You are on page 1of 22

Penaakulan Moral (Moral Reasoning)

Setiap insan moral berupaya membuat


penaakulan moral, iaitu suatu proses di mana
seseorang individu memperkembangkan
kebolehan membuat pertimbangan dan/atau
keputusan moral yang matang dan tersendiri
tanpa dipengaruhi oleh perasaannya dan
pandangan orang lain dalam suatu situasi moral.

Proses penaakulan moral melibatkan
pertimbangan secara objektif dan adil tentang
segala fakta berkaitan situasi moral yang dihadapi
serta mengambil kira prinsip-prinsip moral
sejagat.
Keputusan moral yang dicapai hendaklah konsisten,
objektif dan sejagat bagi sesuatu situasi yang serupa.

Menurut ahli psikologi seperti Piaget (1968) dan
Kohlberg, proses penaakulan moral melibatkan
perkembangan moral secara berperingkat, dari
peringkat seorang mematuhi peraturan moral supaya
tidak dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa
sehingga ke peringkat dia, sebagai orang yang
berautonomi (bebas), akan menepati peraturan moral
selaras dengan prinsip-prinsip moral yang sejagat.
Individu yang tidak berupaya membuat penaakulan
moral akan menjadi seorang yang tidak rasional dan
akan bertindak secara buta tuli.
EMOSI MORAL
Emosi moral memberi perangsangan kepada
seorang untuk bertindak secara bermoral
dengan yakin dan merupakan sesuatu yang tidak
dapat diketepikan dalam suatu keputusan dan
tindakan moral kerana manusia mempunyai
perasaan. Walau bagaimanapun bukan semua
perasaan boleh dikatakan sebagai emosi moral.
Emosi moral hanya merujuk kepada perasaan
yang "betul" yang melibatkan kerasionalan dalam
sesuatu situasi yang dihadapi.


Untuk menyuburkan emosi moral, seseorang
perlu:
Memahami perasaan orang lain serta diri sendiri
dalam sesuatu situasi moral.
Berupaya menyatakan dengan jelas perasaan-
perasaan yang timbul dalam situasi itu.
Membuat keputusan berdasarkan perasaan yang
betul bukan perasaan yang tidak munasabah
dalam situasi itu.

Emosi moral dapat menghubungkan perasaan
dengan keputusan moral secara objektif serta
mengurangkan atau merapatkan jurang
perbezaan di antara keputusan dan tingkah laku.
TINGKAHLAKU
Tingkah laku moral ialah segala yang dilakukan oleh
individu berkaitan dengan peraturan moral. Peraturan
moral menentukan tingkah laku semasa dan memberi
panduan kepada individu pada masa depan dan juga
merupakan asas bagi nilai tingkah laku yang lepas.

Tingkah laku moral tidak terhad kepada mematuhi
sesuatu peraturan semata-mata kerana ia satu
peraturan, tetapi haruslah berdasarkan pemahaman
sebab yang baik dan munasabah. Tingkah laku adalah
penting. Orang yang mempunyai penaakulan moral
tetapi tanpa tingkah laku akan menjadi orang yang
"cakap tak bikin". Begitu juga orang yang mempunyai
emosi tanpa tingkah laku hanya mementingkan
keselesaan diri sendiri sahaja
Prinsip Autonomi
Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas.
Pertimbangan dan tingkah laku yang
dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari
luar tidak boleh dikategorikan sebagai
moral.
Contohnya : Berfikir secara rasional dalam
melakukan sesuatu perkara sama ada
baik atau buruk.

PRINSIP KEADILAN
Keadilan melibatkan menghormati hak
orang lain dan kesaksamaan. Oleh itu
keadilan tidak akan membenarkan individu
menyalahgunakan kebebasannya untuk
individu yang bersifat tamak dan
mementingkan diri sendiri.
Contohnya: Seorang peguam haruslah
bersikap adil dalam membuat sesuatu
keputusan.
PRINSIP ALTRUISME
Belas kasihan, simpati, menghargai dan
mengambil berat tentang kebajikan orang lain.
Altruisme juga akan menjauhkan individu
daripada sifat mementingkan diri sendiri.
Contohnya: Apabila melihat seseorang dalam
kesusahan kita sewajarnya menghulurkan
bantuan.
INSAN YANG BERMORAL

1. Budi pekerti,tingkahlaku mulia, berbudi
bahasa
2. Tidak angkuh, tidak menunjuk, tidak sombong
3. Suka bergaul mesra, tidak mengasing diri
4. Hormat-menghormati
CIRI-CIRI INSAN BERMORAL

