You are on page 1of 9

1

PPIK 3 ( PENGURUSAN GRAFIK )


Tenaga angin
Penjana boleh dijalankan
menggunakan kekuatan angin
untuk menjanakan elektrik
Tenaga Geoterma
Lapisan batuan yang berada sangat jauh dibawah permukaan
bumi yang sangat panas. Apabila air dipam ke dalam batuan
yang sangat panas itu, air ditukarkan kepada stim yang boleh
digunakan mengerakkan turbin dan menjana elektrik
Tenaga Nuklear
Stesen kuasa nuklear menggunakan nucleus untuk
menjanakan arus nuklear. Uranium-235 mengalami
tindakbalas belahan dan tenaga dibebaskan.
Kegunaan: sumber elektrik


2

PERANAN DALAM MENGURANGKAN PEMBAZIRAN TENAGA DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN
Menyokong pelaksanakan program-program kesedaran awam mengenai
penggunaan tenaga secara cekap melalui program Energy Month pada bulan
November setiap tahun. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti seminar,
pameran, edaran-edaran risalah dan buku panduan serta aktiviti-aktiviti
peringkat sekolah mengenai kepentingan dan cara-cara untuk menjimatkan
penggunaan tenaga.
Menjimatkan penggunaan elektrik di dalam rumah:
Tutup lampu pada waktu siang.
Setkan suhu pendingin hawa di antara 24C hingga 26C, iaitu paras
rendah (24C) semasa cuaca panas dan paras tinggi (26C) pada
musim hujan. Menggunakan aliran udara semula jadi di waktu
musim sejuk kerana ia lebih nyaman dan menyegarkan.
Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana
untuk menjimatkan tenaga. Penggunaannya hanyalah di waktu suhu
adalah rendah atau di musim tengkujuh sahaja. Penggunaan air
semulajadi adalah lebih menyamankan untuk meneruskan aktiviti
seharian kita.
Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan
tenaga. Terdapat peralatan yang menggunakan 75% tenaga kurang
daripada oven yang besar.
Memilih peralatan elektrik yang dapat menjimatkan penggunaan
tenaga adalah menjadi keutamaan.
30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka.
Keadaan yang sama untuk oven. Elakkan membuka peti sejuk terlalu
kerap dengan merancang barang yang perlu dikeluarkan sekaligus
sahaja.
Lebih kerap menggunakan kipas siling untuk aliran udara berbanding
pendingin hawa. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.




3

Menggalakkan penanaman pokok :
Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk
teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan
kesan pemanasan kepada rumah.

Menggunakan peralatan elektrik dengan betul:
Jangan memasukkan makanan melebihi muatan peti sejuk. Ini
kerana udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan
makanan disimpan pada suhu yang betul.
Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan
letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.
Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras
yang betul.
Keluarkan palam bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan.
Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR
mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
Jika dinding di rumah atau pejabat tidak ditebat, gunakan perkakas
berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan
ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar
dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang,
pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
Beli alat pendingin hawa yang bersaiz betul untuk kegunaan di rumah
atau pejabat. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak
tenaga dan tutup/ buka secara kerap


Menjimatkan penggunaan air:
Tutup kepala paip atau sumber air selepas digunakan.
Menadah air hujan untuk tujuan menyiram bunga dan membasuh
kereta
Tidak menggunakan kuantiti air secara berlebihan dalam membuat
kerja rumah seperti membasuh baju dan membasuh pinggan

4


Membersihkan perkakas elektrik :
Membersihkan kipas angin bilik 2 bulan sekali untuk mengelakkan
habuk-habuk daripada melekat dan seterusnya menggunakan
elektrik yang lebih untuk bergerak.
Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi
sehingga 50% pengeluaran tenaga.

Menggunakan perkakas elektrik yang di sahkan SIRIM dan cekap tenaga:
Membeli peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan 'Cekap
Tenaga'. Wang yang dijimatkan melalui penjimatan tenaga ini dapat
memulangkan kos pelaburan tersebut dalam beberapa tahun
Lampu kalimantang kompak menggunakan 75% tenaga kurang
daripada lampu kalimantang biasa dan mempunyai jangka hayat 10
kali juga. Penukaran kepada lampu ini dapat menjimatkan tenaga.
bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul. Pastikan anda
membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai
perbezaan yang besar dalam jenama yang sama.
Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian
yang melebihi keperluan keluarga akan menyebabkan pembaziran
wang dan juga penggunaan tenaga.
Jika peralatan elektrik melebihi 10 - 15 tahun. Praktiskan penukaran
semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
Pastikan label "EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini
menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan
menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara
cekap. Jika peralatan tersebut buatan Malaysia, lihat label "Cekap
Tenaga" yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.





5

Pada akhir aktiviti, jawab soalan berikut:
1. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini?

