You are on page 1of 5

KPL.SP22103 M.

ROZLIN BIN AWANG


Pejabat Sukarelawan Polis Diraja Malaysia
Balai Polis Kota Bharu
Jalan Sultan Ibrahim
15990 Kota Bharu
KELANTAN

Tarikh : 4 Mac 2009


Tel : 012 3820607

SUPT. MOHD ISMON BIN HJ. SURATMAN


Ketua Jabatan Pengurusan
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan
Polis Diraja Malaysia
15900 Kota Bharu
KELANTAN

Tuan,

RAYUAN BAYARAN ELAUN TUGAS TAMBAHAN DAN


ELAUN PERBATUAN SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman Tuan, saya sebenarnya secara peribadi merasa terpanggil dan
juga mewakili anggota SPDRM untuk memberitahu keadaan sebenar apa yang dialami
oleh pihak kami semua iaitu anggota SPDRM Kontinjen Kelantan.

3. Tujuan saya menulis surat ini adalah memohon agar pihak Tuan dapat
menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh anggota SPDRM Kontinjen
Kelantan.

4. Masalah yang pertama adalah mengenai:-

4.1 Elaun Tugas Tambahan Yang Tidak Dibayar.

Elaun tugas tambahan ( disebut sebagai tugas khas ) yang tidak


dibayar oleh pihak kewangan IPK Kelantan kepada semua anggota
SPDRM bermula Januari 2008 sehingga kini. Untuk pengetahuan
Tuan, apabila kami tidak kerah secara aktif ataupun disebut
sebagai tugas biasa mengikut Perintah Tetap Ketua Polis
Negara ( PTKPN ) A502 Bahagian C Perenggan 8 kami hanya
dibenarkan bertugas tidak boleh melebihi 48 jam bertugas dalam
sebulan namun jikalau terdapat arahan-arahan tugas yang melebihi
48 jam bertugas seperti yang termaktub didalam PTKPN A502
Bahagian R Perenggan 3 ia adalah disebut sebagai tugas
tambahan sekaligus melayakan anggota untuk menerima elaun
sebagaimana yang telah diluluskan, namun apa yang berlaku
sekarang adalah sebaliknya. Disini juga saya sertakan petikan dari
PTKPN Bahagian R Perenggan 3:-
Di bawah "Rule 4(2) the Police Volunteer Reserve Pay,
Allowances and Compensation Rules, 1956", Menteri Dalam Negeri
boleh dalam kes-kes terkecuali memberi kuasa pembayaran elaun
melebihi masa maksimum yang dibenarkan iaitu 48 jam.

PTKPN Bahagian R Perenggan 3.1:-


" Menteri telah menurunkan kuasa yang dibenarkan kepadanya
dalam perenggan di atas, kepada semua Pesuruhjaya Polis
Negeri / Ketua Polis Negeri untuk membayar elaun-elaun
bulanan yang melebihi 48 jam kepada ahli-ahli Sukarelawan
Polis yang dikehendaki menjalani tugas tambahan sedemikian
cuma boleh dibayar bersabit tugas- tugas tambahan yang
dijalankan dalam keadaan-keadaan berikut:- “
3.1.1 Semasa pilihanraya Persekutuan, Negeri dan Majlis
Tempatan.
3.1.2 Perayaan Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Agong.
3.1.3 Perayaan Keputeraan DYMM Raja-Raja dan ulang
tahun Yang Terutama DiPertua Negeri.
3.1.4 Ketenteraman Awam.
3.1.5 Perayaan Kemerdekaan.
3.1.6 Operasi Pencegahan Jenayah.
3.1.7 Upacara Perayaan Keagamaan.
3.1.8 Pertunjukan-pertunjukan tertentu / pameran-pameran
yang dianjurkan oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan.

