You are on page 1of 18

41

OBJEKTI F
Untuksaling mengenali
antarasatu samalain
Memberi kesedaran
akan kepentingan
konsep komunikasi dan
hubungan antarasatu
dan yang lain
Menggalakkan sikap
kerjasamadan bekerja
di dalamsatu kumpulan
kecil mahupun
kumpulan besar
BAHAGIAN
5
AKTIVITI-AKTIVITI DI LAPANGAN
Aktiviti 1: Membina Kumpulan (Ice Breaking)
ktiviti ini merupakan salah satu aktiviti awal yang
dilaksanakan untuk semua para pelajar yang terlibat
dengan program berkenalan antara satu sama lain. Unsur alam
sekitar boleh digunakan didalamaktiviti ini dan boleh dijadikan
bahan interaksi di antara sesama pelajar.
Cara Perlaksanaan
Daya ingatan
1. Para pelajar diminta membuat satu bulatan besar.
2. Para pelajar akan diminta memperkenalkan diri masing-
masing. Dengan menggunakan kaedah mudah dan pantas,
mereka harus memperkenalkan nama, umur dan tempat asal.
3. Setelah memperkenalkan diri masing-masing, para pelajar
tidak dibenarkan bercakap lagi. Melalui kaedah rambang,
fasilitator akan menarikseorang demi seorang pelajar untuk
memperkenalkan rakan disebelah kiri dan kanannya. Ini
berterusan sehinggalah fasilitator berpuas hati dengan tahap
ingatan pelajar rakan-rakan mereka.
A
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 41
Meningkatkan
pengetahuan para
pelajar mengenai
pentingnyasesuatu
haiwan hidup dalam
satu kumpulan dan
mengapamereka
berbuat demikian
Per alat an
Wisel
Kad Manilan
Kain Penutup Mata
Aktiviti 1 Membina Kumpulan (Ice Breaking)
Lampiran Aktiviti
42
Pengetahuan ammengenai haiwan
4. Aktiviti seterusnya, pelajar diberikan satu kad manila dan
telah ditulis salah satu dari lima jenis haiwan. Para pelajar
dikehendaki menutup mata dan berdiamdiri ketika fasilitator
mengedarkan kad itu.
5. Setelah kad diedarkan, para pelajar dikehendaki membaca
kad dan mula bergeraktanpa bercakap dengan melaungkan
bunyi haiwan.
6. Sebelum bergerak, mereka harus berfikir apakah motif
mereka bersuara dan gaya yang akan dibuat.
7. Kemudian para pelajar akan bergerak ke dalamkumpulan
masing-masing melalui aksi dan bunyi haiwan yang dibuat.
8. Setelah itu, berbentuklah lima kumpulan dan setiap
kumpulan akan melantikketua masing-masing.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 42
AKtiviti 2 Pengembaraan Si Batu
Lampiran Aktiviti
43
OBJEKTI F
Memberi pendedahan
kepadapelajar
berkenaan penggunaan
deriayang lain selain
dari deriapenglihatan
Menambah ilmu dan
pengalaman para
pelajar berkenaan
dengan keunikan
unsure-unsur yang
terdapat dalamalam
sekitar melalui kaedah
yang berbeza
Mewujudkan kerjasama
dan sikap saling Bantu
menbantu antarapara
pelajar dalamsesuatu
kumpulan.
Per alat an
Kain Penutup mata
Tali besar
Kertas kosong
Aktiviti 2: Pengembaraan Si Buta
Aktiviti ini mencabar ketahanan fizikal dan mental para pelajar di
kawasan hutan tanah tinggi. Kebiasaannya aktiviti ini akan
melibatkan unsure-unsur alam sekitar seperti tanah, air, udara,
pokok, akar dan lain-lain lagi. Aktiviti ini juga menguji tahap
penggunaan deria pelajar. Pelajar akan menggunakan kesemua
deria yang ada kecuali deria penglihatan mereka.
Cara Perlaksanaannya:
1. Para pelajar dikehendaki berbaris dalam satu barisan
panjang.
