You are on page 1of 2

1

36A, Persiaran Halaman


Ampang 6,
Halaman Ampang Mewah,
31350 IPOH,
Perak Darul Ridzuan
kelabnoon@gmail.com


Pej abat
IKRAM Perak
Kel abNoon
Bahan Untuk menumis

5 biji buah pelaga #
3 kelopak ceraian bunga lawang #
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia **
1 sudu besar jintan manis (juga
digoreng tanpa minyak dan dikisar
halus)
2 sudu besar cili yang telah dikisar
halus
4 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar (dipotong bulat-
bulat)
Sedikit air
Sayur ikut suka (contoh: tomato
potong empat, lada hijau, merahdan
kuning yang dipotong memanjang)

*dirincik halus

**dimayang halus


Ayam Harum Hitam Manis


Belanga Noon
Bergema: :

Bahan Perap Ayam

1 sudu besar biji ketumbar

1 sudu besar lada hitam

Basuh kedua-duanya dan
goreng atas kuali tanpa
minyak dan kemudian
kisar sampai halus.

Campur semua di atas
dengan ibu kunyit sebesar
ibu jari (yang telah
ditumbuk halus) dan
garam.

Perap pada ayam.

Letak ke tepi.

Resepi diadaptasi dan ditiadakan
bahan-bahan sos dan cili boh
daripada:
http://2puteri.wordpress.com/2013/0
6/24/resepi-2-puteri-ayam-harum-
hitam-manis-2-puteri/
Isu sul ung
sempena
Ramadhan

Al Quran dalam
surah yang ke68, iaitu
Surah Al Qalam, Allah
telah bersumpah
dengan huruf Nun
beserta dengan
Matapena. Matapena
adalah ciptaan Allah
yang pertama, yang
membuat segala
catatan. Surah ini juga
merujuk kepada Pena
iaitu simbol keilmuan
dan bidang penulisan
yang mempunyai
pengaruh yang amat
besar. Apakah ilmu
yang paling baik
selain daripada yang
terkandung dalam Al
Quran? Dalam
Bahasa Melayu, Noon
berbunyi seperti Nun
contohnya lihat nun
jauh di sana, seolah-
olah mengajak supaya
berpandangan jauh.
Oleh itu, Kelab Noon
menjemput anda
pembaca semua
supaya turut serta
bersama kami menjadi
ahli masyarakat yang
senantiasa
meningkatkan ilmu
serta berpandangan
jauh dalam segala hal
dan perkara.
Pena Magika Noon: Orang Kaya Ramadhan (OK-R)

Orang kaya... Siapakah itu?

Apabila menyebut perkataan kaya, ramai akan
tertarik hati. Seperti semut menghurungi gula.
Berpusu-pusu orang datang mahu ambil tahu.
Sebab itu skim cepat kaya sentiasa berleluasa
walaupun sudah saban kali didedahkan akan
segala penipuan dan sudah banyak kali terkena.

Namun Orang Kaya Ramadhan (OK-R) tidak
akan terpikat dengan habuan kebendaan harta
benda. Mereka adalah golongan yang mengejar
kekayaan pahala. Dalam hal menimbunkan pahala
dan ganjaran, berbuat baik dan menambahkan
amalan, merekalah juaranya.

Sempena bulan Ramadhan Kareem tahun ini,
apa kata sekiranya kita cuba jadi OK-R? Kita ubah
kebiasaan. Kita buat satu perubahan. Kita bina
budaya baru. Sekiranya dahulu kita menghabiskan
masa dengan sia-sia, kita isikan dengan amalan
yang mendatangkan pahala. Sekiranya kira
berkira-kira mahu menyusun jamuan pada bulan
Ramadhan, kita tidak perlu tangguh-tangguh.
Jemput sahaja supaya tetamu dapat datang
berbuka. Bukankah kita akan mendapat ganjaran
pahala puasa sepertimana tetamu itu? Sesuatu
yang tidak mungkin dapat kita raih dalam bulan
Syawal mahupun bulan-bulan lain.

Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:
Sedekah yang paling utama adalah
sedekah pada bulan Ramadhan.
(Riwayat at-Tirmidzi)

Apa kata juga kita membuat segala persiapan
bagi menyambut raya sebelum menjelang
Ramadhan itu sendiri? Juga mengumpulkan dana
khas atau tabungan peribadi khusus bagi
diagihkan kepada yang memerlukan pada kali ini?
Iaitu pada fakir miskin, anak-anak yatim, mereka
yang sangat mengharap sama ada dalam ataupun
luar negara. Begitu banyak peluang yang
terbentang luas.



