You are on page 1of 20

BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.1 KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1) Apakah DEFINISI bimbingan, kaunseling dan psikoterapi?

Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan
panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat
jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah
laku ke arah yang positif.

Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan
seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama
memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya
melaksanakan alternatif yang dipilih

Psikoterapi ialah suatu proses rawatan yang membawa seseorang untuk menyemak dan
mengatur persepsinya terhadap diri dan persekitarannya seterusnya bersedia menerima
reality hidup dunianya.

2) Perbandingan KONSEP bimbingan dengan kaunseling.

Persamaan
- Bimbingan dan kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk melihat pelbagai
opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya membantu klien membuat keputusan
yang bijak.

Perbezaan (pendekatan yang digunakan)
Bimbingan Semasa proses bimbingan, masalah
klien diberikan tumpuan dan
layanan yang rapi;
kemudian maklumat atau nasihat
dibekalkan oleh seseorang pakar
(pembimbing/guru)
Semasa bimbingan diberikan, klien telah
pun membuat keputusan terhadap
sesuatu isu; klien hanya memerlukan
maklumat lanjut dan nasihat terhadap
keputusannya itu.
Kaunseling Semasa proses kaunseling, masalah
klien dibincangkan bersama klien
dan kaunselor;
Di akhir sesi diharap klien mendapat
celik akar dalam mencari cara
penyelesaian serta berupaya
membuat keputusan yang baik.
Kaunseling dijalankan dalam dua situasi:
1. Membantu klien mempertimbangkan
satu-satu pilihan yang berpotensi dari
pelbagai sudut sebelum membuat
pilihan
2. Membantu klien mengubahsuai ,
mengukuh atau mengetepikan satu-
satu pilihan yang telah dibuat.





3) Perbandingan KONSEP kaunseling dan psikoterapi.
Aspek Kaunseling Psikoterapi
Pendekatan Tidak tertumpu kepada satu pendekatan
khusus sahaja.
Berasaskan pendekatan psikodinamik
Frued, di mana salah satu fokus latihan
adalah terhadap masa silam pesakit.
Tempoh
latihan
Tempoh latihan singkat dan kos yang
lebih murah.
Kaunseling tidak bercorak terlalu
akademik dan berbentuk pendidikan
inklusif. Sesiapa sahaja berpeluang
mengikuti kursus ini.
Mengambil masa yang lama.
Syarat pertama, terapis perlu
menjalankan sesi bersama pesakit
sebenar di bawah penyeliaan terapis
berpengalaman.
Syarat kedua, terapis perlu memiliki
kelayakan akademik sarjana muda.
Fokus isu Isu-isu masa kini untuk membantu
individu berkembang dan mencapai
potensi menangani isu yang timbul.
Tertumpu kepada punca masa lampau
berhubung dengan masalah neorosis
dan psikosis yang melibatkan perubahan
personaliti secara mendadak.
Seting Pejabat atau pusat kaunseling
(bukan perubatan)
Klinik atau hospital
(bersifat perubatan)
Tempoh sesi Satu hingga beberapa sesi Mengambil masa yang panjang dan
bertahun-tahun mengikut kes-kes
tertentu.

4) Perbandingan ASPEK antara bimbingan , kaunseling dan psikoterapi.

Aspek Bimbingan Kaunseling Psikoterapi
Konsep asas Proses bantuan kepada
individu ke arah
pengetahuan,
pemahaman dan
kemahiran
Proses interaksi antara
kaunselor terlatih dengan
klien yang mengalami
kekeliruan kepada
memahami diri dan
persekitaran.
Proses rawatan psikologi
yang dijalankan oleh
pakar kepada pesakit ke
arah perubahan persepsi
terhadap dunia realiti
Matlamat Memberi nasihat,
panduan dan pengajaran
kepada pelajar yang
memerlukan
Mengatasi dan menangani
kekeliruan, kebuntuan
dan kekusutan fikiran dan
perasaan klien
Memulihkan kekeliruan,
kecelaruan mental dan
emosi dalam
pembentukan semula
jiwa.
Seting Sekolah, kolej, institusi
pengajian tinggi.
Sekolah, kolej, institusi
pengajian tinggi, pejabat,
kilang dll.
Hospital, klinik, pusat
perubatan.
Tempoh Masa yang singkat dan
ringkas
Satu hingga lapan sesi Lebih daripada 6 bulan
Jenis
masalah
Masalah peribadi,
akademik, keluarga
kerjaya, hubungan
interpersonal.
Masalah peribadi,
akademik, keluarga
kerjaya, hubungan
interpersonal.
Masalah neorosis dan
psikosis
Kaedah Kaedah pengajaran dan
nasihat
Kaedahn perbincangan
dan pendidikan
Kaedah rawatan
Pihak
profesional
Guru biasa, guru mata
pelajaran, guru bimbingan
dan kaunseling
Guru bimbingan dan
kaunseling, pakar
psikologi kaunseling
Pakar psikologi kaunseling
klinikal psikatris,
psikoanalisis
Sasaran Individu, kelompok kecil
atau besar
Individu, kelompok kecil Individu yang mengalami
masalah psikologi
1.2 MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
5) Apakah MATLAMAT bimbingan dan kaunseling?