2. Para pelajar kemudian dikehendaki menanggalkan kasut
masing-masing.
3. Selepas itu para pelajar dikehendaki menutup mata dengan
rapat menggunakan kain penutup mata. Pelajar yang memakai
cermin mata diminta menanggalkannya terlebih dahulu.
4. Fasilitator akan memberikan penerangan mengenai aktiviti
yang akan dijalankan dan para pelajar dikehendaki berdiam
diri pada masa ini.
5. Para pelajar akan mula bergerak daripada yang dihadapan
dipandu oleh fasilitator ke arah tali yang telah diikat (tali
diikat pada pokok, batu besar, akar dan sebagainya
mengikut denai yang telah ditetapkan). Kemudiannya para
pelajar akan bergerakmengikut tali.
6. Setelah tamat, para pelajar dikehendaki membuka mata dan
dikumpulkan di satu tempat dan dikehendaki menulis apa
yang telah dilalui menggunakan deria-deria selain dari
penglihatan.
7. Para pelajar akan dibawa semula ke denai tersebut untuk
memerhati dan mengimbas kembali pengalaman para
pelajar sewaktu melalui denai tersebut dengan mata
tertutup.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 43
OBJEKTI F
Meningkatkan
kemahiran pelajar
menggunakan kompas
Menggalakkan
semangat berpasukan
dikalangan pelajar
Meningkatkan
pengetahuan pelajar
mengenai khazanah
hutan.
Per alat an
Kompas Suunto
Kad kompas dan soalan
Petakawasan
Wisel
Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi
Lampiran Aktiviti
44
Aktiviti 3: Pencarian dan Penjelajahan alam
semulajadi
Aktiviti ini menggunakan konsep sukan orienteering dan
digabungkan dengan environmental hunt. Kesedaran dan
keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi
memberikan satu peluang yang baikuntukaktiviti ini berkembang.
Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi
penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan
dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan
serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat.
Aktiviti ini membentukmotivasi dan kepimpinan para pelajar dan
juga mendekatkan mereka kepada alamsemulajadi berlandaskan
soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari.
Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan
alamsekitar kepada mereka.
Cara Perlaksanaan
1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama
bilangan. Setiap kumpulan akan melantikseorang ketua
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan
kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapat
beberapa check point yang perlu dicari. Setiap check
point akan dipandu dengan bearingserta clue. Di setiap
check point juga ada disediakan soalan-soalan untuk
dijawab.
3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel.
Kumpulan akan menggunakan kompas untukmencari arah.
4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum
aktiviti dijalankan .
5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.
7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak
kerja dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira
pemenang.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 44
Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi
Lampiran Aktiviti
45
Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilit at o r
t erl eb i h d ahul u mel al ui d enai at au kawasan t erseb ut
menjalankan akt ivit i unt uk menent ukan kesemua check
p o int d an so alan yang akan d ib erikan).
Check Po int 1
Bearing : 156
Clue : Anda harus melangkah sebanyak60 langkah biasa
Tempat orang berehat
Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakah
kepentingannya kepada
pokok serta ekologi
kawasan berkenaan.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 45
OBJEKTI F
Memerhati keadaan
alampadawaktu
malam
Membezakan alam
sekitar padawaktu
malamdan mengesan
haiwan yang aktif pada
waktu malam
Mengetahui pengaruh
keadaan sekeliling yang
gelap kepadamanusia
Per alat an
Lampu suluh
Pakaian dan kasut yang
bersesuaian
Per ingat an
Kemungkinan besar
untukmengesan atau
melihat haiwan pada
waktu malamadalah
tipis jikaparapelajar
bising
Aktiviti 4 Berjalan Malam
Lampiran Aktiviti
46
Aktiviti 4: Berjalan Malam
Di sebelah pagi, kita dikejutkan oleh nyanyian burung-burung. Di
sebelah petang pula, kedengaran siulan sisit. Pada malamhari, akan
kedengaran teriakan katak dan unggas-unggas. Semasa siang, kita
dapat memerhatikan burung-burung terbang melayang-layang di
udara dari pokok ke pokok. Apabila senja, mereka akan
menghilangkan diri dan kelawar akan kelihatan berterbangan ke
sana ke mari.