Contohnya, bersedeqah kepada institusi-institusi
seperti institusi pendidikan yang memerlukan
misalannya, kepada tabung-tabung sedia ada seperti
di Palestin, Syria dan negara yang lain-lain.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a.,
daripada Nabi s.a.w. sabdanya,Sesiapa yang
memberi makan (berbuka) kepada orang
berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti
orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang
berpuasa itu tidak berkurangan walau
sedikitpun.
(Riwayat at-Tirmidzi)

Jika sebelum ini kita melambakkan meja santapan
dengan pelbagai juadah dan hidangan sama ada
daripada persediaan sendiri ataupun yang dibeli, kita
cuba ubah melalui pendekatan yang lebih bijak. Jika
perlu dibeli maka hanya yang patut-patut. Jika
menyediakan masakan maka pilih yang ringkas,
menjimat masa, namun berkhasiat. Supaya dapat
diluangkan masa yang terluang dengan aktiviti seperti
membaca Al Quran.

Yang penting, kita cuba elakkan daripada
pembaziran iaitu satu amalan yang mana syaitan
menjadi kawannya. Sedangkan kita sudah sedia
maklum, bulan ini adalah bulan di mana syaitan
dibelenggu....jangan pula kita yang mengambil alih
peranan syaitan itu....

Baginda Rasulullah saw, bersabda, Apabila tiba
malam pertama bulan Ramadan, semua syaitan
dan jin yang jahat dibelenggu dan pintu-pintu
neraka ditutup.
(HR:Tirmizi, Ibu Khuzaimah & Ibnu Majah)

Oleh itu, mari kita masing-masing berlumba-
lumba melonggokkan kantung pahala kita. Apa kata kita
jadikan diri kita OK-R dalam bulan Ramadhan ini, ya?

Isu ini
Pena Magika Noon: OK-R ms.1
Keluarga Ramadhan ms.2
Terkurung Atau Bebas? ms.3
Sihat Bersama Noon ms.3
Resipi Noon ms.4
Tips Dari Noon ms.4
BULETIN BERKALA
Cara Memasak
1. Ayam yang telah diperap, goreng separuh
masak dalam periuk Happy Call (bagi
mengurangkan pengunaan minyak). Angkat
dari api dan letak ke tepi.
2. Dalam periuk yang sama, tumis bahan-bahan
#.
3. Masukkan * dan ** dan biar sampai wangi.
4. Masukkan cili dan jintan manis yang telah
dikisar. Tunngu hingga pecah minyak.
5. Masukkan kicap manis, bawang besar
6. Masukkan ayam dan air. Gaul-gaulkan. Biar
sampai ayam masak.
7. Apabila sudah masak, masukkan sayur, biar
sebentar dan tutup api.
8. Sedia untuk dihidang beserta nasi panas.

Masihkah kita ingat peristiwa di Terengganu yang mengakibatkan ramai murid sekolah sakit-sakit akibat memakan ayam goreng yang dibeli
dari pasar malam? Juga kes kematian ramai para tetamu yang hadir di majlis kenduri perkahwinan di Kedah berpunca daripada daging ayam
yang sudah busuk dan mereput? Timbul beberapa persoalan. Segarkah daging ayam yang kita beli? Mahukah anda tahu petuanya? Mari kita
lihat. Ayam mengandungi sumber protin yang baik untuk tubuh badan kita. Ibu-ibu yang prihatin sudah tentu mahukan ahli keluarga
mereka tampil sihat sepanjang Ramadhan, bukan? Oleh itu, mari sama- sama kita ke pasar dan lihat bagaimanakah yang dikatakan ayam itu
segar dan cara mengenalinya.

No Teknik Membeli Ayam Segar!
1. Daging ayam segar biasanya berwarna putih kekuningan, tetapi awas! Sekiranya ayam kelihatan terlalu putih isi dagingnya, itu adalah
petanda yang ayam itu kurang elok. Kita tidak perlu tunggu lagi. Terus sahaja bergerak ke gerai lain.

2. Dengan menggunakan satu jari, cuba tekan daging ayam yang ada di hadapan anda. Daging segar lebih anjal dan akan segera memegas
semula ke bentuk asal. Jadi, sekiranya kesan jari kita mengambil masa yang lama bagi menghilang, bermakna ayam itu sudah lama
dan bukan lagi segar.

