You are on page 1of 1

Seterusnya, bagi pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran interpersonal pula, pendekatan

yang paling sesuai diaplikasikan dalam P&P ialah strategi berasaskan koperatif. Di sini. Pelajar
diletakkan dalam kumpulan berbeza di mana mereka akan bekerjasama mencapai matlamat
yang sama. Dalam usaha berunding atau berbincang mengenai sesuatu fakta Sains, pemikiran
saintifik pelajar dapat diransangkan. Seterusnya, mereka dapat memperoleh pemahaman
konsep yang lebih kukuh.


Jenis gaya pembelajaran pelajar yang terakhir pula merupakan pembelajaran
intrapersonal. Terlebih dahulu, guru harus memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar
sebelum P&P dimulakan. Hal ini amat penting dalam membantu pelajar untuk mengetahui apa
yang harus dicapai dalam P&P. Selain itu, guru haruslah memperbanyakkan aktiviti uji kaji dan
soal jawab untuk menentukan tahap pembelajaran pelajar.

Secara kesimpulannya,kepelbagaian pelajar yang disebabkan gaya pembelajaran yang
berbeza telah menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Oleh itu, betapa pentingnya guru mengetahui perbezaan pelajar masing-masing untuk
menghasilkan sesi P&P yang sesuai untuk mereka.

You might also like