You are on page 1of 3

MOHD AFIZI BIN MD ALI

PISMP MT/PJ/BI 1 SEMESTER 5


REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN
JASMANI & SUKAN (PJM 3112)

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya
melaksanakan Lawatan Ilmiah Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani &
Sukan (PJM 3112) pada 15 hingga 17 Februari 2011. Lawatan Ilmiah ini telah kami
lakukan ke 3 buah tempat yang begitu terkenal sekali di negara kita terutama dalam
sistem pengurusan dan pentadbirannya. Selama lawatan itu, kami telah ke Majlis Sukan
Negara Malaysia(MSN), Pusat Sukan UPM, dan akhirnya ke Sekolah Sukan Bukit
Jalil(SSBJ).

Selama saya mengikuti program lawatan ilmiah ini, ianya benar-benar telah
memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Selain
memberikan satu pengalaman baru yang bermakna dalam hidup saya, pelbagai
pendedahan yang saya perolehi semasa lawatan ilmiah ini juga telah membuka mata
dan minda saya bahawa pengurusan dan pentadbiran sukan merupakan satu perkara
yang sangat penting sekali.

Program Lawatan Ilmiah PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani dan Sukan ini benar-benar telah memberi seribu satu pengalaman buat diri
saya sebagai seorang guru pelatih. Antara input berguna yang telah saya perolehi
semasa program lawatan ilmiah ini ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan
jasmani dan sukan merupakan asas kejayaan yang sebenar dan perlu dititik beratkan.

Sebagai contohnya, semasa mengikuti lawatan ilmiah di MSN, saya dan rakan-
rakan telah dibawa ke dewan seminar dan diberikan penerangan oleh Pegawai
Perhubungan Awan MSN iaitu Encik Mohd Fahmi yang mana telah menerangkan
pelbagai perkara yang telah membuka minda saya. Melalui sesi soal jawab dan
penerangan yang diberikan oleh beliau, jelas sekali peranan pihak pengurusan dan
pentadbiran adalah asas kepada kejayaan MSN melahirkan atlet bertaraf dunia. Sesuai
dengan matlamat MSN untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia, saya dapati
bahawa kejayaan atlet bukanlah datang dari kemahiran dan kekuatan atlet semata-
mata, tetapi disokong dan dibantu oleh pihak pengurusan dan pentadbiran yang
menyediakan pelbagai bantuan dari pelbagai bahagian.

Tidak kira dalam bentuk insentif kemenangan, bantuan psikologi, penjagaan
kesihatan, kajian sains sukan dan sebagainya, semuanya memerlukan satu pihak
pengurusan dan pentadbiran yang benar-benar kukuh dan utuh. Dengan ini barulah
MSN mampu berdiri segagah sekarang yang telah melahirkan ramai atlet berbakat
yang mampu memegang gelaran ranking nombor 1 di dunia!

Selain itu, semasa mengadakan lawatan ke SSBJ saya telah berasa begitu
teruja sekali kerana SSBJ bukanlah sekolah biasa tetapi sebuah sekolah sukan yang
bukan sahaja menitikberatkan sukan kepada pelajar, tetapi tetap fokus kepada
pelajaran mereka. Persoalan pertama yang kami sempat ajukan ialah bagaimana pihak
sekolah mampu melahirkan atlet bertaraf dunia dan tetap tidak melupakan pelajaran
mereka hinggakan mampu mencipta kejayaan seperti 10A seperti sekolah-sekolah
cemerlang lain.

Jawapan yang diberikan oleh guru SSBJ cukup mudah iaitu sistem pengurusan
dan pentadbiran yang cekap dan mantap mampu melahirkan sebuah sekolah yang
terbaik! Sesuai dengan misi SSBJ iaitu menyediakan pendidikan dan latihan sukan
berkualiti untuk melahirkan atlet bertaraf dunia, pihak pentadbiran benar-benar telah
menunjukkan kesungguhan mereka dengan membina 1 modul khas untuk pelajar bagi
mengimbangi pelajaran mereka dengan sukan. Akhirnya, dari kejayaan modul inilah
SSBJ telah mampu melahirkan atlet bertaraf dunia yang juga mampu mencapai
kejayaan dalam pendidikan seperti Yew Sook Ting yang berjaya mendapar 10A dalam
SPM pada 2009 yang lepas.

Namun begitu, semasa lawatan ilmiah ini saya akui bahawa tidak semua yang
dirancangkan dan diharap akan menjadi. Perkara yang paling jelas sekali ialah
kelemahan diri saya sendiri terutama dalam berkomunikasi dengan pihak terbabit.
Ketika diberikan peluang untuk menanyakan soalan, saya dapati masih ada rakan-
rakan yang tidak berani untuk menyuarakan pertanyaan mereka malah ada yang
sekadar menulis soalan itu di kertas dan diberikan kepada rakan untuk menanyakan
soalan itu. Pada asasnya saya rasakan bahawa ianya satu kerugiaan yang besar
kerana peluang sebegini mungkin hanya datang sekali seumur hidup dan setiap
peluang yang datang itu sepatutnya diambil dan dihargai dengan sepenuhnya.

Walaubagaimanapun saya yakin bahawa semua kekurangan itu dapat kami
semua atasi dan telah kami semua pelajarinya semoga jika ada lagi peluang akan
datang kami semua tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama. Dengan ini kami
mampu untuk terus maju dan benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan
pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.

Akhir sekali, saya yakin bahawa objektif program lawatan ilmiah yang saya telah
lalui benar-benar telah mencapai objektifnya iaitu memberikan kefahaman yang lebih
mendalam meliputi pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan,
pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan antaranbangsa, pengurusan
pendidikan jasmani dan sukan, pembangunan sukan dan lain-lain lagi. Semoga segala
ilmu yang diperolehi ini dapat saya aplikasikan sebagai seorang guru nanti dan
seterusnya mengembangkan lagi profesionalisme dalam diri saya.

You might also like