3. Salah satu petanda yang amat ketara adalah kesan bau. Oleh itu, jauhi sama sekali dan elak membeli daging ayam yang berbau kurang
enak.

4. Cuba angkat ayam tadi dan perhatikan samada tulang- tulang dalamannya. Adakah banyak kesan tulang yang patah? Jauhi daripada
membeli ayam yang terlalu banyak tulang yang patah kerana ia petanda ia kurang elok.

5. Ayam segar seharusnya tidak mempunyai bekas-bekas lebam padanya kecuali lebam akibat pendarahan ketika proses penyembelihan.

6. Sekiranya daging ayam sudah berlendir dan terlalu lembik, memang tidak syak lagi ayam ini tidak sepatutnya dijual kepada pengguna.
Anda berhak membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan

7. Elakkan juga membeli daging ayam yang kulitnya dipenuhi bulu halus. Bakteria mudah berkumpul pada bahagian itu.

8. Seperkara lagi, bagi menjaga kesihatan tubuh badan, elakkan memakan kulit ayam kerana banyak lemak terkumpul di situ. Jadi, jika
kita malas membuang kulit, minta tolong kepada penjual ayam supaya membuangkan sahaja kulit ayam itu. Tidak harus malu dan
segan.

9. Petua yang paling berharga adalah kita pergi ke pasar yang menjual barangan basahan dan di situ, pilih sahaja ayam yang dihajati dan
serahkan urusan penyembelihan kepada tukang sembelih. Lebih bagus sekiranya kita sudah lama mengenali usahawan penjual ayam
dan dia tahu apa yang yang kita mahu. Itulah yang sebaik-baiknya.


Barangsiapa dalam kalangan kita yang melalui zaman kanak- kanak di kampung halaman dahulu sudah tentu merindui suasana yang amat
berbeza daripada masa sekarang. Ibu ayah kita dahulu membela ayam sendiri dalam reban dan menyembelihnya sendiri. Kita sebagai anak-
anak juga turut terlibat dalam proses penyediaan ayam itu. Namun zaman telah berlalu. Oleh itu, kita hanya boleh melakukan apa yang
termampu. Gunakan sepenuhnya kuasa anda sebagai pembeli. Panduan yang disenaraikan akan dapat membantu kita dalam membuat
pilihan bagi memastikan bekalan ayam kita adalah bersih, suci dan segar. Tambahan pula menu ayam dijadikan sajian keluarga dan tetamu
tatkala berbuka pada bulan Ramadhan dan juga Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

TIPS DARI NOON: Merisik Ayam
ISU
J ul ai 2014
Ramadhan 1435

01
Isu 01 Ramadhan 1435
kel abnoon. bl ogspot . com
2


ht t p: / / kel abnoon. bl ogspot . com

Ramadhan Pengikat
Kasih Keluarga
mengajak seluruh anggota
Anak-anak lelaki yang sudah
dewasa juga turut digilir
keluarga bagi melaksanakan
solat maghrib berjamaah.
mengimami solat supaya
terdidik keyakinan dan
keberanian sebagai imam
generasi pewaris dan
pemimpin masa hadapan.

Kemudiannya, semua ahli
keluarga tadi melangkah
bersama-sama ke masjid,
bersolat Isya dan bertarawikh
beserta dengan ahli kariah
yang lain, seterusnya dapat
merapatkan lagi hubungan dan
ukhuwwah masyarakat
setempat.

Di antara senggang waktu yang
ada pula dilakukan tadarus Al-
Quran bersama keluarga bagi
meningkatkan lagi rasa
kebersamaan dalam beramal.
Usaha bagi memperbanyakkan
tilawah dan khatam Al-Quran
secara individu elok dipantau
oleh ibu bapa.








Ahli keluarga juga
seharusnya saling ingat
mengingatkan supaya
perbanyakkan doa kerana ia
adalah antara ibadah yang
paling utama di sisi Allah,
seperti yang tertulis dalam
surah Ghafir ayat 60 yang
bermaksud, Berdoalah
kepadaKu niscaya akan Ku
perkenankan bagimu.