1.3 PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING
6) Huraikan PRINSIP-PRINSIP Bimbingan dan Kaunseling.

Kandungan Huraian
1. Bimbingan dan Kaunseling adalah
suatu proses pendidikan yang
terancang dan berterusan
Bimbingan dan kaunseling disediakan sepanjang tempoh
persekolahan dan individu pada semua peringkat dan tahap sekolah.
Dengan kata lain, semua kanak-kanak boleh menggunakan
perkhidmatan yang ditawarkan serta melibatkan diri dalam semua
aktiviti berkaitan yang diiaksanakan. Mereka dibimbing untuk
memperoleh pengalaman dan memupuk nilai, sikap, perlakuan dan
kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di
negara kita.
2. Bimbingan dan Kaunseling adalah
untuk semua kanak-kanak
Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling yang terangkum dalam
perancangan tahunan terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa
mengira latar belakang, kaum etnik, agama atau kepercayaan
masing-masing. Maka jelas bahawa aktiviti-aktiviti yang dikendalikan
bersifat menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan semua
golongan kanak-kanak, mahupun bijak, sederhana atau lemah.
3. Semua kanak-kanak mempunyai
hak untuk mendapatkan
bantuan apabila mereka
memerlukan
Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah sentiasa bersedia untuk
membantu kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan
sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut hendaklah terhad
kepada waktu pejabat, melainkan timbul kecemasan atau krisis yang
memerlukan bantuan serta merta.
4. Bimbingan dan kaunseling adalah
untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak bagi
mengembangkan potensi dan
kebolehan mereka.
Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang dan dikendalikan
hendaklah bertujuan untuk melayan keperluan kanak-kanak agar
dapat berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap
perkembangan masing-masing.
5. Bimbingan dan kaunseling
berorientasikan masa kini dan
masa hadapan.
Segala usaha bimbingan dan kaunseling untuk membantu kanak-
kanak bersifat lebih tegas diri, cekap menyesuaikan diri dan
memahami implikasi tindakan mereka pada masa ini akan
diteruskan sehingga masa depan.

2. Membantu klien memulakan dan
meneruskan perhubugan yg positif dgn org
lain
3. Membantu klien mengurus diri dengan
lebih efektif apabila dlm kesulitan
4. Membantu klien membuat keputusan
dengan rasional
5. Membantu klien berkembang secara
positif
Ramlah rasa marah & kecewa dgn rakan2nya. Kaunseling dpt mbantu
Ramlah utk berkomunikasi dgn rakan2 ttg perasaannya tanpa
mengeruhkan keadaan & capai penyelesaian
Ranjit magalami kecacatan akibat kemalangan. Dia berasa rendah diri &
tiada harapan utk maju. Kaunseling dpt mbantu Ranjit menerima
kekurangannya sbg bukan penghalang utk berdikari.
Ramlan keliru dlm memilih kerjaya masa depannya. Kaunseling blh
mbantu Ramlan mengenali minat & kerjayanya.
Rita minat melukis. Ibu bapanya memintanya mengambil kursus
kedoktoran yg x diminatinya. Kaunseling dpt mancari penyelesaian Rita
dgn ibu bapanya.
1. Membantu klien mengubah tingkah laku
kepada kehidupan yg lebih produktif
&memuaskan
Ramli suka berlumba motor scr haram. Kaunseling blh mbantu beliau
mengubah t/laku kpd galakan minat Ali blumba di litar perlumbaan
motosikal
6. Bimbingan dan kaunseling dapat
membantu kanak-kanak
memahami diri dan orang lain.
Kanak-kanak yang menjalani sesi perlu memainkan aktif dalam
proses bimbingan dan kaunseling; bukan duduk secara pasif dan
menunggu arahan daripada guru bimbingan dan kaunseling sahaja.
Perlakuan kanak-kanak sedemikian akan membolehkan mereka
berpeluang untuk menjelajah tujuan-tujuan dan matlamat hidup, di
samping berupaya untuk memilih serta merancang hidup mereka
dengan lebih berkesan. Selain itu, mereka juga akan menyedari
tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing.
7. Bimbingan dan kaunseling adalah
tanggungjawab bersama
Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan dan
kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir, guru-
guru lain, ibubapa dan kanak-kanak seharusnya bekerjasama dan
menyumbangkan masa, tenaga dan kepakaran demi kejayaan dan
keberkesanan aktiviti tersebut.

1.4 KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7) Nyatakan KEPENTINGAN Bimbingan dan Kaunseling terhadap pelajar.

1. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam membantu klien menguasai kemahiran
disiplin diri.
2. Menyumbang kepada keberkesanan pendidikan inklusif.
3. Membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran.
4. Mengembangkan potensi murid dalam semua bidang.
5. Membantu membentuk iklim bilik darjah.
6. Memotivasikan murid.
7. Dapat membantu murid membuat pilihan & persediaan kerjaya














BAB 2 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2.1 JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN

1) Senaraikan JENIS perkhidmatan bimbingan yang disediakan di sekolah.

1. Inventori, taksiran dan rekod
2. Bimbingan
3. Kaunseling
4. Penempatan dan tindakan susulan
5. Konsultasi dan rujukan
6. Penilaian

2) Nyatakan MAKSUD Inventori, Taksiran dan Rekod.

Inventori merujuk kepada pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak secara keseluruhan,
dan klien secara spesifik.
Contoh: teknik ujian dan teknik bukan ujian

Taksiran merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk menganalisis dan
menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan sosial yang
diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas.
Contoh: taksiran berbentuk objektif dan subjektif.

Rekod merujuk kepada sistem fail sebagai indikator perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
yang sistematik dan berkesan.
Contoh: rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rekod sesi bimbingan dan
kaunseling dan rekod program bimbingan dan kaunseling.