5. Untuk makluman Tuan, bersabit dengan tugas-tugas tambahan ini kami semua
berasa sedikit terkilan apabila Pegawai Turus Logistik bahagian kewangan IPK
Kelantan telah membuat arahan yang saya rasakan bertentangan dengan apa yang
dinyatakan di dalam PTKPN A502. Sebagai contoh dalam kes:-
5.1 Operasi Pencegahan Jenayah – Sekatan Jalan Raya (SJR) dan
Operasi Trafik – Ketenteraman Awam ( Cegah Lumba Haram ).

Kami telah diarahkan membantu pasukan untuk membuat Operasi


Cegah Jenayah – Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Operasi Trafik –
Ketenteraman Awam (Cegah Lumba Haram) dan sebagaimana
termaktub, tugas tersebut adalah dibawah Bahagian R Perenggan
3.1 tetapi pihak kewangan IPK telah menklasifikasikan tugas
tersebut sebagai penugasan biasa iaitu dibawah Bahagian C
perenggan 8 dan ini secara tak langsung akan menimbulkan satu
masalah kepada semua anggota kerana apabila keluar bertugas
elaun tugas tidak akan dibayar kerana anggota juga telah terikat
dengan jadual penugasan biasa iaitu penugasan Bit dan Patrol
yang tidak boleh melebihi 48 jam dalam sebulan, sedangkan kami
di Kelantan khususnya di IPD Kota Bharu sudah menjadi satu rutin
dimana operasi cegah jenayah SJR termasuk operasi Trafik dibuat
lebih kurang minimum 2 hingga 3 kali seminggu bagi membendung
kes-kes jenayah dan lumba haram yang semakin meningkat, belum
lagi dikira tugas-tugas yang lain seperti kawalan keselamatan
Keberangkatan KDYMM Tuanku Al Sultan dan Raja Perempuan
Kelantan, Keberangkatan YTM Tengku Mahkota Kelantan serta
program pihak berkuasa tempatan dan Jabatan-Jabatan kerajaan.
Oleh itu saya sangat-sangat berharap agar Tuan dapat
menyelesaikan perkara ini dengan sewajarnya.

6. Disini juga saya ingin memaklumkan bahawa sehingga kini kami anggota SPDRM
Kontinjen Kelantan khususnya di IPD Kota Bharu merasa tersepit diantara arahan
tugas dari KPD dan juga diantara tugas-tugas yang sepatutnya dibayar tetapi tidak
dibayar oleh pihak kewangan IPK, bukannya kami terlalu mengharap kepada elaun
SPDRM semata mata kerana boleh dikatakan semua anggota SPDRM telah
mempunyai pekerjaan tetap masing-masing sebagai sumber mata pencarian tetapi
tidak menjadi kesalahan rasanya dengan adanya sedikit imbuhan yang disediakan oleh
pihak kerajaan kepada kami seperti yang termaktub dalam Seksyen 42 (1) dan (2)
Akta Polis 1967, secara tidak langsung ianya dapat memberi lebih semangat kepada
setiap anggota untuk memberi khidmat bakti yang tidak berbelah bagi kepada pasukan.
Di sini juga saya sertakan salinan analisa semboyan penugasan tugas-tugas tambahan
( Tugas-tugas Khas ) bagi membuat tuntutan tugas-tugas tambahan bulan
Januari 2009 yang telah ditolak oleh Pegawai Turus Logistik ( Bahagian Kewangan )
tanpa sebab yang munasabah.

7. Untuk pengetahuan Tuan, pegawai kami telah berulang kali telah pergi berjumpa
dengan Pegawai Turus Logistik bahagian kewangan IPK Kelantan bagi
menyelesaikan masalah tentang pembayaran elaun tugas tambahan SPDRM namun
tidak ada penyelesaian malah saya sendiri pernah bercakap dengan beliau ( melalui
talipon ) merayu agar setiap penugasan anggota SPDRM dibayar elaun yang telah
diperuntukkan namun tiada hasil yang positif, jesteru itu saya telah mengambil inisiatif
sendiri untuk memaklumkan tentang perkara ini kepada Tuan agar kemelut ini dapat
diselesaikan dengan cara yang baik.