Tumbuhan berbunga dan berbuah pada masa yang berlainan
dalamsetahun. Bukan sahaja berbunga pada masa yang berlainan
dalammasa setahun bahkan mereka mengembang pada masa yang
berlainan dalamsehari.
Bunga merah dan cerah biasanya berkembang pada waktu siang
dengan harapan dapat menarik perhatian serannga, lebah dan
burung. Tumbuhan yang mempunyai bunga harumdan berwarna
putih biasanya berkembang diwaktu senja dengan harapan dapat
menarikperhatian rama-rama yang terbang pada waktu malamdan
juga kelawar.
Pada malam hari, tumbuhan yang terdiri daripada keluarga
kekacang kelihatan menggulungkan daun mereka. Burung-burung
akan terbang balikke sarang mereka atau mencari tempat berteduh
di dalamhutan di mana mereka akan berehat dan tidur. Semua
serangga akan pulang ke sarang masing-masing.
Kini sampai giliran binatang-binatang yang keluar mencari makan
dan bermain sesama mereka pada waktu malam. Kita akan
menemui katak dengan senang lagi jika kita keluar pada waktu
malam. Binatang seperti Kubong, Kongkang dan kelawar akan
keluar mencari makanan. Burung-burung yang aktif di waktu malam
adalah seperti night jar dan burung hantu.
Keadaan di dalamhutan sangat gelap di malamhari. Kemungkinan
melihat kelip-kelip dan glow worm berterbangan dan merayap-
rayap ke sana ke sini dalamhutan. J ika kita padamkan lampu suluh,
kita mungkin dapat melihat (jika bernasib baik) cendawan atau
kulat bercahaya di waktu malam. Kita dapat melihat kelawar dan
katak dengan menggunakan lampu picit. Kita juga dapat
mengengar unggas dan burung hantu. Binatang seperti landakdan
tenukaktif di waktu malam.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 46
Aktiviti 4 Berjalan Malam
Lampiran Aktiviti
47
Cara Perlaksanaannya:
1. Setiap kumpulan mestilah berada dalam keadaan diam.
Peluang untuk melihat haiwan aktif pada waktu malam
adalah lebih tinggi jika tidak bising. Kita juga tidak perlu
merasa takut.
2. Kaedah untuk melihat haiwan yang betul adalah dengan
memegang lampu suluh berhampiran dengan mata kita
(hampir dengan bahagian dahi atau hidung).
3. Kilauan dari mata haiwan akan dibalikkan ke mata kita apabila
kita menyuluh pada haiwan berkenaan. Bahagian-bahagian
utama hutan perlu dilihat ialah kawasan yang lapang
(misalnya di bahagian jalan rintis dan bahagian bawah serta
atas pokok).
4. Selepas beberapa lama, matikan lampu suluh dan lihat
sekeliling. Biarkan masa untuk mata menyesuaikan dengan
keadaan malam. Apakah yang boleh diperhatikan? Lihat di
kawasan atas tanah dan pada batang-batang pokok.
5. Cuba kenalpasti apa yang boleh didengari pada waktu
malamdan bandingkan dengan
keadaan siang hari. Bezakan
bunyi serangga, burung,
katak dan haiwan-
haiwan lain.
6. Para pelajar diingat
supaya sentiasa
senyap semasa
berjalan.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan didalamkelas berdasarkan
habitat pergunungan
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 47
OBJEKTI F
Menguji sekali gus
meningkatkan
pengetahuan peserta
mengenai khazanah
semulajadi di kawasan
pergunungan
Per alat an
Kerusi Meja
Kertas
Pensil
Aktiviti 1 Kuiz
Lampiran Aktiviti
48
AKTIVITI-AKTIVITI DI DALAM KELAS
Aktiviti 1: Kuiz
Aktiviti ini merupakan ujian kepada kefahaman dan pengetahuan
asas kepada para peserta. Biasanya diberikan pada akhir-akhir sesi
kem pendidikan. Soalan adalah berkisar kepada maklumat-
maklumat yang diterima sepanjang kem berlansung termasuk
pengetahuan amyang berkenaan.
