pandai menggubah lagu. ( )
7 Oleh sebab sakit dia tidak pergi ke sekolah. ( )
8 Adik tidur selama sejam pada sebelah petang. ( )
9 Alatulis ada dijual di kedai ini. ( )
10 Ketua-ketua darjah sedang bermesyurat. ( )
11 Kesesakan lalu lintas sering berlaku di bandaraya. ( )
12 Johan tidak hendak mengikuti kursus ini. ( )
13 Buku cerita saya ada pada Johan. ( )
14 Banyak pepohon terdapat di kawasan itu. ( )
15 Para perompak itu sudah diberkas oleh polis. ( )
16 Bas yang mereka naiki itu sudah sampai di stesen bas. ( )
17 Filem ini pernah ditonton oleh engkau. ( )
19 Sungguh riuh-rendah suasana di pasar itu pada sebelah pagi. ( )
20 Nazri ialah pelajar yang paling tinggi sekali di dalam kelasnya. ( )

You might also like