3) Huraikan INVENTORI/ CARA PENGUMPULAN DATA/TEKNIK yang digunakan oleh guru
bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat murid.
Teknik Ujian Teknik Bukan Ujian
1. Ujian Kecerdasan
Untuk menguji IQ murid

1. Soal Selidik
Sesi temubual antara kaunselor dengan pelajar untuk
mendapatkan maklumat seperti butir diri.
2. Ujian Minat
Untuk mengetahui minat murid
terhadap sesuatu aktiviti.
2. Pemerhatian
Untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar dalam aspek
kognitif, afektif dan psikomotor.
3. Ujian Personaliti
Untuk mengetahui aspek bukan kognitif
seperti motivasi dan afektif.
Contoh: The survey of Personal Values
(SPV)
3. Kajian dokumen utama dan sekunder
Mengandungi kajian dokumen utama (autobiografi,
anekdot, kad kumulatif) dan kajian dokumen sekunder
(biografi, laporan guru, senarai semak)
4. Ujian Saringan
Untuk mengasingkan merid-murid
cerdas dengan kurang cerdas.
4. Rekod anekdot
Laporan berdasarkan permerhatian terhadap sesuatu
kajian atau peristiwa oleh guru atau kaunselor.
5. Ujian Diagnostik
Untuk mengesan punca kelemahan
pembelajaran murid
5. Sosiometri
Kaedah penelitian bertujuan memerhati hubungan
sosial dan psikologi pelajar yang berinteraksi dalam
kumpulan mereka.
4) Nyatakan JENIS REKOD dan KANDUNGANNYA yang perlu disediakan oleh guru bimbingan dan
kaunseling.

Jenis Rekod Kandungan
1. Rekod Perkhidmatan
Bimbingan dan
Kaunseling
Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling
Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Laporan aktiviti harian
Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling
Individu; Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan
Kaunseling Kelompok
Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling
Individu; Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan
Kaunseling Kelompok
Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling
Individu; Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan
Kaunseling Kelompok
Anggaran pembelanjaan program yang dirancang
2. Rekod sesi Bimbingan
dan Kaunseling
Masa perkhidmatan diberikan
Nombor rujukan klien
Jantina dan bangsa klien
Jenis kes bimbingan dan kaunseling
3. Rekod Program
Bimbingan dan
Kaunseling
Masa aktiviti
Bidang aktiviti
Objektif aktiviti
Jenis aktiviti
Kumpulan sasaran

5) Nyatakan 3 DOMAIN UMUM yang bersifat perkembangan dalam perkhidmatan BIMBINGAN
di sekolah.

1. Perkembangan peribadi dan sosial
2. Perkembangan akademik
3. Perkembangan kerjaya

6) Nyatakan 3 KATEGORI klien untuk kaunseling individu atau ahli kaunseling kelompok dalam
perkhidmatan KAUNSELING di sekolah.

1. Sukarela
2. Dijemput
3. Dirujuk





7) Apakah PROSES yang perlu dilalui oleh seseorang klien bagi kategori SUKARELA/DIJEMPUT/
DIRUJUK dalam perkhidmatan KAUNSELING.

Klien yang datang Sukarela Klien yang dijemput Klien yang dirujuk
I) Isi borang temujanji
(Permohonan
Mendapatkan Khidmat
Kaunseling)
II) Serahkan borang kepada
guru BK
III) Dapatkan surat
kebenaran
(Surat Kebenaran
Meninggalkan Kelas)
IV) Sesi dijalankan
I) Guru BK mengisi Borang
Khidmat Kaunseling
Individu/ Kelompok
II) Menyerahkan Surat
Kebenaran Menghadiri
Khidmat Kaunseling
Individu/ Kelompok
III) Sesi dijalankan
I) Guru BK mengisi Borang
Rujukan Perkhidmatan
Kaunseling
II) Menyerahkan Surat
Kebenaran Menghadiri
Khidmat Kaunseling
Individu/ Kelompok
III) Sesi dijalankan

8) Apakan TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan PENEMPATAN DAN TINDAKAN
SUSULAN?

Guru bimbingan dapat membantu kanak-kanak membuat keputusan mengenai aliran
persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui transisi daripada satu peringkat
persekolahan ke peringkat yang lain.

Penempatan melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat, dan bantuan
kaunseling yang releven dengan pilihan mereka.
Tindakan susulan melibatkan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan hubungan
dengan bekas murid.

9) Apakah TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan KONSULTASI DAN RUJUKAN?

Guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatur sesi perbincangan dan rundingcara antara guru
dengan ibubapa atau pihak-pihak tertentu yang mengikuti kes seperti doktor perubatan,
psikatris, polis dan pegawai kebajikan masyarakat.

10) Terangkan KEPENTINGAN 3 JENIS PENILAIAN dalam perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

Jenis Penilaian Penerangan
1. Penilaian
Personalia
Jenis penilaian ini menggambarkan penilaian terhadap guru
bimbingan dan kaunseling melalui data proses yang dikumpulkan.

Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan seperti:
- bilangan klien bagi kaunseling individu atau krisis;
- bilangan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok;
- bilangan konferens ibubapa;
- bilangan panggilan telefon kepada ibubapa/penjaga
atau agensi luar.
2. Penilaian
Program
Jenis penilaian ini menggambarkan status program bimbingan dan
kaunseling sekolah berbanding dengan piawaian program yang telah
ditetapkan.

Untuk tujuan pengumpulan data persepsi, beberapa teknik boleh
digunakan.
Contohnya:
- skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan pendek
dilaksanakan ke atas guru dan/atau kanak-kanak;
- temubual dijalankan secara rawak dengan guru-guru
atau kanak-kanak tentang keberkesanan satu-satu
aktiviti yang telah dikendalikan; dan sebagainya
3. Penilaian hasil Jenis penilaian ini menjawab soalan, Sejauh manakah impak
program (aktiviti dan perkhidmatan) bimbingan dan kaunseling
terhadap kejayaan kanak-kanak, khususnya pencapaian akademik
mereka?"
Antara data hasil yang di kutip termasuk kadar penambaikan dari
segi:
- kehadiran murid,
- markah dan gred,
- skor pencapaian, dan
- tingkah laku dalam bilik darjah kadar penurunan kes
disiplin, dan sebagainya.

6.1 JENIS KAUNSELING

11) Huraikan JENIS KAUNSELING INDIVIDU / Pendekatan Orientasi B&K di sekolah.