Cara Perlaksanaannya
1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Soalan-soalan mengenai alam semulajadi terutama
berkenaan dengan hutan pergunungan dan pengetahuan am
akan diberikan kepada setiap kumpulan mengikut pusingan
giliran.
2. Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah yang tertinggi.
Contoh-contoh soalan kuiz yang boleh dijalankan: -
a) Apakah nama gunung tertinggi di Malaysia?
b) Berapakah ketinggian gunung itu?
c) Berapakah zon bagi vegetasi yang boleh diperhatikan di
hutan pergunungan?
d) Apakah nama agensi yang terlibat di dalampengurusan dan
pemuliharaan Gunung Kinabalu?
e) Namakan dua spesis endemic di Gunung Kinabalu
f) Apakah sifat penyesuaian haiwan di kawasan hutan
pergunungan?
g) Apakah ciri penyesuaian bagi tumbuhan di hutan
pergunungan?
h) Apakah suhu yang paling maksima di kawasan hutan
pergunungan?
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 48
AKtiviti 1 Kuiz
Lampiran Aktiviti
49
i) Apakah ciri utama yang membezakan hutan pergunungan
dan hutan tanah rendah?
j) Apakah kepentingan hutan pergunungan?
k) Apakah kesan buruk manusia yang ketara ke atas hutan
pergunungan?
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 49
OBJEKTI F
Menyemai semangat
konservasi di dalamdiri
peserta
Dengan bimbingan
fasilitator, pelajar dilatih
dengan teknikserta
kemahiran interpretasi
yang sesuai dengan
semuagolongan dan
peringkat masyarakat
Per alat an
Kerusi Meja
Set PA system
Kertas dan Pensil
Aktiviti 2 Perbahasan
Lampiran Aktiviti
50
Aktiviti 2: Perbahasan
Aktiviti ini mendedahkan para pelajar terhadap kemahiran public
speaking atau berhujah dikhalayak umum dengan mengaitkan
kemahiran menerima, menganalisis dan merumuskan maklumat.
Kemahiran-kemahiran sebegini perlu bagi mereka menyampaikan
mesej konservasi setelah berjaya menghabiskan kempendidikan
alamsemujadi.
Cara Perlaksanaanya
1. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Tajukperbahasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut
untukmengambil pihakyang bertentangan didalamsesuatu
perbincangan.
3. Para pelajar setiap kumpulan akan diberikan 2 3 minit
seorang untukmengemukakan hujah-hujah mereka.
4. Ketua kumpulan akan diberikan lebih masa untuk
merumuskan segala hujah-hujah ahli kumpulan.
5. Pengadilan dibuat berdasarkan ketepatan, kelancaran dan
gaya penyampaian serta isi hujah-hujah.
Tajuk-tajukperbahasan yang boleh dibahaskan termasuklah:
a) Kawasan Pergunungan-adakah ia wajar dibiarkan semulajadi
atau diperkembangkan dalampembangunan negara
b) Pembangunan dikawasan pergunungan harus digiatkan
memandangkan kurangnya kawasan di tanah rendah untuk
pembangunan
c) Aktiviti pertanian harus dipertingkatkan di kawasan
pergunungan untuk menjamin penghasilan sector ekonomi
negara
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 50
OBJEKTI F
Menerapkan nilai-nilai
kreatif dan inovasi
dalamgayahidup para
pelajar
Menghayati alam
semulajadi dengan
lebih dekat dan bukan
hanyapadaperingkat
luaran sahaja.
