You are on page 1of 4

KEANGKUHAN RAJA NAMRUD

1. Adik, sebagaimana yang kita ketahui Raja Namrud


ialah seorang yang sangat sombong dan angkuh
kerana kekuasaan yang dimilikinya, pada pendapat
adik wajarkah seseorang yang mempunyai kuasa
bersifat sombong kepada orang lain? Mengapa?

2. Nabi Ibrahim adalah salah seorang Nabi yang
termasuk di dalam nabi-nabi ulul azmi, bolehkan
adik sebutkan sifat-sifat yang baik yang dimiliki oleh
nabi Ibrahim?

3. Raja Namrud ialah raja yang memiliki sifat-sifat
mazmumah (sifat tercela) seperti angkuh, zalim dan
sombong, bolehkah adik berikan dua contoh sifat
mahmudah (sifat terpuji) di dalam Islam?





KISAH NABI ZULKIFLI

1. Kita sedia maklum bahawa nabi ialah seorang yang
mulia dan memiliki sifat-sifat peribadi yang baik.
Bolehkan adik sebutkan nilai murni yang dimiliki oleh
nabi Zulkifli?

2. Daripada cerita yang adik sampaikan tadi terdapat
nilai-nilai murni yang patut kita contohi dan
amalkan. Antaranya ialah sifat sabar. Pada pendapat
adik apakah faedah yang kita perolehi jika kita
sentiasa bersifat sabar.

3. Di dalam kehidupan kita seharian ada kalanya Allah
akan memberi kita ujian dan dugaan yang
meyukarkan kehidupan kita. Apabila kita ditimpa
masalah, apakah yang patut kita lakukan?






PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR

1. Kisah ini mengajar kita tentang pentingnya
persaudaraan yang ikhlas dan tidak mengharapkan
balasan. Pada pendapat adik bagaimanakah kita
boleh mewujudkan perhubungan yang baik sesama
jiran.

2. Di dalam Islam, masjid bukan sahaja berfungsi
sebagai tempat untuk bersembahyang. Apakah
fungsi-fungsi lain bagi masjid yang yang adik tahu?

3. Di dalam Islam sikap suka membantu menbatu dan
tolong menolong adalah sangat digalakkan, tetapi
adakah boleh sekiranya sesuatu pertolongan itu
dikakukan kerana hendak menunjuk-nunjuk?
Mengapa?






WAHYU PERTAMA RASULULLAH
1. Wahyu pertama yang diterima oleh nabi Muhammad
ialah Iqra iaitu membaca. Apakah kepentingan
membaca bagi seorang pelajar

2. Kisah ini telah menyedarkan kita betapa besarnya
pengorbanan yang telah dicurahkan nabi
Muhammad untuk kita ummat yang dikasihinya.
Bolehkah adik sebutkan bagaimanakah caranya
untuk kita menunjukkan perasaan kasih kepada
nabi?

3. Sebagai seorang isteri yang solehah, Khadijah telah
menenangkan nabi yang pulang dalam keadaan
ketakutan. Jika adik bertemu seseorang yang sedang
ketakutan apakah yang adik akan lakukan untuk
menolongnya?

You might also like