6.3 ETIKA KAUNSELOR

12) Jelaskan PRINSIP-PRINSIP Etika Kaunselor
Prinsip Penjelasan
Autonomi
(Autonomy)
Menghormati hak klien untuk membuat keputusan atau
bertindak sendiri tanpa sebarang pergantungan kepada atau
gangguan daripada guru bimbingan dan kaunseling.
Kemurahan Hati
(Beneficience)
Berbuat baik kepada klien
Membantu klien mencapai hasil positif akibat hasil kaunseling.
Tidak Berniat Jahat
(Nonmaleficience)
Tidak melakukan sesuatu yang mencederakan atau
memudaratkan klien atau orang lain
Keadilan
(Justice)
Membekalkan akses atau layanan yang sama dan asil kepada
semua kanak-kanak
Kejujuran
(Vedelity)
Bersifat jujur dan ikhlas;
Elakkan sebarang penipuan atau eksploitasi terhadap klien
Kotai perjanjian dan komitmen yang dibuat.
Kaunseling
Krisis /
Pemulihan
Kes-kes kritikal spt bertumbuk dgn tujuan mencedera,
percubaan bunuh orang/diri, masalah mental,
penyalahgunaan dadah.
Kaunseling
Penyediaan
Kemudahan
Kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian
masalah kemudahan berkaitan kokurikulum & kurikulum.
Kaunseling
Pencegahan
Pendekatan untuk mencegah/menyekat kemungkinan
berlaku aktiviti-aktiviti yang tak diingini seperti
penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tak bermoral.
Kaunseling
Perkembangan
Aktiviti-aktivit yang berusaha untuk memotivasikan individu
supaya bentuk personaliti & konsep kendiri yang positif ke
arah mencapai prestasi yang lebih baik.

13) Huraikan KOD TATALAKU yang wajib dipatuhi oleh guru bimbingan dan kaunseling.

A. Tanggungjawab terhadap
klien
mengutamakan kepentingan klien
menghormati privasi klien
Memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
Mencapai persetujuan klien mengenai batasan unsur kerahsiaan.
B. Tanggungjawab terhadap
Rakan Profesional
Menghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap rakan
profesional
Sedia mempertahankan, membantu & membela rakan profesional
yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang
tidak beretika.
C. Tanggungjawab terhadap
masyarakat
Memahami & menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di
mana beliau berkhidmat
Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya
berlandaskan undang-undang tersebut.
D. Tanggungjawab terhadap
organisasi & majikan
Mematuhi persetujuan komitmen yg ditandatangani dgn
organisasi tempat beliau berkhidmat.
Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan
profesionalnya.
Tidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

14) Kaunselor berperanan untuk menggunakan kemahiran kaunseling membantu klien menjaga
kesejahteraan keseluruhan individu.
Apakah ASPEK PERANAN Kaunselor sepanjang hidup individu berkenaan?

1. Kesihatan Fizikal - membantu individu menjaga kesihatan, amalkan tabiat positif dan
gaya hidup sihat
2. Keperluan Sosial - perhubungan individu dengan orang lain seperti hubungan keluarga
persekitaran tempat kerja, persahabatan dan kejiranan.
3. Kesihatan Mental - kaunselor perlu merangsang pemikiran klien supaya lebih rasional
dalam menyelesaikan masalah.
4. Keperluan Emosi - meningkatkan kesejahteraan emosi klien supaya dapat menyatakan
masalah dan perasaannya terhadap kehidupan.
5. Keperluan Rohani - mendorong klien supaya bertindak berlandaskan sesuatu kepercayaan
dan ajaran agama.

15) Nyatakan CIRI-CIRI Kaunselor Profesional

1. Mempercayai bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga
2. Mempercayai bahawa klien berupaya untuk berubah
3. Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efekttif berfungsi
4. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu individu yang
terbatas kefungsiannya.
5. Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses interpersonal.
6. Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.

BAB 3 PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU KAUNSELING
3.1 MENGUMPUL MAKLUMAT MURID

1) Huraikan PERANAN Guru Biasa sebagai guru pembimbing / dalam mengumpul maklumat
murid.

Peranan Guru Huraian
1. Mengumpul maklumat
pelajar
Guru bimbingan perlu manjalankan kerja pentadbiran
termasuklah menguruskan fail pelajar, menyimpan rekod,
surat-menyurat, penubuhan dan pengelolaan kelab
bimbingan atau kelab kerjaya dan melaporkan aktiviti
bimbingan dan kaunseling kepada pentadbir.
2. Mengurus program
bimbingan dan
kaunseling
Di antara pengurusan yang boleh dibuat:
Perancangan
Guru bimbingan merancang program di sekolahnya.
Pengelolaan
Menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola
program tersebut
Penentuan halatuju
Menentukan halatuju dan perlu melaksanakan
perancangan, membuat keputusan, membuat garis
panduan dan peraturan.
Menilai
Menilai keberkesanan program mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan program dan mengambil
tindakan seterusnya.
3. Mengenalpasti pelajar
bermasalah dari segi
disiplin
Guru bimbingan membuat rujukan kepada kaunselor atau
pihak tertentu.
4. Menjadi perunding di
antara pihak sekolah
dengan ibu bapa.
Guru bimbingan harus mewujudkan satu kerjasama yang baik
dengan ibu bapa pelajar berkaitan perkembangan pelajar
sama ada dari segi pencapaian kurikulum atau kokurikulum.
5. Mengesan masalah
akademik pelajar
Guru bimbingan bertanggungjawab untuk menangani
kelemahan ini melalui beberapa perancangan dan program.
6. Memupuk pelajar
dengan tabiat belajar
dan baik
Guru bimbingan harus memupuk pelajar dengan tabiat belajar
dan melakukan kerja dengan baik.

2) Bagaimanakan KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT MURID dilakukan oleh guru biasa
menggunakan Teknik Ujian?

