You are on page 1of 7

13

5.0 JENIS-JENIS SHOT



Gambar 1 : Hikayat Sang Kancil
Jenis Shot : Wide Shot (shot bidang luas)
Shot ini juga dikenali juga sebagai Establishing Shot (shot pengenalan) atau juga
Long Shot (shot jarak jauh). Tujuan utama shot ini ialah untuk memaparkan segala
maklumat atau suasana yang terdapat di persekitaran objek utama.
Pada kebiasaanya, shot ini diambil pada awal penggambaran, atau diletakkan di awal
sesebuah penerbitan video. Shot ini banyak menolong memperkenalkan situasi dan
keadaan tempat berlakunya sesuatu kejadian kerana ruang lingkupnya meliputi
kesemua elemen. Ia dapat memberi gambaran kepada penonton tentang suasana atau
perkara yang bakal berlaku seterusnya.

14

Gambar 1 menunjukkan shot jenis Wide Shot yang menunjukkan kawasan hutan yang
mempunyai pokok-pokok, sungai dan semak samun serta teks ditambah bagi memberi
gambaran kepada penonton tentang cerita yang akan dipersembahkan.

Gambar 2 : Dua ekor burung layang-layang sedang berterbangan

Gambar 3 : Dua ekor burung layang-layang sedang berbual-bual.
Jenis Shot : Mid-Shot (shot jarak sederhana)
Shot jenis ini menunjukkan jumlah objek persekitaran yang lebih kecil dari shot jarak
jauh. Kelihatan kedudukan kamera seolah-olah hampir pada subjek.
Shot ini digunakan untuk membuat transisi antara shot jarak luas kepada shot jarak
sederhana bagi melihat subjek atau objek dengan lebih dekat lagi.

15

Gambar 3 merupakan contoh shot jarak sederhana selepas transisi dari Gambar 2 yang
menunjukkan dua ekor burung layang-layang sedang berbual-bual.

Gambar 4 : Sang Kancil dan Sang Kura-Kura
Jenis Shot : Very Long Shot
Shot seperti untuk menggambarkan suatu pemandangan yang luas kepada kawasan
bandar ataupun lanskap. Shot seperti ini membolehkan ia berfungsi untuk
memperkenalkan lokasi, di mana suatu aksi, lakonan atau kejadian akan/sedang
dilakonkan.
Gambar 4 merupakan shot very long shot yang menunjukkan watak Sang Kancil dan
Sang Kura-Kura yang sedang berada di dalam hutan rimba yang indah dan terdapat
bunga-bungaan yang berwarna-warni.


16




Gambar 5 : Sang Kancil dan Sang Kura-Kura berpandangan antara satu sama lain.
Jenis Shot : Close-up (shot jarak dekat)
Shot ini menunjukkan satu kawasan kecil dari satu kawasan objek atau adegan. Ianya
menunjukkan secara terperinci tentang kawasan atau adegan tersebut.
Gambar 5 merupakan contoh shot jarak dekat yang menunjukkan Sang Kancil dan Sang
Kura-Kura berpandangan antara satu sama lain.


17


Gambar 6 : Buah manggis

Gambar 7 : Buah rambutan.

Gambar 8 : Buah anggur.





Jenis Shot : Close-up
Dalam close-up shot, ciri-ciri
tertentu atau sebahagian
daripada subjek mengambil
sebahagian besar imej.
Close-up shot berguna untuk
menunjukkan sesuatu ciri-ciri
yang ingin difokuskan.
Gambar 6, 7 dan 8 menunjukkan
gambar buah manggis, rambutan
dan anggur yang terdapat dalam
kebun buah-buahan kepunyaan
Sang Kancil dan Sang Kura-
Kura.


18


Gambar 9 : Sang Kera sedang bersedih.

Gambar 10 : Sang Kera berasa gembira.

Gambar 11 : Sang Kera menunjukkan wajah curiga.






Jenis Shot :
Big Close-Up [BCU]
Shot ini menunjukkan hanya
kawasan muka sahaja.
Kawasan atau ruang
potongan tangkapan gambar
BCU ialah keseluruhan
kawasan muka atau objek
sahaja.
Ianya menunjukkan ekspresi
wajah yang cemas, risau,
takut, marah, riang, sedih dan
sebagainya.
Gambar 9, 10 dan 11
menunjukkan berbagai-bagai
ekspresi wajah Sang Kera
dalan Hikayat Sang Kancil
dan Sang Kera.


19


Gambar 13

Gambar 14

Gambar 15







Jenis Shot :
Cut In
Shot ini selalunya lebih
memfokuskan kepada
sesuatu bahagian tubuh
badan watak yang sedang
melakukan aktiviti.
Gambar 13, 14 dan 15
merupakan contoh shot cut in
yang menunjukkan
pergerakan tangan Sang
Kera yang mengambil
beberapa biji cili dari
pokoknya.

You might also like