Bagi meningkatkan rasa
keinsafan dan keperihatinan,
ibu bapa juga disarankan
Berdoalah kepadaku,
niscaya akan Ku
perkenankan bagimu
(Ghafir:60)






Syaaban berlalu,
Ramadhan pun bertamu.
Alhamdulillah kita telah
terpilih sekali lagi.
Terpilih berada pada
bulan Ramadhan yang
penuh keberkatan,
keampunan dan rahmat
Allah SWT. Setiap
individu pastinya bercita-
cita bagi
memanfaatkannya
dengan sebaik mungkin
demi menjadi graduan
alumni madrasah
Ramadhan yang berjaya.
Apakah kejayaan itu?
Sudah tentunya tidak lain
daripada mencapai
ketaqwaan sebagaimana
yang disebut oleh firman
Allah dalam ayat 183,
Surah Al-Baqarah yang
bermaksud Wahai orang-
orang yang beriman!
Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-
orang yang dahulu
daripada kamu, supaya
kamu bertaqwa.

Namun, berapa ramaikah
dalam kalangan kita yang
berusaha membawa
bersama ahli keluarganya
dalam mencapai impian
tersebut? Kesyahduan
Ramadhan terlukis pada
saat seluruh anggota
keluarga jalani ibadah
puasa, menghidupkan
Ramadhan dengan amal
bagi memperbaiki diri
secara peribadi dan secara
kolektif sebagai satu
keluarga demi redha Ilahi.

Keakraban selaku sebuah
keluarga akan dirasai
pada detik menjelangnya
sahur dan berbuka puasa.
Seluruh ahli keluarga
duduk bersama-sama
serta menikmati hidangan
juadah yang telah
disediakan. Suasana
berdoa bersama-sama
pada ketika hampirnya
waktu berbuka iaitu
antara waktu makbulnya
doa pada bulan
Ramadhan, mampu
mempertautkan hati-hati
tulus dan mulus.

Seterusnya, pasti akan
terasa kemanisan
beribadah sekiranya sang
ayah selaku ketua
keluarga,
supaya melakukan seruan
untuk ahli keluarga
memperbanyakkan infaq dan
sedekah.

Wujudkan tabung infaq di
rumah terutama untuk anak-
anak yang belum mencapai
peringkat dewasa. Rasulullah
S.A.W. telah bersabda,
Sebaik-baik sedekah adalah
sedekah pada bulan
Ramadhan (HR Tirmizi).

Menjelang Ramadhan dan
sepanjang bulan ini berlalu
sehingga berlarutan pada hari
raya dan hari-hari sesudah itu,
sudah tentunya haiwan dari
spesis burung ini paling banyak
dikorbankan. Masakan tidak?
Bekalan ayam mudah diperolehi
malah senang diurus buat
dijadikan sajian kerana ayam
dijual dalam keadaan bersih,
bulunya siap dibuang, begitu
juga perutnya. Tambahan pula,
begitu banyak pilihan resipi
sajian berasaskan ayam yang
mudah, ringkas ataupun yang
lebih rumit yang boleh didapati
dalam bentuk koleksi buku dan
juga secara dalam talian.
Kita sering mendengar
rungutan para ibu, baik di
rumah ataupun di tempat kerja,
Asyik-asyik ayam, naik muak
dibuatnya. Begitupun, anak-
anak selalunya lebih berselera
sekiranya ayam dihidang
sebagai juadah berbuka. Tidak
dapat dinafikan memang anak-
anak zaman sekarang amat
menggemari ayam. Sekiranya
diimbau masa lampau, kita yang
berusia sekitar 40an dan 50an
pada masa ini, jarang sekali
dapat makan ayam. Tatkala itu,
menu ayam teramat istimewa,
hanya dihidang sekali sekala
terutama semasa hari perayaan
atau semasa majlis kenduri.
Semasa itu juga, kita bukan
hanya menikmati hidangan
ayam dengan rasa penuh teruja,
malahan kita melalui satu
proses yang amat
menyeronokkan. Bermula dari
menghalau seekor ayam dari


Semoga peluang-peluang
amal yang hadir pada bulan
Ramadhan ini akan dapat
dimanfaatkan sebaik-
baiknya bersama keluarga
supaya kita dapat
berkumpul semula di
syurga-Nya sepertimana
kita berkumpul di dunia
ini.Amin.


Sebaik-baik
sedekah adalah
sedekah pada
bulan
Ramadhan
(HR Tirmizi).
dalam reban, menangkapnya
yang masih terlari-lari di
halaman rumah dalam
suasana hilai tawa,
sehinggalah ia siap terhidang
dalam pinggan.