Jenis Ujian Tujuan Contoh/Aspek
1. Ujian
Pencapaian
Mengukur apa yang diketahui
oleh kanak-kanak berhubung
dengan satu-satu mata pelajaran.
Untuk mengenalpasti potensi
kanak-kanak yang mengalami
masalah pembelajaran
Tahap pembelajaran
(tinggi, sederhana, rendah)
Kadar Pembelajaran
(cepat, sederhana lembab)
Perbandingan pencapaian antara
kanak-kanak lain
Ramalan mengenai mutu
pembelajaran masa depan
2. Ujian Aptitud Ciri yang menunjukkan
kebolehan seseorang untuk
mencapai kejayaan dalam satu-
satu bidang tertentu.
Untuk mengukur kebolehan
pembelajaran seseorang
Bateri Ujian
(penakulan verbal, kebolehan
makanikal, kefasihan bahasa)
Scholastic Aptitude Test (SAT)
(skor sebagai satu criteria untuk
ke university/kolej)
3. Inventori Minat
Kerjaya
Untuk memperoleh profil awal
satu kumpulan kanak-kanak yang
boleh digunakan sebagai bahan
perbincangan dalam sesi
kaunseling individu.
Menentukan minat terhadap
satu-satu bidang atau kerjaya.
Strong-Campbell Interest
Inventory (SCII)
Self-directed search (SDS)
Ohio Vocational Interest Survey
(OVIS)
Kuder Occupational Interest
Survey (KOIS)
4. Inventori
Personaliti
Mengdiagnosis masalah emosi
yang sedang dialami
Bersifat objektif dan merangkumi
aspek:
- Konsep kendiri
- Penyesuaian social
- Gaya penyelesaian
- Masalah
Bersifat subjektif dan tidak
berstruktur
- Teknik projektif
- Draw-a-person Test
- Thermatic Acerception
Test (TAT)
5. Ujian Sikap Menentukan fikiran atau tindak
balas semula jadi terhadapo
sesuatu onjek, peristiwa, dan
jenis tingkahlaku seseoarnag
atau kelompok.


3.2 MENGENALPASTI MASALAH KANAK-KANAK

3) Apakah MASALAH yang dihadapi oleh kanak-kanak?

1. Konflik Interpersonal
Konflik yang belaku dengan orang lain

2. Konflik Intrapersonal
Konflik dalam diri

3. Kurang pengetahuan tentang diri sendiri
Ingin tahu tentang kebolehan, kekuatan, minat dan nilai-nilai diri.

4. Kurang informasi tentang persekitaran
Tidak tahu bagaimana cara untuk berjaya di sekolah

5. Kurang Kemahiran
Perlu kemahiran tertentu seperti cara berfikir yang efektif dan tingkah laku yang asertif.


4) Jelaskan FAKTOR-FAKTOR pelajar bermasalah?

Faktor Penjelasan
Faktor Pengajaran dan
Pembelajaran
- Perkembangan kognitif pelajar tidak selaras dengan kurikulum
- Pedagogi pengajaran guru lemah
- Bahan pengajaran kurang menarik minat pelajar
Faktor peribadi - Masalah kemiskinan dan kewangan
- Masalah perhubungan, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran
- Hilang minat
- Masalah kritik kendiri, helah bela diri
- Masalah komunikasi
Faktor mental - Factor warisan kelahiran tidak normal
- Kecederaan otak akibat kemalangan, lemah otak akibat kurang
zat makanan
- Masalah kemahiran membaca, menulis, mengira,
- Masalah lupa, malas berfikir dan menyelesaikan masalah
- Masalah pengurusan diri
Faktor fizikal - Kurang sihat akibat kekurangan zat makanan
- Kekurangan tenaga akibat mencari nafkah hidup
- Masalah kecatatan seperti pekak, bisu buta, cacat anggota dan
seumpamanya.
Faktor psikologi - Masalah emosi seperti pobia, trauma, benci, takut, penggeli,
dendam, rendah diri, mnyendiri, keliru dan skizifrenia.

5) Bagaimanakah KESILAPAN PEMIKIRAN berlaku?

1. Pemikiran yang rigid - melihat sesuatu situasi hanya dalam 2D
2. Overgeneralization - melihat sesuatu peristiwa secara umum
3. Mind reading - percaya dia tahu apa yang orang lain fikir tentang dirinya
4. Alas an berdasarkan emosi - mengandai perasaan / tindak balas emosi menggambarkan situasi sebenar
5. Menolak perkara positif - tidak menerima pengalaman positif hanya kerana pandangan negatif
6. Meramal - menjangka situasi masa depan adalah negatif
7. Menyalahkan diri sendiri - menganggap diri sendiri adalah punca negatif
8. Mesti harus
9. Buat perbandingan
10. Menjadi pilihan.








BAB 4 TEORI-TEORI KAUNSELING
PERBANDINGAN TEORI-TEORI KAUNSELING
Sifat Semula Jadi Manusia Konsep Utama / Matlamat Teknik / Proses Peranan Kaunselor Peranan Klien
T
E
O
R
I

M
O
D
I
F
I
K
A
S
I

T
I
N
G
K
A
H

L
A
K
U

Sikap, kebiasaan, tabiat
ditentukan olh t/laku ssuatu
organisma.
Perkembangan personaliti
ditentukan olh pengalaman
& interaksi individu &
persekitarannya
Individu berbeza disebabkan
perbezaan pengalamannya.
t/laku dipengaruhi olh
rangsanagn prsekitaran
Personaliti individu
terbentuk dsebabkan olh
peneguhan2 ug diterima
sama ada +ve / -ve. Sikap
diubah dgn cara melemah /
menahan peneguhan @
proses pelupusan

