Tujuan Penebangan Pokok: - Pembalakan - Pembinaan Jalan Raya - petempatan - Pertanian - Perlombongan mineral - kilang Kesan penebangan pokok terhadap alam sekitar. - Hakisan tanah - Sungai semakin cetek dan tercemar - Kemusnahan flora dan fauna - Kemusnahan kawasan tadahan air dan sumber air
Kesan penebangan pokok terhadap alam sekitar. - Suhu persekitaran meningkat - Angin bertiup dengan laju tanpa halangan
Tujuan Pertanian i) Penggunaan teknik moden seperti baja kimia, racun serangga dan racun rumpai
ii) Pertanian pindah dan pembakaran hutan untuk pertanian Ekosistem terganggu akibat penggunaan baja kimia, racun serangga, dan racun rumpai Penggunaan bahan-bahan ini meninggalkan bahan toksik yang tidak larut di dalam air di kawasan sekitarnya. Contohnya, plumbum dan zink dalam baja kimia akan meningkatkan kandungan asid dalam tanah. Kesan Kegiatan Pertanian Kesan Kegiatan Pertanian Penggunaan racun rumpai di ladang dan sawah padi akan menyalirkan bahan kimia tersebut ke sungai yang berhampiran dan mencemarkannya. Contohnya, pencemaran yang berlaku di kawasan Pengairan Muda di Dataran Kedah-Perlis dan di Sungai Kelantan, iaitu di kawasan Pengairan Kemubu. Air sungai yang tercemar dapat mengancamkan kesihatan manusia dan haiwan ternakan. Hal ini akan mengurangkan hidupan air di dalam sungai. Spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi musnah akibat penebangan hutan bagi tujuan pertanian. Kesan Kegiatan Pertanian Tanih terhakis dan mencemarkan air sungai berhampiran. Penebangan hutan untuk kegiatan pertanian pindah akan menambahkan kandungan asid di dalam tanih dan hal ini menjejaskan kualiti tanih. Hakisan tanih juga berlaku. Kesan Kegiatan Pertanian Penanaman sejenis untuk satu jangka masa yang panjang akan menyebabkan tanih hilang kesuburannya. Pertanian pindah menyebabkan kehilangan kayu keras yang berharga. Kesan Kegiatan Pertanian Kesan Pembinaan Jalan Raya - Pembinaan jalan raya di kawasan lereng bukit menyebabkan berlaku hakisan tanah dan tanah runtuh. Tanih yang terhakis akan mendap di dasar sungai menyebabkan dasar sungai cetek dan tercemar. Kesan Pembinaan Jalan Raya Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi menyebabkan pokok ditebang, tanah ditarah dan diratakan.
Aktiviti ini menyebabkan perubahan landskap asal kawasan menyebabkan kejadian hakisan dan tanah runtuh.
Kesan Perindustrian -Mengubah Langskap kawasan
-Pencemaran sungai akibat hakisan tanih yang dibawa oleh air larian permukaan.
-Pencemaran udara akibat pembebasan debu, asap dan habuk daripada kilang-kilang ke udara. -Pembuangan sisa toksik dan sampah ke dalam sungai menyebabkan air sungai tercemar, mengacam kehidupan akuatik - menyebabkan banjir kilat apabila berlaku hujan lebat -menyebabkan udara tercemar melalui bau busuk yang dikeluarkan Kesan Perindustrian Kesan Perindustrian Pembebasan CFC telah menipiskan Lapisan ozon dn meningkatkan kadar sinaran ultraungu matahari ke permukaan bumi yang menyebabkan barh kulit dan ketarak mata. Pembebasan karbon dioksida berlebihan telah meningkatkan suhu bumi. Hujan asid menyebabkan cat luntuh dan membahayakan kesihatan Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar penanaman semula, pemeliharaan cerun tinggi, dan penggunaan kaedah biologi. Kawasan hutan yang ditebang ditanam semula dengan spesies yang cepat tumbuh di bawah rancangan penghutanan semula. Contohnya, 35 200 hektar hutan ditanam semula di bawah projek ladang hutan. Di Bukit Tinggi, spesies pokok seperti akasia, batai, dan sesenduk digunakan dalam usaha penanaman semula. Di negeri Kedah, pokok medang teja ditanam. Kawasan hutan simpan dan taman negara diwartakan untuk memelihara hutan serta melindungi pelbagai jenis flora dan fauna. Contohnya, Taman Negara, Hutan Rimba Templer, dan Hutan Simpan Kabili di Sepilok. Di kawasan-kawasan ini, hutan tidak boleh ditebang. Petani pindah pula digalakkan mengubah kaedah pertanian yang mereka amalkan kepada pertanian tetap. Cerun bukit diteres untuk penanaman kelapa sawit dan getah bagi mengelakkan hakisan tanih. Contohnya, meletakkan plastik sementara di cerun, menanam rumput di cerun, membina longkang bagi mengelakkan air bertakung, dan membina dinding penahan. Di lereng bukit juga, dapat ditanam tanaman tutup bumi seperti kekacang dan rumput bagi mengurangkan hakisan tanih di samping dapat menyuburkan tanih. Penggunaan racun serangga dan racun rumpai perlu dikawal mengikut kadar yang ditetapkan supaya tidak digunakan secara berlebihan. Sebagai alternatifnya, kaedah biologi dapat digunakan untuk mengawal makhluk perosak. Baja organik seperti najis haiwan dan sisa tanaman digunakan bagi menggantikan penggunaan baja kimia. Ular, burung helang, dan burung hantu digunakan untuk makan tikus, tupai, dan burung di ladang kelapa sawit. Bagi mengawal serangga tanaman padi, buah- buahan, dan sayursayuran, burung kecil digunakan.