1. Menghormati autoriti ( ibu bapa,guru,
pemimpin Negara).
2. Melakukan sesuatu secara bebas dan rasional.
3. Memahami perasaan org lain.
4. Mempunyai motivasi moral buat keputusan.
5. Mempunyai iltizam secara konsisten.
DATUK NICOL ANN DAVID
Dilahirkan pada 23 ogos 1983 di Pulau Pinang.
Dalam SPM mendapat 9A manakala PMR 7A.
Ayahnya seorang jurutera manakala ibunya
seorang guru.
Pemain yang mencipta nama dalam arena sukan
squash
Pemain nombor satu dunia sejak memenangi
kejuaraan terbuka dunia(orang asia pertama
memenangi).
Penerima pertama anugerah Darjah Bakti pada
tahun 2008.
memenangi sebanyak 28 kali kejohanan
antarabangsa sejak 2000 sehingga 2008.


DATUK SITI NURHALIZA
Dilahirkan pada 11 January 1979 di
Kampung Awah Temerloh, Pahang.
Menerima anugerah kebangsaan
yang pertama di Festival Muzik
Shanghai 1999.
Memenangi anugerah Pop
Winner dalam South Pacific
International Song and Singing
Competition.
Mengadakan kosert solo pada 1
April 2005 di Royal Albert Hall,
London.
Digelar Celine Dion Asia.
Banyak memenangi anugerah
sama ada dalam dan luar negara.
DATUK MICHELLE YEOH
Pelakon antarabangsa yang menempa
sejak sekian lama.
Seorang penari ballet pada umur 4
tahun.
Perenang antarabangsa dan penyelam.
Pemenang Miss Malaysia Beauty
Pageant 1983.
Menerima anugerah Datopada tahun
2001 oleh Sultan Perak tempat asalnya.
Penerima kedua the Legion of Honour
from the French government.

Dato' Sudirman bin Haji Arshad
Dilahirkan pada 25 May 1954 di Temerloh,Pahang.
Meninggal dunia pada 22 FEB 1992 (37 tahun).
Dikenali sebagai singing lawyer dan Elvis malaysia.
Kejuaran :
Bintang RTM 1976.
Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, RTM 1978
"Malaysia's Singing Ambassador" MTDC 1985 ("To know Malaysia is to love
Malaysia")
Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu TV3 1987
Ahli Mangku Negara by Yang di-Pertuan Agong 1988
Asia's Number One Performer 1989. Salem Music Award London
Malaysia Guinness Awards
Ahli Mahkota Pahang by Sultan of Pahang 1990
Johan Mangku Negara by Yang di-Pertuan Agong 1992
No. 1 Malaysian singer (from New Straits Times)



TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ
Dilahirkan pada 8 November 1903 di
Alor Setar, Kedah.
Pada 1961, Tunku Abdul Rahman
dianugerahkan Order of the
Companions of Honour (CH) oleh
Queen Elizabeth II dan dilantik oleh
Order of Australia in 1987.
Tunku Abdul Rahman Stamp Issues:
Pada 1991, beliau termasuk dalam
koleksi mantan perdana menteri di
Malaysia stamps issue.
Pada 2003, stem Tunku Abdul Rahman
diterbitkan untuk menyambut ulang
tahun beliau yang ke-100 dan
mengenang jasa beliau sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang pertama sejak
kemerdekaan.

MOTHER TERESA
Dilahirkan pada 26 Ogos 1910 di
Skopje,Macedonia.
Menyertai sisters of Loretopada umur 18
tahun dan melayani Tuhan.
Sering menolong orang-orang yang miskin
dan mempunyai untuk menolong orang-
orang yang tiada rumah dan berpenyakit
AIDS .
Anugerah:
-Pope John XXlll Peace Prize(1971).
-Nehru Prizes 1972.
-Balzan Prizes 1979.
-Templeton and Magsaysay awards.
-The Nobel Peace Prize 1979.


P.RAMLEE
Dilahirkan pada 22 March 1929 di Pulau Pinang.
Berkecimpung dalam bidang menyanyi,menulis lagu,pelakon dan
direktor.
Terkenal di Indonesia dan Singapura.
Kejayaan:
Best Musical Score for Hang Tuah Third Asian Film Festival, Hong
Kong (1956)
Best Male Actor for Anak-ku Sazali (My son, Sazali) Fourth Asian Film
Festival, Tokyo (1957)
Best Comedy Film for Nujum Pak Belalang (The Fortune Teller)
Seventh Asian Film Festival, Tokyo (1960)
Most Versatile Talent for Ibu Mertua Ku (My Mother In-law) Tenth
Asian Film Festival, Tokyo (1963)
Best Comedy Film for Madu Tiga (Three Wives) Eleventh Asian Film
Festival, Taipei (1964)
His final film was Laksamana Do Re Mi in 1972 and his last song and
lyrics was Ayer Mata Di Kuala Lumpur in 1973 before his death.

You might also like