Ssuatu t/laku blh ditiru dgn
cara pemerhatian &
peneguhan.
Individu bermasalah apabila
melakukan t/laku yg
menyeleweng di dlm
masyarakat
Teori ini menyediakan
keadaan persekitaran agar
sgl t/laku yg x sesuai blh
diahpuskan & membimbing
klien menguasaai t/laku
baru yg sesuai bg
mneggantikan t/laku yg x
sesuai
Matlamat
Menyediakan keadaan2 &
persekitaran agar apa jua
t/laku yg x sesuai blh
dihapuakan & klien akn
diajar menguasai t/laku yg
baru yg sesuai
Klien hendaklah memilih
t/laku baru yg
dikehendakinya, matlamat
nak dicapainya.
Proses
Definisi masalah
Perkembangan sejarah
sosial
Menyatakan matlamat
t/laku
Strategi mengubah t/laku
Teknik
Latihan istirehat
Penghapusan deria scr
bersistem
Terapi implosive
Teknik terapi yg
menyakitkan / oversif
Token ekonomi
Teknik2 kognitif

Sbg pakar, sorg guru yg aktif
kerana mempunyai
kemahiran saintifik yg blh
digunakan bg mengubti
maslaah2 kaunseling
Hendaklah amhir dgn semua
teknik yg digunakan dlm
teori t/laku
harus mpunyai orientasi yg
baik ke arah oenyelidikan &
statistik agar ia dpt
melaksanakan penilaian dgn
objektif
Harus komited kpd startegi
& tatacara terapi tingkah
laku
Haru smmepunyai motivasi
utk mengubah apa juga
t/laku yg lazim.
Sedia melakukan apa yg
dipersetujui dr percubaaan2
terapi.

T
E
O
R
I

P
E
M
U
S
A
T
A
N

I
N
S
A
N

Msia adalah baik & blh
dipercayai
Manusia blh dipercayai
berdasarkan konsep positif
t/laku manusia terhasil dr
dlm diri individu tiu sndr. Ia
sndr mbuat pilihan tgkh laku
menerima manusia tanpa
syarat (no judgement)
konsep kendiri terbentuk dr:
- positive regard dr org
lain
- Penerimaan kendiri +ve
rasa dihormati,
diterima, mesra
- Cenderung ke arah
kesempurnaan kendiri
t/laku dilihat dr sudut
persepsi.
Berkonsep psikologi
kemanusiaan (humanistic)
Beri suasana teraputik kpd
klien untuk merasai dirinya
sndr
Meneylesaikan isu masa kini
Menerima diri secara +ve
Lebih realistik
Lebih matang

Matlamat
Klien akn mjadi lbh realistik,
objektif, & lebih tepat dlm
tanggapannya & lebih
berkesan dlm penyelesaian
masalahnya.
Teknik
Tumpuan kpd keupayaan
kaunselor utk mbina hbgn
memudah cara:
- Refleksi perasaan
- Menggalakkan klien
mnyatakan mslh scr
terbuka
- Perhubungan penuh
kemesraan &
kefahaman
- Kaunselor letak t/jwb pd
stp tindakan, pemikiran
& buat keputusan
- Toleransi
Proses
Klien buat keputusan
perlukan kaunselor
Kaunselor jelaskan apa yg
berlaku dlm sesi kaunseling
Kanselor tlg klien nyatakan
perasaan
Kaunselor x buat penilaian
tp terima perasaan klien
Susuli pernyatan VE ialah
kemunculan perasaan +ve
yg menunjukkan
perkembangan
Kaunselor terima aspek
kendiri yg baik & krg baik
Klien faham pilihan yg ada &
kaunselor tlg klien menilai &
faham pilihan2 yg ada
Klien mampu buat pilihan &
ambil tindakan
Klien sedia menamatkan sesi
Batu klien tumpukan kpd
perasaan klien sndr
Perassan itu dibias spy klien
dpt mendengar & dpt
melihat masalahnya
Menggalakkan luahan
perasaan yg me,bawa kpd
celik akal.
Klien perlu meluahkan
perasaan scr lisna
Klien tumpukan pd diri dulu,
baru lain & dunia
persekitarannya
Klien yg berada dlm keadaan
x kongruen persepsi x
sama dgn pengalaman perlu
mengurangkan ketegangan
agr diri kongruen dn
persekitaran.#
T
E
R
I

R
A
S
I
O
N
A
L

E
M
O
T
I
F

T
E
R
A
P
I

Insan dilahirkan dgn potensi
utk bersifat rasional. Insan
mampu memilih yg baik /
jahat, yg slaah / betul
Msia mempunyai
kecenderungan s/jadi utk
memelihara diri, mengasihi
& berkomunikasi dgn org
lain.
Msia sndr yg menyebabkan
timbul masalah, & maslah
itu bkn dtg dr luar.
Konsep / Prinsip
A (avent) peristiwa
B (believe system)
Sistem kepercaaan
C (consequence) emosi
D (dispute) cabaran / Hujah
E (New Emotion)
Emosi Normal

Matlamat
Membantu klien
memperkembangkan
pemikiran yg rasional &
logikal dgn menggalakkan
mereka memikir &
memahami pemikiran x
rasional yg diwarisi masa
lalu sbg punca utama yg
membawa kpd masalah
psikologikal masa kini
A
Peristiwa, fakta, t/laku yg
dialami olh klien
B
Sistem kepercayaan yg
dianuti
C
Emosi yg lahir dr penilaian A
dan B
D
Strategi g digunaka utk
berhujah, mencabar 7
membetulkan sistem
kepercayaan yg x rasional
E
Individuyg tlh jd normal
akibat dr penilaian semula
yg rasional & +ve

Perlu ada satu sistem bg
membuktikan sistem
kepercayaan yg x rasional
klien sering dipengaruhi oleh
mesti sepatutnya harus
Mencabar klien &
mengarahnya utk melinbat
altiviti2 yg mencabar
kepercayaan yg x rasional
Menunjukkan kpd klien bhw
masalahnya disebabkan olh
klien sndr yg sntiasa percaya
dgn kepercayaan x logik
Mencabar klien menggubal
pemikiran yg x rasional &
menghindar drp mnjadi
mangsa
Kaunselor bersikap
mengarah
Klien lbh kpd pelajar yg ingin
mempelajari ssuatu drp
kaunselor
Klien x perlu cerita cerita
lampau, ttp perlu berbicara
ttg keadaan masa kini dr sg
pemikiran
Klien harus menyedari &
mengenali sistem yg x
rasional yg wujud dlm diri yg
mengganggu emosi &
kepercayaannya