Per alat an
Kertas lukisan
Alat-alat melukis
AKtiviti 3 Menghayati alam sekitar melalui karya tangan
Lampiran Aktiviti
51
Aktiviti 3: Menghayati alam sekitar melalui
karya tangan
Daya imaginasi dan kreativiti amat diperlukan dalammenghasilkan
karya seni yang baik. Elemen-elemen ini perlu diterapkan kepada
pelajar dalamapa juga aktiviti yang mereka lakukan.
Penghasilan hasil tangan atau lukisan mengenai alam sekitar
menggunakan peralatan serta benda-benda yang boleh dijumpai
di sekeliling merupakan salah satu cara yang baik.
Cara Perlaksanaan:
1. Fasilitator memberi penerangan berkenaan dengan aktiviti ini
dan memberikan peralatan-peralatan yang diperlukan.
2. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Sebaik-baiknya mempunyai 4 orang ahli setiap kumpulan.
3. Tema lukisan atau karya tangan diberikan dan para pelajar
beredar ke tempat yang sesuai untuk menghasilkan karya
lukisan.
4. Setiap kumpulan diberikan masa 1 jamuntukmenghasilkan
hasil mereka.
5. Sebelum pengadilan, kesemua hasil tangan dan lukisan
dipamerkan.
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 51
Aktiviti 4 Malam Budaya (Menghayati alam semulajadi melalui karya seni)
Lampiran Aktiviti
52
Aktiviti 4: Malam Budaya (Menghayati alam
semulajadi melalui karya seni)
Aktiviti ini boleh dijalankan diwaktu malam sebagai salah satu
persembahan para pelajar sebelumberedar pulang ke sekolah
masing-masing. Sebaik-baiknya penerangan tentang aktiviti ini
diberikan sebelumpermulaan programagar para pelajar bersedia
dan menyediakan satu persembahan bertemakan alamsemulajadi
di malamterakhir.
Para pelajar yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan
tersebut akan memberikan persembahan kumpulan masing-masing
di malamterakhir programpenghayatan hutan pergunungan.
Bentukkarya seni yang boleh dipersembahkan termasuklah:-
a) Sketsa
b) Nyanyian
c) Puisi
d) Sajak
e) Berbalas pantun
f) Syair
g) Drama
h) Tarian
i) Wayang kulit
j) Boria
k) Lakunan
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 52
Aktiviti 5 Nyanyian Lagu Hijau
53
Aktiviti 5: Nyanyian Lagu Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Ia dicemar manusia
Yang J ahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari lala.laye
#Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih muda
Dan mentah..ku lihat hijau
LaLa.La..oyeh Hai.
##Ooo Anokanok
Takleh mengasa mandi laok
Besaing, mainghama-ghama
Ale jo ni tua umornya berjuta
Kita usaha jauhke dahgi mala-petaka
Ozon la ni, kaho nipi tiap haghi
Nakmako asakhokbias wa psa maknusia
Semua bendo-bendo di dunia
Tokle tehe sape bila-bila
Bumi ku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Dikala kita tersadar
Mungkinkah terlewat
(Ulangi rangkap 3 & #)
Korupsi, oppresi, obsessi diri
Polusi, depresi dibumi ini
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Di bumi ku ini (3 x)
(Ulangi Rangkap ###)
Lampiran Aktiviti
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 53
54
Rujukan
54
RUJUKAN
MacKinnon, K, G. Hatta, H. Halim, A. Mangalik. 1996. The Ecology
of Kalimantan. Periplus Editions. 802 pp.
Lee, S.M. and The K.H. 1994. Pendidikan AlamuntukKanakkanak.
Persatuan Pencinta AlamMalaysia. 200 pp.
Miller G.T. 1997. Environmental Science (6
th
ed). Wadsworth
Publiehing Company 517 pp.
Itarrison J . 1973. An luho to the mammals of Sabah. The Sabah
Society 244 pp.