Dalam pembelajaran aktiviti ini, saya dapat mengetahui dan mengenalpasti
sumbersumber tenaga yang terdapat di dalam dan di luar Negara. Saya juga
dapat mengetahui bahawa sumber tenaga terbahagi kepada dua iaitu sumber
yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Di
Malaysia sendiri mempunyai sumber tenaga seperti tenaga suria,
hidroelektrik, biojisim, arang batu, petroleum dan gas asli. Sumber-sumber
tenaga yang diperolehi sesebuah Negara itu bergantung kepada keadaan
sekeliling seperti di Malaysia penggunaan sumber tenaga dari hidroelektrik
dan petroleum serta gas asli sangat tinggi kerana Malaysia mempunyai
kawasan yang sesuai untuk dijadikan empangan yang boleh membekalkan
tenaga. Ini berbeza dari Negara India yang menjadikan tenaga biojisim
sebagai sumber tenaga yang utama kerana meraka mempunyai sisa-sisa
haiwan seperti lembu yang sangat banyak yang boleh diproses dan kemudian
dijadikan sebagai sumber tenaga.

2. Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang
berkaitan dengan topik ini?
Tahun 5 /Tema : Menyiasat Daya Dan Tenaga
Topik : Memahami Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Dan Tidak Boleh
Diperbaharui

3. Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti ini
dalam pengajaran dan pembelajaran anda?

Mengadakan perbincangan secara berkumpulan. Minta pelajar
mengklasifikasikan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak
boleh diperbaharui dengan menggunakan peta iThink.
Menggunakan powerpoint. Minta pelajar mempersembahkan jenis-
jenis sumber tenaga. Kemudian bincangkan cara sumber tenaga ini
diperolehi.

6

Menggunakan teknik lakonan. Lakonkan senario penggunaan sumber
tenaga yang berlebihan. Contohnya penggunaan air yang berlebihan di
rumah ataupun tidak menutup lampu rumah pada waktu siang, serta
membiarkan kipas angin sentiasa terbuka. Membincangkan kesan dan
akibat daripada perlakuan itu seperti bil bulanan meningkat tinggi.
Selepas itu, minta pandangan pelajar tentang cara mengurangkan
penggunaannya.

Menayangkan tayangan video tentang sumber tenaga yang terdapat di
Malaysia dan yang sering digunakan oleh mereka serta peranannya
dalam kehidupan seharian. Murid mengumpul maklumat dalam
tayangan yang dipaparkan dan membuat perbincangan serta membina
nota ringkas dalam bentuk peta iThink secara berkumpulan agar boleh
berkongsi idea dan pendapat di antara satu sama lain.

Mengadakan kuiz atau permainan stesen. Di setiap stesen pelajar
dikehendaki menjawab soalan berkaitan tentang sumber tenaga.
Contohnya, cara penggunaan tenaga yang betul, jenis sumber tenaga
yang terdapat di Malaysia atau kesan pembaziran sumber tenaga
pada jangka masa yang panjang.


4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

Guru berperanan sebagai fasilitator dalam memandu murid memahami
input-input yang diperolehi.
Guru juga adalah penyalur maklumat kepada murid tentang tenaga
yang digunakan dalam kehidupan seharian.
Guru perlu membimbing murid ke arah membentuk pengetahuan yang
berguna serta mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi agar
dipraktikkan dalam kehidupan seharian nanti. Keberkesanan
pemerolehan ilmu akan dapat dikesan dengan kejayaan murid dalam
membina peta iThink tentang pengelasan tenaga.

7

Guru juga dapat menguji tahap pemahaman pelajar melalui
penyoalan. Melalui penyoalan guru dapat mengenalpasti murid yang
lemah dan kemudian membantu memberi penerangan yang lebih
lanjut untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid.
Guru juga boleh membimbing pelajar dengan memberi maklumat
tambahan serta contoh tentang penggunaan sumber tenaga.
Guru boleh merancang aktiviti tambahan untuk memberi pengalaman
serta menyediakan ruang untuk murid menjana idea tentang kehidupan
hari ini dan pada masa akan datang sekiranya tenaga tidak diperolehi
atau habis digunakan sekiranya tidak digunakan secara berhemah
pada masa kini.
Menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dirancang
oleh guru contohnya lakonan tentang kesan pembaziran tenaga di
rumah.
Menyediakan peluang kepada pelajar untuk belajar secara kumpulan
dengan mengumpul maklumat daripada tayangan video yang
dipaparkan. Mereka akan menjalankan perbincangan bagi mencetus
pelbagai idea di samping berfikir secara kritis untuk mengenal dan
mengatasi permasalahan yang diberi.




8

RUJUKAN

http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/06/tenaga-yang-boleh-diperbaharui-
dan.html
http://c-tenaga.blogspot.com/p/tenaga-biojisim.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/1236-tenaga.html
http://zainab-othman.blogspot.com/2011/12/tenaga-dan-sumber-tenaga.html
http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/hsp.html
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php
http://ctmuhaimin.blogspot.com/p/video.html

Sopia Binti Md Yassin,Mohd Yatim B Dolir,Azizih Bt Ngah Nasir,
Suwaibatullahaslamiah Bt Jalaludin. (2012).Sains Tahun 5 Sekolah Kebangsaan
Buku Teks.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Giam Yee Sim. Wong Ai Wee Ng Pei Sim.(2010).Bilingual Text Science Year 5.
Selangor: Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd
Marni Baharom. Emcee Voo. (2008). Complete Text And Guide UPSR Bilingual
Science Year 5. Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd







9

You might also like