BAB 5 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
5.1 TAHAP-TAHAP DALAM KAUNSELING

1) Senaraikan TAHAP-TAHAP dalam proses kaunseling

1. Tahap Membina Hubungan - Kaunselor perlu membina hubungan agar klien berasa
selesa dan membina sifat kepercayaannya terhadap kaunselor
2. Tahap Penerokaan - kaunselor perlu bersama-sama menerokai, memahami dan
menganalisis permasalahan klien.
3. Tahap Membuat Keputusan- kaunselor dan klien perlu bersetuju untuk menentukan matlamat
dan menentukan pendekatan dan srategi untuk capai matlamat
4. Tahap Pelaksanaan - Kaunselor membimbing dan membantu klien untuk berfungsi
dengan lebih efektif.
5. Tahap Penamatan Sesi - Kaunselor perlu menentukan kesediaan klien untuk sesi ditamatkan.
Penilaian keseluruhan sesi dilakukan oleh kaunselor dan klien.

2) TAHAP MEMBINA HUBUNGAN
Apakah TUGAS Kaunselor ?

1. Mewujudkan suasana yang menggalakkan hubungan
(selamat, mesra, selesa, wujud minat dan hormat perasaan klien)

2. Menentukan matlamat awal kaunseling
(Kaunselor dank lien bersama-sama menentukan dan menyetujui matlamat yang hendak
dicapai )

3. Menstruktur hubungan
(menjelaskan perjalanan/proses kaunseling, penstrukturan sesi: konsep kaunseling,
proses kaunseling, jangkamasa sesi, aspek kerahsiaan)

4. Membina kepercayaan
(kaunselor berpegang pada etika professional kaunseling, beri penekanan pada aspek
kerahsiaan klien, nyatakan peranan kaunselor, ada tat etika kaunselor yang tinggi)

3) TAHAP PENEROKAAN
Apakah ASPEK yang perlu diberi tumpuan untuk memahami masalah klien?

1. Skop permasalahan Mengenalpasti masalah yang dikemukakan adalah masalah
yang sebenarnya
Mengenalpasti konteks dan persekitaran permasalahan yang
berlaku
Menilai keadaan. Mengenalpasti penglibatan orang yang
signifikan dengan klien
2. Tahap Kefungsian
Klien
Klien telah dapat memenuhi keperluan psikologikal,
fisiologikal dan sosial dengan baik
Berfungsi pada aras yang sesuai
Mempunyai perhubungan yang positif dengan orang yang
signifikan
Dapat melalui konflik, dan cabaran hidup dengan berkesan
3. Memahami Corak
Klien Berfikir dan
Bertindak
Apakah klien berani mengambil risiko dalam permasalahan
yang lepas mahupun pada masa akan datang?
Apakah corak atau gaya penyelesaian masalah klien pada
masa lalu?
4. Memahami Kekuatan
Klien
Kaunselor perlu memahami kekuatan yang ada pada klien
Klien disedarkan tentang tanggungjawabnya untuk
menangani masalah yang dihadapi.

4) TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN
Nyatakan FAKTOR yang boleh mempengaruhi matlamat dan strategi kaunseling?

1. Faktor Klien Jenis permasalahan klien
Cara gaya klien menghadapi masalah
Demografi klien
Tret personality klien
Budaya dan latar belakang klien
2. Faktor Kaunselor Pengalaman dan pengetahuan kaunseling
Aras kognitif
Aras kemahiran komunikasi
Prinsip dan pegangan teori
3. Faktor Persekitaran Tempat
Suasana
Keadaan

5) TAHAP PELAKSANAAN.
Apakah FAKTOR yang mempengaruhi keberkesanan proses kaunseling?

1. Orang yang signifikan Orang yang banyak mempengaruhi klien
Jika perlu mereka ini dilibatkan
2. Sumber lain yang
signifikan
Institusi lain sebagai sumber bantuan
Institusi lain sebagai sumber rujukan
Bantuan dari segi kepakaran dan kemahiran
3. Risalah dan artikel
yang berkaitan
Klien didedahkan kepada artikel dan bahan bacaan tentang
kaunseling
Klien didedahkan kepada artikel atau buku berkaitan dengan
hubungan menolong.
4. Pengalaman dan
pengetahuan
kaunselor
Mendalami ilmu, kemahiran dan kepakaran
Mengkaji dan meneliti kaedah dan strategi
Mendapatkan maklumat

6) Apakah KEMAHIRAN ASAS yang penting dalam kaunseling
1. Kemahiran melayan
2. Kemahiran mendengar
3. Kemahiran memerhati
4. Kemahiran menyoal
5. Kemahiran member respon
6. Kemahiran merumus
7. Kemahiran merefleksi
8. Kemahiran konfrontasi
9. Kemahiran memprafasa
7) Huraikan KEMAHIRAN ASAS yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor.

1. Kemahiran
menyoal
Fungsi:
Soalan Terbuka
a. Untuk mendapatkan maklumat awal
b. Memerlukan jawapan yang lebih luas dan bebas
c. Membantu menerangkan dengan lebih terperinci tentang sesuatu
d. Membantu kaunselor memahami perkara yang lebih khusus
e. Klien bebas member jawapan
f. Menggalakkan klien berkonsi maklumat
Soalan Tertutup
a. Untuk mendapatkan fakta yang tepat dan ringkas
b. Memenuhi keperluan ingin tahu sahaja
c. Kurang memberikan refleksi kepada klien
2. Kesenyapan Tujuan:
Memberi ruang kepada klien berfikir dan mengemaskan idea membuat
seseorang berucap, membuat refleksi.