8. Masalah yang kedua adalah mengenai:-

8.1 Elaun Perjalanan Ke Tempat Bertugas. ( Elaun Perbatuan )

Saya juga merayu kepada Tuan agar membenarkan anggota SPDRM


membuat tuntutan perjalanan pergi dan balik dari rumah atau dari
tempat kerja ke balai untuk bertugas mengikut kadar Elaun
Perbatuan seperti yang termaktub di dalam PTKPN A502 Bahagian
R Perenggan 5. Untuk makluman Tuan sebelum ini kami semua
hanya dibenarkan membuat tuntutan perjalanan hanya mengikut
kadar Elaun Basikal sahaja, iaitu mengikut PTKPN A502 Bahagian R
Perenggan 9, tetapi dari apa yang termaktub di dalam perenggan 9
tersebut iaitu elaun basikal hanyalah disebut sebagai " GANTI "
kepada tuntutan elaun perbatuan dan elaun perjalanan dan bukannya
menjadi keutamaan berbanding dengan elaun perbatuan yang secara
jelas termaktub dalam Bahagian R Perenggan 5 iaitu " Sukarelawan
Polis apabila menjalankan tugas polis adalah " BERHAK "
menuntut elaun perbatuan pada kadar yang sama seperti
Pegawai Polis yang setaraf pangkat ". Oleh itu saya dengan tulus
hati merayu agar tuntutan elaun SPDRM dibuat mengikut kadar
perbatuan memandangkan kos sara hidup masa kini yang agak begitu
tinggi dimana pada pendapat saya bayaran elaun basikal sebanyak
20 sen sekilometer ( Bersamaan RM70.00 Sebulan ) adalah sudah
tidak lagi relevan berbanding dengan elaun perbatuan yang dikira
dengan kadar 40 hingga 70 sen sekilometer mengikut pangkat dan
kapasiti kenderaan. Saya juga merasakan dengan perubahan ini
ianya akan dapat menyuntik semangat serta mendatangkan kesan
yang lebih positif kepada anggota dalam melaksanakan tugas
penguatkuasaan undang-undang dan bagi pasukan pula ianya akan
dapat menarik minat lebih ramai kakitangan awam yang ingin
membantu pasukan Polis Diraja Malaysia dengan menyertai pasukan
SPDRM.

9. Untuk pengetahuan Tuan Juga, kami anggota SPDRM telah diarahkan mengaku
menggunakan basikal oleh pihak kewangan IPK dengan menandatangani borang UKK 1
iaitu borang tuntutan elaun basikal sedangkan semua anggota menggunakan kenderaan
sendiri iaitu motosikal dan kereta untuk hadir bertugas di balai, oleh itu saya merayu
agar Tuan dapat mengkaji semula tentang perkara ini demi keadilan seluruh anggota
SPDRM yang sama-sama menggadai nyawa sewaktu bertugas demi kepentingan
agama, bangsa dan negara.

10. Akhir sekali saya juga mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya rayuan
saya ini akan menimbulkan kesulitan kepada pasukan namun di sudut hati saya
sebenarnya tidak ada niat lain selain dari menjaga kebajikan angggota SPDRM
khususnya Kontinjen Kelantan supaya lebih terjamin dan sempurna disamping
bersama-sama memperkasakan pasukan Polis Diraja Malaysia.

Sekian, terima kasih

‘‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’


‘‘TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH’’

Yang Benar

( KPL/SP22103 M. ROZLIN BIN AWANG )


Penolong Pegawai Operasi
SPDRM Balai Kota Bharu.

s.k:

ASP Hal Ehwal Awam Kontinjen Kelantan


Komandan SPDRM Kontinjen Kelantan

You might also like