Tweedie, M.W.F. 1991. Mammals of Malaysia Longman Malaysia
Sdn. Bhd. 87 pp
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 54
55 55
LAMPIRAN
Senarai AgensiAgensi Kerajaan Yang Terlibat Di
Dalam Pendidikan Alam Semulajadi Di Sabah
1. J abatan Perhutanan Sabah
Ibu Pejabat,
J abatan Perhutanan,
Beg Berkunci No. 68,
90009 Sandakan
Tel: 089-660811
Fax: 089-669170
Email: jhutan01@tm.net.my
2. J abatan Hidupan Liar Sabah,
Tingkat 5, BlokB,
Wisma MUIS,
88100 Kota Kinabalu,
Tel: 088- 215353
Fax: 088- 222476
Email: jhlsabah@tm.net.my
3. J abatan Konservasi AlamSekitar Sabah
Tingkat 2 & 3,
Wisma Budaya,
J alan Tunku Abdul Rahman,
Beg Berkunci No. 2078,
88999 Kota Kinabalu
Tel: 088-251290
Fax: 088-238120
Email: jkas@sabah.gov.my
H/page: www.sabah.gov.my/jkas
4. J abatan Pengairan dan Saliran,
Tingkat 5 & 6,
Menara Khidmat,
J alan Belia,
Beg Berkunci 2052,
88767 Kota Kinabalu
Tel: 088-280500
Fax: 088-242770
Email: jpssab1@tm.net.my
Lampiran
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 55
56
5. J abatan Perikanan,
Tingkat 8, Menara Khidmat,
J alan Belia,
88628 Kota Kinabalu
Tel: 235966
Fax: 088-240511
Email: fish.dept@sabah.gov.my
H/page: www.fishdept.sabah.gov.my
6. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,
1, J alan Bandaraya,
88675 Kota Kinabalu
Tel: 088-239500
Fax: 088-219175
Email: mayor@dbkk.sabah.gov.my
Laman Web: www.borneo-online.com.my/kkcity/
7. Taman-taman Sabah,
BlokK, Lot. No. 1-3,
Tingkat 1, Kompleks Sinsuran,
Peti Surat No. 10626
88806 Kota Kinabalu
Tel: 088-211881
Fax: 088- 211585
8. J abatan Pendidikan Negeri Sabah,
Tingkat 5, Rumah Persekutuan,
88604 Kota Kinabalu
Tel: 088-232277
Fax: 088-234828
9. J abatan AlamSekitar Negeri Sabah/W.P. Labuan,
Kementerian Sains, Teknologi dan AlamSekitar,
No. 36, Tingkat 7, BlokE,
Bangunan KWSP
88000 Kota Kinabalu
Tel: 250025
Fax: 088-241170
Lampiran
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 56
57
Senarai Agensi-Agensi Bukan Kerajaan Yang
Terlibat Di Dalam Pendidikan Alam Semulajadi
1. Sabah Nature Club,
AuditoriumFoyer, Yayasan Sabah Building,
P.O.Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Tel: 088-427509
Fax: 088-427510
Email: snc2000@tm.net.my
2. Worldwide Fund for Nature (WWF) Sabah Branch,
Peti Surat 14393,
Tingkat 6, Centre Point Building,
88550 Kota Kinabalu
Tel: 088-262420
3. Persatuan Pencinta AlamMalaysia (Cawangan Sabah),
J alan Muzium,
Beg Berkunci 2015,
88566 Kota Kinabalu
Fax: 088-267918
Email: wongm@tm.net.my
4. Sabah Environmental Protection Agency (SEPA),
Unit 1-2F, Beverly Hill Plaza,
Peti Surat 10126,
88801 Kota Kinabalu
Tel: 088-727199
Fax: 088-712199
Email: sepa@tm.net.my
5. The Sabah Society,
P.O.Box 10547,
88806 Kota Kinabalu
Tel:088- 266 382
Fax: 088- 266 882
Email: sabsoc@sabah.org.my atau
1msb@tm.net.my
Lampiran
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 57
58
6. PACOS Trust,
P.O.Box 511,
89507 Penampang,
Sabah
Tel: 088-712 518
Fax: 088- 718 669
Email: pakos@tm.net.my
Lampiran
Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 58

You might also like