Kepentingan:
a. Memberi peluang kepada klien melihat perasaan, sikap, nilai dan
perbuatannya sendiri
b. Memberi ruang kepada klien berfikir sejenak dan memberi respon
c. Klien diberi peluang untuk bercakap dan berkata-kata
d. Klien memerlukan masa untuk mengimbas kembali dan memproses
apa yang telah dibincangkan sebelum itu
e. Menandakan kaunselor menghormati dan menghargai perkara yang
difikirkan oleh klien.
f. Kesenyapan itu penting untuk perhubungan
3. Kemahiran
mendengar
Kepentingan:
a. Mempunyai nilai teraputik yang tinggi kerana dapat member
gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa bersama-sama
klien
b. Mendengar secara aktif dan dapat member maklum balas dengan
tepat
c. Mendengar dengan teliti
d. Dapat member tafsiran yang tepat
e. Dapat membuat refleksi isi, perasaan dengan tepat
f. Klien merasakan dirinya dihargai dan perasaannya diberi keutamaan
4. Kemahiran
prafasa
Maksud:
Kaunselor member maklum balas kepada klien apa yang dicakapkan dengan
menggunakan perkataan kaunselor sendiri sebagai tanda kaunselor telah
mendengar dengan teliti.
Kepentingan:
a. Kaunselor menyatakan semula intipati maklumat menandakan
kaunselor mendengar dengan teliti
b. Menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih lanjut
c. Meringkaskan apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih jelas
d. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor memahaminya.
e. Menyemak persepsi.

Contoh:
Klien: Saya tidak suka dan bosan apabila guru meyoal saya bertubi-tubi
seolah-oleh saya melakukan kesalahan
Kaunselor: Anda bosan apabila anda disoal dan dituduh.
5. Kemahiran
merefleksi
Merefleksi Perasaan:
a. Menyatakan semula perasaan yang mungkin dialami oleh klien
mengikut persepsi kaunselor
b. Bertujuan untuk menyemak perasaan klien ketika itu
c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor memahami
perasaanya
d. Akan menggalakkan lagi klien untuk meluahkan perasaan

Klien: Saya sungguh tidak berpuas hati dengan layanan kawan saya. Dia
tidak adil,
Kaunselor: Jadi, anda berasa kecewa terhadap perhatian rakan anda?

Merefleksi Isi:
a. Menyatakan semula isi kandungan perkara yang telah dibincangkan
b. Bertujuan untuk menyemak isi perkara yang dinyatakan oleh klien.
c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa mengikuti
jalan cerita atau perkara yang dinyatakan.
d. Menggalakkan klien bercakap dengan lebih mendalam lagi.

Klien: Isteri saya mengizinkan saya berkahwin lagi. Beliau tidak sanggap
mengikut saya berpindah ke tempat lain
Kaunselor: nampaknya isteri anda rela bermadu asalkan beliau tidak
dipaksa untuk berpindah.
6. Kemahiran
merumus
a. Kaunselor dan klien membuat rumusan tentang perkara yang telah
dibincangkan
b. Bertujuan untuk menyemak apa yang telah dibincangkan
c. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa
mengikuti dan memahami apa yang dialami oleh klien.
d. Mengimbas kembali perkara penting yang telah dibincangkan
e. Menjelaskan kembali perkara penting telah dinyatakan oleh klien.
f. Kaunselor menjelaskan semula apa yang telah berlaku.

5.2 KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR
5.3 KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI TINGKAH LAKU BUKAN LISAN

8) Nyatakan JENIS-JENIS dan CONTOH-CONTOH perlakuan BUKAN LISAN.

1. Anggota Badan a. Mata:
(berlinang, terkelip-kelip, sayu, besinar, kuyu, lelap)
b. Penumpuan Mata:
(jeling, pandang ke bawah, liar tidak bertentang mata)
c. Cara Duduk:
(bersedia, menyandar,tegak,bertenaga, bergoyang)
d. Riak Air Muka:
(ceria, senyum ketawa, gigit bibir, masam, manis)
e. Gerakan Badan dan Tangan:
(menggeliat, mendepakan tangan, menggaru, menggosok)
2. Nada Suara a. Kelajuan percakapan:
(laju, sederhana, perlahan)
b. Nada:
(tinggi, sederhana, rendah)
c. Bahasa:
(kasar, halus, slaga, teratur)
3. Persekitaran a. Jarak:
(jauh, sederhana, rapat)
b. Keadaan dan kedudukan fizikal:
(kemas, bersepah,teratur,bersih,ceria, berabuk, tersusun)
c. Pakaian:
(menjolok mata, kemas teliti, bergaya, bersih, kotor, mahal)

9) Bagaimanakan untuk MENTAFSIR perlakuan BUKAN LISAN?

1. Tafsiran hanya perlu dibuat hanya sebagai gambaran tentang perasaan, pemikiran dan
motif klien
2. Tafsiran tidaklah muktamad
3. Perlakuan hanya sebagai sumber kedua dan panduan kaunselor untuk meneroka dengan
lebih mendalam tentang diri klien
4. Kaunselor perlu mahir untuk mengesan apa yang dinyatakan klien tidak selaras dengan apa
yang dilihat
5. Dengan memahami perlakuan bukan lisan klien dapat member kesan rasa empati terhadap
klien.
6. Kesan ini sangat penting dalam hubungan menolong.

10) Bagaimanakah seorang kaunselor menunjukkan perlakuan BUKAN LISAN?

1. Fokus mata
2. Kedudukan badan menunjukkan penerimaan
3. Menghadap klien atau kedudukan sisi
4. Badan condong ke hadapan
5. Riak air muka kea rah kemesraan
6. Tenang

5.4 KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS
5.5 KEMAHIRAN MENGENALPASTI MASALAH
5.6 KEMAHIRAN MELAKSANAKAN INTERVENSI

You might also like