Berkejar sehingga tertiarap,
memegang erat ekor ayam
yang dapat ditangkap, anak
mata memerhati antara rasa
simpati dan riang semasa
ayam itu menggelupur
selepas disembelih,
mencabut bulu-bulunya
selepas direbus, menyiapkan
bahan dan ramuan bagi
memasak sehinggalah dapat
menjamah dagingnya yang
enak dan lembut sebati
dengan rencah
masakan.
Sayang sekali, semua itu
adalah di antara perkara-
perkara yang tidak dapat
dirasai oleh anak-anak
kita zaman
sekarang.
Apa yang merisaukan ialah
pengalaman yang tidak
dilakar dalam kehidupan
anak-anak kita ini,
mungkinkah juga akan
menjadikan mereka kurang
atau tidak dapat menghargai
nikmat dari keenakan seekor
ayam ?

Oleh itu, apa kata sekiranya
sekali-sekala kita berikan
pengalaman ini kepada anak-
anak kita? Kita buat satu
proses pembelajaran secara
tidak langsung. Kita ajak
mereka ke pasar. Kita berikan
mereka peluang memilih
seekor ayam kampung yang
sihat.

Kita uja minda mereka supaya
membuat perbandingan di
antara ayam kampung dan
ayam daging. Sudah tentunya
akan nampak dengan jelas
sekali perbezaan fizikal ayam



yang terkurung, diternak bagi
disembelih dengan seekor
ayam kampung yang dibiar
aktif dan cergas.

Malah perkara ini telahpun
dimulakan di negara-negara
seperti England dan Australia
yang mana ayam bebas ini
dipanggil ayam free range.
Bekalannya pula begitu
mendapat sambutan dalam
kalangan mereka yang
mementingkan kesihatan.

Kemudian, pada hari-hari
santai, apa kata kita mengajak
anak-anak berbincang perihal
dua jenis ayam ini iaitu antara
ayam kampung dan ayam
daging. Mana satukah lebih
tinggi khasiatnya dan juga lebih
enak rasanya? Bisikkan juga ke
telinga mereka Maka pada
setiap sesuatu kejadian itu,
Allah jadikan pengajaran bagi
orang-orang yang berfikir.

Bagi kebanyakan daripada kita, salah
satu impian besar adalah mahu
kembali langsing seperti bertahun-
tahun yang lalu. Sungguhpun ramai
yang telah dapat menurunkan berat
badan ke tahap yang dikehendaki,
persoalannya ialah bagaimanakah
caranya bagi mengekalkannya? Ia
bukanlah sesuatu yang mudah.

Dalam bukunya, The Strong
Womenss Guide To Total Health, Dr
Mirian E. Nelson (2010),
merumuskan mereka yang paling
berjaya menurunkan berat badan
ialah mereka yang didorong oleh
keinginan bagi terus cergas dan sihat.
Di antara strategi bagi
mempertahankan penurunan berat


Pada lazimnya, berat badan kita akan
susut semasa bulan Ramadhan
Kareem. Bagi memastikan penurunan
berat badan adalah secara
berperingkat dan tidak begitu
mendadak, mari kita mencuba petua
Dr. Mirian di samping sentiasa
mengamalkan pesanan Rasulullah
s.a.w:

Wahai manusia lakukanlah amalan
mengikut keupayaan kamu.
Sesungguhnya ALLAH tidak jemu
sehinggalah kamu jemu. Amalan
yang paling ALLAH sukai ialah
amalan yang berterusan walaupun
sedikit.
~ Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Ayam Oh! Ayam...
Senarai Penyumbang Noon:

Prof. Madya Dr. Umi Kalthum
Ngah

Hjh Kerisisiah Mohd Daud

Hjh Norhayati Sidek

Dzilal Abdul Aziz

Hjh Ramlah Hussin

Hjh Norizan Lazim

Noor Faezah Sidek

Ezatul Emilia Muhammad Arif


badan berdasarkan dapatan kajian
terhadap 5,000 responden adalah
seperti berikut:

Memakan makanan yang
berkhasiat dan rendah kalori
Menjaga supaya konsisten
dengan pola pemakanan harian
Mengambil sarapan
Menghadkan makanan segera
dan makanan luar dari rumah
Mengekalkan aktiviti fizikal
yang tinggi, purata selama
sejam sehari
Menghadkan tontonan TV,
kurang daripada 10 jam
seminggu
Mengambil timbangan berat
badan secara kerap

Bisikkan juga ke
telinga mereka
Maka pada setiap
sesuatu kejadian itu,
Allah jadikan
pengajaran bagi
orang-orang yang
berfikir.

You might also like